Pages

Showing posts with label Merdeka. Show all posts
Showing posts with label Merdeka. Show all posts

31 August 2015

Selamat Hari Kebangsaan 2015

Hari Kebangsaan ke Hari Merdeka?
Ok, apa apa lah.


Selamat Hari Merdeka.
Selamat Hari Kebangsaan.

hashtag sehati sejiwa.

5 September 2012

Edisi 55 Tahun Merdeka : Janji Ditepati

Story semasa hari Merdeka tu hari.


Sila bawa kad ini bersama untuk cabutan bertuah.
Entah. Taktau la bertuah ke tak.
Taktau pun bila masa tah dia umumkan nombor tu.
Aku isi satu. Malas lah. Bkn lucky pun.
Rerakan lain isi byk byk.

Sehari sebelum pegi, ada briefing.
Dlm instagram aku dah ngomel ngomel kan.


Hari kejadian. Janjinya kul 3pm da ada di opis.
Aku kul 3.30pm baru hegeh hegeh.
Daftar - dapat 'token' -  naik bas. Ngeh..
Ceria je weols kan. Ada byk bas. Bas ni bas BKP ja.


Semangat kan. Tengok aku pegang si cilik tu.
Ya Allah, si Aisy tu sgt la behave. Sapa pegang pun 
tak kesah. Dia anak, anak buah aku. Huhu.


Keadaan kat sana. Masa ni dah nak malam dah.
Ramai giler giler orang. Pergh. Semangat btul ya.
Kite ni kalo tak kerna wajib tu mmg tak la sampai.

Ada yang kata 'rajinnya' pegi. Hihi. Mmg kalo tak kerana 'arahan', kita tak pegi la. Tp kerana rasa tanggungjawab tu kan, pergi je la. Lagipun kalo dah kebertanggungjawabannya dalam unit tatatertib, ada rasa ke taknak pegi? Napak senang job task baru aku ni, tapi... menunaikannya mmg payah sbb unit ini la akan jadi role-model. Nati orang kata 'alah, unit tu pun tak pergi' dan Alhamdulillah, seme team aku pegi. Cuma sorang la, sbb dia pregnant n dpt surat doktor. Dan one more thing, tak pegi kang, ada yg buat memo tunjuk sebab utk diri sendiri. Hihi. 
Ala, bukan selalu pun kan. Sekali sekala. So, chill sajorkk....

31 August 2012

Selamat Hari Merdeka, Malaysia!

kredit : FB Era

Ini tanah kita.
Tanah tempat tumpah darah kita.
Tanah yang menyaksikan sebuah negara bebas dari jajahan.

Ahh...dah..dah... tetiba datang giler nak bersajak plak haih. Kuwasa.

Oke lah, selamat hari merdeka, Malaysia.
Bunga api dari KLCC tak semeriah dulu dulu.
Dulu, tinggi bunga apinya. Ada bermacam bentuk.
Skang dah macam sama plak ngan bunga api yg orang main time raya tu. Haha.
Thn dpn (Insyaallah) dengar sayup2 je la kut bunga api. Dari rumah KSU mmg tak nampak la. Bayang KLCC pun tak napak. Dulu masa beli rumah sales tu kata napak KLCC. Mmg nak kena nih. Tp tak pe lah. Cukup la 9 thn dah mengadap KLCC. Celik je mata, bukak tingkap, bukak pintu, KLCC dah dpn idung. Haha.

So, esuk satu ofis kena Janji Ditepati.
Ikut kan je lah. Nak buat cemana. Wajib. Wajib. Wajib. Katanya. Takde sunat sunat dah.
Tak pegi, tulis dalam buku perkhidmatan. Ingkar perintah. Sudah la unit aku yg jaga tatatertib. Lagi mau buat perangai?

Takpe lah, asalkan Sabtu / Ahad dah leh cuci rumah.
Asalkan tadi dah dpt pegi Perfect Livin.
Asalkan dah dpt 'usung' apa dihajati.

Nak packing barang... nak packing barang....

p/s : Dan tinggal 4 bulan je kita dalam tahun 2012. Mmg masa berlalu pantas.

16 August 2009

~Kitaorang sudah..korang dah?? ~

Memula pasang Jalur Gemilang kat kayu.
[Cuba teka kayu apakah itu..huhu]


Lepas tu pasang kat luar umah .
[kelihatan my dear sdg menggodek 'bekas' tpt letak arial tv milik Abg Cik dulu utk dimasukkan 'tiang' bendera tu. Hemm..gud idea abang :) ]


Masukkan ke dalam 'bekas' tpt arial tv tu.

Dah siap... errk..kenapa tak mau berkibar nih.


"Ni kang ada angin berkibar la dia"
[patut kena tunduk sket Jalur Gemilang tu bang oii..tp ok lah tu]


Jalur Gemilang (Pak Ngah / Siso Kopratasa)

Jalur Gemilang

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang... di bawah naunganmu
Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah

Jalur gemilang



Kata duk KPKK..Pak Menteri semangat, kita pun harosss semangat..Huhu.

[taken on Perhimpunan bulanan KPKK di Angkasapuri-100809]
psst Xyn, ko ada tak masa tu, cikmadulebah ada tak?? eh..skali ramai la plak kengkawan dlm KPKK nih..huhu

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign