Pages

Showing posts with label borak santai. Show all posts
Showing posts with label borak santai. Show all posts

14 August 2018

Kenapa Tidak Pernah Dihargai?

"Aku kerja macam nak mati. Tapi tak pernah dihargai"
Pernah dengar, kan?
Atau, terkadang kita pun jadi camtu.
Tapi, sesekali kita kena "basuh" hati kita. Basuh jiwa kita.
Pernah terdengar kata-kata ustaz dalam motivasi pagi.
Byk yg dia bagi.
Salah satunya :
"jangan bersedih kalau kita tak dihargai, tapi bersedih lah kalau kita tidak pernah menghargai orang lain kerana penghargaan itu akan datang bila kita tahu erti menghargai orang lain"

Aku sentiasa mengingatkan diri sendiri. Kita kerja kerana Allah. Kerja ini ibadah. Untuk membantu orang lain. Takpe kalau belum rezeki kita naik pangkat, takpe kalau kita dihargai. 
Allah tahu kerja kita. Allah akan balas dengan seribu satu kebaikan yang lain selain penghargaan sesama manusia ini.

Anak tak selalu sakit - satu penghargaan.
Keluarga dimurahkan rezeki - satu penghargaan.
Boleh pergi bercuti - satu penghargaan.
Punya keluarga yang saling sayang menyayang - satu penghargaan.

Jadi, nikmat mana yang kau dustakan.

Jangan terlalu banyak merungut.
Jangan terlalu berkira dengan kerja.
Jangan menganggap orang tak pernah pandang kerja kita.
Dan jangan menganggap orang tak pernah hargai kita.
Hargai tak hargai, jalan kan kerja.
Takpe orang tak hargai sekarang, InsyaAllah di sana kita akan lebih dihargai.

Aku juga dulu pernah begitu.
Berulang alik ke JPA utk mendapatkan beberapa jawatan.
Lulus.
Dan.
Aku juga akhirnya ketinggalan.
Takpe.
Allah ada.
Allah nampak.
Allah bagi aku rezeki buat umrah.
Allah bagi aku rezeki buat treatment lepas balik umrah.
Allah bagi rezeki, treatment aku succes.
Allah bagi rezeki aku pregnant tanpa ada secebis pun morning sickness.
Allah bagi kandungan aku sihat membesar.
Allah permudahkan proses bersalin.
Allah permudahkan rezeki aku bersalin di hospital yang selesa.
Allah permudahkan rezeki aku menjaga anak.
Allah permudahkan rezeki aku untuk menyusukan anak dgn susu-ku sendiri sehingga umurnya lebih 2 tahun.
Allah murahkan rezeki untuk anakku sampai dia dah boleh pergi umrah dgn saving sendiri walau baru umur 2 tahun.
Allah bagi dia kesihatan yang baik.
Allahu.


Aku lambat naik pangkat, tapi rezeki Allah bagi untuk aku terlalu banyak. Mencurah-curah. Dan perlahan-lahan aku nampak segala hikmahnya.

Apa lagi yang kita nak?
Masih perlu kan penghargaan dari majikan kita? Memang la kadang tu perlu. Tapi kalau dapat rakan sekerja dan boss (immediate boss) yang baik pun dah okay juga. Ada kawan rajin belanja. Ada rakan yang baik2 pun dah okay. 
Tapi, kalau rasa dah sampai tahap bercakap sengsorang - itu dah tahap depress. Awak sangat perlukan bantuan. Jangan pendam okay.
Mungkin awak sangat perlukan penghargaan tu. Sampai dah tak boleh fikir lain. Simpati sangat.

Takpe. Kita kerja kerana Allah. Ikhlaskan diri.
Dan kena ingat, hidup kita bukan di sini saja.
Di sana nanti banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan.
Okay. Jangan sedih kalau berasa tidak dihargai.
Cuba lah menghargai orang.
Mungkin anda lebih gembira.

9 June 2017

Jangan Cepat Menilai

Puasa puasa ni macam rasa nak bercerita sket lah.

Skrg memacam viral, kan?
Dah cam trend plak skrg, viral then nanti ada lah tindakan pihak2 berkuasa.


Bebaru ni ada terbaca kengkawan share satu cerita.
Cerita pasal orang ni nampak satu famili yang mana si isteri pregnant, pastu si suami duk buat tak reti hanya duk kat meja main tipon. Anak2 meraung menangis. Isteri lah yg gi beratur amik makanan, isteri lah yg tenteramkan anak-anak.

Hujung2, orang yg bercerita tu bagi nasihat - pada perempuan yang belum kahwin, sila lah cari lelaki yang bertanggungjawab bla bla bla.
Ewah. Ewah. Memula dia komain kasihan kat si isteri yg pregnant tu.
Tup tup hujung2 macam dia nak salahkan orang tu sbb pilih suami camtu.



Entah ek.
Aku kekadang menda camni baca je lah. Nak reshare reshare balik tak mau lah.
Sebab?
Ye. Ada sebab nya.




Once.


Aku pun camtu. Skeptikal.
Kita terlalu cepat menilai orang.

Cam cerita yg orang tulis - share - viral ni lah.
Kita duk cakap asben dia konon ada bisnes juta2 ke sampai tak nak tgk anak. Sampai tipon tak lepas dari tangan.

Eh... jangan lah kita terus menilai.
Kita tak tahu - tentah suami tu mmg bebtul tgh serius uruskan bisnes dia. Kan katanya si isteri tu sarat mengandung. Mungkin dia pun tgh nak carik duit utk bayaran bersalin wife dia. Pastu nak beli barang2 baby lagi.

Pun lagi satu, maybe si ayah dah kata - tak payah la makan luar, awak tu dah sarat2, meh saya beli, makan kat rumah ja. Saya pun tgh busy ni.
Tapi, maybe si isteri tak mahu. Nak juga makan kt luar.
Okay lah. Kalau makan kat luar - awak lah kena ambik makanan apa semua. Saya mmg tgh busy.
Okay. Deal.
Perempuan. Biasalah. 
Lelaki ni, kalau dia dah cakap camtu - dia stick lah apa dia cakap. Dah deal kata isteri boleh ambik makanan apa semua. Tapi perempuan biasa ingat lelaki ni blh ubah fikiran. Dia ingat boleh la suami dia pi ambik makanan, jaga anak. Pastu dah sedih2. Padahal kat rumah dia yg deal camtu.
Maybe. Maybe camtu.

Dulu, kalau aku tgk makcik2 kerja kat food court tu, mesti aku nak kata "anak2 dia tak bagi duit ke sampai dah tua kena kerja cuci cuci ni".


Tapi, sebenarnya tak semua camtu.
Tak mahu jump into conclusion. Tak mahu terus menilai tanpa tahu cerita sebenar.
Kita hanya nampak luaran. Yang secara "prima-facie"
Sedangkan kita tak tahu apa sebenar yang terjadi.
Kesah ini lah yang buat aku kena fikir 2,3 kali utk menilai orang yang kita tak kenal latar belakangnya.



Aku ada kenalan sorang ni.

Dia kata mak mertua dia kerja. Kerja cuci cuci, lap meja, angkat pinggan kat food court. Mak mertua dia mmg dah berumur lah. Dalam 60 camtu.
Sebabnya doktor kata, mak mertua dia perlu ada orang di sekeliling. Dia kena tekanan jiwa. Tak boleh duduk berseorangan. Dia penah alami kemurungan. Anak meninggal seorang demi seorang (2 orang). Lepas tu suami pun dah meninggal. Tinggal hanya seorang anak dia (yang tu lah kawen dgn kenalan aku ni). So, itu je lah anak dia ada. Dan bila anak dan menantu pergi kerja, dia tinggal seorang. Makanya, doctor advise utk dia bekerja. Alah, bkn kerja teruk2 pun. Just camtu lah. Lap2. Pastu takde lama sgt dia kerja. Dalam 2,3 jam sehari camtu. Asalkan dia ada aktiviti yg boleh buat dia lupa perihal kesedihan dia.
Dulu aku pun cam tertanya2 juga kenapa kenalan aku ni takmo beli rumah sendiri. Duduk sendiri. Kenapa nak duduk ngan mertua.
Dan cerita ini juga menjawab persoalan tu. Dia memang kena duduk ngan mak mertua dia sbb mak mertua dia dah takde sapa.

Sejak dari tu, aku takmo buat penilaian apatah lagi me-reka reka cerita andaian kita.
Macam cerita famili kat kedai makan tu lah.
Kita je kata lelaki tu hampeh la apa la.
Entah2 dia dah bergolok gadai untuk famili dia.

Kita tak kenal dia apatah lagi untuk bertanya perihal sebenar.
Jadi, jangan lah jump into conclusion.

Buat nya apa yg kita cakap tu salah - naya weh. Cerita kita buat tu dah merata tempat pergi nya.

Memang nampak kejam tapi hakikatnya - elok lah kita jaga kain kita sendiri sebelum kita nak jaga kain orang lain. 
Biar lah orang dgn cara orang. Sbb kita tak tahu apa masalah orang tu. 
Jangan nak disamakan orang lain dengan kita.
Mereka tahu apa terbaik utk mereka dan keluarga mereka.


23 January 2017

Entry Baru

Ouuu...
Januari pun dah nak sampai ke penghujung nya.
Ada berapa entry je bulan Januari ni.
(T___T)

Ada byk cerita tertangguh.
Tapi, banyak lagi menda yg super important perlu diuruskan.
Masuk office terus sarapan kat tempat je.
Lepas tu buat kerja.
Pukul 10 - pumping session.
Tapi biasa nya dalam pukul 10.30 ke pukul 11.00 pagi.
Then sambung work work work.
Then kul 1 rehat. Makan. Pumping session again.
Work work work.
4.30 - pumping session and solat Asar.
Gitu lah rutin harian sekarang di office.
Not to worried sbb guna double pump.
So, masa tak digunakan terlalu lama.
Alhamdulillah, masih fully bf (7mths,23days)
and pray until 2 years :)

Oh.
Next week ada majlis.
Baru nak buat akikah dak Rizq.
Jemput datang ya semua kengkawan.
Kecil kecilan saja.

Piknik di tepi kolam.
Huhu.
Oraitlah.
Saja nak update.
Takde la entry "punch kad merah" tu sentiasa kat atas.
Huhu.

Ok.
Bye.


7 August 2015

Hujan Di Tengahari

Hujan kat luar. Lebat la jugak.
Abis la orang nak tgk lumba kereta.
Taktahu la pasal nak berlumba di celah2 bangunan nih.
Pelik beno aih.

Orang yang kerja area2 jalan tutup idak bising ke?
Ke kome dapat cuti?
Huhu.

Okayh. Live update.
Jarang aih nak live update. Selalunya schedule entry.
Ini ada masa lagi waktu rehat so kita borak borak santai.
Lama gak tak borak borak santai nih.

Tak lunch pun ari ni. Dek kerana terkujat nasik lemak ayam goreng kunyit RM7.
Giler kau. Dari kedai tu sampai lah ke ofis kami laki bini memperkatakan.
Okay. Boleh pangkah kedai tu.
Selama ni breakfast makan terus kat situ. So, tak berapa perasan kemahalan dia.
Ini semata nasi, aku letak sambal kosong sket, ikan bilis, 3 hiris timun dan ayam goreng kunyit 3,4 ketul dia caj RM7. Bukan ayam seketul besar tu tau.
Gambar dah publish kat IG pagi tadi. Tercemar pagi Jumaat ku dengan bebelan.

So, sekarang dah bulan 8. Lepas tu 9, 10, 11 dan 12.
Oh. Bulan 12. Dah hujung tahun. Dah bulan ulang tahun kelahiran (ke 36), ulang tahun perkahwinan (ke 7).
Pantas masa berlalu kan.
Masa memang takkan menunggu kita.


"time waits for no one; so what are you waiting for?"


Inspired betul lah qoute nih. Jumpa kat blog Dr Natasha. Dan memberi motivation gak utk aku mulakan semula treatment aku.
Nah. Last bulan Julai 2013, lepas tu langsung aku tak buat hapa.

Bergumbira lah kau ke sana sini. Cruise ke Krabi bagai, ke Cameron Highland lah, ke Perth lah, ke Sarawak lah. Sakan kan. Dan last skali perform Umrah. 
Cukup  lah tu kan. Bawak2 bertenang semula.

Ada orang ajak ke Bandung. Kerana tak mahu pergi (sbb dah pernah pergi ngan rerakan dulu, kalau buleh me nak pergi tempat yang tak pernah pergi je lagi oversea ni. Takmo le repeat2, tapi kalau backpack trip - mungkin buleh dipertimbangkan since on our schedule) ku dalih "ada project besar". Dah bagi dalih camtu, kena lah buat jugak project besar tu kan.
So, bangkit. Semangat.
Dah call klinik. Nanti kita sambung story kat blog satu lagi okeyh.

Amboi, byk nau lah media sosial kau ni kan. Blog je dah 2,3. Dengan Instagram lagi. Eh. Facebook takde ya. Dah lama nau pencen. Dah lama nau tak masuk. Tu hari ada log in kejap. Sbb iklan Horlicks masa puasa tu. Kena tgk FB depa. So, log in. Lepas tu rasa macam kejutan budaya. Terus takde rasa nak log in balik dah. Lantak lah kau situ.

Blog - dah lama gak menulis nih. Dari zaman blogdrive. Tak ingat password dah. Situ lagi citer memacam tu. Since 2004 kot. Kesah chenta lama byk kat situ tuh. Dah tak ingat password cemna nak delete semua citer tu entah. Lantak kan situ. Jadik lah sampah di alam maya. Haha.
Blog ni pulak since 2008. Sejak kawen. Pastu tu ari ilang. Apa ke benda entah. Tak lama pastu dah okay. Giler kau buleh ilang plak. Tapi, sebenar tak ilang, cuma orang tak buleh access.

Kadang terpikir, apa menda yg aku dok tulis n cerita dalam blog nih.
Bagi pekdah ke idok? Ke kategori sampah alam maya?
Haha.
Untuk tahun ni mmg entry tak banyak macam dedulu. 
Tu lah bila dah makin kertu ni, kalau buleh blog ni boleh jadi sesuatu yang berfaedah pada orang  lain. Sbb masa buat umrah, terus je private kan blog ni sbb mmg aku rasa byk artikel yang tak memberi manfaat. 

Aku simple ja. Menulis kerana minat. Takde la sbb nak jadi side income ke apa. Kot ada, itu rezeki. Alhamdulillah. Takde orang pun sudi letak iklan bila tgk blog sendu camni kan. Tapi, tu ari dapat dari NN tu, terkejut jugak. Tu yang orang kata rezeki datang dari pelbagai bentuk kan.
Dan mungkin satu hari nanti, de-activated kan terus macam FB gak. Settle.

Ye ke?
Tapi, kata minat menulis kan.
Takde lah. Seboleh mungkin menulis menda2 yang bermanfaat lah. Yang boleh orang jadikan panduan. Takde la bercerita cong ceng cong ceng entah hapa2. Menulis sesuatu yang lebih bermanfaat kepada orang secara percuma pun boleh dikira satu sedekah kan. 

So, time's up.
Dah 8  bulan di tahun 2015.
Apa pencapaian kita di tahun 2015?
Bumi Allah mana kita dah selusuri tahun 2015 ini?
Apa progress kita ke arah menjadi muslimah yang patuh syariah?

Selamat berhujung minggu.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign