Pages

Showing posts with label powerbank. Show all posts
Showing posts with label powerbank. Show all posts

25 August 2015

Nyaris Tak Terbako

Tu hari kan ada berita pasal powerbank orang meletup dalam handbag kan.
Ha kauuuu.. aku pun tu ari nyaris2 nak kena camtu.
Bukan ja meletup, tapi terbako rentung pun buleh.

Tapi, ini bukan powerbank lah. Cuma ada kaitan dgn powerbank gak.
Kesahnya tu ari baru beli kepala charger. 
Yang camni
Sbb powerbank baru ni takde kepala dia. Boleh lak camtu. Cemana nak charge kan?
Tapi, mmg kena beli pun mendalah ni since powerbank lama bukan rosak sebenarnya. Kepala dia ni yg rosak. Patut la charge tak masuk2.
So, dah dapat kepala baru kita pun happy happy lah caj.
Caj powerbank baru - okay ja full.
Pastu happy happy nak caj powerbank lama tu.
Biasa kita caj masa tido. Tinggalkan je kan.
So, masa tu dah dkt kul 12, nak tido dah. Aku pun caj je la nak bagi dia penuh.
Sekali dalam kul 5 pagi tu ada bunyi cam "ketak!" jatuh gitu.
Dan otomatik air cond, lampu semua terpadam.
Aku tahu, tu bunyi dari suis box (main power) kat depan.

Kejut myDH. Dia p tgk luar umah. Dia kata ada je letrik.
Eh, mmg la ado abang oii.. umah kito jo takdo nih.
Tgk box tu, satu suis yang jatuh. Yang lain elok.
Cuma kita tak tahu la mana "litar"nya yang jadi masalah tu.
Aku suh myDH tutup semua plug yang tgh terpasang. Termasuk peti ais. Aku ingat air cond ke apa kan.
Pastu myDH kata dia terbau cam terbakar kat tempat caj powerbank tu.

Gulp.

Pastu myDH naikkan balik suis yang jatuh tu.
Gi check balik kabel n charger.
Sohih la uols. Siap terbako dah...

Mujo lah menda tu cepat respond terus jatuh main switch tu.
Kalau idakkkk... huii.. takmo pikir weh...

Moralnya - 
1st - jangan la beli yg tak ori. Jangan la nak jimat sgt duit kan. Menda tu aku beli murah ja. RM10.
2nd - jangan la nak charge any devices semalaman. Nak tido , off kan lah biarpun tak abis caj lagi. Ini pun kami punya kecuaian gak lah nih.
3rd - jangan nak charge over sgt. Mungkin dia dah over charge then overheat. Sbb tu buleh terbako. Bahaya nak oiii....

Berhati hati la ngan electronic devices nih. Memacam menda berbahaya la yang boleh terjadi.
Tu hari pun kt ofis ni pun ada plug terbakar. Punca dari cleaner punya vacuum. Siap berapi dah. Naseb ada orang nampak. Kalau tidak satu ofis pulak tak memasal terbako.

8 July 2015

Beli PowerBank Baru

Ihihik.
Takde apa nak cerita. Ini pun jadi lah.
At least nanti buleh refer balik berapa lama lah guna powerbank ni kan.

Kali ni ai beli online.
See.. ai ni kan, mmg lah gemo no membeli online.
Bahaya sangat..ngat..ngat...
Tapi, ni online memurah ja.
Beli kat Lazada.
"hello cik Ida, saya nak antar barang Lazada"
Suka bila orang kol bitau nak antar barang. 

Kisahnya kan ada promo caj penghantaran percuma skrg kat Lazada.
Kalau biasa, below RM75 kan kena caj. Berapa. RM15 ke ntah. Lupa dah.
Skrg tgh promo, dia free.  Tp certain barang je lah. Dan ada date tertentu penghantarannya.

Ai buat COD.
Untuk powerbank ni ai order 25.6.2015
Pastu dia nyer expected delivery tu antara 1 - 3 Julai.
Okay lah. Bukan nak rebut2 pakai pun.
Tup tup, eh, 30 Jun dah sampai.
Mmg lah 27 Jun tu dia ada emel. Tapi, dia tulis akan sampai 3,4 hari lagi.
Kebetulan lak masa dia sampai tu aku takde cash. Baru bayar duit something ke orang.
Kelam kabut jap lepas dapat call kata dia dah smpai. 
Mujo husben aiols kat sini tau.. pinjam duit beliau jap.

Ini lah dia barangnya.

Pink karer lagik. Haha. Power bank pineng.
RM55 sajork. 10000 mah. Okay lah tu. Ai pun bukan selalu guna. Untuk travel ajer. Lagipun cikepal ai baterinya masih "laju" lagi. 
Dapat pouch pink karer gak.
Heharap bertahan lah yer.
Before, ai guna yoobao. Okay lah. Dalam 2,3 tahun gak lah guna. Now dah rosak. Tak tau lah samada dia mmg rosak or cable dia je. Entah.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign