Last week masa kt kg, tgk drama kat TV1 yg kul 10pagi tu. Tajuknya Mentua Tersepit. Lakonan Didie Alias, Kazar, Joey, Leez AF. Ulangan kotnya. Tp aku tak penah tgk lagi.
Citer kelakar, tp aku tersentuh hati.
|
Kredit : Google |
Citernya mengisahkan sorang mentua, yg sayang pada kedua-dua menantu perempuannya. Menantu sulung (Leez AF), kira cam anak orang kaya, selalu bagi duit, bagi hadiah pada mentua kalo blk kg, tp masih takde anak (see, kejap je dah tau kenapa aku tersentuh hati walo tgk citer klaka). Dan menantu kedua lak (Noor Khiriah), dah berenti keja sbb tgh mengandung anak sulung.
Mak mentua ni sebenarnya sayang sama je dedua menantu ni. Tersepit bila menantu kedua dia tu nak bersalin dan berpantang kat umah dia. So, dia cam rasa yg menantu sulung ni akan terasa la kalo dia melebihkan menantu kedua tu. Dah la menantu2 dia ni pun sesket asik nak memerli sesama sendiri.
Menantu sulung tu tak reti masak, kemas umah pun malas. Smpai kan laki dia, yang keja cikgu cam tertarik pada cikgu lain. Tp tak serius la. Sbb dia sayang ke bini dia lagi.
So, si menantu sulung ni pun dah malas nak balik kampung sbb dia rasa rendah diri tak boleh nak mengandung. Padahal mak mentua dia tak penah pun kata apa. Dia je terasa sendiri.
Smpai satu hari tu, laki dia ajak balik kg dia taknak. Dia kata nak kuar ngan kawan2. Laki dia pun balik la sendiri. Skali kawan2 dia tak jadi nak kuar. Dia balik kg. Tp seme orang takde sbb derang kuar g pekan. Merajuk la si menantu tu sbb orang tak bagi tau nak kemana.
Lps tu baru la si menantu ni tersedar. Dia nak jadi rajin. Kemas2 umah segala. Buatkan laki dia bekal bawak gi sekolah, tp tu pun tak sedap jugak.
Akhirnya kedua-dua menantu ni baik bila mana, menantu sulung ni hantar biras dia ke spital bila dia sakit nak bersalin.
Aku touching masa part kat spital tu. Cam seme orang seronok2 tgk orang baru lepas bersalin. Yang kita cam kecikkkkk je rasaaaa.. Ha, begitu.
Kut ada sapa tak tgk lagi citer ni bleh klik kat sini -
RTM TelemovieUhu. Aku pun baru tau, RTM dah ada ala2 tonton tu gak yer. Good.
Tu lah. Aku duk pikir gak, walo pun hanya drama biasa biasa je. Tp ada la sedikit input pada aku. Kita ni walo ada kekurangan, kita kena gak 'tampal' kekurangan tu ngan kelebihan. Cam citer tu lah, kat tempat keja tetiba ada cikgu lain himpit, bagi bekal la apa la (tp dlm citer tu, rupanya cikgu pompuan tu pun tibai bekal anak murid dia. Hihi), suami ni lama kelamaan pun jatuh suka.
Memasak. Aku tak kata perlu dan wajib utk isteri memasak. Tp itu adalah salah satu kepentingan dalam rumahtangga. Kalo tak, takkan org tetua dulu kata - kalo nak ikat suami, ikat dari perutnya. Mmg la suami akan kata, tak kesah la tak masak. Tp larat ke nak kt makan kedai hehari. Yer, kengkadang kalo balik lambat mmg penat. Tp kalo cam aku yg takde anak ni, bleh kot slot2 masa sket. Kalo tak dpt masak utk mkn mlm, mungkin kita leh sediakan bahan2 utk masak awal pagi. Bangkit awal sket. Utk buat bekal bawak ke ofis. Nasik ngan sardin pun suami dah sker kut. Tp kalo dpt asben yang 'malu' nak bawak bekal tu payah la sket. Tp tak ramai kot bilangan yg malu tu, yg rasa bangga ada la bila mana org kata 'rajin nye bini ko masak'.
Haa... bab bangun awal pagi utk masak, aku surrender sbb aku ni mmg tak boleh nak bukak mata pepagi utk masak. Jarang2 aku buat kecuali kat ofis ada buat potluck ke apa, itu boleh la sekali skala. Tp ada je org ofis aku buat camtu. Katanya 'saya da biasa kak, bangun kul 4,5 pagi tu'. Seriyes, aku mmg tabik hormat. Aku tak leh lagi buat camtu. Mungkin ada anak sok, aku buat begitu.
