Pages

29 March 2013

Edisi Kita Adalah Apa Yang Kita Makan

Oke, hari ni kita sembang2 kosong berkaitan makanan. Ada yg masam, masin, manis, pahit. Sbb ada yg kata tak penah kan cicah stoberi ngan garam. Try la. Sebenarnya ia ada kaitan dgn saintifik jugak. Huhu. Nak gakkk.. padahal mmg dari kecik camtu. Epal, mangga seme pun basuh ngan air garam. Bukan je stoberi je aku suka cicah garam. Semua menda masam. Name it- limau, epal (baik merah or hijau), anggur dsbnya.

Nak carik artikel camni  biasanya mmg kena carik yg in English punya artikel. Omputih la rajin buat kajian2 ni. Aku carik sbb aku rasa ia ada kaitan kenapa aku suka makan menda masam dengan garam. Tapi... walo aku suka cicah2 garam tu, tak bermakna aku 'kuat' masin. Nop! Aku mmg tak suka masak byk garam. Tp takde la lansung tawar.

Mengapa garam. Bukan gula? Gula kan tambah manis. Or something yg manis?

The extra salt has other effects as well though, outside of simply making things more salty.  Particularly, adding salt to foods helps certain molecules in those foods more easily release into the air, thus helping the aroma of the food, which is important in our perception of taste.

Oke itu utk mengapa kita nak buh garam dlm makanan kita esp yg kita masak lah. Mmg btul pun. Cuba kalo kita tumis sayur kan.. kalo letak garam je terus aroma cam wahhh... sedapnya bau.

Sebenarnya kalo buh garam, sebab ini pun bole...

Salt also has been shown to help suppress the bitter taste.  So adding a bit of salt won’t just increase your salty taste perception, but will also decrease your bitter taste perception in any given food (which is why it is often sprinkled on grape fruit, for instance, before eating).
Finally, adding salt to sweet or sour things, while not shown to suppress sweet or sour flavors as with bitter flavors, will help balance out the taste a bit by making the perceived flavor, for instance of sugary candies or lemons, less one dimensional.

Oh. Dah tau kenapa perlu ada masin, mari kita tgk la personality kita melalui makanan yg kita nak makan.

Salty food - If the guy says he craves for salty food, he is the type that goes with the flow. Dr. Hirsch says this guy may believe that external factors, not their own actions, determine his fate.
Sweets - this guy veers towards the wild side, hedonistic, likes to stand out and feel special.
Dark chocolate - great at parties, and good for team work.
Milk chocolate - this is your quiet and introspective personality.
Spicy foods - the perfectionist type, gives attention to details, loves order and hates to waste time.
Sweet and salty flavor combined - the loner, creative type. 

Aku yg spicy food n kalo utk stoberi cicah garam tu yg sweet and salty flavor combined lah kiranya kan.. hey.. dan dan nak mengaku creative type. Hahah. 

Dan yg ni plak utk perasa2 eskrim yg kita suka plak.

Chocolate Chip - competitive, accomplished, competent and ambitious; generous and life of the party. Compatible with those who like Butter Pecan or Double Chocolate Chunk.
Coffee - dramatic, flirtatious, loves new adventures, and gives his best in the things they do. Compatible with people who loves Strawberry flavored ice cream.
Butter Pecan - introverted, sensitive to the feelings of others, devoted, conscientious, budget conscious. Compatible with Mint Chocolate Chip.
Mint Chocolate Chip - ambitious, confident but a bit skeptical about life. Close to family, honest, and plans for the future. Compatible with someone who also likes Mint Chocolate Chip.
Rocky Road - goal-oriented, outgoing and aggressive. Likes being pampered and appreciates the finer things in life. Compatible with another Rocky Road lover.
Vanilla - relies on intuition over logic, emotionally expressive, aims high, likes to stay busy and accomplish things, prefers secure romantic relationships. Compatible with Rocky Road.
Strawberry - logical, doesn't mind working behind the scenes, loyal and supportive. Compatible with Vanilla, Rocky Road, Mint Chocolate Chip, Strawberry.


So, kita adalah apa yg kita makan. :)
Google


28 March 2013

Edisi Bangkitnya Seorang Perempuan Dan Carlos

Huh!
Tetiba 'ter layan' pulak citer ni.

Entah kenapa. Tapi cam tertarik nak tgk.
Mmg tak tgk episod pertama, tp episod kedua dan seterusnya aku dah follow.
Sbb rasa cam... rasa nak tgk lah.

Walau pun ai is 'kureng' ngan Anzalna. Entah kenapa kureng pun aku tatau. Mmg dari awal dia berlakon rasa 'kureng' je. Bkn la kata dia tak pandai berlakon. Tp entah. Sbb dia salu berlakon cam gedik2 kut (Terus tingat dia dlm Adam dan Hawa ngan wambut pelesu beliau tu).
Tapi, tengok je lah. Mana tau, dari kureng tu kan jadi lebih plak kan. Haha.

Bagi aku best gak la citer ni. Byk watak. Byk konflik. Tapi mesti semua berkait lah.
Dari Anzalna yang lead sebagai Balqish, smpai la mak dia - Kak Shida, lakonan Haleeda, juga ex-bf yg dah rogol dia tapi kawen lain - Radzi lakonan Ryzal. Pastu ada Dynas yg konflik family dia - bisneswomen berjaya yg ada workshop tapi suami (lakonan Riezman) keja nya duk ngikis duit dia - sbb ada bini lain jugak. Faradhiya yg jadi bini Ryzal, pun ada konflik kat kampung, Eina Azman kawan Anzalna pun ada konflik sendiri. Bes la. Takde la cam bowww-ringg nak tgk kesah cinta cinta cinta leleh semata. Cuma yg tak berapa nak familiar is  Afiq Muiz. Who is he? Cewah. 
Oke, bule tgk kat sini sesket pasal dak Afiq Muiz nih. 
Student Aswara rupanya. Dan aku mmg tak kenal sbb aku tak tgk citer Mimpi Cinderella tu. Tu pun ada gossip ngan Eina Azman tu gak rupanya. Tak tahu lah aku. Eina Azman pun ada berlakon citer ni jugak.

Kali ni puas sket tgk citer camni sbb dia dah sejam. Kira cam takde la nak tggu lama sgt kan. TV3, sila kekalkan waktu siaran ni yer. Tak bes kalo setgh jam cam dulu. Kadang smpai ngantuk2 tunggu.


Satu lagi aku sker tgk is Karlos.


"Nama aku Karlos!"
Tau la sbb apa kan. Tp aku dah tak berapa suka ngan dak Johan Asari ni semenjak dia dah glamer sgt nih. Dulu oke, time Botak tu kan. 
Ala ala citer Juvana jugak citer ni. Tp kali ni dia jadi baik lak. Pastu yg jadi Adib tu (Jay Iswazir) plak jadi jahat. Aku tatau siapa ini orang. Tp myDH kata orang Pilih Kasih. Ye ke? Entah. Aku tak kenal. Tp kesian kadang2 nengoknya. Berusaha gigih nak napak sangat jahat smpai kengkadang cam zombie pun ada mukanya. Hihi. Apa pun, oke la.. jadi budak jahat yg keja nya nak meliwat orang ja. (T____T)


So, itu je lah. Drama2 di layan tatkala ini. Lain - Bowww.... ringgggg.....!!

Edisi PR1MA

Banyak aku sign pengesahan majikan utk orang nak mohon PR1MA nih.

Uols tak terai mohon??
Aku ada gak jenguk2 laman web dia ni - http://www.pr1ma.my/index.html

Tgk kelayakan.
Cuma tak berapa nak clear term - pemohon dan pasangan tidak memiliki lebih dari satu hartanah. Ada 'dan' di situ. Which is kat situ layak jika salah seorang je kot yg ada rumah. Kalo dedua ada dah tak layak. Kan? So, tak layak la kot.

Takpe lah. Lagipun katanya pemilik wajib mendiami rumah tersebut.
Yg paling dalam KL adalah Alam Damai. Which cam umah aku skang ja rupa bentuk nya.

Lelain seme kat luar. Paling dkt ngan KL - kawasan Seremban. Tp yg Seremban Utara ni cam cantik. Umah teres kan.

Takpe. Kita bagi peluang pada orang yang takde rumah dulu lah.
Dah ada rumah tu, duduk je lah ontok2 kat rumah tu.
Takyah mentamak sgt.
Satgi nak bayo ngan apa pun kalo dpt.
Nak jual umah KSU?
Haha. Mmg tak la. Walo sehingga kini, dah hampir setahun duduk, masih ada lagi agen2 call, SMS, and ada brochure derang letak dlm post box tanya berminat nak jual rumah tu ke tidak.
Bagi kami pepuas duk situ dulu ya.

So, sapa nak try mohon buleh la.
Masuk web prima tu ya.
Kat situ ada cara2 dia. Seme thro online ja.
Kalo kerja, dapatkan pengesahan majikan.

Itu je lah kot. Aku pun kurang periksa.
Tapi ramai gak la bebudak ofis ni mohon dah. Lelaki lah esp.

27 March 2013

WW : Koleksi Stoberi Pnstoberi


Sayang giler nak tido atas ni.

WW : Stoberi Cicah Garam

Oit. Terlebih garam tu.
Masinnnn...

Apa barang cicah coklat.
Try tgk cicah garam.
Baru la nikmatttt......

WW : Stoberi vs Stroberi

Stoberi dari Genting Highland.

p/s : Aku baru tahu, kat Bandung ada tempat namanya "rumah stroberi". Retu pegi Bandung mmg tak pegi pun sini. Ejaannya tu betul2 stroberi. Aku tau bila aku tgk kat instagram dgn #strawberry. Tapi mujo bukan stoberi kan. Kut tak org igt aku tiru tpt tu. Haha.

kredit : here

26 March 2013

Graph Bil Letrik

Saja tgk graph bayaran letrik rumah aku.
Masih dalam zone oke oke lah.
Belum pernah cecah ratusan.

Hari tu je cam tanjat gegel dkt nak satus tu. Awal2 masuk rumah tu.
Tapi entah. Aku pun tak faham. Pastu dia cam kontra balik kot.

Takat ni oke la.

