Hai orang-orang yang beriman! Makanlah di antara rezeki yang baik yang kami berikan kepadamu. Dan bersyukurlah kepada Allah jika memang hanya dia saja yang kamu sembah. (Al-Baqarah: 172)
Teringat utk memperkatakan konsep rezeki dan bersyukur. Konsep bersyukur ni baru je aku dgr ceramah kat opis ni dlm 2 mggu lepas. Apa yg aku igt dari ceramah tu adalah katanya kita kena bersyukur dgn setiap apa yg terjadi dlm hidup kita ni. Selalu ucapkan Alhamdulillah. Biarpun kadang dikenakan bencana. Tp bila pikir2 balik mmg betul pun. Kadang walo kita ditimpa bencana, tentu ada kesyukurannya kerana pasti ada hikmah yg baik2 terjadi lps tu.
Konsep syukur ni pun selalunya dkt dgn konsep rezeki. Satu ketika, aku penah merungut2 kerana rezeki aku dlm karier aku ni mahal sgt. Org lain da berjawatan tinggi. Da naek 44, 48 suma aku masih 27. Org lain mudah je dpt jadi PTD setelah sekali je exam. Mudah je jadi cikgu KPLI walo baru sekali je test. Tp aku ni, berkali kali intebiu, exam, pun still duk tang tu gak. Aku rasa ms tu Tuhan betul betul taknak tolong aku. Aku hampir give up.
Tp aku lupa..aku lupa dgn nikmat Tuhan yg lain. Betul kata ustaz yg bagi ceramah tu. Kita ni byk sgt permintaan dlm hidup smpai lupa dgn kesenangan lain yg Allah dah bagi. Aku da ada kesihatan yg baik (takat ini), dpt suami yg baik, dpt tpt keja dkt ngan umah tak perlu harung jem bagai, da kerja tetap, govt plak tu, tp aku tetap nak kan jawatan lain. Seringkali terlupa.
Setiap org ada rezeki sendiri. Aku lupa ttg itu. Aku terkhilaf bila timbul rasa iri melihat rakan rakan yg aku sangka kan rezekinya lebih murah dari aku. Yg punya keluarga yg bes, ada anak anak sdg membesar, mudah je dpt jawatan sesuai dgn pendidikan. Segalanya aku tgk derang tu perfect.
Aku tau tak boleh persoalkan cemana Allah pilih org org tertentu utk diberikan rezeki. Terkadang aku mmg rasa give up sbb tak terpilih utk menerima rezeki yang derang dpt. Yang mana kadang aku rasa aku da buat sehabis baik tp ada org lain yang dapat rezeki tu. Memang lah kadang rezeki tu datangnya dari panel pemilihan, tp segalanya dari Allah. Dan aku kena sedar, siapalah aku utk mempertikai rezeki dari Allah?? Sapalah aku utk pertikaikan kenapa org tu yg dpt bukan aku yg dapat? Memang kalau itu bukan rezeki kita, makanan yang dah nak masuk dlm mulut pun boleh terjatuh. Ini mmg salah satu ayat yang aku salu amalkan utk pujuk diri aku sendiri. Malahan masa aku menangis semahu mahunya sehari sebelum befday aku yg ke 28, 3 tahun dulu setelah dpt tau aku tak berjaya dlm intebiu, ini lah yg aku salu sematkan dlm hati aku. Mana taknya. Kawan kawan lain sumanya yakin aku lah yg dpt rezeki tu...tp rezeki masih tak memihak pada aku.
Aku lupa, satu hari nanti rezeki aku akan dtg jugak. Aku tak boleh iri dgn kejayaan mereka, tak boleh iri dengan kebahagiaan mereka. Aku kena yakin satu hari nati aku juga akan menerima rezeki dan nikmat nikmat dari Allah ni. Pokoknya..bersabar. Kerana Allah lebih mengetahui. Dan sekarang, Alhamdulillah, akhirnya Allah kurniakan juga rezeki yg ku tunggu tunggu tu. Dan kini aku kena bersabar dgn rezeki cahaya mata pula. Lambat laun pasti ada.
Yg pasti, aku kena selalu ingatkan diri aku - bersyukur dgn rezeki yg sedang Allah beri ini. Dan bersabar utk menerima rezeki yg lebih baik. Mungkin ini masa org tu. Satu hari nati pasti rezeki itu milik aku juga. Jgn sesekali berputus asa. Jgn iri hati dan pertikai rezeki orang kerana itu adalah hak mereka dan Allah itu Maha Adil. Itu pasti!
p/s : Boleh juga masuk blog ini utk baca pasal konsep syukur ini - syukur
4 juta komen
aku tgh sedih...tp bgs bc bab syukur ko nie..sekurangnya aku bersyukur aku ader kwn2 n family yg syg aku..yg lain ALLAH x bg lg kt aku...ALHAMDULILAH...pn stoberi..tq...
Alhamdulillah... sesama la kita igt mengingat kan. kadang kita ni terleka igt kita ni tak bernaseb baik sdgkan byk lagi rezeki lain yg Allah dah curahkan pada kita.
Apa pun, sabar eh..pasti ada rezeki yg kita impikan tu satu hari nati :))
*hugs*
thanks utk link syukur...
Tijah :
Err..blog awak jugak tu yer?? ok..sesama :))
Terima kasih atas komen anda :)