Pages

Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

2 October 2015

Berkata Baik

Beberapa hari lepas fedtriyahya share something yang agak menarik kat IG dia.
Fedtri share satu tweet dengan gambar. Tweet tu kata "dah la cuti sampai hari ahad ni, apa aku nak buat tah. Nak tidur macam mayat reput la camni" Dengan gambar mayat reput.
Mungkin dah jadi viral pun kat FB kan.
I donno lah sbb ai mmg dah tak aktif kat FB. 
Menda viral laman sosial ni biasa memang ada 2 respond ja.
Satu respond yang cam 'eleh, ini pun nak take serious, memain je kot'
Satu lagi respond - yang mmg berasaskan kematangan berfikir.

Fedtri kata 'sebutkan yang baik2 saja untuk diri'
Ye lah, kata-kata itu kan satu doa.
Buat apa pula cakap (tweet) sampai mayat reput la apa la. Orang cuti lama la best. Dapat spend time ngan famili, dapat tgk wayang, dapat rehat. Dia pula nak tido macam mayat reput. Besok jadi bebetul macam mayat reput cemna?
Yer, aku tahu, dia bergurau. Tapi carik lah gurauan cara lain. Kekadang risau betul tgk BBNU skrg ni. Baik ayat di laman sosial dan cara2 mereka. (T____T)


Sebenarnya aku pun ada cerita berkaitan kata-kata itu satu doa dan doa itu dimakbulkan.
Lama dah menda ni, tapi sampai sekarang aku ingat.

Ada sorang kenalan. Sebelum kawen dia asyik bercakap 'saya nanti memang nak kawen lebih dari satu'. Banyak kali. Cuma kadang ayat tu lain lain lah, tapi maksudnya tetap macam nak kawen banyak.
Yang kita ni, perempuan kan, harus cam tak suka. Macam kan dia nak berbini 2, 3 dan 4 plak.
Tapi, itu dia lah. Lantak dia lah kan.
So, dari tahun ke tahun, dia pun kawen. Sebelum nak kawen pun, masih dia cakap dia mmg nak kawen lebih dari satu.
(sbb tu aku ingat, sbb dia cakap byk kali).
Seterusnya sampai lah pada satu kejadian yang menyayat hati. Isteri meninggal.
Dan tak lama lepas tu dia kawen lain. Dalam tempoh masa pun tak lah lama lepas isteri meninggal.
Secara otomatik terus aku teringat kata-kata dia dulu.
Jadi kenyataan rupanya.
Takde la aku kata dia mendoakan sesuatu yang buruk. Pada dia kawen banyak tu adalah doa terbaik untuk dia sbb dia rasa dia mampu. Cuma rupanya cara dia dapat kawen lebih dari satu lain la dari apa kita fikir. Kita fikir dia nak kawen sekaligus macam Salih Yaakob tu kan. 
Doa dia memang dimakbulkan. Dia dapat kawen kali kedua lepas isteri meninggal dunia. Aku pun dah lost contact ngan dia. Mungkin dia gembira akhirnya doa dimakbulkan. Aku tak pasti samada lepas ni dia masih juga nak kawen lebih dari satu atau pun tidak.  Terpulang lah pada dia. Mungkin pada dia banyak kali kawen dapat banyak pengalaman, kan? Rasa begitu, rasa begini. Heheeee.

Tu lah. Kata kata tu satu doa. 
Jadi, bercakap lah yang bebaik.
Kadang kita ni tercakap "abis la..matik la aku.." "abis la..pitam la" "mampus la aku" etc etc.

Tak baik kan. Cakap yang elok2 je.
Fikir yang elok2 je. Untuk diri sendiri dan orang lain.


30 September 2015

Tazkirah Motivasi Pagi IKIM.FM : Bersangka Baik Dengan Allah

Topik motivasi pagi hari ni sangat bagus.
"Bersangka baik dengan Allah"

Mari kita share bersama.
Ustaz kata kita kena bersangka baik dengan Allah atas segala ujian.
Ujian sakit, ujian dalam rumahtangga dll.
Jangan cepat putus asa.
Macam kalau sakit, kita berusaha untuk mengubatinya.

Lepas tu ustaz bagi satu contoh. Contoh yang sangat tepat dengan keadaan kami sekarang.
Ada orang datang jumpa ustaz dan bagitahu dia dah kawen 7 tahun, tapi takde anak.
Ustaz tanya ada ikhtiar tak?
Orang tu jawab, memacam ikhtiar dah buat, termasuk berdoa di depan Kaabah
(wah.. sangat kena dengan kami, terus tanya myDH, awak pernah jumpa ustaz ni ker? Hehe).
Lepas tu orang tu cakap dia macam dah putus harap. Dia rasa mmg Allah taknak bagi dia zuriat.

Lalu ustaz ceritakan perihal Nabi Musa yang dikepung oleh Firaun.
Berlari bersama sahabatnya hingga ke laut.
Sahabat2 dah rasa putus asa. Rasa mmg habis la kena tangkap dek Firaun.
Tapi, Nabi Musa kata 'kita ada Allah. Jangan takut. Allah akan bantu'
Seterusnya jadi lah cerita laut terbelah dan Nabi Musa dapat lari dari Firaun.

Moral dari kisah Nabi Musa tu adalah jangan putus harap.
Sentiasa sangka baik dengan Allah yang Allah akan bantu kita.
Yakin seyakin yakinnya.
Tak boleh ada sekelumit rasa tak yakin dengan kuasa Allah.

Memang, terkadang memang kita akan ada rasa camtu.
Terkadang rasa macam2 dah buat. Macam2 dah doa. Sampai ke depan Kaabah. Berdoa di Hijr Ismail, berdoa di Raudhah.. Kadang rasa down.
Memang ada rasa begitu.
Tapi, tu lah .. kita manusia biasa dengan kekhilafan kita kan.

Sentiasa beristighfar, mohon Allah ampunkan dosa kita.
Perancangan Allah sentiasa melebihi perancangan manusia.
Perancangan Allah sentiasa terbaik.
Maka, bersangka baik dengan Allah.
Yakin dengan Allah.
Dan teruskan berdoa :)



*Disclaimer : Post/entry ini adalah bukan bermaksud saya sudah TIDAK SABAR dengan ujian Allah. Jadi, harap tidak disalah erti dengan mengatakan saya down dan tak sabar dengan ujian.
Post/entry ini adalah sekadar untuk sharing apa yg saya dengar pagi tadi. Ujian ini pelbagai dan bukan org takde zuriat saja ujian dalam dunia ini. Jadi, tazkirah ini boleh diaplikasi utk pelbagai ujian. Kalau tak sabar, dah lama saya duduk rumah taknak jumpa orang, berserah, tak berusaha. Bukan kah Allah dah janji, dugaan yg diberikan adalah sesuai dengan kemampuan hambaNya.

11 September 2015

Yakin Dengan Allah

Hari ni kita share something yang agak menarik.
Full article dari blog ni [link : keranakasihnabi]
Panjang, tapi ada yang boleh dimanfaatkan bersama.
Esp pada rakan seperjuangan :)

****

Dalam Al-Quran nul Kareem, Allah Ta'ala mengisahkan keampuhan dan kekuatan senjata doa yang ramai daripada manusia kurang memberi perhatian – bukan pada doanya, tapi meyakini hebatnya doa. Ramai orang berdoa, tapi tidak ramai yang meyakini kehebatan, keampuhan, kekuatan senjata doa. Mereka lebih bergantung pada benda-benda yang bersifat material untuk menjadi asbab, ‘cause-and-effect’, prasarana, walaupun segala itu adalah penting. Tetapi di dalam Al-Quran nul Kareem, Allah SWT menceritakan tentang seseorang yang sudah putus sebabnya untuk mendapatkan apa yang boleh dihasilkan oleh sebab, yang tidak ada lagi wasilah untuk mendapatkannya melalui wasilah itu, iaitu kisah Nabi Zakaria.

Dalam Al-Quran, surah Mariam, Allah SWT berfirman, supaya kita memahami bukan hanya fadhilah doa tapi kehebatan doa, supaya setiap orang daripada kita kerap berdoa kepada Allah dan meyakini hebatnya doa dan mengambil iktibar daripada kisah Nabi Zakaria.

Nabi Zakaria merupakan salah seorang Nabi yang dipilih untuk membela dan menjaga Siti Mariam. Beliau sudah sekian lama menikah tetapi tidak mendapat zuriat, lalu diambillah Siti Mariam untuk dibela dan dididik, lebih-lebih lagi isteri Nabi Zakaria adalah mempunyai hubungan kerabat dengan Siti Mariam. Isteri Nabi Zakaria adalah adik-beradik kepada ibu Siti Mariam. Adalah perkara yang menggembirakan kepada Nabi Zakaria ketika beliau diberi Siti Mariam untuk dididik.

Dengan berlalunya masa, Siti Mariam pun membesar sehingga dewasa. Nabi Zakaria menyaksikan keajaiban padanya – setiap kali Nabi Zakaria masuk ke tempat beribadatnya Siti Mariam (mihrabnya), Nabi Zakaria mendapati ada hidangan makanan yang istimewa. Keistimewaan makanan itu nampak kerana apa yang terhidang tidak ada di luar. Hidangannya merupakan buah-buahan yang bukan di musimnya, untuk menunjukkan tiada sesiapa pun daripada manusia yang mendatangkannya. Macam mana nak mendatangkan buah yang bukan di musimnya? Allah mendatangkan makanan di musim sejuk sedangkan di luar musim panas, dan sebaliknya sehingga itu menampakkan keajaiban setiap kali Nabi Zakaria masuk ke mihrab Siti Mariam.

Nabi Zakaria bertanya, “Bagaimana kamu mendapatkan rezeki ini Mariam?” Jawabnya, “Ia datang daripada Allah SWT.” Maka, Nabi Zakaria, di situ berdoa. “Tuhanku..” Apa permintaan Nabi Zakaria? Beliau meminta untuk dikurniakan cahayamata, yang beliau sudah sekian lama menikah tapi beliau belum mendapatkan zuriat (surah Mariam, ayat 4):


Tapi dalam doanya, Nabi Zakaria penuh sopan-santun dengan berkata, “Wahai Tuhanku, tulang saya ini sudah rapuh untuk melakukan sebab untuk mendapatkan zuriat, rambut saya pun sudah putih, tapi saya tidak pernah hampa ketika berdoa kepada Engkau.”

Kalimat “saya tidak pernah hampa ketika berdoa kepada Engkau” menunjukkan keyakinan yang mutlak mantap kalau apa yang didoakan pasti akan didapatkan. Kebanyakan orang kalau berdoa tapi tidak yakin yang doanya akan dimakbulkan, kebanyakan orang berdoa sekadar formaliti, kebanyakan orang berdoa tidak menghayati atau meresapi kalau doanya pasti dikabulkan!.

Tapi Nabi Zakaria mengatakan, “Saya tidak pernah hampa ketika berdoa kepada Engkau”. Katanya, “Wahai Tuhanku, berikan kepadaku daripada sisi Engkau…”. Perkataan daripada ‘sisi Engkau’, yakni beri daripada Engkau, bukan daripada aku, bukan daripada sebab yang diambil, bukan daripada ‘platform’ yang diambil tapi daripada Engkau (Allah), supaya manusia, bilamana berdoa yakin kalau datangnya (kabulnya) doa itu semata-mata dari Allah, walaupun datangnya melalui orang, atau sebab.

Surah Mariam, ayat 5:

Sambungan doa Nabi Zakaria, “..berikan aku waliyya…”. ‘Waliyya’ itu ertinya penolong. Subahanallah. Dalam ayat ini, Nabi Zakaria berdoa kepada Allah SWT dan mempelbagaikan bentuk doanya – “Ya Allah aku mohon zurriyat yang baik.”, “Ya Allah berikan aku zurriyah walliyah (zuriat yang menjadi penolong)”. Bermacam-macam bentuk doa menunjukkan banyak dan kerapnya Nabi Zakaria berdoa kepada Allah SWT. Oleh yang demikian, seseorang kalau berdoa, jangan sekali-dua. 

Rasulullah ﷺ kalau berdoa kepada Allah SWT, terkadang satu permintaan diulang 3 kali, kerana baginda Rasulullah ﷺ bersabda, “Allah itu suka kepada hamba yang mengulang-ulang dalam berdoa kepada-Nya.” Kenapa Nabi Zakaria meminta zuriat? Supaya zuriatnya itu dapat mewarisi dirinya dan keluarganya, dan bukan mewarisi harta/takhta, tetapi mewarisi tugasan menyebarkan dakwah dan menyampaikan ilmu.

Dalam ayat ini (ayat 5 surah Mariyam), Nabi Zakaria menzahirkan kerisauannya tentang kaumnya yang mungkin akan terpesong jika tiada yang menyambung dakwahnya, dan kerana itu, Nabi Zakaria memohon zuriat yang baik yang boleh menjadi waris kepada agama yang telah diwariskan kepada keluarga Nabi Yaakub supaya boleh diteruskan oleh zuriat beliau.
Kalau minta zuriat, minta zuriat yang baik, jangan minta zuriat sahaja, jangan minta zuriat yang ‘handsome’ saja, jangan minta zuriat yang cantik saja, minta zuriat yang BAIK, yang mendatangkan manfaat, yang mendatangkan kebaikan, bukan saja minta zuriat tapi minta zuriat yang baik.

Surah Mariam, ayat 7:

Nabi Zakaria berdoa dalam solatnya, dan Allah SWT hantarkan malaikat Jibril memanggil Nabi Zakaria yang masih dalam solatnya. Katanya seperti yang direkodkan dalam ayat 7, surah Mariam. Berita gembira itu diberi saat dia solat. Apa maknanya? Maksudnya doanya dijawab ‘CASH’. Setelah meminta, terus diberikan Allah SWT ketika dia masih dalam solat lagi dan tidak ditunda setelah dia habis solat. Inilah keampuhan kekuatan senjata doa.

Zuriat yang diberikan, diberikan nama ‘Yahya’, dan tiada orang sebelum itu yang dinamakan dengan nama Yahya. Nabi Yahya ialah buah kepercayaan doa seorang ayah kepada Allah SWT. Allah memberitahu ianya sebagai khabar gembira kerana mendapat zuriat merupakan perkara yang menggembirakan seseorang. Kita pun mengucapkan tahniah kepada orang yang mendapat zuriat. Tapi bukan sekadar sebut “Tahniah ye!” tetapi bacakan doa seperti berikut:

Kalau orang dapat rezeki anak, buat majlis aqiqah dan setiap orang yang datang baca doa seperti ini, 10 orang sudah 10 doa, kalau 100 orang yang dihimpunkan? Doakan – kalau tak tahu bahasa Arab, dalam bahasa Melayu pun boleh.

Yahya ertinya hidup, sementara umurnya tak panjang kerana dibunuh oleh Raja yang zalim. Dibunuhnya beliau menjadikan Nabi Yahya syahid – orang yang syahid tak boleh dikatakan mati, kerana Allah berfirman dalam surah Ali-Imran, ayat 169,

Jadi, syahid itu sesuai dengan namanya ‘Yahya’ kerana dia tetap hidup di sisi Allah SWT sehingga suatu masa yang diizinkan. Apa yang diceritakan tentang Nabi Zakaria dan Nabi Yahya dalam Al-Quran menunjukkan keampuhan dan kekuatan doa. Jadi, kalau nak berdoa, mesti memenuhi adab berdoa, dan salah satu adab yang penting ialah meyakini keampuhan senjata doa yang boleh mendatangkan kepada kita perkara yang apa-apa sebab atau mana-mana manusia tak boleh mendatangkan, tetapi doa boleh mendatangkannya kerana yang memakbulkan adalah Yang Maha Berkuasa yakni Allah SWT. Dan tidaklah ada orang yang paling banyak berdoa melainkan Nabi Muhammad ﷺ, penghulu kepada orang yang berdoa. 

5 September 2015

Memahami Ayat Al Quran

Setelah berpuluh tahun menghirup udara yang Allah beri, lately ni baru timbul kesedaran nak memahami ayat Al Quran.
Dulu, sekadar "baca" Al Quran. Biarpun beberapa kali berjaya khatam, tapi masih takde rasa nak memahami.
Ada tafsir, hadiah dari KP (KP ketika itu) masa nak kawen tahun 2008 dulu. Tapi, sudahnya terbiar sepi juga.
Bukan tak mahu baca, tapi untuk memahami tafsir ni sebenarnya bukan mudah ya.

Keinginan utk memahami makin membuak bila tgk tafsir yang cantik2 sekarang ni.
Sebelum pergi umrah, ingat nak beli satu dan bawa terus ke sana. 
Tapi, bila fikir, better baca Al Quran di sana ja. 
Lps balik tu, pergi Pesta Buku kat PWTC dan terus beli.
Banyak sangat tafsir Quran yang cantik2 sekarang ni.

Dalam bebanyak tu tertarik untuk beli dari Humaira ni.
Pilihan tentu lah my favourite kaler la ofkoz. Purple one.
Dia ada memacam siri. Ada yang mmg khas untuk wanita (makna dia highlight surah2 yang berkaitan wanita).
Buleh tgk web dia.
Me punya tafsir mmg sebijik yang camni.
Suka sangat sbb mudah nak faham.
Then ada hadis sahih, asbabun nuzul. Lepas tu ada siap tajwid2 jugak.
Berbaloi lah kata orang tu beli.

Selain sykt ni, byk lagi sykt yang keluarkan tafsir cecantik sekarang. Karangkraf pun ada tak silap yang cantik2 camni.
Yang buat kita bersemangat nak baca.

Entry ni bukan lah bertujuan nak kata aku ni dah tetiba datang nur keinsafan bagai kan.
Bukan. Jangan lah disalah anggap sebegitu rupa. Orang lain pun dah lama baca tafsir semua.
Takut tau nak buat entry2 camni. Sbb nanti orang anggap macam good good lah, cam bagus bagus lah.
Cuma, untuk sharing. Mana tahu, ada yang teringin nak baca Quran dan tafsir, tapi tak tahu nak carik yang cemna.

*****
Terjumpa satu artikel ni. Agak panjang. Tapi, bagus juga untuk kita sharing bersama.
Kredit : MutiaraIslam

Berikut adalah beberapa panduan untuk sesiapa sahaja yang ingin memahami Al Quran, terutama mereka yang tidak memahami sebahagian besar ayat Al Quran hanya kerana ayat-ayat itu adalah di dalam Bahasa Arab.
Perkara sebegini bukan halangan untuk anda memahami Al Quran. Malah ramai yang menguasai Bahasa Arab tetapi masih lagi tidak cuba memahami Al Quran. Semoga Allah SWT memberikan hidayah untuk saya dan anda semua.

1- Membeli sebuah Al Quran berserta terjemahan. Mungkin terdapat perbezaan pendapat di kalangan kita tentang terjemahan Al Quran yang paling baik. Saya secara peribadinya mencadangkan agar pembaca membeli terjemahan Al Quran yang dicetak oleh Kerajaan Arab Saudi di dalam Bahasa Indonesia dan juga Tafsir Pimpinan al Rahman terjemahan Dr. Abdullah Basmeih yang dicetak oleh Jabatan Perdana Menteri Malaysia.

2- Peruntukkan waktu secara tetap sama ada harian atau mingguan untuk membaca beberapa ayat Al Quran berserta terjemahan. Tidak perlu terlalu bersemangat kerana selalunya semangat yang berlebihan tidak akan bertahan lama. Jika anda sekadar ingin membaca ayat Al Quran tanpa terjemahan, sememangnya digalakkan setiap hari dalam keadaan yang sederhana. Namun untuk membacanya berserta terjemahan, perlulah diberikan peruntukan waktu untuk ‘menghadamkan’ terjemahan dan maksud ayat-ayat yang telah dibaca. Mungkin pembaca boleh memperuntukkan masa untuk ayat-ayat daripada juzuk 30 kerana ia ayat-ayat yang sering kita baca dan hafal. Sebagai contoh, mulakan dengan surah al Ikhlas yang mengandungi 4 ayat dan diberi tempoh selama 3 hari untuk membaca, merenung dan memahami maksudnya sebelum berpindah kepada surah al Naas pula. Begitulah seterusnya.

Tidak semestinya anda mengikut susunan misalnya bermula daripada al Fatihah kemudian al Baqarah, Ali Imran dan seterusnya, atau bermula daripada al Naas kemudian al Falaq, al Ikhlas dan seterusnya. Matlamat kita ialah cuba memahami ayat-ayat Al Quran secara keseluruhan. Mungkin minggu ini kita ingin memahami maksud beberapa ayat daripada surah Yaasin dan minggu depan pula kita ingin mengetahui maksud beberapa ayat daripada surah al Kahfi pula. Apa yang penting, setiap minggu kita akan peruntukkan sedikit masa untuk memahami beberapa ayat dan sikap ini berterusan dengan penuh istiqamah.

3- Tandakan ayat-ayat yang kurang jelas maksudnya. Sememangnya kita tidak akan dapat memahami dengan jelas setiap ayat yang dibaca. Mungkin ini disebabkan oleh keadaan atau tumpuan kita semasa membacanya. Mungkin juga disebabkan ayat terjemahan itu tidak jelas dan mungkin juga disebabkan kita baru membacanya sekali tanpa benar-benar faham. Walau apa pun sebabnya, jangan biarkan ayat itu berlalu tanpa memastikan kita benar-benar faham maksudnya. Tandakan ayat tersebut dan peruntukkan beberapa hari atau lebih untuk mengkaji maksudnya dengan lebih jelas.

4- Wujudkan panel rujukan sendiri dengan menyimpan nombor telefon beberapa orang ustaz yang dirasakan mampu menghuraikan maksud ayat-ayat yang kurang jelas maksudnya tadi. Rujuk kepada mereka untuk mendapatkan jawapan yang lebih cepat dan mudah. Lebih cepat ialah dengan menulis sms dan dihantar ke telefon bimbit seseorang ustaz, misalnya anda tulis ‘Assalaamualaikum ustaz, apa maksud ayat 23 surah Luqman? Terima kasih’. Mungkin sesetengah ustaz tidak terus membalasnya kerana ingin mengkaji terlebih dahulu. Lihat, anda telah melakukan amal soleh dengan menyebabkan seorang agamawan membuka kembali buku dan kitabnya yang telah lama berhabuk di atas rak buku, hanya kerana satu sms yang ingin tahu tentang tafsir satu ayat daripada Al Quran.

5- Boleh juga mencari maksud ayat tersebut daripada terjemahan edisi yang lain atau membeli buku tafsir Al Quran yang telah diterjemahkan. Kini terdapat banyak buku tafsir yang diterjemahkan dan yang paling baik setakat pengetahuan saya ialah terjemahan Tafsir Ibn Kathir. Buku terjemahan Al Quran juga terdapat dalam banyak versi sama ada di dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris atau Bahasa Indonesia dan lain-lain lagi. Langkah ini mungkin memerlukan kepada perbelanjaan yang lebih untuk memiliki sebanyak mungkin terjemahan Al Quran, tetapi ia tetap berbaloi kerana tujuan kita amat mulia iaitu memahami Al Quran.

6- Pengulangan bacaan tafsiran atau terjemahan ayat yang sama dapat memberikan gambaran yang lebih jelas tentang ayat. Mungkin kali pertama anda membaca terjemahannya dan tafsirannya semasa pemikiran anda tidak berfokus dan tidak tenang disebabkan pelbagai masalah. Kali kedua pula anda membacanya dalam keadaan tenang dan tiada masalah. Pasti bacaan kedua akan lebih membantu anda memahami ayat tersebut, wallahu a’lam.

7- Sebolehnya cari kaset-kaset atau CD yang mengandungi huraian Al Quran daripada ustaz-ustaz atau mana-mana pendakwah. Mungkin anda sibuk dan tak sempat nak mendengar kuliah tafsir, maka bukalah radio atau belilah cd untuk anda belajar daripada dalam kereta atau gunakan alat seperti cd walkman atau mp4 untuk mempelajari tafsir Al Quran. Takkanlah waktu di dalam kereta hanya dengan mendengar lagu atau berita di radio sahaja?

8- Lebih baik lagi jika mempunyai tempat kuliah tafsir yang dihadiri secara tetap. Ini penting untuk menjadikan kita sentiasa istiqamah dalam mempelajari tafsir. Ustaz yang mengajar juga boleh kita jadikan sebagai rujukan tetap kerana kita akan sentiasa bertemu dengan beliau setiap kali tiba waktu kuliah.

9- Layari laman web Islamik yang menawarkan perkhidmatan untuk memahami ayat-ayat Al Quran atau boleh muat turun beberapa program yang mengandungi tafsir atau terjemahan Al Quran. Internet perlu digunakan sebaik mungkin terutama bagi mereka yang boleh ‘online’ semasa berkerja. Program tafsir juga boleh dimuat turun ke dalam laptop atau ke dalam alat seperti telefon bimbit atau telefon PDA yang canggih lagi memudahkan.

10- Cuba pelajari Bahasa Arab untuk lebih mendekatkan diri kita dengan maksud ayat yang dibaca. Hendak seribu daya. Saya secara peribadi telah bertemu dengan orang-orang yang tahu berbahasa Arab dengan mempelajarinya secara sendiri dan mereka bukanlah produk sekolah agama atau universiti di negara Arab.

Akhir kata, berdoalah kepada Allah SWT agar kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang ingin mendalami ilmu Allah SWT terutamanya ingin mendalami Al Quran. Ingatlah, tiada keinginan untuk menambahkan ilmu agama adalah satu penyakit merbahaya. Kesannya pesakit ini akan terus hidup dalam keadaan jahil dan tidak bertambah ilmunya. Ingat pesan Rasulullah SAW :

Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarnya...(Riwayat al Bukhari)

4 September 2015

Tazkirah Jumaat : Syukur

Minggu lepas ada tazkirah Jumaat di office.
Ustaz jemputan adalah ustaz Zul Ramli.
Glamer kan ustaz ni. Penulis buku U Turn Ke Jalan Lurus (err.. ai blum baca buku ni ekceli. Huhu. Pasni nak carik lah).

Selalu gak lah kami panggil ustaz ni untuk tazkirah.
Tapi, skrg macam dah lama tak panggil.

Tazkirah kali ni berkisarkan pada konsep bersyukur. Bersyukur agar kita dapat berubah menjadi insan yang terbaik.
Bila kita bersyukur, hidup kita akan lebih tenang. Bila kita tenang, kita akan jadi terbaik.
Namun, jangan sesekali kita rasa diri kita lebih baik dari orang lain.
Bila tgk orang muda, rasa orang tu lebih baik sbb dia belum buat banyak dosa. Masih muda.
Bila tgk orang tua, rasa orang tu lebih baik sbb banyak dah dia buat amalan baik.
Bila tgk orang jahil pun rasa dia lebih baik sbb dia jahil sbb dia tahu. Kita ni dah tahu, pun masih buat lagi.

Pastu tugas syaitan ni memang untuk menggangu manusia.
Supaya kita timbul rasa riak, supaya tidak mudah bersyukur.
Ni pagi2 bangun pun tak syukur pada Allah kata ustaz.

Pastu ustaz kata waktu dhuha adalah waktu paling elok amalkan tasbih.
(bukan spesifik lps kita solat dhuha, tapi antara lepas waktu fajr hingga sebelum Zohor tu).
Tasbihnya :



Baca lah ketiga-tiga ayat ni.
Seeloknya 100kali sehari dalam waktu dhuha tu.
Sambil bebuat kerja pun buleh baca.
Kalau stress, rasa tertekan, cuba ulang2 baca ayat2 ni kata ustaz.

Nak ending, ustaz ceritakan satu kesah.

Katanya pasal jiran dia.
Tapi, cerita ni sama sebijik macam drama yang pernah tayang kat Astro.
Aku rasa aku pernah buat review drama tu.
Tapi, bukan kt blog sini.
Aku ingat pelakonnya Ogy Ahmad Daud, anak dia Mia Sara.

Bila google tajuk dia - Berpaling Dari Jannah mu.

Ustaz citer macam citer tu lah.
Pastu semua pun rasa sedih.
Sebab dalam cerita tu kan, kisah seorang wanita yang dah lama kawen, tapi tak de anak. Selepas 10 tahun, akhirnya dapat anak. Perempuan. Tapi wanita ni jenis suka mengemas rumah dan ada sedikit sikap OCD. Jadi, dia macam rimas anak dia suka buat sepah.

Dan akhirnya dia doa pada Allah, dia nak anak, tapi bukan macam yang ini. Yang suka buat sepah, sedangkan dia suka mengemas.
Last last anak dia eksiden lps dia marah2 anak dia. Anak dia meninggal. Dia terus dirundung rasa bersalah.

Ustaz ni pun cerita lebih kurang lah.
Tapi, ustaz ni punya cerita, anak tu anak lelaki.
Meruntun hati dibuatnya.
Semua para wanita kat dalam dewan dah sok sek sok sek kesat air mata. 
Termasuk lah me, myself. Kisah pulak pasal orang takde anak.

Ustaz kata orang tak bersyukur. Sbb sebelum ada, nak sangat. Bila dah ada, pertikaikan pulak.
Sedihnya.
Moga aku dan sahabat2 yang sedang TTC'ian tidak terkhilaf dan alpa bila dah dikurniakan anak satu hari nanti.
Syukurilah apa yang ada. Jangan menyesal bila sesuatu dah takde depan mata.

28 August 2015

Tazkirah Motivasi Pagi IKIM. FM : Solat Awal Waktu

Minggu ni tak dengar full 5 hari slot motivasi pagi kt IKIM.
Eh. Betul kan nama rancangan tu motivasi pagi.
Kami panggil rancangan "kak tom" ja sbb iklan dia tu. Iklan Ar-Rahnu exchange sebenarnya.

Minggu ni lupa pulak nama ustaz tu.
Dia cakap clear. Sebijik bijik.
Hari Selasa tajuknya best
"kenapa Allah tak makbulkan doa kita"
Haaa... kenapa?
Dia pun listkan lah satu persatu.
Antaranya jangan buruk sangka dengan Allah.
Dan paling ku ingat "jangan lewatkan solat"
Ini kadang solat pun nak kena qada katanya.
Hurm.
Merenung ke diri sendiri.
Ye, aku akui, kelemahan yang satu ini esp waktu Isyak.
Kalau lambat solat Maghrib, mmg aku terus tunggu waktu Isyak.
Tapi, kalau solat Maghrib awal, kadang terlajak lajak Isyak.
Dan kadang sampai bangun pagi - baru nak Isyak sebelum masuk waktu Subuh tu.
Astagfirullah.
Kalau kita pun melewat lewatkan tanggungjawab kita manakan Allah nak bagi apa kita minta cepat cepat kan?
Memang. Sememangnya aku terkhilaf bab ni.
Lepas ni mmg kena istiqamah untuk solat awal waktu.
Jangan dengar kata syaitan dalam hidung.

Hehe.

Syaitan dalam hidung?
Ni pun ustaz yang sama gak cakap.
Hari Isnin n Rabu, tak dgr motivasi pagi sbb cuti.
Jadi, dengar hari Khamis dia citer pasal syaitan dan kita yang selalu kalah dgn syaitan.
Katanya bangun pagi, elok cuci2 hidung sbb boleh keluar syaitan yang masuk dalam hidung.
Eh.
Macam berlawak pun iyer. Tapi, tak salah pun amalan cuci hidung ni. Mmg before berwuduk di sunatkan untuk masukkan sedikit air dalam hidung.
Abang aku pun ada cakap - kenapa orang Islam jarang2 kena penyakit berkaitan hidung, sbb pepagi lagi kita dah cuci hidung kita sebelum kita solat.

Lepas tu ustaz tu kata lagi, kalau menguap tu tutup la mulut.
Nanti syaitan masuk lagi.
Ni kadang tgh solat, baca Fatihah pun buleh "huarghhh" menguap katanya.

Tu lah antaranya.
Bagus juga dengar motivasi pagi ni. Dulu kami dengar Mak Jemah ja. Now, tak perlu lah kot. Pepagi elok diberi santapan jiwa sket kan.
Tapi idak la sepanjang masa kami dengar IKIM ni. Petang waktu balik tu, dengar la Suria ke Ultra ke memana lah yang sedap. Era mmg hampeh je pepetang. Kuasa che non nak dgr sate sate tu.


26 June 2015

Tazkirah Ramadhan [9 Ramadhan]

Pagi tadi berkesempatan menghadiri majlis ilmu.
Sebenarnya setiap minggu dari sebelum puasa dah ada majlis tazkirah setiap pagi Jumaat ni.
Tapi, asyik lah ada kerja je nak diselesaikan.
Pagi ni, Alhamdulillah, lega sket. Maka buleh lah join majlis bacaan Yasin, Tahlil dan seterusnya tazkirah.

Okay, mari kita sharing is caring sedikit intipati dari tazkirah tu.

5 Keistimewaan Berpuasa di Bulan Ramadan
1. Mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah
2. Ikan ikan berdoa memohon keampunan untuk orang yang berpuasa
3. Allah telah persiapkan syurga
4. Syaitan telah diikat untuk tidak mengganggu orang berpuasa [kalau ada yang buat kejahatan tu, bukan dari syaitan, tapi disebabkan dek hawa nafsu]
5. Allah ampunkan segala dosa pada malam akhir Ramadhan [dan keesokkannya kita bergembira menyambut hari raya]

Jadi, begitu lah. 
Bila di google memang ada artikel berkaitan.
Boleh tgk web ini [link : mutiarapublic.com] untuk ulasan lanjut.

Sama-sama lah kita menjadikan Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan sebelumnya :)


INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign