Pages

5 May 2012

Edisi Menyibuk Di Jalan TAR

KUALA LUMPUR 5 Mei - Setelah seminggu dari kejadian BERSIH 3.0, Pusat Bandar Kuala Lumpur kembali 'meriah'. Orang ramai mula memenuhi kedai-kedai di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, SOGO, Jakel. Peniaga-peniaga pasar minggu (pasar malam) juga seawal jam 12.00 tengahari telah mula bersedia untuk berniaga. Orang mula berpusu pusu bagaikan membalas dendam akibat tidak dapat membeli belah pada hujung minggu lepas.

Eceh! Ada gaya cam baca sokkaba?
Gilos. Tp seriyes uolssss..... lain mcm ramainya orang hari ni area Jalan TAR, Sogo seme tu. Apa kena taktau la. Aku suspect org sibuk beli baju untuk raya sbb nak pegi tempah.
Bercakap pasal tempah baju ni kan, aku nak selitkan skali citer aku. Nawaitu sebenar aku keluar tu sbb nak tempah baju kat Medan Mara. Aku bajet sempat la hantar utk aku siap 2 minggu lagi (maklum la.... ada event 'itu' kan, nak la tempah baju yg beli time HKK tu ari). Skali akak tu kata, tak buleh. Org yg hantar pun dapat bulan 7 nati. Pergh. Agaknya kalo antar bln 1 ari tu oke la kut. Aku nak antar kat Nusy Collection sbb mydear mmg biasa kedai situ. Dia pun salu je amik tempahan baju2 'seragam' (protokol,koir,staff) ofis kiterang.  Baju tunang dulu pun aku antar situ lah.
Ah. Tkpe lah. Malas lah. Aku mmg tak berani nak antar kat kedai yg aku tak biasa. Aku penah antar kat kedai banyak2 tu. Apa namanya, pasar rakyat ke apa yg dlm medan mara tu. Yg lot lot kedai tu. Ketat la, lps tu suh buat kebaya, dia nyer bentuk leher tu langsung 'kelaut'. Mmg tak la aku nak hantar lagi. Apatah lagi baju hasil belian dari HKK. Kalo dari Jakel tu aku idak la kesah kan.

So, tak dpt la aku melaram ngan baju tu napaknya pada 'event' tu nati. Dan mujo masa HKK tu gak aku ada beli baju dah siap. Aku pakai yg tu je lah. Igt kot baju tu aku nak 'value-added' kan. Nak p taruk batu kasik bling2 sket, sbb nak pakai wedding anak buah aku 27 Mei nati. Tp utk bawak ke 'event' tu tak bleh la nak bling2 sgt. So, lps 'event' tu lah baru buat bling2 ke hapa ke. Meriah sgt lak kang.

Dan baju yg aku nak tempah tu, nati lah hantar pada tailor masa balik kg nati. Satu satunya tpt yg aku boleh percaya dan 'sedap' walo mak aku bising2 marah anta situ. Sbb mahal. Huhu. Yelah, mmg tahap KL dah reganya. Tp apo nak buek. Dah sedap pakai kan. Aku rasa dia terima lagi la kot. Kalo tak terima mmg baju aku tak sedondon lah napaknya raya tahun ni sbb kain nak buat baju melayu dah beli kat Jakel.

Tulis pasal Jakel, maka kena citer lah pasal Jakel gak. Alang2 da ada kat area situ, pegi Jakel. Memula oke la. Orang tk berapa nak ramai. Beli kain baju melayu. Oke la. Dpt rega oke gak la. Tup2 time nak bayar dgr  plak dia offer Happy Hour uolsss, kain yg biasa sepasang RM100, jadi 2 pasang seratus. Jadi harus la, eh..eh... jom tgk nak. Ah, dari jom tgk terus la jadi-nak beli tak? satu utk mak saya, satu utk mak awak. Hihi. Maka, kena beli lah. Selamat dapat 2 pasang utk bonda bonda kami. Hihi. Utk saya? Mydear kata 'tak payah.... yg tu pun tak bertempah lagi' smbil tunjuk plastik yg ada baju tak jadi nak tempah tadi tu. Ok. Baik, saya yg menurut perintah. Tp ye lah, aku tak berapa nak sker beli kain pasang kat Jakel ni, aku sker lagi Nagoya. 

Sblm gi Jakel tu masuk Sogo dulu. Ramainya orang. Situ ada la tujuannya. Dan terus la ke tpt tujuan. Sng, tpt tujuan ni orang tak ramai. Tp klaka sbb ada sorang adik ni nak beli nighties, tp katanya 'taknak yg seksi2 sgt'. Aku dgr je la. Hihik. Budak tu pun mmg jenis yg 'luhur' ni. Bertudung pun bidang besar je. Sweet tau awak ni. Nighties kat Audrey, apa je yg ko igt. If taknak seksi sgt aku rasa p Jusco, g bahagian Scarlet tu, situ ada baju tido comel2 tu. Ada yg t-shirt labuh tu atau yg ada suar skali tu. Harus tak seksi, malahan napak comel pula. Aku suspect dia nak kawen. Eh. Secara tak langsung aku ter bagi tau tujuan aku ke Sogo. Hihi.  Beli 'barang' baru la... nak gi honeymoon katanya kan. Teeheeee :D  (tp jgn pikir aku beli nighties yer. Aku sker nighties, malah ada la 2,3 yg agak aum aum.. tp aku tak penah pakai. So sad. Entah..sayang je tak pakai).

Kat Sogo, smpat cuci cuci mata kat CR. Aaaa.... murah giler giler tu. 400 pun dpt half diskaun. Aaaaa.... mydear kata lps 'event' tu beli. Harap2 apa yg aku nak tu masih ada.

Seterusnya tujuan nak tukar duit lagi. Harga tak sama area situ. Aku dpt satu kedai yg rega cam kat Ampang Park. 100baht = RM10. Tp ada 2 kedai yg jual 100 baht = RM10.10. Mmg la kalo tgk apa ada hal sekupang je. Tp kalo nak beli 1000, 5000, kira lah sendiri berapa derang untung dari sekupang ni (eh. aku tukar ratus je, tkde ribu. Ari tu kan da tukar. Ni top up je.) Nanti aku buat entry pasal kedai2 tukar duit ni. Mungkin dpt pandangan yg lain kat mana tukar duit lagi 'murah'.

Lps tu melarat masuk Mydin. Nak beli sunblock. (T___T). Mana la ada sunblock kat mak idin tu hai. Alah, dah lah area2 jln Tar tu susah nak carik Watson/Guardian. Mencik tau. Terpaksa singgah Ampang Park lak sebelum balik. Tp sblm tu kami makan nasik kandar. Mana lagi, kalo tak di kedai feveret aku - Syed Bistro, Jalan Doraisamy. Ayam madu dia best oh!

Jadi  begitulah cerita hari Sabtu saya. Gmbr takde. Eh. Cop. Ada sekeping ni. Amik kat Jakel time tunggu my dear bersesak membayau kain. Tehhee...


*Al-Fatihah utk rakan sediploma kami (DPA - batch 1997-2000), Muhd Al-Akhir kalo tak silap aku namanya. Dpt berita dari rakan2 FB pagi tadi. Taktau la meninggal kerana apa. Lagi pun lama sgt dah tak dgr citer pasal rakan2 seUiTM ni.

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign