Pages

5 April 2012

Instagram for Android

Sblm tu nak buat announcement poyo. Aku nak announce yg aku jarang2 dah update apa menda pun kat facebook (ada aku kesah; kata sesetgh pihak. Mmg tak kisah pun sbb aku pun bkn ada ramai 'friend' dlm tu). Kalo ada pun aku komen2 gmbr atau status org yg 'menarik' je.
Dah berapa lama dah aku tak update status. Ada takde, aku update gambar. Tu pun sbb senang aku nak amik utk bawak ke blog plak.

Malas. Facebook ni org tak tulis utk kita pun kita terasa, kita tak tulis utk orang pun orang terasa. Tak memasal kena terasa merasa plak. Jadi aku makin tak kuwasa. Ada rasa nak buat sesuatu, tp takpe. Aku KIV kan tu dulu. Tak suka, takyah masuk. Itu aja.

So, skang aku salu kat twitter je. Nak kata aktip tu idak la sgt. Kat situ mmg tpt bebel2 apa saja. Sapa pun tak buleh nak annoying. Giler kalo ko annoying kat orang yg twit beribu2 twit satu hari. Nama pun twit. Burung kan dia ber twit twit tak kira masa. Jadi kalo ada org ber twit2 ribu2 kali sehari pun takpe. Takde la macam kat FB. Ada la yg meroyan tgk org update status beribu kali sehari. Ek Eh. Ko tak suka ko remove, tk pun unsubscribe. Abis citer kan. Kat twitter pun tak ramai pun yg aku follow dan yg follow aku lagi la tak ramai. Haha. Apa igt stok retis ke nak ramai2 follower. Tp oke je la. Nak napak meriah, follow retis-retis. Derang rajin update. Antara yg aktif (yg aku follow lah) - Fazura, Johan Asari, Rita Rudaini, IM Asyraf. Lelain tu ada gak. Tp yg aku ckp tu mmg rajin reply2 tweet.

Lps tu skang (secara khususnya semalam). Ya, Android pun baru masukkan INSTAGRAM dlm application dia. Sebelum ni pengguna Iphone je aku napak ber instagram. Tp skang Android pun da buleh juga *tetiba terngiang-ngiang lagu Aku Bukan Android*. 

Maka, aku telah berkecimpung dalam instagram plak. Ya. Di sini mmg tpt upload gmbr. Kat sini sapa yg annoy2 org masukkan gmbr tu harus kena pelangkong. Bes woh instagram ni. Aku suka! Memaca gambo aku da update kan. Kalo sudi nak find aku kat instagram tu, bleh find - puanstoberi. Haha. Komersil kan nama? Haha. Haha.

Antara gmbr yg aku instagram-kan. Bebaru mmg la jakun. Sok2 da tak kuwasa kan. Haha
Sinar mentari pagi  (250m ofis)
Keheningan pagi (Traffic Light Wisma Genting)
Samaira - KKKL
Daun emas

Tp apa2 pun menda2 camni mmg kena guna secara berpada-pada dan berpikir dulu sblm mengangkat masuk2 apa status, apa2 gambar. Mana lah tau, tetiba ko update gmbr singa, lps tu kau qoute - bos aku mcm singa giler hari ni (merujuk kpd gmbr). Ha. Lps tu bos kau ternampak. Lps tu kau pikir la sendiri.

Apa pun, berpada-pada. Think before you upload/update.

#kbai!

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign