Pages

28 August 2015

Tazkirah Motivasi Pagi IKIM. FM : Solat Awal Waktu

Minggu ni tak dengar full 5 hari slot motivasi pagi kt IKIM.
Eh. Betul kan nama rancangan tu motivasi pagi.
Kami panggil rancangan "kak tom" ja sbb iklan dia tu. Iklan Ar-Rahnu exchange sebenarnya.

Minggu ni lupa pulak nama ustaz tu.
Dia cakap clear. Sebijik bijik.
Hari Selasa tajuknya best
"kenapa Allah tak makbulkan doa kita"
Haaa... kenapa?
Dia pun listkan lah satu persatu.
Antaranya jangan buruk sangka dengan Allah.
Dan paling ku ingat "jangan lewatkan solat"
Ini kadang solat pun nak kena qada katanya.
Hurm.
Merenung ke diri sendiri.
Ye, aku akui, kelemahan yang satu ini esp waktu Isyak.
Kalau lambat solat Maghrib, mmg aku terus tunggu waktu Isyak.
Tapi, kalau solat Maghrib awal, kadang terlajak lajak Isyak.
Dan kadang sampai bangun pagi - baru nak Isyak sebelum masuk waktu Subuh tu.
Astagfirullah.
Kalau kita pun melewat lewatkan tanggungjawab kita manakan Allah nak bagi apa kita minta cepat cepat kan?
Memang. Sememangnya aku terkhilaf bab ni.
Lepas ni mmg kena istiqamah untuk solat awal waktu.
Jangan dengar kata syaitan dalam hidung.

Hehe.

Syaitan dalam hidung?
Ni pun ustaz yang sama gak cakap.
Hari Isnin n Rabu, tak dgr motivasi pagi sbb cuti.
Jadi, dengar hari Khamis dia citer pasal syaitan dan kita yang selalu kalah dgn syaitan.
Katanya bangun pagi, elok cuci2 hidung sbb boleh keluar syaitan yang masuk dalam hidung.
Eh.
Macam berlawak pun iyer. Tapi, tak salah pun amalan cuci hidung ni. Mmg before berwuduk di sunatkan untuk masukkan sedikit air dalam hidung.
Abang aku pun ada cakap - kenapa orang Islam jarang2 kena penyakit berkaitan hidung, sbb pepagi lagi kita dah cuci hidung kita sebelum kita solat.

Lepas tu ustaz tu kata lagi, kalau menguap tu tutup la mulut.
Nanti syaitan masuk lagi.
Ni kadang tgh solat, baca Fatihah pun buleh "huarghhh" menguap katanya.

Tu lah antaranya.
Bagus juga dengar motivasi pagi ni. Dulu kami dengar Mak Jemah ja. Now, tak perlu lah kot. Pepagi elok diberi santapan jiwa sket kan.
Tapi idak la sepanjang masa kami dengar IKIM ni. Petang waktu balik tu, dengar la Suria ke Ultra ke memana lah yang sedap. Era mmg hampeh je pepetang. Kuasa che non nak dgr sate sate tu.


9 juta komen

mudah2an boleh istiqamah...mmg knkdg tu liat jugak nak solat awal waktu..
kene betul2 kuatkan semangatkan...

jemput ke blog baru saya yee..hihii ;)
http://tunjuk1.blogspot.com/

Yani sejak 2 tahun lepas memang bertukar channel radio kepada IKIM.FM (ingat lagi, 2 bulan sebelum birthday ke-30 tahun), memang jarang @ senang cakap dah tak dengar langsung radio lagha2 ni.

Thanks KekDa, sharekan info bermanfaat ni. Yup, Yani pun memang antara golongan yang melewat-lewatkan solat. Kadang dari boleh buat on time, sebab leka boleh jadi qadha solat wajib tu...allahuakhbar!

alhamdulillah, sekarang pun dalam proses istiqamah buat solat tahajud dan solat taubat setiap malam....sunyi tengah malam/awal pagi memang menenangkan hati...

tzng Isyak tu mmg slalu hendak tidur baru buat, ngape tah. kena gagah ni, kena biasa2kan solat isyak awal waktu. isk-isk-isk. sblm ni sambil siapkan oni lyn drama korea but now, tgk 30 minit ustaz don kt tv, biar seimbang sket. (apa nak jadi ngn saya ni kekDa) huhuuu.

Salam Kekda, akak tukar blog ke..? Ni blog baru ke? Minta maaf ingat akak active kat FB/Instagram..sebab blog lagi satu tu macam tak ada update..(ke saya silap tengok blog ni..errr)

anyway, thanks atas tazkirah yang dituliskan..saya masih mencari kekuatan solat awal waktu..bukan tak boleh sebenarnya..boleh..tapi sendiri yang lalai..
:-(

MAG :
Sesama lah kita berdoa moga kita istiqamah.
Baik..nanti jenguk blog baru awak okeh :D

YANI :
Susah nak istiqamah ni.. kena jugak kuatkan semangat.
Bagus la Yani bila dah stick kat radio IKIM.

CHA :
Takpe..perlahan perlahan kita istiqamah ke arah kebaikan.. :)

BnC :
Eh, dah lama dah blog ni.
Tapi, blog lama dulu pun ada jugak.
Cuma tu hari dia kan kena 'block'
jadi, akak pindahkan semua ke blog ni.
Akk aktif kat IG, FB dah deactivated. Huhu

Kalau kat opis boleh je solat awal waktu. Tpklw kat rumah liat.

sy pulak salunya solat zohorlah lambat sikit huhuhu lg² kat opis ni hah, rehat g mknlah.. kdg keluarlah ... kdg tdo dululah.. kdg buat kerjalah ... kot isyak tu jemaah anak beranak jd tdklah lambat .. kecuali salah sorang ketiduran lps kul 8 kikikikiki...

IBU LALA :
Sy ni kadang kat opis pun terlajak lajak. Haishh (T___T)


MASYA :
Alhamdulillah, dapat solat berjemaah kan.. moga kita istiqamah..

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign