Pages

13 March 2013

Sana Sini KGT

Tetiba seme (penjawat awam lah) bercakap pasal KGT.
Sejak dari pengumuman PM kat MAPPA tu ari lah kan.

Uols harus tahu berapa KGT uols kan?
Tapi kengkadang terlupa jugak. Aku pun cam eh, berapa ah KGT aku ni. 85,100, etc. etc.

Oh. Bagi bukan penjawat awam, kut tak tahu apa la mendalah KGT ni. KGT is stand for Kenaikan Gaji Tahunan.
Kalo sebelum tahun 2012, kita menggunakan sistem tangga gaji. Tp start tahun 2012, kita dah guna gaji minimum and maksimum. Tak clear menda min-max ni? Takpe. Biar unit gaji yg uruskan tu.
Tapi, kena amik tahu lah KGT kita bulan berapa, dan berapa kan.
Kut ada yg tak tahu lagi buleh la tgk pekeliling perkhidmatan bil 1 tahun 2012.
Kat dlm pekeliling tu ada KGT bagi semua skim perkhidmatan.

Tp secara basic, dan contoh2 KGT adalah :
N17 - RM95.00/year
N27 - RM145.00/year
N41 - RM225.00/year

Tu bagi skim N (Pentadbiran dan Sokongan). Skim2 lain buleh tgk kat pekeliling tu.

Jadi, utk yg diumumkan KGT dibayar awal Julai ni, buleh la buat kira2 dari KGT uols tu ya. Huhu.
Kira cam dapat double KGT lah tahun ni.
Secara basic contoh dia camni lah :
Gred N17, TPG bulan April -
Jadi, dia akan dpt kenaikan RM95.00 pada bulan April. Lps tu pada bulan Julai, sekali lagi dpt RM95.00. Kalo TPG bulan Okt - dpt dulu lah KGT pada bulan Julai, then Okt dapat lagi yg betul2 punya KGT mengikut TPG.

Apa pun, yg penting tggu Pekeliling berkaitan perkara ni ya. Jangan buat andaian 'agaknya' 'kut', begitu begini. Kami di HR pun tgh tggu Pekeliling tu. Yg nyata aku kena settle kan hal kenaikan pangkat orang dulu ni sbb takut KUP yg 15 tahun tu ditukar ke 13 tahun. Yg tu masih dlm review tp akan diumumkan thn ni gak. Lagi plak CUEPACS mintak diumumkan masa hari pekerja (Mei). Phew!

Banyak tak banyak la kita dapat. Tapi bersyukur la dari takde kan.
Dulu ada orang tak nak kerja kerajaan ni kerana katanya 'gaji sikit'. Tapi sekarang, pantang iklan, beribu permohonan. Mmg la, dulu aku masuk keja pun basic dalam RM1+++, skrg utk qualification yg sama starting sudah 1500++ camtu lah. Campur elaun segala, 2+++ jadinya. Kenaikan pun banyak. Tu lah. Dulu orang suruh minta kerja kerajaan tak mahu, skrg tanya tanya pula. Mmg tak dapek la den nak nolong nya...

Apa pun, marilah kita mempertingkatkan prestasi kerja kita. Jgn bagi peluang 'org luar' pula kata 'gaji naik, prestasi keja tak naik juga'. Ayuh!


Update : Pekeliling utk gaji maksimum baru (yg utk org dah 'langgar dinding' tu) boleh tgk kat sini :
http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2013/pp022013.pdf

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign