Pages

18 November 2010

~Pasal Pre-Anniv. Holiday: Avillion Admiral Cove~

Ouch. Da kul 4 lebih. Kejap je masa berlalu. Memana yg keja tu dah nak balik pun kan. Napaknya opis aku tak block FB reni. Esuk pun sama la tu. Org tak ramai. Bos bos pun ramai cuti, so apa laga la kan meke meke tu. Aku pantau dari FB je lah. Mmg ada deme online tp memasing tak update status. Gaknya takut aku meng komen la tu. Tehehehheheh.

Ok, skang baru leh start citer pre-anniversary di PD last week. Wahh..ada pre n post kah? Teheheh. Secara tak sengaja, date aku pi PD ni adalah genap sebulan lagi ke my 2nd wedding anniv. Dan nati Insyaallah, bln 1 yg date ke Sabah itu pun adalah sebulan selepas our 2nd wedding anniv. Jadi ada pre n post nya. Masa wedding anniv. mmg tak plan apa apa pun lagi. Ari apa ek masa tu. Ari keja rasanya.
So, spti yg dibagitau, kami ke sini.

Bes. Mmg bes. Utk entry ni aku bagi review hotel ni lah dulu secara general eh. Nati next entry baru ada gmbr bebagai. Wahh...gi PD pun ada entry ber part part eh. Mcm la bercuti cuti di over d sea gayanya. Teheheheh. 

Secara keseluruhan hotel ni mmg worth for buying lah. Eh. Bukan for buying. For staying. Aje giler ko nak beli hotel. Apa ingat main saidina ke nak beli beli hotel  bagai. Ngeh ngeh ngeh. Aku rasa berbaloi. Ni 1st time aku ke hotel ni. Ada yg tnya awat tak ke Avilion Water Chalet tu. Jawapannya adalah aku rasa tak berbaloi utk abis RM400++ satu mlm utk 2 orang jer. Lain kalo aku ada anak2, itu buleh consider walo aku rasa mcm errr....tak gamak je. Maklum ler....gaji keme ni tak byk ye dok. Kena la mikio itu ini. Mahal tuh. Jadi kita  uko baju di badan sendiri udah la yer.

Apa pun, mmg bes. Masuk je lobby utk check in terus dihidangkan dgn pemandangan laut yg terbentang. Pulak tu dekat dgn tpt kapal layar berlabuh. So, mmg cam bes..!

Masuk je lobby trus napak ini.
Walawei..santek nya.. lps tu masuk bilik pun, walo superior tp bilik mmg luas dan besar dan selesa terlebih utk 2 org. Mmg sesuai kalo org nak amik2 gmbr. Ramai aku tgk bwk kamera godang tu. So, gmbr sure cantik. Lain la aku ni bwk kamera ala ala je ni. Jd gmbr pun ala ala je lah.

Makan utk bekpas pun not bad. Swimming pool pun luas gak. Cuma mungkin tak dalam la kut. Eh. Ok la tu...aku ni mana reti berenang. Tp aku tak dpt mandi sbb takde baju mandi. Nati pas ni nak gi carik baju mandi lah. Aku sker je nak lepak2 dlm pool tu. Laki aku tak sker takpe..biar dia tggu kat luar. Teheheheh.

Cuma yang kureng sket adalah kemesraan para kakitangannya. Kurang mesra alam sket lah. Yg jaga kaunter pun kurang senyumannya. Layanan kat kita pun so-so je.Tatau la kut dia tgk aku ni mcm pompuan-selekeh-tah-dtg-dari-mana dia tak berapa nak layan aku tatau. Tp mmg tak buleh la camtu kan. Guest is guest walo dia napak cam budak hingusan ke hapa. Senyum mmg tak la kan kalo berselisih. pun Yg nice dan friendly ada lah guard dia yg aku rasa bkn warganegara sini. Jalan nak ke pantai berselisih ngan derang siap ckp ' good evening sir'. See..mana pegi Budi Bahasa Budaya Kita warga Malaysia ni. Kalo pihak mgt AAC ni terbaca (kut la kan..tersesat time gugel word - Avillion Admiral Cove), sila take notes berkenaan ini yer. Kasik course sket. Ada hotel yg aku penah pegi, yg hanya beberapa bintang je pun, tau je senyum, layanan kaunter ok.