Walo aku pakai induction cooker, Coway yg 24 hour terpasang, akurium (eh.. ni berapa sen je la sebulan kan), water heater, kira semua oke lah. Lagi pun siang mana ada kat umah. Malam pun tgk tv berapa jam je pun. Peti ais, lampu tu biasa la kan. Umah lama dulu pun pakai.
Cuma lately ni. Ya...lately ni kan cuaca panas. Hujan pun panas. Jadi sendiri mau ingat la kan. Kipas pun tak mampu nak menolong. Kami dua salu cakap cam sedih2 

"dulu umah lama, ingat lagi kan... tap tap dengar air air-cond orang atas kena atas bumbung umah org bawah" 
"lepas tu panas ke apa, guna je lah kipas tu"

Haha. Dah tu, itu je yg ada. Nak taknak pakai je lah walo peluh cemna pun kan.
Skrg.. tak panas pun bebuat panas. Haha.


Bil bulan ni blum kuar. Mungkin baru nak baca bil kot sbb td napak org TNB kat level aku tu.
Hurm. Tggu dan lihat je lah.
Dah ada kemudahan, kita guna ja. Kalo tak, buat apa pasang kan. Haha.

p/s : Nak tgk graph penggunaan letrik kita bule refer sini : https://e-services.tnb.com.my/eservices

Edisi BeanBags

kredit : MilkADeal.
Otak aku mmg tak boleh nak 'hadam' la apsal mendalah 'kacang' ni mahal.
Mmg rega tahap 2ratus lebih punya lah.
Tak penah aku jumpa bawah seratus. Mahupun dlm 120 - 150.

Kenapa mahal sgt ah.
Orang gaji tak byk cam aku ni, mmg aku rasa tak baloi la nak beli sebijik tpt duduk yg camni.
Dgn rega yg dkt 3ratus tu buleh beli sofa yg 3 seater oke.

Betul.
Sofa aku skang rega 3 ratus lah. Beli sejak kawen dulu. Dan usung jugak ke rumah baru. Igt raya nati nak tukar baru, tp mak aku ckp elok lagi. Lagipun sayang jugak. Mmg elok je lagi. In fact aku dah tukar dia nyer sarung tu nak matching ngan langsir yg tak siap lagi.

Ini kat MAD.
Masih rega dlm 2ratus.
Huh! 
Mmg tak buleh hadam.
Nati next week ada Perfect Livin kat PWTC. Aku nak tgk berapa dia bule bagi. Mmg takde la satus lebih. Aku mmg nak pegi Perfect Livin tu. Ada misi belum disempurnakan dan perlu disempurnakan sebelum raya.  Susah juga nak deco2 ni bila kita dah duk dlm rumah tu. Kena plan bebtul. 
Gedik. Dulu taknak buat. Skang plak baru tergedik gedik nak buat.
Pffttt....

By d way,
comel kan menda ini
Kredit to White.my. Kaler purple tu yg buat aku tatahan tu. Hihihi.
Oh. Kang ada yg tanya apa kah mendalah ni. Ini adalah The Leaf Mini Pen Holder.

Edisi Lauk Weekend

Hoi.
Cam la masak bagai2 vas vedegas sgt kan smpai nak masuk blog ni.
Haha.

Saja.
Takde menda nak citer.
Jaja la gmbr masakan weekend tu ari.
As I said dalam instagram tu - lunch kami 2 beranak.
A ah. Masa tu mmg MyDH takde. Outstation. Mujo la anak buah aku smpai KL dari Johor malam sebelumnya tu. Jadi, rekod tido sorang kt KSU masih belum dpt dipecahkan. Huhu. Walo pun fully guarded, siap ada interkom direct ke guard, aku rasa tatap la aku gerun. Dulu takpe la rumah sekangkang semut ja. Situ situ je seme. Skang ada byk bilik. Mau aku buka seme lampu kalo duk sorang gamaknya. Oke, takyah bayang dulu.

Jadi, tanya anak buah dia nak makan apa. Dia kata apa2 pun buleh. So, aku masak kari ayam. Sbb terasa2 nak makan kari ayam ngan sambal tomato. Omnomnom.
Siap google and tgk buku 1 Hari 1 Resepi utk kari ayam. Aku jarang buat kari ayam. Salu fail aje. Tapi kali ni.. walla.. menjadi uols. Cukup pekatnya. Cuma kurang garam kot. Cam tak masin ja.

Seriyes. Mmg aku tak reti masak kari ayam. Yg ni aku cuba2 jugak la. Mujo jadi. Phewww... Sonang bai ja kari ni kan. Cara masak :
Bahan2 : Ayam, kentang, cili blander, asam jawa, bawang merah, bawang putih, rempah adik beradik (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih - ada jual kat kedai siap satu pek 50sen), santan (suka la nak pakai segera ke tak. Cam aku, aku pakai yg segera ja), serbuk kari daging/ayam.

Cara : 
-Tumbuk / hiris bawang putih, bawang merah. 
-Tumiskan bersama rempah adik beradik tu. 
-Bila da garing sket bawang, masuk cili blander. 
-Jangan banyak. Aku letak satu sudu kecik ja sbb aku tgk mak aku takde buh cili blander pun, saja aku alter sket ikut resepi. 
-Pastu masuk rempah kari yg telah di pes kan (bancuh ngan air).
-Lepas tu bila dah pecah minyak kasik masuk itu ayam. Gaul gaul. 
-Masuk kentang juga. 
-Perasa kan dengan garam. Cam aku tak buh garam byk sbb aku ada campak suku kiub ayam maggi. 
-Bila ayam dalam tu dah sebati ngan rempah kari, tuang santan. Ini kena pepandai tgk sbb nati terpekat, ter cair, ter timbul bijik2 santan. Buat just nice ja. 
-Tambah air. Biar menggelegak. 
-Napak kentang nak empuk, masuk air asam jawa sket. 
-Biarkan kejap. Lps tu dah siap. Mudah banget.

Aku tatau la sbb pakai induction cooker ke dia buleh jadi elok sbb kalo guna dapo gas mmg kena pandai setting api tu. Dia masa nak tggu pecah minyak tu api tak buleh kuat, da masuk santan pun api tak buleh kuat. Sbb tu dulu masa masak dapo gas salu fail aku masak kari. Tp dah namanya tak reti masak kan.. dapo gas plak disalahkan. Org dulu tu pakai dapo kayu je.. sedap gak masakannya kan... alasan je seme tu. Haha.

Lps tu sambal belacan tomato pun gugel gak. Haha.
Ni keja pemalas. Ku blender je. Smpai anak buah aku tanya. Ni air asam ke Ucu?? Haha. Belasah la nak...
Lps tu up dgn ikan sardin goreng n ikan terubuk masin. Goreng ngan bawang n cili padi. Sbb masa keluar lif, menusuk idung bau orang goreng ikan masin. Heh! Tak bley jadi ni. Kena goreng gak. Lagipun dah sebulan lebih dlm esbox tak berusik.

Bes gak memasak sebenarnya.
Malas ngan tak ja. Haha.

25 March 2013

Edisi Gedik Jersi Bernama


Haha.
Uols ado??
Org lain ado, harus la ai pun nak ado jugek khenn...

Hari tu dulu.
MyDH bagi idea 'nati kita beli jersi, buh nama nak?'
Aku mesti la 'nak..nak..nak.. besnya'
Oke. Mmg kena versi mengada.
Bkn senang uols dia nak sajes something yg ala ala romantik gini. Cam baju sama, pattern sama ke apa. Tu seme dari aku biasanya.
Ni dia yg sajes harus la jadi mengada lebih dari biasa kan.

Tp, impian tu tak di realisasi sbb kalo nak di realisasi kena p Downtown. Heh! kuasa hoi nak g downtown semata mata nak g tepek nama. Dah la paking peluh tiak nak carik. Jadi, cadangan terbiar sepi.

Namun akhirnya...
Impian ter realisasi.
Bwk abg and akak ipar jalan2 downtown mlm tadik. Nak keja esuknya tu, tp pegi je lah downtown kul 12. Sekali skala kot jalan ngan derang. Apa lah salahnya. Akak ipar aku tu dah susah2 jaga mak kan. Sesekali kita lak gembira kan meke. And aku rasa so lucky to have her as my s.i.l. Titik.
Derang pun buat gak. Tp utk anak buah aku.
FATIN.
Motip. Tetiba nak eja nama dia. Haha.

MyDH nyer. Kuning itam. Aku pink itam. Hihi.

Satu uruf 2 hengget. Nama kami memasing 3 uruf.
Ikutkan aku mmg nak taruk 'p u a n s t o b e r i'. Kang menyinga laki aku, apa pun tak dapek. Haha.

Ingat nak buh nombor skali. Tp satu nombor 5 hengget. Aku nak 2 nombor. Eh.. berapa puluh plak habis kat baju tu. Padahal baju sepuluh ringgit ja. 
Aku beli jersi kat situ gak. Dia buleh jugak kalo ko ada jersi sendiri then bawak je tempek kan nama or nombor.

Aku letak bawah sket sbb pakai tudung kan.
Hihiq. Hihiq.
*gelak kena ada qalqolah uruf Q tu sbb gedik kan*

Tah nak pakai g mana tah.
Ini bkn buleh g tpt2 panas2 ni. Jersi tak kalis peluh nih.
Kalo balik kg, duk dlm keta dediam, buleh la kot pakai.
Pakai sedondon nati. Baru la romantis kata orang.
Hakkk..... muntooohhhh (T_____T)

Eh. Cop! Jap.....


Haha. I Love Kelantan lagik. Ini myDH belikan masa dia outstation Kelantan. Aku ckp nak baju I love kelantan kalo ada. Skali ini dia belikan. Kat wakaf che yeh katanya. Haha. And dia punya jersi red warrior (siap ada tulis azizan osman.com lagik. Dan jam jam tu gak aku tingat muka Azizan Osman tgh taruk tangan kat kepala tu. Haha).

Aku kata awat tak belikan aku jersi gak.
Jawapan dia mmg selamba la
"Dah awak yg nak i love kelantan"
Optional tu bang. Bukan la compulsory. 
Pffftt... APTB (-_-")
Tapi tak pe lah.. at least ada dari takde. Pink lagi. Ko hado?? Muahahahah.
Tenkiu bang.. nati ai pakai yer.. kat umah je la tapi.. :P

Edisi Rumpai Laut


Eh. Eh. Bukan. Bukan. 
Aku bukan nak jual rumpai laut lah.

Haha.
Saja nak bercerita perihal rumpai laut.
Tadi tgk kat FB Dr. Hamit. Dia kata rumpai laut ni bagus sbg melawan anti kanser n ada la 2,3 khasiat lain.

Dan aku takmo citer pasal kolagen bagai tu.
Ada yg kata ada kolagen. Ada yg kata takde kolagen.
Entah. Tak tahu.

Lama dah kot rumpai laut ni.
Dulu. 2 tahun lepas. Masa aku g Sabah dlm tahun 2011. Januari.
Ayah mertua aku ada kirim something yg namanya 'latok' which is rumpai laut.
Bila google latok. Ini lah gambarnya.
Kredit gambar sini.

Buat ulam tak silap aku.
Tp aku tak dpt belikan sbb mendalah ni waktu pagi je dia jual mengikut kata orang yg kami tanya tu. Dia macam sayur2 kut. Entah. Nati lah aku outstation ke Sabah, aku try tgk pepagi kut2 ada. Maybe kot, nak g Sabah. Ada urusan kat sana. Tatau bila. Dlm bulan 4 kot.


Lps tu dalam tahun lepas naik glamer rumpai laut kering tu. Yg aku tahu, akak ipar aku antara terawal yg jual. Aku tak beli sbb aku tahu tahap KPI kedisplinan aku dlm memakan apa2 makanan tambahan a.k.a supplemen. Nati ter abai je beliau dlm esbox.

Pun begitu, eceh.. ayat... pun begitu, masa g Sabah last year yg ada persidangan HR tu, aku beli gak rumpai laut kering ni. Sekilo berapa tah. Kat tpt org jual ikan bilis segala tu lah. Setgh kilo aku kasik ayah mertua, setgh lagi.... as I said tu lah... tersadai dlm esbox tpt simpan sayur. Menyemak je aku tgk. Tp nak kurangkan 'semak' tu aku tak buat apa2 usaha pun. Rajin sgt la aku kan nak rebus la nak apa. Kak ipar aku kata buat kerabu buleh. Huhu. Nak berkerabu pun aku tak rajin. Entah. Apa yg aku ni rajin pun aku tatau. Pemalas amat kan. (T____T). Mesti org kata aku kat umah tak masak langsung kan. Haha. See my instagram lah. Hahahahah... bengong.

Tu lah. Takde citer apa pun. Saja nak sembang tu je.
K lah.
Nak nyibuk kat maybank2u skali ngan org yg dpt gaji reni jap. Bayar utang segala. Padahal gaji da masuk Jumaat lepas. Saja malas nak buat segala transaksi. Tengok... malas lagi..... (-_-") Pfttt... APTB.

22 March 2013

Teruskan Berdoa


Artikel kredit : Iluvislam

Mengeluh Penat Berdoa

Daripada al-Nu'man bin Bashir r.a.; Rasulullah s.a.w. bersabda: 'Doa adalah ibadah.' (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Untuk diejanya perkataan doa memerlukan huruf yang sedikit sahaja, iaitu tiga huruf (D.O.A). Seringkas ejaannya maka begitulah perbuatannya. Berdoa adalah sebuah ibadah yang sangat mudah.

Maka bersyukurlah kita kepada Allah SWT sebagai Tuhan yang maha pemurah dan maha mengasihani yang mengurniaan sebuah ibadah yang dipanggil doa.

Ibadah Yang Mulia

Di samping itu, doa menunjukkan perbezaan antara perhambaan manusia dan perhambaan dengan Tuhan. Allah SWT memberikan ibadah doa kepada kita sebagai medium dan tempat terbaik untuk meluahkan perasaan kita sebagai hamba-Nya.

Malah, Allah SWT sendiri melabelkan bahawa berdoa adalah sebuah ibadah yang mulia disisinya:

Daripada Abu Hurairah r.a. Nabi s.a.w. bersabda:

"Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah S.W.T melainkan doa." (Riwayat al-Tirmizi dan Ibnu Majah)

Tetapi dalam kalangan kita pula asyik memandang enteng akan kelebihan berdoa ini. Contohnya seusai solat, terus beredar tanpa berdoa sedangkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi menyatakan:

"Rasulullah s.a.w. ditanya oleh seseorang: "Apakah doa yang lebih di dengar, lebih makbul dan mustajab?' Baginda s.a.w. bersabda: "Waktu terakhir pada hujung malam dan sesudah solat fardhu."

Mustajab

Kita menyalahkan Allah SWT kerana tidak memakbulkan doa kita sedangkan kita tidak bersungguh-sungguh dalam meminta. Banyak hadis yang mengatakan keadaan, tempat dan waktu yang mustajabnya doa kita; di antaranya :

Berdoa ketika berbuka puasa
Berdoa ketika bermusafir
Berdoa di antara waktu azan dan iqamah
Berdoa di hujung solat-solat fardu
Berdoa pada waktu penghujung malam
Doa orang dizalimi
Doa bapa kepada anaknya 
Dan sebagainya

Tetapi, adakah kita tahu bila masanya Allah SWT akan mengkabulkan doa kita?

Adakah esok, lusa atau sepuluh tahun kemudian atau dia mungkin tidak memakbukan doa tersebut?

Adakah kita tahu, mengapa Allah S.W.T mengatur sedemikian rupa ?

Apabila Allah S.W.T segera memakbulkan doamu, maka dia menyayangimu.

Hikmah Waktu Berbeza Doa Dimakbulkan

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu mereka): Sesungguhnya Aku sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul." (Surah al-Baqarah: 186)

Apabila Dia lambat memakbulkan doamu, maka Dia ingin mengujimu.

Menurut al-Khatabi:

"Jika Allah SWT tidak menjawab doa seseorang, Dia akan memberikan kepadanya ketenangan dan kelapangan dalam hatinya atau mengelakkan dirinya dari kecelakaan, atau menggantikannya dengan pahala."

Menurut Hukama:

"Manusia menyangka doa mereka tidak dimakbulkan, sedangkan sebenarnya ia dimakbulkan melebihi apa yang dipohon, atau menolak dengan musibah atau penyakit lebih banyak dari yang dipinta, atau diberikan ganjaran pada hari kiamat."

Apabila Dia tidak memakbulkan doamu, maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu), sedangkan kamu tidak mengetahuinya." (Surah al-Baqarah: 216)

Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah SWT

Firman Allah SWT dalam sebuah hadis qudsi, maksudnya:

"Aku bersama sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku, maka bersangka tentang-Ku apa sahaja yang kamu ingini." (Hadis Qudsi)

*****
Teruskan berdoa. Semalam dalam Forum Ehwal Islam pun ada membincangkan berkenaan doa. Antara kata panel, sekiranya Allah tak memakbulkan doa kita di dunia, kemungkinan doa itu dimakbulkan di akhirat... Pasrah. Dan Redha kalau itu lah yang terbaik untuk kita....

21 March 2013

Edisi MAS Deal : Harus kah???


Perlukah?

Hurm. Hurm. Hurm.
Telan ailiyo nih. MAS tgh buat sale.

Dan tiket gi Perth, eh, gi Hongkong mmg murah. Masih sama spti aku pergi last 2 year. Last year aku salu gak jenguk2. Mmg jarang dpt rega tu. 
Geramnya. Rasa nak repeat je kan. Tapi, takut ter burnt cam gi HCMC tu. Sayang oh.
Perth pun rasa berbaloi kot. Tapi, cost kat sana is very high. Kadar tukaran wang seme tu kena amik kira. Takkan nak tido semejid plak. Haha. Tu tggu la dulu. Kut kuar pekeliling 5KGT ke. Haha. Ini dpt 1KGT ja. Haha.

Why Hongkong?
Entah. Aku suka.
Negara maju. Mudah nak bergerak. Makanan halal susah nak carik? Aku mmg tak heran sgt bab makan. Cukup sekadar alas perut. Lunch makan coklat pun takde masalah (mmg tu yg kiterang buat masa masuk Ocean Park, makan coklat zip ja). Segala yg instant ada kan. Apadahal. Then kat sana ada je kedai makanan halal. Cuma rega a little bit mahal. But, oke la. Kata nak travel. Takkan seme nak berkira kan.

Dah la tpt jalan2 pun bes. Nak shopping bes. 
Hari tu pegi, byk tpt tak cover lagi. Crystal cabin cable car tu mmg teringat ingat smpai skang. Bes giler woh kalo dpt naik nih.


Repeat Disneyland pun aku tak kesah sbb mmg bes. Dah la byk lagi theme park dalam tu. Kalo ada rezeki bule stay trus kat hotel sana kan. 

Eh... cemana ni??? Aku bila cam tak keruan ni mmg berbahaya nih. Haha (T____T)
Kbai!

Tak Sanggup Mak.....

Salu je napak Juma ni pakai tudung kat FB.
Mmg aku scroll lelaju.
Gelimattt...mat..matt.. aku terbayang ular berlingkar je. Eiiwww....

Tapi ini cam sweet pula
Ni pun lawo
Ah. Cuci mato je kat aidijuma.com.
Nati gi carik kat concept store dia je lah kalo nak.
Takat ni aku penah beli yg plain dari AJ nih.

p/s : Bulan ni jadi miskin hina dina. Sbb soping2 kat HKK. Nak buat online soping pun payah kalo bank ada 2,3 ringgit ja. Sobsss... gaji dah lambat lagi kan. Sobsss... KGT pun blum lagi. Bulan 4. Sobsss... yg satu lagi tu pun bulan 7. Sobsss....

Edisi Nasi Lemak Sambal Tumis Kosong


Yer.
Aku tahu gmbr tersebut agak annoying dan disgusting.
Sebab aku sendiri pun tak suka nak taruk gmbr nasik2 dah digaul2 ni. Mmg rasa erkk.. 
Dan aku pun tak suka tgk gmbr yg nasik dah digaul2 ngan kuah segala. Gmbr close up plak. Lagi la... 
Satu lagi gmbr tulang temulang dgn sisa2 makanan dlm pinggan sendiri selepas makan. Errkk... lain la kalo mmg dlm pinggan yang dihidang. Ni gmbr tisu lap tangan pun ada dlm pinggan lagi mau amik gmbr. Errkk... mual.

Haha. Mmg mengada kan aku ni. Haha. Tak pe lah. Orang nak update mesti bersebab. Jadi, takpe. Update je lah. Kalo tgk kat FB ke, setagram ke, ai scroll lelaju yer.

Dato CT pernah update gmbr nasik kandar entah dia amik dari mana kat instagram dia. Pastu ada mat saleh mana tulis 'it look gross'. Muahahaha. Mmg kalo di tgk mmg agak 'gross' lah. Dari menda tu sedap, rasa cam tak lalu nengoknya. 

Oke, kali ni terpaksa aku amik. Sbb geram.
Itu nasik lemak lauk sambal. Takde sambal tumis ikan bilis ke apa. Mmg kena sebut sambal sebab semata sambal.
Kenapa ek? Kenapa mostly nasik lemak kita beli misti lauk sambal kosong.
Apa ke kedekut beno nah buh ikan bilis ah.
Tp yg aku beli pagi tadi ni mmg bukan kedekut dah. Salu tpt lain ada la sehelai ikan bilis jumpa. Ini sehelai pun takde. Sambal semata. Oh. Ada bawang. Rupanya sambal tumis bawang lah.
Tak tau berapa ringgit. Lupa nak tnya MyDH. Dia yg beli.

Tahu. Ikan bilis mahal. Tp takyah la ko beli tahap RM60 sekilo tu. Tp jgn lak beli yg RM20 sekilo. Itu bule buat patah gigi. Dah la keras gedegan, beso cam ikan masin pun ada. 
Satu lagi trend, kepala ikan bilis. Tp kadang dimaafkan juga sbb ada la sehelai 2 badan ikan bilis tu.

Mmg pangkah la kedai ni. Dah la lembap. Sbb tu pagi aku tak suka beli nasik lemak yg belum bungkus. Makna yg dia bungkus time kita mintak. Sbb menggigil tangan jadi parkinson nak letak segala sambal, ikan bilis semua. Takut terlebih bagi... haih. 

Nati ada orang cakap - 'pegi masak sendiri'. E eh. Buleh gitu ke orang meniaga cakap? Takyah defensive sgt boleh. Kalo semua orang masak sendiri, semua peniaga pun tak bule carik makan. Nak meniaga tu, bagi la sempurna sket, walo tak buleh nak sempurna 100%. Biar la buat bebetul sambal tumis yg kita boleh panggil sambal tumis ikan bilis.

Sekian dari peminat tegar ikan bilis rangup.

p/s : sambal dia tu sedap sebenarnya. Dia tak pakai cili boh. Tgk kaler pun tahu. Pekat. Tapi.. tu lah.. kecewa sbb ikan bilis feveret takde. Pffttt... APTB

Aku tak minta banyak. Dapat nasi lemak begini pun dah cukup dah. Sumber gambar : here 


20 March 2013

Edisi Short Getaway : Strawberry Park

Aku ingat ada satu je strawberry park ni kat Genting Highland.
Rupanya dah dua.
Satu Genting Strawberry Leisure Farm. Satu lagi apa tah. Mini Cameron ke apa tah.
Yg glamer is leisure farm ni. Yg  ni kat area station skyway tu. Area pekan Gohtong tu. Mmg tak jauh la dari Awana. So, past check out terus ke situ.
Whats app ngan dak Eida. Tnya ke mana dia g retu. Dia kata on d way nak turun balik KL. Tp aku pegi gak la Leisure Farm ni.



Org ramai. Nak petik strawberry buleh. Tp RM8/100 gram. Haaaa... aku petik 16 bijik ja. Kena RM20++. Tersedak jap. Lantak ah.

Kat sini gak ada pokok lavender. Pastu ada pokok2 bunga yg cantik2 juga. Boleh la. Cuci cuci mata.



Beli eksrem Msia perisa stoberi.
Satu RM2.50. Tersedak lagik.


Beli gak cendawan ni. Nati nak goreng tepung lah.
Org tu kata tahan 10 ari. Ye ke??

Geram tgk markisa. Tp nak buat apa ah?

Geram tgk salad. Tp nak buat apa jugak.
Laksa? Takkan nak buh sepokok tu. Heh!

Bunga2 ros yg ada.




Pastu singgah berenti kat tpt yg dak Eida pegi tu.

Sini petik stoberi murah lagi. RM6/100 gram. Tp aku dah petik kat sana. Nak wat cena? Murah sbb dia baru kot. Huhu. Ada kebun2 sayur gak sini.


Itu saja lah.
Bukan cameron, meriah dgn tpt farm stoberi ni. Ini je lah yg ada.
Jadi ler dari takde kan.

Itu saja cerita cerita di Genting Highland. 16-17 Mac 2013.

#skang tgh layan blog2 yg citer misteri yg ada kat Genting tu. Huhu. Dah pegi baru nak baca. Nak pegi.. jgn baca.. nati teringat2. Baik taktau dari tau. Haha

Edisi Short Getaway : ThemePark & Strawberry Park

Oke. Kiterang naik skyway tu dlm kul 3. Org tak la ramai. Tp kena la beratur gak kan.
Lama gak kan naik skyway ni. Dlm 20minit ke? Entah. Tapi oke. Ailoike je. Infact masa kat HK mmg nak naik crystal cable car, tp tak sempat. Tak cukup masa. Uhuks :(

Oke la. Meh nak gitau. Seumur hidup sebenarnya ini kali kedua aku naik Genting. Sadis? Haha. Ye lah. Ai tak main theme park kat Msia ni uolsss. Wahhh... mampus la statement belagak cam onggila. Takde lah camtu. Kat memana pun bule. Tp entah ek, rasa cam takde keperluan nak naik atas ni. Masa belum kawen mmg ada rasa nak naik. Tp mak cam tak bagi sbb dia kata tpt orang berjudi je seme kat atas tu kan. So, bila cam mak dah tak bagi, tak mau la pegi. Kang jadi apa2 kang, naya je kan. Bila dah kawen, mmg tpt ni la aku tuju dulu after honeymoon. Kiterang pas kawen honeymoon kat Pangkor ja. Pastu lps sebulan camtu datang sini. Tahun 2009. Ada pun dlm blog ni citer tu masa awal2. Tp jaman2 'durjana' sket la time tu. Gmbr pun aku tak remove lagi tu. Eh. Bukan skang pun durjana gak ke? Haha. Cuma, takde dah nak letak gambar kat memana. Sendiri simpan. Oke. Lupakan. So, ini kali ke2 yer. Kasihannn....

Sampai atas dlm kul 3 lebih camtu. Lps tu dingdongdingdong-bertekak-gado gado manja- nak masuk themepark ke taknak, dlm kul 4 lebih baru beli tiket outdoor. Pfttt..... APTB. Outdoor - RM54/pax (tulis utk peringatan.. bkn nak menunjuk ke hapa. Tp relevan kah kalo tulis rega tu maknanya menunjuk. Cait!)



Takde main apa sangat pun. Just main yg matahari tu. Yg pusing2 buat gegeli perut tu. Pastu nak naik apa tah namanya. Menda main dlm bangunan kat area space shot tu. Skali dia kata 'bang..bang.. beg tak bule bawak'. Dah tu, nak humban kat mana beg ni. Takde pun dia letak kabinet ke apa. Oke,takyah. Gi je main ni.

Roller coaster ke apa namanya. Beratur agak panjang. Tp tak la lama. Buat pening kepala je plak aih main nih. Menjerit abis aku. MyDH bule senyap sunyi. Dia kata 'saya diam. pejam mata je'. Boleh??? (-_-").

Lepas tu main pirate ship tu. Lagi skali mmg buat gegeli perut lah. Pastu pening! Huhu. Jalan2 kat Dinasor Land.

Hek ele, apa je ada kt situ. Nyampah rasa. Tpt pun cam tak terjaga je. Tu pun ramai beratur nak naik bot keliling park tu. Tak 'memberahikan' langsung tpt tu. Huhu.

Then masuk kat Flume Ride ke apa tu.

Ingat kut main apa la. Rupanya naik cam bot kayu balak tu. Pastu naik atas, then dia slide turun. Abis basah baju. Heh! Nyesal naik. Dah la melembap ja. Lps tu naik antique car. Masa tu dah mula mendung dah. Skali ujan ko. Mujo keta tu ada bumbung. Tp kena gak tempias angin. Adoii.. tp mujo la masa naik mendalah ni. Kalo duk naik kayu balak tu. Mmg lencun la jawabnya. Ada sorang tu mmg lencun abis. Huhu. Kat situ buleh plak jumpa guard ofis. Aiyark...! Sebesar2 tpt ni pun bule jumpa org kenal ke. Huhu.

Saja amik gmbr ni. Bule pulak derang ni 
potong q. Ada orang yg derang kenal.
Pastu siap panggil. Lalu trus masuk dpn kami.
Wah. Express lane napak. Urut dada je aku.

Ingat nak naik. MyDH taknak. 
Tp aku nak. Tp tak naik. 
Hujan.


MyDH kena paksa amik gmbo. Hihi.

Dah hujan. Kesejukkan lah. Terpaksa makan ni. 

Haha. Terpaksa katanya. Amik satu set je sbb tingat ada spegeti, roti segala kat hotel utk makan malam tu (sempat beli roti kat kedai Awana tu). Skali berebut2 makan. Haha.

Dlm kul 8 lebih balik lah. Nak buat apa lagi. Next time amik yg indoor je. Main gegeli perut pun takpe lah. Huhu. Dlm kul 9 smpai bawah. Tggu bas nak balik otel. Dah la siap cam sesat2 dlm kompleks tu. Elok ikut orang je, tau2 dah kt tpt bas express. Naik balik, sbb tpt tggu bas ke hotel level1. Heh! Asik la sesat pusing2 situ.

Alamak. Cam panjang plak.

Entry g kebun stoberi later lah. Ingat nak sekali kan. Takpe. Later ya. Huhu.
Siap ber part2 jugak macam kan pegi Disneyland hoiii.... :P Gi Disneyland pun satu entry je aku buat. Aiyark!

Eh. Cam takde gmbr tuan tanah. Haha. Tak yah buh la. Dgn muka berminyak, pucat lesi. Kan lipstick, pencuci muka seme tak bawak. Heh!
Nah amik la sekeping. (^-^)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign