Pages

17 August 2015

Membeli Vitamin

Last few days ada tunjuk "my daily dose".
Yerp. Itu my daily dose pada masa ini.
Heharap istiqamah.

Ai bukan lah pemakan supplemen. Memang dikenali sbg orang yg susah nak telan sebarang ubat. Kadang tak memasal terluah ubat tu balik kat sinki.
Sebab tu ai cam salute lah pada orang yg gumbira je beli vitamin itu ini dan senang telan berpuluh jenis vitamin sepanjang hari.

Tapi, dek kerana umur pun makin meningkat ditambah pula keperluan dalam treatment, maka, kena ubah sikap. Kena amik emak sendiri jadi inspirasi sbb mak tetiap hari makan byk ubat.

Jadi, tu hari lps dapat list dari Doc, weols pi lah shopping vitamin.
Eh. Ai kalau shopping vitamin pun dah gumbira. Haha.
Memula pergi farmasi kat dalam Festival City.
Ada satu farmasi kat GF.
Tapi tak berapa best, sbb SA dia macam push2 nak suruh beli vitamin itu ini.
Kita ni nak carik vitamin ikut bajet kita since doc pun suruh kita carik sendiri.
So, jangan nak push push. Ai is dun like yer. 
Keluar dari situ dan pergi Watson saja.
Dari beli memahal situ, baik pergi Watson. Beli mahal pun dapat gak point.
Watson Festival City ni tak berapa besar. Dan tak byk sgt la jenis vitamin nya.
Ada tu ada.
So, masa carik2 mana yang bersesuaian tu, weols ternampak lah satu tag "non halal" pada satu brand vitamin ni.
Ehhhhh... mujur lah bagus Watson ni siap ada tag gitu.
Kalau lah kita ter ambil kan.
Brand Centrum.

Terpikir gak kenapa brand ni tak halal lah ya.
Jadi, google.
Terjumpa ini [centrum FAQ]

Ai pun tak tahu lah untuk pasaran kat Msia, Centrum ni dari mana.
Tapi, ai sangat menghargai Watson yang letakkan notice tu.
Ye lah, takut juga ter ambil kan.
Sekarang ni pun most of the vitamin ada label "halal"
Halal dari negara pengeluar nya. Macam ai beli Fish Oil Blackmores- halal dari Australia.

Tidak lah kita menjumudkan otak kita dgn 'ala, takut sgt dengan contain babi tu kan',
tapi kalau ada yang halal kenapa nak gunakan juga yang dah ada label tidak halal tu. Kan?
Sbb ada juga golongan yang macam nak sendakan orang yang takut dengan label halal haram nih. Katanya kalau ada babi tu takut sangat, tapi kalau pegang tangan bukan mahram takpe pulak.
Malas ah nak debate debate dengan orang yang pegangan macam ni.

Bagi ai, untuk makanan mmg ai seboleh carik yang halal lah. Termasuk lah masa kami travel. Kami tidak lah ortodoks nak yang ada halal JAKIM je pulak kan. Kalau camtu, kau pergi New York, mana nak carik kedai yang berhalal Jakim kan.
Tapi, as long kita yakini kedai itu adalah Halal, jadi, kita pergi.
Cam weols di HK dulu. Kami mmg tak masuk kedai fast food, even nak beli fries. Eh. Kalau orang lain tak kesah, itu hak memasing.
Ah. Pasal halal haram ni mmg boleh berpanjangan jadinya.
Jadi, terpulang lah pada memasing kan.

Berbalik pada kesah vitamin.
Sebenarnya, kalau tak on treatment pun bagus makan vitamin nih.
Tapi tulah.. orang cam ai ni kan. Asyik la cingelat nak telan segala pil nih. Kesudahannya ke tong sampah. Ya.. syabas bete.. (T____T).
Now jangan nak tongsampahkan plak. Ubat siap dgn GST. Mahal okeh. Sila habiskan.
Nak nak umur dah makin masuk "Asar" (maghrib lambat lagi kot..baru Asar. Haha), kena lah jaga kesihatan kan. Dah la sekarang ni pemalas nak juicing segala sayur dan buah. Langsung la badan tak cukup segala vitamin kan.

Okay lah. Harap istiqamah. Dan berpanjangan. Mudah mudahan hasilnya nanti akan memberangsangkan. Gitewwww.... :D

2 juta komen

haih...i pon la ni asik lupa ja nk makan...huhuhu

ST :
Ai bukan ja lupa, tapi lebih kepada malas nak makan.. teruk kan..

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign