Pages

3 August 2015

Resepi [Pais Tempoyak Ikan Patin Bakar]

Nyum nyum.
Ai memang Perakian - as orang Perak sure orang kata gemar makan tempoyak kan.
But me not like tempoyak much.

Durian pun me tak kesah. Tak giler langsung makan durian. 
Sedari dulu lagi lah. Mungkin sbb dari kecik dah tahu mmg durian ni senang dapat.
Memang kat rumah kampung ada dusun durian. Takde la dusun ber ekar ekar. Tapi, kata orang tu nak makan memang lepas sangat.
Tempoyak lak - macam lauk2 lain la. Takde la oh, my favourite.
Tapi, idak la tak boleh makan. Takde la ewww.. apa tu, tempoyak? Ewww.. itu mengada kalau aku orang kampung yang ada durian cakap camtu. Pelempang kan aje.

Tempoyak mmg mak buat sendiri.
Mak buat mmg teliti lah. Guna pisau dan garfu. Takde la ramas2 ngan tangan tu. Yang tu baru ai ewww kan.

Jadi, bebaru ni kan musim durian.
Banyak tempoyak fresh mak buat.

So, me rajin sket la masa raya tu ari. Rajin sket masak. 
Kot tak, maleh la bebeno.

Raya ke berapa ke ntah, me buat pais tempoyak.
Semua my family tak pernah makan. Even tak pernah dengar pun.
Me pun tahun ni baru tahu pais tempoyak ni. 1st time makan masa HKK bulan 2 tu ari.
Yer, mmg ailoike much lah pais tempoyak ni.
Memang kena beno dgn tekak ai.

So, ai buat.
Bila buat, ramai suka.
Anak buah yang remaja2, yang jenis tak makan tempoyak pun suka.
"sedap la ucu" depa kata.
Abang ai, yang mmg tak makan gulai tempoyak pun suka juga.
Kak ipar dan seme seme lah suka.
Siap ratah2 gitu.

Memang sedap uols. Cuba lah. Tapi utk orang yg makan tempoyak je lah. Yang eww..ewww tu takyah la. Haha.

My pais tempoyak ikan patin.
Sorry lah nampak messy sket. 1st time lah uols.
Walau begini, ramai yang siap ratah2 tau.
Haha.

Nah ai share resepi (masa kat kg ai google gak. Tapi, maaf bebanyak, ai lupa sgt blog sapa yang ai refer tu. Walau cemana pun, thanks utk orang yg share kan tu).

Pais Tempoyak Ikan Patin Bakar
Bahan-bahan.
*Seekor ikan patin fresh (patin sungai tau. Beli kat pasar tani, atau kat Temerloh atau memana lah. Kalau kat pasar, ke pasaraya ke itu patin besar peha tu, tak best. Mak kata patin laut.) Patin sungai ni saiz sedang2 je lah. Tidak besar, tidak kecik.
Suruh orang kedai tu bersihkan sesiap. Takyah rajin nak siang sendiri. Hehe.
*Daun kunyit.
*Daun pisang.
*Kunyit hidup.
*Bawang merah / bawang besar
*Cili Padi.
*Serai.
*Daun kesom
*Dan bahan paling utama - tempoyak lah. Yang fresh lagi sedap. Sbb dia ada manis2 durian tu lagi. Takde yang fresh pun takpe. Boleh ja. Asal nama tempoyak.

Cara-cara.
*Basuh bersih2 ikan patin. Kalau besar buleh potong dua. 
*Tumbuk bawang + kunyit hidup + cili padi. Tumbuk hancur. Letak garam sket. Kalau tak suka pedas sangat, tambah cili merah (cili masak).
*Pastu dah lumat semua, gaul dengan tempoyak. Tempoyak ni agak2 lah nak banyak mana.
*Serai di titik.
*Lepas tu salut lah badan ikan patin tu dengan tempoyak. Ratakan seluruh badan dia. Baru lah sedap dan sekata rasanya. Taruk serai yang dah dititik tu.
*Balut ngan daun kunyit, pastu dengan daun pisang. Ini sebab masa ai buat tu hari kat kampung which, semua ni amik kat keliling rumah. Kalau hidup di KL, dan duduk atas langit tu, takyah pun takpe daun kunyit tu. Balut ngan daun pisang cukup. Atau balut dgn daun kunyit ja. Either one la. Daun kunyit tu saja nak naikkan bau kata orang tu.
*Pastu perap lah dalam sejam. Biar je situ.
*Dah sejam, bakar.

Bakar ni ikut apa yang kita ada lah. Kalau ada magic pan, bakar lah guna tu.
Kalau ada periuk go shop (macam aku kat kg guna ni), bakar lah guna tu.
Kalau ada pengepit tu, pun boleh.
Kalau guna microwave... pun boleh kot. Tapi, kureng la sket kan. Takde hangit2 sangat. Haha.
Tak lama pun masak dia. Agak2 macam dah wangi, dah likat sket tempoyak tu, masak lah tu.

Tak suka ikan patin boleh guna ikan lain.
Katanya talapia pun best.
Tapi, ai tak pernah try. Sbb ai boleh makan ikan patin. Nak2 lagi macam ada lelemak tu kan. Itu lah sedap uols. Dulu ai pun eww eww kan ikan patin nih. Skali kawen ngan orang berdarah Pahang, terus rasa, sedap la pulak ikan patin. Hahaha.
Yang penting, ikan patin tu kena fresh. Baru isi dia manis... diadun dgn tempoyak... pergh.. terliur woi.

Kalau malas buat, gi beli je kat Gobang Maju tu.
Seketui RM18. Hehe.

*pais ni byk version kan. Lain tempat lain versionnya. Perak punya version mmg beza. Pais tempoyak ni rasanya mmg terkenal di Temerloh ja. Tempat lain mmg takde. Even my mertua orang Raub / Kuala Lipis pun tak pernah buat. So, kita bagi kredit - pais tempoyak ni mmg asal dari Temerloh. Hehe.

4 juta komen

imagine je pon dah marbeles! kalo guna ikan lauk apa rasa agaknya eh... hehehe...

keluarga saya panggil ini panggang tempoyak ikan patin. mmg makanan dari kecik lagi. Sedap sgt makan dengan nasi panas. cuma bahan2 tak sebanyak yang tersenarai. kunyit hidup, cili padi, garam dan tempoyak jer..

telan air di buatnya masa baca, kak bawang tu bawang merah kan?? ke bawang putih je.. ke dua² bawang .. ah sdh confuse jap ... cam best je .. nak cuba dgn ikan cencaru ... huhuhuhu ...

ST :
Semalam tgk kat tv dia buat ikan merah. Boleh kot.
Takpun try ikan kembong.

CPT :
Kami mmg tak penah makan yang camni.. tp nak masak ni mcm ala ala tempoyak masak jugak sbb ada bawang semua.


MASYA :
Bawang merah / bawang besar (edit dah. Hihi)

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign