**peringatan : mungkin ada yg sensitif dgn gmbr yang telah dimuat turun dlm entry ini. Sapa yg takut tgk darah sila scroll terus laju2 okeh.
PENGERTIAN & HUKUM IBADAH QURBAN
Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an'am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahr atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.
HUKUM MELAKUKAN IBADAH QURBAN
* Imam Syafie berpendapat hukum melakukan ibadah qurban ini adalah sunat Muakkadah iaitu sunah yang amat digalakkan atau dituntut ke atas setiap individu Muslim yang merdeka, berakal, baligh lagi rasyid serta berkemampuan melakukannya sama ada sedang mengerjakan haji ataupun tidak sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
* Makruh meninggalkan ibadah ini bagi orang yang mampu melakukannya.
* Hukum qurban ini menjadikan wajib jika seseorang itu telah bernazar untuk melakukannnya atau telah membuat penentuan (at-ta'yin) untuk melaksanakannya seperti seseorang berkata "lembu ini aku jadikan qurban". Jika tidak dilakukan dalam keadaan ini maka hukumnya adalah haram.
* Daging qurban wajib tidak dibenarkan untuk dimakan oleh yang empunya qurban dan tanggungannya.

info : al-azim
******
Selamat Hari Raya Aidiladha semua. Berkorban tanda bersyukur dgn nikmat yang Allah berikan.
Date : 17 November 2010-10 Zulhijjah 1431
Masa : 10 am.
Tpt : Kampung ku tersayang. Hehe.
Tunggangan di akhirat kelak. Dah redha je utk dikorbankan.
Lembu seterusnya. Garang sket ini lembu. Yg kat bawah tu pun susah nak ditumbangkan.
Pengagihan lembu kepada penduduk kg. Abg aku pun ada skali kat situ.
2 juta komen
aku insyaallah ingat taun depan laa..kat algeria tak berbaloi rasa nak korban.. rega seko kambing, bley dapat seko lembu kat mesia weh!
Buat je kat Mesia Sue, leh bagi pada org2 yg susah kat tpt kita tu.
Amik satu bahagian pun da cukup kalo lembu kat sini ni. Insyaallah..
Terima kasih atas komen anda :)