Pages

22 May 2012

Edisi Resepi : Spegeti/Makaroni

Spaghetti Bolognese by Pnstoberi. 
Last week ku instagram kan gmbr ni masuk kat FB. Then Yan katanya nak resepi. Uhhai. Malu kot nak letak resepi. Simple bebeno ni. Bak kata Chef Ridz tu, semudah ABC kan. Hihi.
Rasa cam penah buat la entry resepi ni, tp tatau kat mana. Ada kat note kat FB, tp dah tatau nak korek cemana bila da tukar timeline ni.. Sebenarnya resepi ni kena kredit pada my fren - Zawidatul a.k.a Kekucingkatz. Dia yg bagi kat aku 5 tahun lalu (kot). Resepi ni suppose utk makaroni, tp aku buat utk spegeti jugak.

Bahan-bahan :
-Spegeti
-Daging cincang *daging cincang Ramly tu dah tak dlm kiub. Aku punya la mencarik2 tu ari. Rupanya dia dah buh dlm packaging baru. Jadi petak plak. Cam daging burger nyer packaging. Haih la.
-Sos spegeti Kimball (aku guna yg cendawan)
-Bawang besar holland (yg kuning tu)
- Bawang putih
-Italian herb
-Capsicum
-Mixed vege.
-Cendawan butang dlm tin
- Kiub ayam (kalo suka), sedikit garam
- Planta
*sebenarnya yg aku masak ni bahan tak cukup, capsicum takde, bawang holland takde, aku ganti ngan bawang biasa je. Kureng sebenarnya, tp oke la.. boleh je mydear makan. Hikhik.

Cara-cara.
- Rebus spegeti dalam air mendidih. Rebus smpai lembut.
- Bawang besar dipotong kiub. Begitu juga bawang putih, cendawan, capsicum. - tp tak dapat kiub pun takpe lah. Ikut sker cemana pun takpe.Nak hexsagon ke bentuk love ke. Ikut kesenangan memasing.
- Panaskan kuali, masukkan dua sudu besar planta *yer, aku buat spegeti ke, makaroni ke mmg tak guna minyak. Tp kalo nasik goreng, tak bes lak rasanya guna planta ni*
- Tumis sebahagian bawang besar yg dah didadu.
- Masukkan daging cincang. Masak bebtul smpai daging masak. Mmg takes time sket.
- Masukkan sos spegeti. Kalo minat masam2 boleh buh sos tomato sket.
- Kalo nak buat spegeti berkuah ni, buh air sket. Lps tu taruk garam sket. Campak la sebahagian atau 1/3 kiub ayam. Saja, buat rasa-rasa.
- Masukkan segala bawang putih, lebihan bawang besar tadi.
- Campakkan mixed vege, capsicum dan cendawan.
- Kacau-kacau. Taburkan italian herb. Byk2 pun takpe. Lagi naik bau 'italian' dia. Hihi.
- Dah siap.
Kalo utk makaroni, tak perlu buh air, lps masuk sos spegeti, dah agak menggelegak, masuk je makaroni yg sudah direbus.

Begitu je. Mudah banget utk disediakan. Tp masak spegeti ni memacam. Ikut la kesukaan memasing kan.  Ada yg taruk susu. Kalo nak buat seafood pun boleh. Letak la udang ke sotong ke. Kalo aku, ini je la caranya yg mudah dan seme bahan2 tu aku makan. Ada yg kisar tomato la, tp aku tak sker tomato, jadi aku pakai sos je. Dan kengkadang nak pedas, aku taruk cili padi. Hihihi...

## Masih sempat join I ❤ Krabi Giveaway. Meh try.. leh dpt Fridge Magnet dari Krabi ke... :)

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign