Dah one week pun ekceli citer ni.
Wif adik2 seunit. |
Tk smpat nak muat naik-muat turun gmbr dlm MyS2. Aku skang ni kalo nak cpt upload gambau, aku instagram kan dulu, masuk FB, then cilok dari FB je. Sbb tu kengkadang ada gmbr dlm blog ni yg tak bleh view kalo ofis block FB. Lagipun nak masuk gmbr dlm blog da limit kan, so sng lagi kalo cilok dari link yg ada URL.
Wif our Boss (saja dengki kat Zaim. Gmbo pejam. Hihi) |
Farewell utk rakan kami - Ros pada 3 Mei yg lepas. Dia membuat keputusan utk 'bersara' dari perkhidmatannya. Dia bawah skim SPS sebenarnya. Jadi, kalo nak benti, dia just hantar notis pada kementerian. Dah 3 tahun kiterang bekerja bersama. Selain dia ada lagi 5 lagi yg SPS juga yg dlm unit aku. Walo SPS, kami tetap anggap derang ni cam warga kerja ofis ni gak. Susah senang, sedih gembira seme dah dilalui bersama. Mau tak sedih time last day dia tu.
Ni oke, tp awat lak Abg Ajak tu?? |
Biar pun berat keputusan yg diambil, tp itu lah yg terbaik utk dia. Berkorban utk keluarga mmg bukan pilihan yang salah terutama untuk menjaga ayah dan ibu. Aku tau sbb abg aku pun dulu pun penah buat keputusan camni. Masa arwah ayah meninggal, mmg rasa sukar sbb takde orang nak jaga mak kat kg sorang-sorang. Walo mak tak la sakit yg teruk2, tp takkan nak tinggalkan dia sorang2 kan. Nak mintak tukar cawangan Perak, siap da jumpa bos HR time tu, tp aku dinasihatkan supaya carik alternatif lain dulu sbb masa tu aku baru masuk keja, belum sah jawatan pun lagi. Rasa nak benti dah time tu. Sbb nak jaga mak. Tp Allah permudahkan segalanya bila abg aku yg ngajar kat KL ni dpt tukar ke kampung. Dan masa tu gak akak ipar aku dah VSS dari tpt keja dia. Mmg Allah permudahkan segalanya.
Dan skang, dah 6 tahun berlalu. Abg aku yg jaga mak tu mmg nampak sgt murah rezekinya. Same goes to his family. Kakcik aku tu, tak berhenti rezekinya dapat tempahan jahit langsir. Anak2 derang pun sama. Last 2 year aku ada citer anak buah aku dpt 5A dlm UPSR. Mmg murah sgt sgt rezeki derang.
Jadi, tak salah kita berkorban utk ayah dan ibu kita, kerana satu ketika dulu mereka juga berkorban tak kira apa utk kesenangan kita.
Utk Ros,
Jgn lupakan kami disini ya... dan akak yakin, Allah akan terus murahkan rezeki Ros di sana...
Terima kasih bebanyak kerana membantu kami terutama dalam Sistem Pengurusan Aset. Lps ni sapa nak buat powerpoint yang lawa2 utk JKPAK?? Sobssss... huhu...
kredit : Here |
Terima kasih atas komen anda :)