Pages

27 April 2012

Review Makan Makan : Benteng Kuala Kangsar

Maaf.Maaf.Maaf. Nak buat review tp tatau nama kedai. Adeh.
Tarikh kejadian adalah masa balik kg weekend tu hari.
Abg Cik ajak gi makan2 kat Benteng. Kakcik kata sengaja tggu kami balik kg baru nak pegi makan makan.
Tptnya adalah nun di Kuala Kangsar. Org biasa pegi tau la bila sebut benteng. Tepi sungai. Menyediakan makanan panas-panas, masakan Thailand. Bebudak ofis aku pun, kalo outstation, biasanya malam2 derang makan kat sini. Letaknya kat blkg kedai2. Parking ohsem. Senang banget. Tp kalo malam meriah kedai ni. Siap ada wifi bagai.

**edit :
Takut ada yg tersalah faham, kedai  ni  bukan kedai yg macam food court, yg ada jual laksa, cendol, rojak yg kat tepi sungai tu yer. Tu lain. Tu kat Lembah, dkt ngan kedai2 jual kraftangan. Tu rasanya tak bukak malam. Tp yg ni kedai/restoran sebuah je. Dia takde laksa bagai. Dia jual makanan thai. Trade mark kedai dia - masak di Siam, Makan di Kuale. Jumpa blog dia, tapi dah tak update lama dah - restoran Benteng. Ni ada gmbr dari blog dia


Anak buah aku lagi sorang tak ikut. Sbb dia eksen. Katanya jemu dah. Dulu time duk hostel kat Clifford tu salu 'fly'. Ewah.Ewah. Kemahin ko yer. Alah, sebenarnya da beso. Taknak la ngikut2 orang ni. Maklum la, da lepas SPM kekdahnya. (-_-")

Memula abg cik nak makan nasik ngan lauk2. Tp sbb kami kenyang, maka seme order yg panas2 je lah.
Memacam. Dgn mi ladna lah, nasi goreng ladna lah, nasik goreng ikan masin lah,bihun tomyam, nasik goreng ayam. 
And mine is.

Mi Hailam. Sedap. Masam. Pedas. Manis. Masin. Seme cukup la kata orang tu. Napak cili padi berselirat tu. Mujo aku tak mintak 'mi hailam pedas', kut tak mau ter cerry berry esuknya. Huhu.

Dia guna mi kecik2 tu. Mi sanggul ke apa tah. Bukan mi biasa tu. Sbb tu sedap. Tp sket je sbb bahan2 da byk. Tak kelihatan mi nya kan. Sedap.

Dan ini takde kena mengena ngan restoran Benteng ni.
Spti biasa, kalo balik kampung, weols akan singgah sini dulu before balik KL.
Gambar mcm bulan lps gak. Huhu.

Laksa + ABC. Giler panas pada hari tu. ABC je lah ubatnya. Dan laksa still sedap melekat. Kedai ni pun aku tgk da macam kedai 1 Malaysia. Segala cina, india seme boleh join duk makan sini.


# entry dlm draf. Tak smpat nak buat entry baru hari ni. Balik dari outstation byk lak keja lain ngan anak buah yg banyak dah cuti n akan cuti. Takpee...takpe.. kowang cuti la dulu. Sok sok, korang da masuk ai plak cuti yer.. ai mmg cemtu. Org cuti, ai tak cuti, org tak cuti, tu yg ai cuti... teheee (",)

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign