Pages

Showing posts with label jeruk. Show all posts
Showing posts with label jeruk. Show all posts

27 August 2015

Jeruk Pak Ali

Tak pergi Penang lah kalau tak beli jeruk Pak Ali kan?
Hehe.
Okeyh. Oleh kerana kami dari Bertam, so tak susah payah nak carik Pak Ali ni. 
Err. Kedai Pak Ali actually. Pak Ali ni pun dah arwah. Tapi ai salute lah arwah Pak Ali ni sbb dapat buat bisnes jeruk yang telah dikenali serata Msia. Tentah luar pun dah kenal kan.
Sebut jeruk je sure teringat "jeruk pak Ali"
Dah ada branding gitu :)


Dari Bertam tu, dalam 8 - 10 minit camtu dah sampai kedai Pak Ali.
Aku mula tu cam nak terlepas dah. Tapi seb bek myDH cam cekap kali ni.
Dia kata ni kan kedai jeruk tu.
Ha.. nasib baik. Kalau tidak jenuh nak u turn, u turn.
Banyak actually kedai jeruk pak ali kat Penang.
Boleh tgk link ini [link : cawangan jeruk madu Pak Ali]

Kami pergi yang kat Bangunan Seette Aisah tu.
Kali kedua been there.
1st time masa turun dari cruise last year.
Cerita kat sini [link : Jeruk Pak Ali].

Lagi senang sebenarnya kalau dari arah Utara (dr Kedah lah).
Kalau dari Penang tu cam berpusing sket.
Kalau dari arah Kedah tu, lepas tol Sungai Dua tu dah dekat la tu. Dia tulis Seberang Jaya tu kira dah nak sampai lah tu. 
Dia nyer landmark - Petron, and the other side - Tesco.

Meh aku taruk waktu operasi dia.
Awal pagi dah bukak.

Kiterang ingat dia bukak kul 10pagi.
Rupanya kul 8.30pagi dah buka.


Mabuk jap tengok jeruk yang banyak2 ni.
This time ada jeruk jambu.
Yes. Ai loike sgt jeruk jambu nih.

Isk. Tgh tulis pun rasa cam terliur. Haha.
Kalau ikut hati nak ja beli sekilo.
Tapi, membayangkan tak baik utk kesihatan. Dan sekarang cyst pun dah clear (Alhamdulillah), takmo lah ikut hati sangat kan.
Setengah kilo cukup.

Tapi, ambik ambik, total RM68.00 jugak jadinya.
Mesti camni tau. Last time pun camni gak lah.
Lagi lah jeruk dah masuk GST jugak. Haha. Bertabah lah.
Nasib setahun sekali ja beli kan.

So, sesapa nak beli jeruk, beli ja kat sini.
Parking senang. Pastu tepi jalan ja.
Nak carik tah memana yg lain tu.
Memula mmg rasa nak pergi kilang dia tu.
Tapi, takpe lah. Tak kuasa de suami terchinta saya nak pergi sampai ke kilang.
Dia berenti kat kedai ni pun dah cukup bagus dah ni kan.
Eh. Dia pun suka jugak makan jeruk2 nih.

15 December 2014

Mempelam Muda

Saja tulis mempelam.
Uols sure lah panggil mangga, kan??

Nah.


Mangga epal lagi.
Tapi, masamnya yarabbi.

Ni amik kat rumah abang kat Ipoh.
Dia ada tanam 2 pokok kat halaman rumah nya.
Elok2 buahnya.

Yang ada pink2 ni kak ipar kata masam sket.
Ada satu lagi pokok, tak berapa masam.


Jadi, malam tu kami menyicah la.
Buh kicap,gula n cili padi.
Tapi, tetap la masam.
Tabur serbuk asam boi (err... tak elok makan serbuk nih.. tapi tak selalu kan...hikhik).
Pun masam lagi. Haih.

Jadi, ubat dia yang masam tu.
Jerukkan dia.
Takde la nak kata nak ikut trend ke apa ke.
Tapi, dah ada tu, mari lah kita jerukkan.
Aku carik2 cara yg macam paling best untuk jerukkan.
Jadi, mari try.
Memula rendam semalaman dengan air garam.

Pastu dah semalaman, buang air garam - basuh kan - tos bagi kering sket.
Rendam pula dengan air gula. Simpan lagi semalaman.

Bila dah semalaman - tos semula bagi kering sket.. dan barulah kita makan macam trend sekarang tu.
Jeruk asam boi.

Tetap lah masam lagi. Tapi, okay lah. Dah dua malam di rendam. Kan?

Err.. aiols minta maaf lah kalau ada yang terliur.
Kalau nak carik mempelam epal ni, biasanya kat pasar tani ada.
Cuba lah uols carik. Kut2 ada rezeki, kan?

5 December 2012

Edisi Teringin Jeruk

Pulakkk...
Padahal inilah salah satu makanan yg perlu di-avoid-kan utk para TTCian.

Entah ek.
Retu masa kat MAHA beli jeruk Pak Ali. Beli yg mangga. Setgh kilo beli. Sedapnya la hai. Sekejapan je kami berdua abiskan. Sedapnya la hai. Terjejes liur dibuatnya bila tingat.


Lps tu kelmarin ofismate bawak jeruk yg campur2 tu plak.
Sedapnya yg jambu batu tu.
Sedap. Sedap. Sedap.

Jadi,
Skang aku rasa aku nak beli setgh kilo jeruk mangga.
And setgh kilo jeruk jambu ni.

Mana plak aku nak carik Pak Ali kat KL ni kan.
Retu penah beli kat Tesco Selayang. Ada lagi ke tah.

Tgk kat blog dia ni, tak de plak senarai kat mana dia jual kat KL nih.

Tapi, oke la jeruk Pak Ali ni kan., tak rasa sgt 'tajam' dia tu.

*Aku gi MAHA 26 Nov retu. Pas kerja. Tau je la skang kan ujan je asal time kul 5. Pegi gak la sbb aku pikir takde masa dah aku nak pegi. Course lagi kan weekend tu. Lagipun mmg nak elak weekend. Giler ramai kang. So, pegi. Tp terus pegi tpt yg jual2 ni je lah. Parking pun dpt dekat. Jalan kaki je. Igt nak beli madu, tp takde yg menarik. So beli la jeruk ni, habbatus sauda, mee sanggul ngan apa tah lagi. Time tu la aku rasa durian crepe sbb byk tpt yg jual. Tp org yg cerewet makan cam aku ni, mmg aku kata tak kena ngan selera aku la. Buah durian mmg aku makan, takde la smpai tutup2 idung bagai, eiww eiww bagai, tp aku tak berapa suka (aku ni apa je yg aku suka?? ada ke??). So, mendalah tu pun aku kureng la. Mula mmg nak beli dah 1 pack tu, tp mujo rasa dulu. Kalo tak... mmg duk dlm peti ais smpai ke sudah la jawabnya. Makan sket pun rasa durian dia lama nau cam makan sebijik durian. 
2 tahun lagi gi MAHA ni nak amik cuti lah. Haha. Beria. Eh, mana tau, time tu dah ada anak ke kan. Ngeee :D

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign