Pages

4 April 2012

Halal - Haram : Tutti Fruitti.

Wah. Memacam menda yg diperkatakan mengenai Halal Haram ni kan.
Secara kebetulan entry Nana juga ada memperkatakan perihal halal haram ni kan.
Skang kat FB Tutti Fruitti pun tgh duk panas pasal isu halal haram produk derang.

Aku nak kata selalu makan mendalah TF ni idak la.
Tp sebulan skali tu cam eh, bln ni tak makan la TF, jadi harus pergi.

Tu pun idak la byk aku amik. Tk penah cecah 20hinggit la.
(err..bulan ni mydear blanja. Rasa sedap tu lain macam sungguh. Hahaha)
Mmg awal2 dulu aku tgk kat web derang takde Halal dari Jakim. Suppose mmg itu la yg sepatutnya 'dicop mohorkan'. Tp lantakkan lah sbb aku tau yg bawak masuk ni adalah sykt melayu (Naza). So, takde la nak was-was ke apa ke kan.

Tp lama kelamaan merebak plak pasal ni. Yang ni dari FB - TF Malaysia sendiri.

Meke ada Halal Cert. Cuma bukan dari Halal Jakim. Mostly product ala-ala makanan barat ni mmg takde cert Halal Jakim, but derang ada Halal dari luar. Mcm statement yg dikeluarkan tu, derang dah apply, tp blum dpt lagi.

Bercakap soal halal haram makanan ni, bukan susah pun sebenarnya.
Islam mudah dan memudahkan.
Maka, kalo was-was, leave it. Skang ni aku tgk ramai da buat eskrem yogurt ala-ala TF ni juga. Bleh terai kalo derang ada Halal Jakim.
And for me. Tak was-was pun kot. (T_____T)

Tp ada certain 'fastfood' yg aku tak makan sbb aku tetiba ter was-was. Dia takde halal Jakim tp ada halal dari luar, dan aku jadi was-was bkn sbb cert. Halal tu. Aku jadi was-was bila baca satu artikel. Maka, aku tak makan. Walopun semua duk bilang bes bes. Mmg skali pun aku tak penah makan. Mmg rasa tak stylo dan bukan org KeyEll bila tak mencuba, tp takpe lah. Byk lagi menda lain nak dimakan. But then, idak la plak nak paksa org lain jangan makan. Org lain nak makan silakan.

Sebenarnya kalo duk bergantung hidup dgn Halal Jakim tu pun susah gak. Kedai makcik2 jual lauk takde halal Jakim, tp kita tak ragu2 pun. Padahal kebersihan dia, kat dapur dia kita tatau apa cerita lak kan. *sebab ni gak aku jarang amat makan kt kedai2 makan area umah aku walopun tpt mmg jadi tumpuan segenap ceruk maknusia yg entah dari mana, hehari ramai smpai jem jem. Sbb pepagi lalu nk g keja tu aku napak cemna sampah dkt nau ngan tpt masak, dgn tikus2 beso rebit berlari2 anak. Uhuu*

Satu lagi kalo ada rezeki berjalan ke negara yg takde Halal Jakim ni jenuh kita. (Ye lah, aku tau giler la kalo nak carik Halal Jakim tu, tu contoh) Mmg mau mengadap mi segera je lah napaknya. Cam kat HK tu, ada je muslim (dr Msia) beli fries kat McD dia. Aku takmo - bkn je sbb waswas, tp sbb da tau burger apa dia jual. Mmg tak la nak beli apa2 pun. Tp kalo ada org yg sanggup, yg tak was-was, yg beli katanya, ala.... fries je kot, silakan. Tp ada kedai2 yg aku makan, bila ada tulis halal n diyakini mmg halal.

So, bak kata Nana juga, if was-was, tak perlu makan.

Tp jgn plak guna statement ni utk benda2 yg sah2 haram kan. Cam nasik berlauk yg tak bayar, lauk n nasik tu Insyaallah Halal, tp bila dah tak bayar tu, walo tak was-was, sah sah haram juga jadiknya.

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign