Pages

22 October 2011

Misi Baju "Penyu"

Memula cam maleh nak tulis. Tp tgk Eyza citer kat http://eyzamiel.blogspot.com/2011/10/jakel-nagoya-last2-kat-kamdar-juga-yang.html , maka aku pun nak citer gak la.

Tadi ke Sogo. Mula igt nak pi seawal pagi sbb sure ramai org. Yelah. Dah gaji katanya. Smlm kat JJ AU2 tu pun penuh seme kedai makan.

Tp duk sebuk 'melawat' umah neber di perkampungan SIM aku tu, maka kul 11 lebih baru kuar. Tp apa ada hal. Sekali terbersin je da smpai kan. Ewah. (Nati ko pindah baru ko tau, bersin batuk berak pun tatentu smpai lagi kan, ngan jem segala. Haha)

So, trus ke tpt di tuju. Nak beli kasut. Bkn kasut keja. Tp kasut yg mcm kasut joging tp bkn utk gi joging tu. Kasut la kan. Sbb nak ttp seme kaki. Nati sejuk. Eceh!. Jadi dpt, da usha last week masa gi kotak merah tu, tp tak bleh la. Aku skang cam tareti nak beli kalo tak tnya pendapat my dear. Huhu. So, settle hal kasut.

Gi tpt baju. Situ2 gak la. Last week tgk ada baju "penyu" (turtle neck) so, igt nak beli. Sng la kan, tak sejuk sgt. So, tgk ada. Mintak budak SA tu tlg carikkan dalam saiz L ke. Sbb aku tgk S mcm tight sgt. Aku da takmo pakai sempit2 ni. Badan da cam tong gas mmg takdo la saiz S da. Dia kata takde saiz besar. Seme tinggal S je. Tp budak ni rajin nau. Kita tgk2-dia lipat. Pantang lah kita tarik sket dia lipat. Masa tu pun ada 1 couple duk pilih2 baju gak.

So, bila dia kata takde saiz besar aku pun cam oke lah. Carik yg lain. Tp nak gak tgk yg turtle neck tu. Aku selak2 ada M. Aku cakap ngan my dear, budak ni malas nak carik nih. Budak SA tu td tgh lipat baju belah lain. Yg couple tadi pun duk korek2 gak. Aku amik saiz M tu. Tetiba budak tu datang. Ngan kereknya kata "ni seme tinggal S ngan M". Nak je aku cakap "eh. tadi ko kata ada saiz S jer".

Couple tu dah humban dah baju yg dia pegang. Agaknya dia pun bengang. Aku ni disabokan dek laki aku je. Kut tak aku bongkar2 seme baju tu, biar dia lipat. Tu pun aku cam bebel2 cakap, apa yg rajin sgt, takyah la sibuk sgt nak lipat time org nak pilih. Cena org nak beli? Aku takde pun bongkar smpai 10pasang. Ada la 2 pasang je.

Aku ada pegang satu baju lain la, yg kain sesuai utk pakai waktu sejuk2 gak, tp takde la turtle neck. Mula aku nak humban kan je. Sbb geram rasa ngan budak SA tu. Tp my dear duk kata, tkpe..amik ni..amik  ni. 

Hey budak... kalo ko malas nak layan, tak payah keja situ. Seb bek je ko keja Sogo tau, sbb walo org tak beli baju yg ko jaga tu pun, ko dpt gaji lagi. Kalo keja kedai biasa, lama da melingkup kedai bos ko.  Dan satu lagi, tak perlu ko rajin lipat, lipat, lipat, leh tak ko biar pelanggan ni ada masa nak belek2, pilih2. Ni baru seminit kita letak situ, dia dah lipat. Padahal kita nak compare tu. Heyyy.... sbb tu la aku malas btul nak beli baju kat Sogo ni esp yg kat hall2 tu. Mmg cam taikucin la dia layan.  Eksen kanmain, abis haibat la kiranya jadi SA, dan buat kita cam hapa je sbb beli baju murah.

Menyampah!

Tu jelah aku beli pun. Mmg tak plan soping2 lain pun. Tp kan, masa nak naik eskelator, dpn aku ada sorang bapak ngan anak pompuan dia baya2 Fatin, anak buah aku. Dlm 10thn camtu la kut. Aku rasa dia pakai kaki palsu. Dedua kaki. Dia jalan cam tak stabil. Pakai kasut yg mcm khas utk kaki dia. Dah aku rasa cam  nak menangis. Sebak lak. Aku terpikir yg ayah dia bawak jugak dia supaya nati kalo da besar dia leh berhadapan dgn public. Sedih plak aku kalo tingat. Kasih seorang ayah. Sobss... tingat arwah ayah lak. Rindu. Al-Fatihah utk ayah.

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign