Aku beli dari Groupon voucher makan-makan kat Flaming Steamboat Buffet nih. Masa tu ter klik 'buy' sbb aku tingin nak makan ketam. Nak makan kat Bagan Lalang rasa cam leceh2 je. So, amik stimbot pun okey lah. Untuk voucher Groupon kali ni, terhad di cawangan Setapak sahaja. Tp oke la sbb itu paling dkt dgn umah. Aku amik time kul 5pm tu. Awal kan makan? Haaa.... siap tak lunch hoke semata-mata nak makan byk byk. Sbb aku ni tak reti makan bufet2, sure makan sket je. Tp kali ni dari awal smpai akhir asik kunyah2. My dear lak surrender. Aku boleh makan sbb aku amik segala cengkerang tu je. Mana la nak ada isi banyak.
Oke. This is my first time trial. And for me - mmg aku puas hati. Sbb :
# ketam - walo pun kecik, tp ketam dia isi penuh. Sedap. Puas aku makan. Tp agak2 la kan, igt org lain sama walo pun konsep bufet. Kejadah amik ketam smpai org lain tak dpt. Aku amik 2 eko je. Tu pun sbb portion my dear. Dia taknak. Ketam pun takde la kecut je cam tpt aku makan steamboat sblm ni. Makanan lain pun my dear kata 'fresh'
# tpt selesa - meja agak terhad. Jadi tak la ramai sgt org. Tp aku rasa kalo ari minggu mesti ramai gak sbb dia ada bukak meja tambahan.
# choice of menu - pun byk. Best lah. Tp aku pilih yg ini je. Mmg aku 'see-food lover'. Ihihiks.
Sebelum (with instagram) |
Selepas (w/o instagram) |
# main masak-masak pun guna dapur elektrik. So, takde la rasa membahang. Bes! (tp kat belah luar aku tatau samada dapur elektrik ke tak). Sbb aku duk dlm. Tpt air-cond. Dan paling penting dkt ngan tpt bufet tu.
# nasik goreng, mee goreng pun sedap jugak.
# kuah tomyam dia sedap. Tak cair.
# cam biasa eskrem pun ada.
So, itu saja lah. Buleh repeat. Tak perlu nak ke Maeps tu lagi dah. Tu kalo ramai2 buleh consider la. Sbb tpt cam luas. Tapi kalo utk kami berdua, di sini pun oke. Tp rega sini mahal sket la.
Sbb aku beli thru Groupon, aku dpt rega utk 2 org - RM39, tp sbb dtg Public Holiday kena tambah RM8.40 (sorang RM4.20). Kalo tak reganya adalah RM26.90++ seorang
Keterangan lanjut : Klik je laman web dia ni : Flaming Steamboat. Dia ada byk cawangan gak. Tp make sure booking dulu yer.
Oh. Lupa nak tepek muka aku yg asik makan nih.
Huhu. Saja tepek gmbr yg gegar, blur. Gmbr tak blur adalah gomok setaman.
Jadi, Thank You Groupon!
#Masa ni la orang duk sebuk2 dgn tsunami, dan aku pulak time tu sedang men-tsunami kan segala cengkerang2 tu ke dalam piuk steamboat. Huhu. Sbb tu langsung tak rasa gegaran ke apa.
Terima kasih atas komen anda :)