Nak lagi bes masa bekpas, takde org tggu kat pintu. Kan biasa ada org tggu kat pintu utk amik pass makan tu kan. Tp masa kiterang masuk takde, so, kiterang masuk dlm kasik ke kaunter. Jarak kaunter ke pintu agak jauh la gak. Then aku pun amik makanan, my dear amik tpt. Bila aku da amik makanan, my dear lak gi makan. Skali dia terkena ngan tukang jaga pintu tu. Dia kata kat my dear, tk napak pun laki aku ni bagi pass tu ke dia. Laki aku kata dah bagi kat dlm n tunjuk kad hotel tu. Makna dah takde la pass tu. 
Eh..helloo...ko igt kiterang ni kaki 'kencing' ke. Kalo ko nak tnya tu ko kena pastikan yg ko  mmg duk tercegat kat pintu tu tak gerak gerak. If ko pun kejap ke sana kejap ke sini, jgn la pertikai 'ai tak napak pun you kasik pass'. Siap dia kata dia duduk je situ dari pagi. Ek eh. Lempang nak??.. Kalo ko duduk situ, harus la aku bagi kat ko. Kalo btul la kiterang kaki kencing nak mentekedarah makan pree, kiterang takdenya nak carik kaunter tu nak bagi pass tu. Trus je la amik makanan. Coiii btol. Kalo takde pun aku leh bayar la rega bekpas tu. Wahhh..... tak baik meriak..tak baik..tak baik. Cpt cpt istighfar semula.

Tu yg aku kata tu, kurang kemesraan sket kakitangannya. Kalo ye pun dia nak tegur, dia kena pi la cek dulu. Ini nak salahkan kiterang pulak. Mcm menyampah sket la sbb dek peristiwa itu. Sombong..tau la laki aku time tu pakai suar pendek apek cina bunga2 hawai tu..ko sesenang nak pandang rendah kan. Igt nak merempat makan pree situ. 

Satu lagi cadangan aku adalah, before serahkan kunci, derang kena brief sket la cara penggunaannya. Sbb lain hotel lain cara nak bkk pintu tu kan. Ye lah..mana tau kut dpt kat org 'darat' cam aku ni ha. Memula tu kiterang slot in kunci tu then tarik balik. Tp still takde lampu ijau kuar. Kan salu kalo pakai slot card tu dia ada lampu ijau utk approved kan kunci tu dan merah kalo tak approved. Yg ni pun kiterang pun buat la camtu. Tk buleh. So, turun balik, dtg la sorang tu ajar kiterang. Rupanya slot kad, tggu bunyi 'klak' bukak pintu baru cabut card tu. Gituuu... kan sng kalo derang brief dari awal.
Kalo tak, jd masalah smpai patah kunci sbb masa aku check out ada satu cina tu pulangkan kunci yg da patah. Katanya memula elok, tadi tup2 patah. Mana mungkin patah kalo tak di jolok joloknya dgn kuat. Kan tak memasal. Nak claim guest, sure guest tak mengaku. Jadi.. pasni kalo gi hotel yg pelik2 kad dia harus aku tanya, lantak la dia ingat aku 'darat' ke hapa..dari nyusah nyusah kan badan kan.

So, keseluruhannya aku summarize kan spti ini :
Bilik penginapan : ★★★★
Kemudahan dlm bilik : ★★★★
Pemandangan : ★★★★★
Parking : ★★★★
Kakitangan : ★★★
Makan pagi : ★★★

3 juta komen

wow...beshnya hanimun dia...mesti mahalkan...dgr nama pun boley tahan.siyoqqqq nya

ceehh!! siap ada bagi bintang tu huhu...wah haruss weols terjah nie...nak rasa gak 5 bintang camne ahakss

pppstt..part malam nk bagi bape bintang lak?? larikkkkkkkkkk

EKA :
Tak mahal la Eka, half price je dr rega Avillion Water Chalet tu. Tp worth la duk situ.. terai la pi nati.

Hezesuze :
Hotel ni bukan 5 bintang uols. Aiols je kasik star star tu. Terai la terjah.. tp idak la bes mcm kat Avilion yg uols pegi tu kut. itu mmg 5 star resort.
psstt..part mlm tu harus terus ke bintang.. whoopsss... :P

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign