Pages

8 May 2012

10 Tip Sebelum Bercuti

MELAKUKAN kajian kecil sebelum bercuti adalah hal penting yang kerap dilupakan.

Dengan mencari sedikit maklumat mengenai destinasi yang bakal dikunjungi, kita sebenarnya dapat mengetahui dan bersedia untuk menghadapi beberapa perkara sebelum ke ke sana. Ia juga bagi mengelak masalah yang akan dihadapi ketika bercuti terutama di luar negara.  (oh.. aku tak pernah lupa nak buat kajian kecil atau aku salu panggil riki riki. Jgn kata nak gi luar sket dr Malaysia ni, nak pegi PD pun aku rujuk blog2 lain. Nak tau tpt tu bes ke tak, easy access ke apa)

Bagaimanapun, ramai keliru mengenai keperluan diperlukan sebelum berangkat. Justeru, berikut ada 10 perkara penting yang wajib diketahui sebelum pergi bercuti. Ia mungkin membantu sekali gus menjadikan percutian anda berjalan lancar dan selesa. 

1. Ketahui sebanyak mungkin destinasi yang akan dikunjungi terutama tempat menarik di sana. Dengan itu, anda dapat menentukan tempat yang akan dilawati ketika sudah berada di sana (sudah tentu!)

2. Mengetahui keadaan cuaca di tempat yang akan dikunjungi adalah sangat penting. Dengan mengetahui keadaan cuacanya, anda boleh merancang perjalanan yang sesuai terutama mengenai pakaian selain ubat-ubatan yang perlu dibawa dan disediakan. (yerp. Kena selalu check cuaca kat jabatan meterologi negeri /negara yang nak pegi tu)

3. Adalah lebih baik juga anda cari tahu keadaan sosial politik tempat yang di tuju. Ia bagi memastikan anda tidak menghadapi masalah atau terjebak dengan sebarang nanti. (fuh. serius bunyinya ni. Tp aku pegi tpt2 yg takde pergolakan politik. Aje giler namanya kalo tetiba nak ke negara2 bergolak)

4. Pastikan pasport anda masih sah laku dan lebih daripada enam bulan. Ini kerana, sesetengah negara tidak mengizinkan pelancong memasuki negaranya jika tarikh luput pasportnya tinggal enam bulan. Negara kita sendiri tidak membenarkan kita meninggalkan negara jika sah laku pasport hanya tinggal enam bulan. (ini kena check. Jgn lupa. Sgt penting. Sat gi boleh kuar dari Malaysia, tetgk nak masuk negara yg kita nak pegi tu dah tak buleh, ada yg day trip je kang. Teheee)

5. Selain pasport, anda perlu mengetahui sama ada visa diperlukan atau tidak untuk memasuki negara yang di tuju (juga penting. Takat ni aku p negara yg guna passport je..huhu)

6. Pastikan sebarang dokumen yang diperlukan sepanjang percutian anda. Ia penting bagi memastikan percutian anda aman tanpa masalah. (dokumen : booking reservation, entah apa lagi. Tp yg penting utk aku adalah nota2 yg aku buat. Cam kat HK tu ari, nota2 tu sgt la membantu. Kalo tak sesat barat ntah kemana agaknya)

7. Cari maklumat mengenai penyambung plug yang digunakan di negara yang akan dikunjungi. Beberapa negara, plak yang digunakan adalah berbeza. Seperti contoh, di Indonesia, plak yang digunakan berkaki dua mana kala di Amerika Syarikat pula berkaki tiga. (iyer. Masa kat Indon, aku tak bawak sbb aku tak bawak gajet yg kuat 'makan' bateri. Dan luckily kat HK, plug sama ngan M'sia. So, better beli je travel adapter tu. Tak mahal pun. Tak bwk g travel nati pun boleh je guna kat umah)

Justeru, dengan maklumat itu, anda boleh bersedia dengan membawa penyambung plug antarabangsa yang boleh didapati di mana-mana kedai. 

8. Jika melancong seorang diri atau berkumpulan, tetapi tidak menggunakan perkhidmatan pemandu pelancong, cari maklumat mengenai kos pengangkutan awam tempatan. Dengan itu, anda boleh merancang kos perjalanan anda dengan baik. Jangan lupa memastikan bayaran teksi atau apa-apa pengangkutan secara pajak dan tip yang biasa di sana. (pun penting. Masa buat nota2 utk perjalanan tu, tuliskan skali kos sekiranya tau)

9. Mengetahui nilai tukaran wang asing penting. Ia bagi membolehkan anda merancang perbelanjaan sepanjang percutian. Jangan nanti, belanja anda tidak cukup di sana. Ia pasti akan menyusahkan dan membuatkan percutian anda kelam kabut. (ahah. Biasanya mmg bajet lebih la. Bkn per, takut tak cukup. Huhu. Tp kalo tak cukup, guna je la kad kredit. Kui kui kui.. - oke, not good..not good)

10. Satu lagi yang perlu anda ketahui ialah hari cuti umum di tempat yang dituju. Ini kerana, jika sepanjang anda bercuti, negara itu cuti umum, pastinya pejabat akan ditutup. (bukan je pejabat tutup, tpt2 menarik pun harus la org ramai sbb derang pun bercuti. Contoh kalo naik menda2 kat theme park sure kena beratur panjang)

Ia boleh memberi masalah jika anda perlu membuat urusan rasmi membabitkan pejabat perkhidmatan awam terutama bank.

Kredit : Metro

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign