Pages

26 March 2013

Edisi Lauk Weekend

Hoi.
Cam la masak bagai2 vas vedegas sgt kan smpai nak masuk blog ni.
Haha.

Saja.
Takde menda nak citer.
Jaja la gmbr masakan weekend tu ari.
As I said dalam instagram tu - lunch kami 2 beranak.
A ah. Masa tu mmg MyDH takde. Outstation. Mujo la anak buah aku smpai KL dari Johor malam sebelumnya tu. Jadi, rekod tido sorang kt KSU masih belum dpt dipecahkan. Huhu. Walo pun fully guarded, siap ada interkom direct ke guard, aku rasa tatap la aku gerun. Dulu takpe la rumah sekangkang semut ja. Situ situ je seme. Skang ada byk bilik. Mau aku buka seme lampu kalo duk sorang gamaknya. Oke, takyah bayang dulu.

Jadi, tanya anak buah dia nak makan apa. Dia kata apa2 pun buleh. So, aku masak kari ayam. Sbb terasa2 nak makan kari ayam ngan sambal tomato. Omnomnom.
Siap google and tgk buku 1 Hari 1 Resepi utk kari ayam. Aku jarang buat kari ayam. Salu fail aje. Tapi kali ni.. walla.. menjadi uols. Cukup pekatnya. Cuma kurang garam kot. Cam tak masin ja.

Seriyes. Mmg aku tak reti masak kari ayam. Yg ni aku cuba2 jugak la. Mujo jadi. Phewww... Sonang bai ja kari ni kan. Cara masak :
Bahan2 : Ayam, kentang, cili blander, asam jawa, bawang merah, bawang putih, rempah adik beradik (bunga lawang, kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih - ada jual kat kedai siap satu pek 50sen), santan (suka la nak pakai segera ke tak. Cam aku, aku pakai yg segera ja), serbuk kari daging/ayam.

Cara : 
-Tumbuk / hiris bawang putih, bawang merah. 
-Tumiskan bersama rempah adik beradik tu. 
-Bila da garing sket bawang, masuk cili blander. 
-Jangan banyak. Aku letak satu sudu kecik ja sbb aku tgk mak aku takde buh cili blander pun, saja aku alter sket ikut resepi. 
-Pastu masuk rempah kari yg telah di pes kan (bancuh ngan air).
-Lepas tu bila dah pecah minyak kasik masuk itu ayam. Gaul gaul. 
-Masuk kentang juga. 
-Perasa kan dengan garam. Cam aku tak buh garam byk sbb aku ada campak suku kiub ayam maggi. 
-Bila ayam dalam tu dah sebati ngan rempah kari, tuang santan. Ini kena pepandai tgk sbb nati terpekat, ter cair, ter timbul bijik2 santan. Buat just nice ja. 
-Tambah air. Biar menggelegak. 
-Napak kentang nak empuk, masuk air asam jawa sket. 
-Biarkan kejap. Lps tu dah siap. Mudah banget.

Aku tatau la sbb pakai induction cooker ke dia buleh jadi elok sbb kalo guna dapo gas mmg kena pandai setting api tu. Dia masa nak tggu pecah minyak tu api tak buleh kuat, da masuk santan pun api tak buleh kuat. Sbb tu dulu masa masak dapo gas salu fail aku masak kari. Tp dah namanya tak reti masak kan.. dapo gas plak disalahkan. Org dulu tu pakai dapo kayu je.. sedap gak masakannya kan... alasan je seme tu. Haha.

Lps tu sambal belacan tomato pun gugel gak. Haha.
Ni keja pemalas. Ku blender je. Smpai anak buah aku tanya. Ni air asam ke Ucu?? Haha. Belasah la nak...
Lps tu up dgn ikan sardin goreng n ikan terubuk masin. Goreng ngan bawang n cili padi. Sbb masa keluar lif, menusuk idung bau orang goreng ikan masin. Heh! Tak bley jadi ni. Kena goreng gak. Lagipun dah sebulan lebih dlm esbox tak berusik.

Bes gak memasak sebenarnya.
Malas ngan tak ja. Haha.

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign