Pages

7 August 2015

Amalan Memohon Berhentikan Haid Sementara Waktu [untuk Umrah]

Hari tu belum share doa-doa yang boleh diamalkan untuk berhentikan haid sementara waktu.
Ini adalah keperluan pada yang nak buat umrah. Haji tak apply la kot. Sbb sebulan kan.

Memang ada yg ambil ubat terus, tapi masa kursus umrah tu hari, Ustaz Daud Che Ngah (Dato') ada cakap, kalau buleh, tak perlu lah ambil ubat. Sbb ada kes yang ambil ubat, tapi datang period juga. Menda ni kita macam tahan dia, tapi kadang ada juga turun setitik dua. Setitik dua pun dikira period juga lah kalau dia datang tu mmg pada tarikh dijangka kita period.
Sbb tu kalau kita pergi umrah sendiri sendiri, tak pergi in grup, elok kita carik date yang kita memang dijangka "bersih". Baru habis period (yg ni applied utk orang period teratur cam me lah. Mmg every month dia displin ja.. heee)

So, mari kita sharing amalan yang boleh kita buat untuk berhentikan haid / period untuk sementara waktu.
Diambil dari buku Panduan Umrah Dan Ziarah Madinah Dan Makkah oleh Andalusia, susunan Ustaz Daud (dan juga dari ceramah beliau).

Peringatan untuk wanita

1. Jika mereka hampir didatangi haidh sebelum berihram, pilihlah niat bersyarat.
2. Jika mereka berniat umrah biasa, hendaklah bertahallul ihsar dengan bergunting dan menyembelih seekor kambing di tempat tahallul sebelum berangkat balik, jika tidak dapat meneruskan umrah.
3. Niat bersyarat tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya kecuali dalam keadaan dharurat seperti uzur sya'iy atau sakit berat.

Ini antara yang boleh diamalkan.




Selain tu yang ustaz ajar masa ceramah nya.
*Sediakan segelas air. Letak hujung sejadah.
*Solat hajat. Mohon agar period kita berhenti seketika waktu kita nak  buat umrah.
*Selesai solat hajat, baca Al-Fatihah.
*Selawat Syifa - kemudian hembus pada air.
*Baca ayat Qursi - hembus pada air.
*Lepas tu minum.
Buat lah dalam 3x camtu. Atau lebih pun boleh.

Saya tu hari, memang saya pilih date selepas period. 
Tapi, risau juga kan. Buatnya terlewat period bulan tu, memang pitam since kami ke Mekah dulu (kalau Madinah rilek juga lah kan. Kalau ke Mekah dulu, mmg lah kena buat umrah dulu).
Jadi, dalam 2, 3 hari before tarikh dijangka period, saya amalkan yang ustaz ajar masa ceramah tu.
Instead of mohon doa berhentikan period, saya doa untuk period datang tepat pada waktunya. Dan mohon bersih sebelum saya bertolak.

Alhamdulillah, kalau tak silap, elok je lepas 3x saya buat, esuk nya period datang.
Dan saya bersih 2 hari before berangkat.
Alhamdulillah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar.

Dia juga tahu kita nak buat ibadat kat sana kan. So, pastinya Allah akan bantu kita.

So, no worries pada yang nak buat umrah, tapi gusar period datang. Kalau datang masa kat sana pun, ada caranya. Boleh tanya pada ustazah yang in charge kat sana kalau ada keraguan.

Sekarang pun dah nak masuk musim haji. 
Penerbangan pertama 16 Ogos ni kalau tak silap.

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign