Pages

3 April 2012

Krabi : Versi Tak Sabar Rasanya



Tenang dikelilingi pantai



KRABI, Thailand adalah destinasi percutian ideal bagi mereka yang ingin mencari ketenangan di kawasan yang dikelilingi pantai dan jauh daripada hiruk-pikuk kenderaan.

Walaupun memiliki bandar kecil, ia tidak menjadi masalah kerana rata-rata pelancong ke Krabi menjadikan Ao Nang kawasan tumpuan utama untuk dilawati. 
Hanya deretan kedai dan dua pasar raya boleh dilihat di sepanjang jalan raya dari Krabi International Airport ke Ao Nang. 

Krabi agak sesak dengan pelancong terutama dari Eropah sekitar Disember dan April bagi mengelak cuaca sejuk di negara mereka, selain berpeluang berjemur dari pagi hingga petang.

Nama Krabi dikatakan diambil daripada nama sebilah pedang purba manakala yang lain mendakwa daripada sejenis spesies pokok tempatan.

Untuk ke pantai Ao Nang, kira-kira 30 kilometer dari bandar Krabi, anda boleh menaiki van, menyewa kereta atau tuktuk iaitu sejenis lori kecil sebagai pengangkutan awam. 

Walaupun bandar Krabi sunyi tetapi apabila anda tiba di Ao Nang, keadaan bertukar ceria dengan gelagat orang ramai membeli-belah. 

Aktiviti malam meriah walaupun kebanyakan kedai tutup seawal jam 9.30 malam tetapi kelab malam dan pusat hiburan dibuka sehingga jam 2 pagi. 

Aktiviti utama di Krabi ialah meronda pulau (Island Hopping). Anda boleh mengelilingi Laut Andaman yang menyediakan panorama indah. 

Beberapa pulau lain yang popular di kalangan pelancong ialah Koh Phi Phi, Monkey Island, Viking Island, Maya Bay, Chicken Island dan Bamboo Island. 

Keunikan pulau itu menjadi ilham kepada penerbit filem luar negara untuk merakam keindahannya termasuk filem James Bond dan The Beach lakonan Leonardo DiCaprio. 

Di Hot Stream, pengunjung boleh merasai kolam air panas semula jadi manakala di Emerald Pool, pelancong pasti terpegun dengan keindahan tumbuh-tumbuhan di sepanjang berjalan kaki sejauh 800 meter. 

Aktiviti lain yang boleh dilakukan ialah memanjat gunung batu kapur, menaiki gajah di Koh Lanta National Park atau ke Tiger Cave Tample untuk menimba pengalaman baru. 

Usah risau makanan halal kerana kira-kira 40 peratus penduduknya beragama Islam dan banyak restoran Muslim. Paling enak ialah tomyam berkuah putih, som tam, sotong kering, jagung bakar dan kerabu betik. 

Untuk mengelilingi bandar ini, cara terbaik ialah menyewa motosikal kerana ia antara pengangkutan paling digemari penduduk tempatan.

kredit : Metro

*******
Mula la tak menyaba-nyaba dah ni. Adoii..padahal lambat pun lagi. Tp borang utk dpt kelulusan dah hantar. Adoi.adoi. Besnya la hai bila baca pengalaman blogger-blogger lain. 
Skang tgh carik2 info dan kos2 berkaitan. Lps tu buat draft itinerary kat sana nati. Wieee... Insyalllah....


kredit : Malaysiabrides


Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign