Pages

4 March 2013

Edisi HKK 2013 : Instagram #2

Nampaknya kena gak buat disclaimer walo kat atas tu terang2 dah tulis HKK 2013.
Oke, aku tak marahkan korang. Mungkin ada yg tak tahu apa kah jadahnya HKK tu kan.
Takpe. Aku rajin nak repeat lagi buat kesekian kalinya.
Dan acapkali juga tiap kalo aku post berkaitan HKK. Aku akan buat disclaimer.
HKK itu adalah Hari Kraf Kebangsaan. Yang sedang berlangsung di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Yang terletak di Jalan Conlay. Sehingga 11 Mac 2013. 
Nak citer panjang, aku tak larat. Tolong la rajin2 klik link ini : HKK 2013.
Kalo nak detail info, baru tanya.
Tapi, jgn la bila aku dah cerita yg seme gmbr ni dari HKK, tp ada yg tanya lagi, "beli kat mana tu, dapat mana tu, dsbnya"
Boleh gitu. Deal ya. Deal. Good.

Oke, ni gmbr2 instagram seterus. Sekitar HKK. Takde kat memana. Hanya di HKK. HKK. HKK. (3x dah aku berzikir ni... harap dimaklumkan yer sekalian yg membaca)

Persediaan untuk majlis perasmian. 3 ribu goodie bag
disediakan. Oh. Kelihatan adik ku yg berdedikasi.
Tak sesia ai bagi tinggi markah utk LNPT :)

Mar dtg bawak Deeja ari Sabtu.
Dia nak beli batik. Awal dah smpai. Tp dia tggu aku
abis rehearsal. Kejap je dia beli. Zass zass.. siap!
Hihi. Harap puas ati dengan rega batik RM330 utk
2 pasang crepe tu ya :)

Majlis perasmian. 4 Mac 2013.
By Permaisuri Agung.
Bertugas sbg petugas sambutan & protokol.
Debo oii buat menda ni. Risau sehingga lah tamat majlis.
Ye lah, nati kut ada yg tak dpt makan ke, tak dpt beg ke.
Risau! Tp semuanya goes well.
Alhamdulillah.

Nasi tumpang n wajik.
Dpt masa hari perasmian. Tak penah makan nasi
tumpang ni, tp aku terus kata aku tak suka. 
Jadi, sbb org dah bagi, aku try lah. Wajik tu mmg aku
suka. Lagi plak dia buat dgn gula enau. Sedap.
Entah. Cam mengimbau kenangan waktu kecil je 
makan wajik ni.

Wall of fame HKK2013.
Haha.
Sebahagian dari petugas sambutan & protokol.
Yg pakai pink tu mmg org kraf lah. Yg grey tu
dari KPKK. Minta bantuan meke juga :)

Jadi, itulah. Kali ni takde gmbr2 produk kan. Kalo ada yg bes nati, ai update lagi yaw.
Lenguh kaki dah.
Nak rest kan kejap kaki nih.
Bai!

update : Ada yg kata masuk kena bayar ke tak? Rasanya takde mana2 pameran dan jualan anjuran kerajaan yang mengenakan bayaran. Kraftangan Malaysia adalah sepenuhnya kerajaan di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Kerajaan ya. Cumanya kami ni badan berkanun persekutuan. Tp tetap kerajaan. Jadi, begitu jugalah HKK ni. PERCUMA. Parking pun PERCUMA. Siap ada disediakan pengangkutan terus ke kawasan pameran. PERCUMA jugak. Shuttle (van) dari LRT Ampang Park pun PERCUMA. Yg kena bayar bila nak membeli dari usahawan2 tu. Kalo seme nak pree, tokei mas pun bule bankrap...
Takkk.... acik tak marah lah... acik cakap ja.. walo sebenarnya, dlm iklan, dalam laman web, dlm banner dan apa sajalah yg tunjuk pasal HKK ni dah tulis 'masuk percuma'. Takpe... saya akan tulis ni juga byk2 kali. 

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign