Terlangkah juga kaki ini ke Karnival Jom Masuk UM. Yang selama ni ku buat cam nanti, nanti dan nanti. Mmg ada je Karnival ni tetiap tahun bila derang dah open utk application. Selalu aku buat tatau je. Malas. Dan memacam hal ada bila tiba waktunya. Tapi, kali ni, Alhamdulillah, dipermudahkan oleh Allah utk aku pergi.
So, pergi. Dia buat hari Jumaat n Sabtu. Aku pergi Sabtu lah. Igt pepagi nak keluar, tp dek kerana menonton midnite yang balik nyer jam 2pagi, maka, mana mungkin nak bangkit awal. Huhu.
Layan drama seme dulu, kul 12 baru gerak. Tu pun singgah lunch kat kedai ikan bakar tepi IB tu dulu. Sodap...! Nomnomnom. Situ senang. Kalo weekend, org pun tak ramai, parking apa seme senang. Nak makan kat Kg Baru. Perghh.. sesakkk...tetambah plak dipenuhi ngan Red Warrior time tu. Heh.
So, smpai kat UM dalam kul 1 lebih. Dia buat kat Dewan Tunku Canselor. Seriyes. Menjejaki je kawasan U ni, aura dia len macam eh. Cam rasa, aku nak smbg blaja, nak blaja, harus blaja. Gitew. Keterlaluan ke? Tapi entah ek. Aku rasa suka je hidup sbg student ni. At least, otak ni berfungsi. Kalo keja ni tak la kata otak tak berfungsi, tp cam tak digunakan sepenuhnya. Gitu.
Karnival dia oke la. Ada gerai pizza hut, AnW. Ewah. Cam Hari Kraf plak yer. Ditambah plak ada jual keta Perodua n Proton. Preve' lah tentunya. Hihi. Aaaa.... oke, tu citer kemudian yer.
Masuk dlm tu dia bagi sticker and then register. Dpt beg. Masuk dlm dewan, carik je booth course aku nak. Booth Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran. Tanya itu ini then dia kata kalo register skang, application fee yg RM30 tu boleh waive. Register kat atas pentas. Dan skang baru aku tau yg course utk post-grad hanya dibuat lepas waktu ofis. Maknanya takde istilah part or full time. Cam course yg aku nak amik ni - Master of Public Administration; kelasnya antara Isnin - Jumaat, 6pm-9pm. Tp aku rasa tak la sepanjang weekday tu. Ada hehari dia lah.
Then pegi lah naik atas pentas tu utk register. Tp time tu plak la hai ada persembahan akustik ke apa ntah dari pelajar UM. Atas pentas tu gak. Haha. Siap aku dah naik tangga nak naik atas tu, skali staff dia depang tangan. Staff dia (budak pompuan) tgh cakap2 ngan orang lain, tak cakap apa ni, tau2 je halang kiterang naik. Laaa.... Lps tu ada staff lelaki gitau suh naik ikut tangga belah lain sbb derang nak buat persembahan katanya. Cakap la, tak boleh cakap. Yg perempuan tu, ko tau ko takde manners bila main halang2 pakai tangan camtu sambil tak tgk muka orang. Takde budi bahasa oke. Gitau lah. Mula lah aku nak bebel2. Lps tu yg lelaki tadi, gitau suh amik nombor utk register. Aku gitau lah aku dah register, then dia kata takpe, amik resit je utk waive RM30. Ha... boleh pun layan leklok. Aku pun idak la diminta di layan bagai raja, tp adab tu kena la ada.
Tp ni universiti kan, yg core-biz adalah tpt belajar, bkn tpt nak meniaga apa ke kan. So, pepaham je lah bab PR ngan public tu kan. Takpe... biar lah, itu cara tpt mereka.
So, tggu nombor dipanggil. Tak la lama sgt. Tp aku dpt nombor 57, masa duduk tu baru dlm no. 19 dipanggil. Aku cam eh, dari pagi tadi, baru no. 19. Tatau la kot dia pusing balik nombor tu kan. Atau kut dia kul 1 baru dia bukak ke. Tak ketahuan. Tp tak kesah la. Time tu la plak bebudak tu buat persembahan. Nyanyi lagu muka buku apa bagai. Dah la panggil nombor guna suara je. Udah tak dengar. Lps tu tetiba senyap. Rupanya sistem down. (T____T). Mujo technician dia baik2, dah oke.
Tak lama, no aku naik. Dia letak PC ada la dlm 5 bijik satu line tu. Ada dlm 5 line. Oke. Yg ni aku macam alahai... ko nak suh orang register, tp lps ko panggil nombor utk orang duduk, ko takde la sediakan orang assist. Kalo dia letak satu line tu sorang pun oke. Aku duk diam dlm 5 minit. Tak dilayan okeh! Aku tak kesah pun. Sbb aku dah register. Sblh aku org Indonesia. Baru nak register. Aku plak yg ajar dia. Aiyark. Tu la aku kata, bkn minta dilayan bagai raja, tp tolong la buat jadi 'sempurna' sket. Aku tau mungkin tak cukup orang. Lagi plak hari Sabtu kan. Orang taknak keja. Tp kalo dah buat tu, buat la leklok. Otherwise ko takyah suh online tang tu gak. Suh je bawak balik resit tu, scan sendiri. Gitu.
Dah takde orang layan, aku bangun, terpaksa cuit sorang akak ni. Ah. Aku panggil akak je, tatau la dia lecturer ke apa ke kan. Lps tu dia pass aku kat orang lain 'ha, ni.. xxx (ntah apa namanya tah) tolong tgk jap'. Aku gitau aku da register, then nak buat apa ni, masuk no resit ke apa ni. So, dia upload kan gmbr resit tu, then dia kata masuk no resit then tekan save n next. Lps tu tinggal terkontang kanting lagi.
Hek eleh. Apa ni? Aku pun save lagi skali, log-out. Mujo aku da biasa ngan sistem tu. Maklum la, lama giler kot aku daftar dah. Huhu. Aku bangun, tnya kat staff blkg aku, da masuk no resit tu, oke la dah kan. Dia tanya sapa upload, aku kata staff situ. So, oke la dia kata. Lantak la. Ada, ada la dlm sistem tu. Takde kang, kita bayo je lah. Apa nak buat.
Tp tu lah. Kalo dia assist aku sedari awal, 5 minit je agaknya settle. Patut la lambat sbb takde orang nak assist. Hurm. Baru buat karnival camni, kalo buat karnival bertaraf national, yg masuk dlm kalendar acara tahunan negara entah la kan. Haha. Bkn la nak berlagak kata ofis aku ni biasa ngan event besar, yg mmg takkan la jugak sempurna 100%, tp dgn customer kita takde la biar terkontang kanting. Sedaya upaya bantu.
So, dah settle turun balik, gi lak booth Fakulti Business & Accountancy. Tanya pasal Master of Management lak. Yg ni pun cam bes jugak la. Tp kelasnya Sabtu Ahad plak. Hurm.
Settle seme kuar, tgk Preve'. Hihi.
Ada incik my dear dlm keta tu. Huhu. |
Mesti ada yg bertanya kenapa nak buat Master of Public Administration/Management? Pub. Admin adalah mmg course aku sedari diploma. Aku mmg kalo boleh nak continuous blaja apa yg aku dah blaja. Management tu mmg berkait ngan bidang keja skang lah.
Kenapa tidak MBA? Kalo itu soalannya, aku perlu tanya semula, kenapa aku perlu buat MBA? sbb course tu glamer, seme orang amik?? takde kena mengena. Aku bkn buat BBA, mahupun DBA. Dan aku bukan nak bukak bisnes bagai, so, tak perlu kut MBA. Orang lain nak buat, silakan.
Buat Master, PhD seme ni bukan sbb ikut ikutan orang. Bkn sbb orang lain dah ada Master, aku pun kena ada. Sapa yg buat ni mmg dah ada vision, mision and objective tersendiri. So, knapa aku buat course tu, kenapa aku nak buat d UM seme tu aku dah ada sebabnya.
Jadi, begitu lah. Insyaallah, kalo ada rezeki, adalah.. kalo takde... takpe lah. Yang penting doakan yg semangat aku kental. Sbb dah 10 thn dah grad, dan selama tu gak la cecita aku nak further study ni tak pernah padam.
#kemasukan - September 2012, dan aku tgh pening sbb aku da beli tiket AA, bln Januari 2013. Yg mana kalo aku tgk calendar thn ni, time tu adalah exam! Tp tu pun kalo aku dpt sambung, jd tak perlu pikir lelebih sgt kot. Hihi.
Terima kasih atas komen anda :)