Pages

20 March 2013

Edisi Short Getaway : ThemePark & Strawberry Park

Oke. Kiterang naik skyway tu dlm kul 3. Org tak la ramai. Tp kena la beratur gak kan.
Lama gak kan naik skyway ni. Dlm 20minit ke? Entah. Tapi oke. Ailoike je. Infact masa kat HK mmg nak naik crystal cable car, tp tak sempat. Tak cukup masa. Uhuks :(

Oke la. Meh nak gitau. Seumur hidup sebenarnya ini kali kedua aku naik Genting. Sadis? Haha. Ye lah. Ai tak main theme park kat Msia ni uolsss. Wahhh... mampus la statement belagak cam onggila. Takde lah camtu. Kat memana pun bule. Tp entah ek, rasa cam takde keperluan nak naik atas ni. Masa belum kawen mmg ada rasa nak naik. Tp mak cam tak bagi sbb dia kata tpt orang berjudi je seme kat atas tu kan. So, bila cam mak dah tak bagi, tak mau la pegi. Kang jadi apa2 kang, naya je kan. Bila dah kawen, mmg tpt ni la aku tuju dulu after honeymoon. Kiterang pas kawen honeymoon kat Pangkor ja. Pastu lps sebulan camtu datang sini. Tahun 2009. Ada pun dlm blog ni citer tu masa awal2. Tp jaman2 'durjana' sket la time tu. Gmbr pun aku tak remove lagi tu. Eh. Bukan skang pun durjana gak ke? Haha. Cuma, takde dah nak letak gambar kat memana. Sendiri simpan. Oke. Lupakan. So, ini kali ke2 yer. Kasihannn....

Sampai atas dlm kul 3 lebih camtu. Lps tu dingdongdingdong-bertekak-gado gado manja- nak masuk themepark ke taknak, dlm kul 4 lebih baru beli tiket outdoor. Pfttt..... APTB. Outdoor - RM54/pax (tulis utk peringatan.. bkn nak menunjuk ke hapa. Tp relevan kah kalo tulis rega tu maknanya menunjuk. Cait!)



Takde main apa sangat pun. Just main yg matahari tu. Yg pusing2 buat gegeli perut tu. Pastu nak naik apa tah namanya. Menda main dlm bangunan kat area space shot tu. Skali dia kata 'bang..bang.. beg tak bule bawak'. Dah tu, nak humban kat mana beg ni. Takde pun dia letak kabinet ke apa. Oke,takyah. Gi je main ni.

Roller coaster ke apa namanya. Beratur agak panjang. Tp tak la lama. Buat pening kepala je plak aih main nih. Menjerit abis aku. MyDH bule senyap sunyi. Dia kata 'saya diam. pejam mata je'. Boleh??? (-_-").

Lepas tu main pirate ship tu. Lagi skali mmg buat gegeli perut lah. Pastu pening! Huhu. Jalan2 kat Dinasor Land.

Hek ele, apa je ada kt situ. Nyampah rasa. Tpt pun cam tak terjaga je. Tu pun ramai beratur nak naik bot keliling park tu. Tak 'memberahikan' langsung tpt tu. Huhu.

Then masuk kat Flume Ride ke apa tu.

Ingat kut main apa la. Rupanya naik cam bot kayu balak tu. Pastu naik atas, then dia slide turun. Abis basah baju. Heh! Nyesal naik. Dah la melembap ja. Lps tu naik antique car. Masa tu dah mula mendung dah. Skali ujan ko. Mujo keta tu ada bumbung. Tp kena gak tempias angin. Adoii.. tp mujo la masa naik mendalah ni. Kalo duk naik kayu balak tu. Mmg lencun la jawabnya. Ada sorang tu mmg lencun abis. Huhu. Kat situ buleh plak jumpa guard ofis. Aiyark...! Sebesar2 tpt ni pun bule jumpa org kenal ke. Huhu.

Saja amik gmbr ni. Bule pulak derang ni 
potong q. Ada orang yg derang kenal.
Pastu siap panggil. Lalu trus masuk dpn kami.
Wah. Express lane napak. Urut dada je aku.

Ingat nak naik. MyDH taknak. 
Tp aku nak. Tp tak naik. 
Hujan.


MyDH kena paksa amik gmbo. Hihi.

Dah hujan. Kesejukkan lah. Terpaksa makan ni. 

Haha. Terpaksa katanya. Amik satu set je sbb tingat ada spegeti, roti segala kat hotel utk makan malam tu (sempat beli roti kat kedai Awana tu). Skali berebut2 makan. Haha.

Dlm kul 8 lebih balik lah. Nak buat apa lagi. Next time amik yg indoor je. Main gegeli perut pun takpe lah. Huhu. Dlm kul 9 smpai bawah. Tggu bas nak balik otel. Dah la siap cam sesat2 dlm kompleks tu. Elok ikut orang je, tau2 dah kt tpt bas express. Naik balik, sbb tpt tggu bas ke hotel level1. Heh! Asik la sesat pusing2 situ.

Alamak. Cam panjang plak.

Entry g kebun stoberi later lah. Ingat nak sekali kan. Takpe. Later ya. Huhu.
Siap ber part2 jugak macam kan pegi Disneyland hoiii.... :P Gi Disneyland pun satu entry je aku buat. Aiyark!

Eh. Cam takde gmbr tuan tanah. Haha. Tak yah buh la. Dgn muka berminyak, pucat lesi. Kan lipstick, pencuci muka seme tak bawak. Heh!
Nah amik la sekeping. (^-^)

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign