Penginapan utk 4 ari 3 mlm kat Krabi aku amik thro Groupon. Dok kat Timber House Ao Nang Resort.
Yg sini -
Sedari bulan 11 lagi aku beli. Beli Groupon ni dulu, baru beli tiket flight, sbb aku nak confirm booking hotel. Bila dah confirm booking baru aku confirm flight tiket. Bulan 11, tahun 2011 nak menyampai ke bulan 5, 2012 adalah dlm setgh tahun. Gigil2 tak sabo nak pegi woii.. Kalo ikut aku, mggu ni beli tiket, mggu dpn trus pegi. Haha. Pompuan giler. Itu outstation boleh lah.
Aku amik 4D3N bersamaan dgn RM249.00. Kalo compare ngan rate sebenar, agak berbaloi gak la. Paling murah pun RM450 kalo 3 hari tu. So, jimat lah di situ.
Pasal resort ni. Oke. Bes. Tp takde la bes sgt sgt. Dan tidak juga hampeh sgt. Oke je. Kalo rating 1 hingga 5 tu aku bagi 3 or mungkin 4 la. Tidak terlalu hampir tepi pantai, tp dkt la. Kalo berlari seminit dah smpai *fuh, lega sbb dok risau kan tsunami. Haha*. Sesuai la kalo utk orang nak hanimun sbb sunyi sket. Eceh. Bleh jalan kaki ke AoNang Town.
Cuma sebelum pegi aku tgk seme blog2 org yg pegi Krabi, kalo masuk bilik sure ada towel yg digubah jadi gajah la, angsa la, tp aku takde. Sobsss... sedih. Kalo aku book direct sure la aku cakap aku nak honeymoon kan, ni dah guna voucher, jgn nak bagai bagai yer. Huhu.
Tp yg pasti ada ni. Recommended by TripAdvisor 2011. Bilik ada lah sgt luas. Terbahagi kpd 4 plak tu. Tpt tido yg boleh muat seketul lagi katil king. Lps tu tpt utk mekap2, then satu lagi bilik air. And ada cam balkoni kat luar yg dah disediakan tpt utk jemur baju2 basah. Walopun takde 'angsa' mahupun 'gajah' yg menyambut, tp aku tetap puas ati ngan bilik ni. Bes. Dah la wangi. Sbb gi tour pun half day n full day, so balik, bilik da kemas. Wangi siap dah. Bes!
Oh. Hotel ni juga sediakan payung. Siap ada 2 kaki payung dlm bilik tu. Kaler pink lagi. Eh. Lupa plak amik gmbr ngan payung tu kan. Tp aku rasa mostly hotel kat sini sediakan payung lah sbb cuaca tak menentu. Tetiba je hujan. Without warning guruh ke apa.
Sbb nama dia Timber House, maka mostly adalah dibuat dari kayu. Tp dinding bilik idak la kayu. Simen la.
Tp kalo nxt time kalo ada rezeki nak pegi lagi, aku nak dok kat Krabi Resort. Krabi Resort ni pun kira satu syarikat ngan Timber House. Tp lagi bes la. Kira cam Lexis ngan Grand Lexis la. Tak berapa jauh pun dari Timber House. Aku merasa masuk area tu bila 'lori' nak amik orang gi island hopping tu masuk. Mmg cantikkk... situ paling murah, kalo low season dlm RM200/nite. Kalo korang ada plan nak g Krabi, and ada deal kat Groupon utk Krabi Resort, sila amik. Tpt ni mmg bes dan strategik. Tak berapa jauh nak gi pekan, dan tak dlm pekan yg hiruk pikuk tu. Dpn resort pun byk jual2 makanan halal. Mmg bes!.

Pakej Groupon ni ada skali breakfast. Halal? Makan roti je pun, dan buah. Lagipun itu je yg ada. Eh. Ada la nasik. 1st day tu ada nasik ngan paprik ayam and mi goreng. Aku tak amik, dan aku tak bagi my dear amik. Second day, ada nasik ngan paprik seafood. Makan la gak sket. Third day, pusing balik menu 1st day. (T____T). Alah, makan je buat alas perut kata org sbb lps tu nak gi tour kan.
Lagi resort yg femes adalah AoNang Princeville. Yg ni mmg dlm area town. Kalo aku diberi pilihan, mungkin tak berapa prefer sbb cam blkg kedai2 yg kat town tu. Tp katanya owner dia Muslim. So, ada halal food lah. Kemudian Ananta Burin pun agak glamer. Yg tu blkg Timber House. Tak bes sgt lah. Tp byk resort sekitar2 AoNang tu. Pilih la.
Kat hotel ni pun ada staff dia yg Islam. Napak je aku yg turun van-bertudung, dia dah bagi salam. So, kiterang tanya arah kiblat kat dia je. Baik budak tu. Mmg hehari jumpa kiterang pun dia akan bagi salam :)
Dan secara keseluruhannya, aku berpuashati dgn penginapan 4hari3malam ini.
Thank you Groupon!
**
Entry Berkaitan
Cuti Cuti Cinta Krabi Pertama : Permulaan
Dan secara keseluruhannya, aku berpuashati dgn penginapan 4hari3malam ini.
Thank you Groupon!
**
Entry Berkaitan
Cuti Cuti Cinta Krabi Pertama : Permulaan
Terima kasih atas komen anda :)