Pages

13 August 2015

Edisi Drama : Syurga Nur


Sapa follow?
Me follow gak.
Best jugak kan.
MyDH pun follow. 
Kemain emosi bila Nur lari dari rumah keluarga angkat dia.
Dia kata anak angkat tak kenang budi betul. Kalau tidak, awak tu duk bawah jambatan la kalau keluarga tu tak ambik awak. Ni siap lari tutup phone, tutup emel apa seme.
Ewah. Emosi kau bang...
Tapi, betul la kan. Kot yer pun taknak kawen, pi la gitau mak dia. Taknak la lari terus. Tau2 dah balik Kelantan. Dedulu taknak lari balik Kelantan.
Cea.. dah citer camtu kan. Kita lak nak patut gitu, patut gini.

Apa pun ni cerita ni best.
Alhamdulillah (nada ketuk ketuk ramadhon okeyh).

Dah muak, dah jemu, dah bosan cerita "berasaskan" novel.
Berasaskan novel tu takpe lagi. Tapi, datang novel yang entah hapa hapa tu lagi la cam eww sangat. U know what i mean la kan. Not to mention novel and cerita apa la. Sendiri mahu ingat lah.
Lepas buat cerita bersiri, keluar pulak yg edisi raya.
Entah hapa hapa entah. 
Tapi, bebudak baru nak up nih. Yang form 1, form 2 tu, atau yg baru nak kenal dunia ni mmg suka sangat citer2 camtu. Anak buah aku mmg sker tgk citer camtu. Siap rakam tu sbb dia duk hostel. Balik weekend dia tgk. Risau tau sbb takut depa ni fikir mmg kalau dah kawen semua indah bagai yg depa kata sweet tahap diabetes tu. Yang kalau nak jatuh masa ambil barang dari almari pun ada yg tukang sambut dari belakang. Yang dukung masuk bilik. Yang menyondol2 macam hapa ja. Eh.. kelain halanya. Haha.

Pastu pulak jalan cerita standard ja. Memula kawen tak suka, pastu dah suka.. dah jatuh cinta.
Oh. Cerita yang tujuan kawen hanya nak eksperimen tu aku tak berapa faham konsep dia sbb dia dah banyak kali cakap pasal perkataan cerai. Even niat lelaki tu pun ada nak ceraikan isteri dia. So, cemana tu? Sbb kita tahu ending sure lah akan bersama hingga ke akhirnya. Ending sure tak jadi cerai. Ke ending dia mati antara salah satu waktu tu. Ai is donno sbb ai is tak kuasa nak beli apa tah lagi baca novel2 camtu. Novel sedia ada kat umah tu pun tak terbaca dah. Menyampah pulak bila ikatan perkahwinan yang dituntut dalam Islam tu dibuat eksperimen. Takyah la buat drama citer2 camni. Eh. Kang kata aku ortodoks sangat pulak kan. Ah lantak..nak tgk, tgk..taknak tgk, tutup ja tv.

Berbalik pada Syurga Nur.
Ye lah. Walau citer ni lain sket dari citer novel, tapi ada jugak la part2 yang macam takde la pun islamik nau kan. 
Tapi, sokay.
Lain sket. Jalan cerita berkembang. Takde tertumpu satu menda.
Watak Nur, walau pelakon baru, aku ada hati nak tgk. Tidak macam yang Hati Perempuan ke apa tu. Takde hati pun nak tgk sbb pelakon baru tu. Mmg ku tak tgk citer tu. Kuasa la haih. Gaduh -elok-gaduh -elok. 

Tak semua citer slot Akasia tu aku tgk.
Yang ni buleh la. Tu pun takde la melekat depan tv tu.
Tengok sesambil ja. 
Tapi kita tahu sure Nur kawen gak ngan boipren dia yang dah gi Mekah tu. Amboi..nak duk Mekah dua 3 bulan yer.. dapat lak visa ya.. visa umrah pun sebulan ja valid. Hihi...

Nur - pelakon baru - Janna Nick.


5 juta komen

Tengok gak cerita nih.

Lama gila sebenarnya dah tak tengok mana-mana drama, tapi kebetulan tertengok dari episode first. So layan & jadi best. Tak pernah kenal pun si Nur ni, first time kenal sebab cerita ni. huhu. Sedihnyaaa...

Eh pelik la, kalau Nita bukak belog akk via HP takleh nak komen post akk. Tapi ni pakai laptop boleh plak. Iskk.

x follow. tapi teringin nak tgk cerita yg ada jalan cerita solid, bukan pasal memula-kawin-x-suka-pastu-jadi-suka punya jalan cerita ja.... hehehehe....

layan gak cita ni.. tp b4 maghrib je lah.. hehe.. tp tu dh ckup utk faham jalan cerita..:)

CIK ANITA :

Akk pun kenal Janna Nick masa citer ni lah. Ada gak dia berlakon dedulu, tp macam tak berapa nak glamer.

ST :
Citer ni agak okay. Lain sket dari citer novel2 picisan seme tu.

SEERA :
Boleh paham punya..tak tgk sekali pun takpe..pastu nanti tgk balik, dah tahu jalan citer cemana.

semakin melarat² drama adaptasi ni hihihihi ... lps ni lg bnyk kat akasia ada cerita adaptasi, yg x kosa baca novel cam sy ni .. tgk je lah.. tp kot x best tak layanlah ... sbb ptg blk kelangkelibut tak sempat nak layan sgt ...

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign