Betul!
Haha.
Tetiba kau puanstoberi citer pasal emas.
Y border? y border? y border?
Terjebak uols. Macam macik macik la pulak kan beria sampai ke Kole Pilah mencari emas.
Macamkan nak beli ber puluh gram lah kan.
Haha.
Sedari dulu lagi dah rasanya orang memperkatakan emas di Kuala Pilah ni murah.
Ingat lagi kak ipar aku, dari Ipoh smpai ke Kuala Pilah membelinya. Masa tu aku belajar lagi. Pastu rasa, apa lah beria mencari emas jauh2 gitu kan.
Now, dah 'dewasa' ni, baru tahu kan. Haha. Tapi, KL - KP idak la jauh nau kan. Mihihihi :D
Lepas tu timbul memacam pertanyaan, kualitikah emas murah ni.
Bila tanya, orang kata sbb kedai emas Kuala Pilah tak masuk persatuan peniaga emas [
FGJAM]. Sejauh mana kebenaran, ai is donno.
Tapi tak salah pun nak tgk kan.
Asalnya nak tukar rantai kaki hadiah bufday dari myDH. Dah putus lama dah. Tak baiki, tak ganti. Ada dekat setahun dah kot. So, dah alang alang harga omeh turun ni moh la kita tgk.
So, pergi lah hari Isnin lepas. Haha. Siap cuti tu. Tapi idak la cuti semata mata nak gi Pilah ni. Banyak urusan lain [termasuk urusan
deposit syiling tu].
Bukan jauh nau Pilah tu dari KL kan. Naik LEKAS, lekas lah sampai.
Kedai emas kat pekan Pilah ni banyak la jugak. Ada dalam 5,6 kedai gak lah. Ke lebih. Entah. Yang selalu diperkatakan Lee Wah. Poh Chin ke apa ntah.
Lee Wah ni sbb dia ada FB. Pastu dia ada jual online gak.
Ai tak follow pun FB dia. Maklum la ai dah bersara dari dunia FB kan. Member la gitau.
Kalau tak biasa dgn pekan Pilah ni pun takpe. Pekan dia bukan besar nau. Pusing2 situ ja. So, bila pusing2 tu dah nampak lah kedai kedai omeh nih.
Jadi, parking. Dapat parking pun dekat ja.
Lepas tu macam eh, cemna cara bayar parking ni. Sbb biasa kat pekan2 kecik cam kt Kuala Kangsar kita pakai gores dan menang tu kan. Rupanya sini masih patern lama. Pakai kertas yg letak kat wiper. Ada penguatkuasa letak la kot yang letak tu. Sejam 30sen. Hehe. Satu hal nak carik pondok bayaran tu. Hampir hampir je kami nak balik je tanpa buat bayaran.
Okay dah parking tu, terus la pergi survey.
Memula mmg kita masuk Lee Wah. Harga kami pergi Isnin - 3 Ogos - RM129/gram.
Tanya berapa dia nak ambik rantai kaki tu. Memang dalam 2 ratus la jatuh harga nya. Sbb kalau trade-in mmg dia tolak 15%-20% dari harga pasaran semasa. So, dah la harga emas dah jatuh. Pastu pulak beli di KL kan. Agak kerugian sebenarnya nak trade in masa emas murah ni.
Lepas tu myDH nak gi toilet lak. Pergi lah toilet dulu. Naseb la area2 situ ja public toilet dia. Walau aku pernah lah ke Kole Pilah ni 2,3 kali (office mmg ada caw kat K.Pilah nih), tp idak la aku reti selok belok pekan dia nih.
Dah gi toilet, pergi Poh Kong lak. Ha.. dun play play. Ada kedai Poh Kong ko. Tapi, bukan Poh Kong yang glamer tu. Ni mmg kedai tu nama Poh Kong.
Masuk situ, uncle situ layan baik plak.
Harga kedai dia RM128/gram. Tanya harga lepas GST? Dia kata takde GST. Aik?
So, tanya nak trade in apa semua, terus la berurusan kedai tu. Cis. Takde survey dah. Apa ni?? Haha.
Sebenarnya mengimbau kenangan masa kekecik dulu nih.
Ingat lagi dulu, mak ayah bawa ke kedai emas area Kuala Kangsar. Kedai cam ni gak.
Pastu kerusi dia jenis bulat - tinggi - pastu buleh pusing pusing.
Memang la bosan je nunggu mak milih emas kan.
Alah, dulu takde pun kita pakai emas Wah Chan, Tomei segala kan.
Beli pun utk pakai harian je. Y border??? Hahahaha.
Jadi, kami terus deal je lah kat kedai PohKong tu.
Ramai jugak orang time tu. Orang local je lah kot.
Trade in dan tambah sket. Dan dapat ambik loket sekali.
Ini sebenarnya duit mas kahwin aku dulu. Haha. 7 tahun ko aku simpan. Pastu top up dengan duit raya yang husben bagi tetiap tahun. Ya, 7 kali jugak dah dapat duit raya dari dia dan aku simpan tak pernah guna.
MyDH siap pau air kotak teh bunga kat uncle tokei tu. Hehe.
Lepas tu baru kiterang pi kedai seberang tu. Ada 2,3 kedai lagi situ.
Kalau uols rajin, uols survey lah satu kedai ke satu kedai.
Harga lebih kurang sama. Rata2 dalam RM129/gram.
Tapi, uols buleh tawar menawar pada upah.
Macam kedai aku beli ni, dia kata takde GST kan. Tapi, dia dah letak kan dekat harga upah.
Sebenar kalau harga dengan GST - RM135.68.
Balik dari sana, pergi Aeon Big Wangsa Maju (eh, dah cantik rupanya sini. Lama dah aku tak pergi). Sambil tu tgk Wah Chan (sbb myDH beli rantai kaki kat situ lah. Tapi, ramai feedback kata emas Wah Chan memang cepat putus). Harganya adalah RM165/gram. Tapi dia bagi RM160.
Itu tak masuk upah. Kalau upah segala lagi lah dah berapa.
So, total minus, apa yang boleh aku cakap, memang baloi pergi beli kat Kuala Pilah.
Pasal kualiti tak kualiti tu, aku bukan pakar emas. Tapi, kita nak pakai harian nih, takde hal lah kan. Lain lah kalau tetiba invest gold bar bagai tu kan. Itu lain cerita lah.
Ni takat emas 2,3 urat tu takpe lah. Kut nanti nak trade in kita pergi je lah Kuala Pilah tu balik. Hehe.
Macam Lee Wah ni buleh tgk dia update setiap hari harga emas dia.
Macam hari aku beli tu.
Ya, begitu lah.
Sudah serupa acik acik pulak kan. Hehe.