Aku pun skang dah jarang memasak. Tp cam kesian lak kat suami walo dia tak penah la bagi arahan diktator - masakkk..kena masak hari ni. Lps tu rasa cam bersalah plak asik nak beli je. Lelaki ni kebanyakannya tak kesah pun kita masak apa. Goreng telur pun dah cukup katanya. Mmg dah lama aku tak beli barang basah sejak Hari Kraf tu ari. Sbb masa Hari Kraf mmg kami all out kat ofis termasuk Sabtu Ahad. So, tak bleh slot in. Lagipun petugas ada kupon makan malam. So, abiskan kupon tu dulu lah.
Lps tu skang weekend pun asik takde kat umah. Hari tu ada beli ikan. Keras kematu ikan tu duk dlm peti ais 3 minggu. Tak elok pun kan letak lelama. Tu tak masuk cili aku dah blend dkt sebulan dlm peti ais. Ha. Aku mmg blend cili sbb aku tak berapa suka cili boh tu. Seyes tak suka. Nak masak bagi cpt ni sng je sebenarnya. Cili blend kan sesiap. Kalo 'rajin' sgt cam aku ni, blend la sket je. Kut tak kang, abis beku dan putih2 lak atas dia. Tp kan, kalo simpan dlm bekas TUPPERWARE, takde menda tu seme. Tahan lama. Confirm. Eh. Ter promote lak. Huhu. Ikan bilis beli yg dah siap kopek. Kalo masak hari2, bawang2 pun bleh blend sesiap. Jadi keja jadi cpt. Cam aku, aku ada blend serbaguna tu, jadi kalo nak numis2 buat sambal, putar je seme dalam blender kecik tu. Siap. Buat sambal belacan pun aku blend. Mmg tak sesedap menumbuk tp boleh la. Bulan puasa, menda tu la menyelamatkan aku. Sempat je masak utk berbuka walo aku smpai umah kul 6ptg. Last year mmg cipta rekod tak ke pasar ramadhan. Dan tahun ni harap2 rekod tu bertahan.
Lps tu kalo tak berapa nak suka memasak, kita carik plak bab lain yg kita suka. Mengemas contohnya. Kena sentiasa pastikan umah kemas selalu esp bilik tido. Bab ni aku pun tak la pakar tp aku mmg pantang tgk katil tak kemas. Cuma skang umah aku mmg napak berselerak sbb barang makin banyak, umah kecik. Tatau nak sumbat mana. Dgn kotak tupperware besar godang. Aku nak kemas, tp dah nak pindah, so, aku pikir tunggu kemas time nak pindah nati lah. Bila tahun tatau lah. Tp ujung mggu, kalo aku ada kat umah, mmg aku kemas.
Kerana 'kekurangan' yg ada ni, mmg akan buat kita rasa rendah diri, tp jgn kerna 'kekurangan' ni akan bagi alasan pada suami. Kita ada kurang tang sini, tapi kita ada kelebihan tang situ. Begitu lah. In case kalo dia nak carik pasal, dia akan rasa tak smpai hati.
Cam semalam lah, dlm paper Utusan. Bab apa tah. Yg ada kisah2 rumahtangga tu. Citernya suami isteri tu da kawen lebih 20tahun. Lps tu tetiba mentua (mak suami) suh anak lelaki nya balik kampung sbb nak suruh suami tu kawen dgn sepupunya yg baru kematian suami. Kira nak suh kawen dua la. Alasannya, dulu patut anak lelakinya tu kawen ngan sepupu tu, tapi mak mengalah bila anak lelaki tu nak kawen ngan isterinya. Sbb tu mak dia nak suh anak dia kawen lagi bila sepupu tu dah takde suami.
Tp si suami taknak. Walo mak dia memberikan syarat, kalo dia taknak ikut cakap, mak dia tak izinkan jejak umah mak dia. Suami tetap tak mahu memperduakan isterinya. Dan mmg derang sefamili tak balik slps kejadian tu. Walo napak cam anak derhaka, tp aku salute suaminya. Sbb kalo dia mengikut cakap mak dia, mungkin dia akan kehilangan isteri, malah mungkin anak-anak juga. Sbb anak2 pun dah besar. Mesti nak ikut mak. Tp bila dia tak ikut cakap mak dia, ikatan ibu dan anak tidak akan terputus. Lambat laun, ibu tu pasti akan menerima juga keputusan anak dia.
Assumption aku pada citer ni, if kita sbg isteri memberi peluang pada suami utk memperlihatkan 'kekurangan' kita, mungkin suami tu mudah ikut cakap maknya. Kalo isteri tu tak pandai jaga makan pakai suami harus suami dia tak teragak2 buat keputusan.
Tentu ada 'kelebihan' pada si isteri yang menyebabkan si suami memilih utk terus hidup bersama isterinya walo terpaksa ingkar pada arahan ibunya.
Hah! sori, udah rasa cam ruangan siantan atau dicelah2 kehidupan la pulak. Sekali skala berceloteh panjang di hujung minggu bes juga. Ahaks.
Kbai.