Pages

25 August 2015

Nyaris Tak Terbako

Tu hari kan ada berita pasal powerbank orang meletup dalam handbag kan.
Ha kauuuu.. aku pun tu ari nyaris2 nak kena camtu.
Bukan ja meletup, tapi terbako rentung pun buleh.

Tapi, ini bukan powerbank lah. Cuma ada kaitan dgn powerbank gak.
Kesahnya tu ari baru beli kepala charger. 
Yang camni
Sbb powerbank baru ni takde kepala dia. Boleh lak camtu. Cemana nak charge kan?
Tapi, mmg kena beli pun mendalah ni since powerbank lama bukan rosak sebenarnya. Kepala dia ni yg rosak. Patut la charge tak masuk2.
So, dah dapat kepala baru kita pun happy happy lah caj.
Caj powerbank baru - okay ja full.
Pastu happy happy nak caj powerbank lama tu.
Biasa kita caj masa tido. Tinggalkan je kan.
So, masa tu dah dkt kul 12, nak tido dah. Aku pun caj je la nak bagi dia penuh.
Sekali dalam kul 5 pagi tu ada bunyi cam "ketak!" jatuh gitu.
Dan otomatik air cond, lampu semua terpadam.
Aku tahu, tu bunyi dari suis box (main power) kat depan.

Kejut myDH. Dia p tgk luar umah. Dia kata ada je letrik.
Eh, mmg la ado abang oii.. umah kito jo takdo nih.
Tgk box tu, satu suis yang jatuh. Yang lain elok.
Cuma kita tak tahu la mana "litar"nya yang jadi masalah tu.
Aku suh myDH tutup semua plug yang tgh terpasang. Termasuk peti ais. Aku ingat air cond ke apa kan.
Pastu myDH kata dia terbau cam terbakar kat tempat caj powerbank tu.

Gulp.

Pastu myDH naikkan balik suis yang jatuh tu.
Gi check balik kabel n charger.
Sohih la uols. Siap terbako dah...

Mujo lah menda tu cepat respond terus jatuh main switch tu.
Kalau idakkkk... huii.. takmo pikir weh...

Moralnya - 
1st - jangan la beli yg tak ori. Jangan la nak jimat sgt duit kan. Menda tu aku beli murah ja. RM10.
2nd - jangan la nak charge any devices semalaman. Nak tido , off kan lah biarpun tak abis caj lagi. Ini pun kami punya kecuaian gak lah nih.
3rd - jangan nak charge over sgt. Mungkin dia dah over charge then overheat. Sbb tu buleh terbako. Bahaya nak oiii....

Berhati hati la ngan electronic devices nih. Memacam menda berbahaya la yang boleh terjadi.
Tu hari pun kt ofis ni pun ada plug terbakar. Punca dari cleaner punya vacuum. Siap berapi dah. Naseb ada orang nampak. Kalau tidak satu ofis pulak tak memasal terbako.

8 juta komen

hui seram la mujur...hr tu budak opis pun kena benda yg sama..tetiba atas meja bunyi

MIMY HAMID :
Haaa... tu la pasal.
Bahaya tau.. takut rasanya memikirkan..

uih...seriau...i memang habit charge semua benda masa nk tido...

nsb baik xterbakar..rusing plak nak cas phone mlm2 masa tido


riso gak klu jadi camni
tq kak..kami pun slalu je charge semalaman huhu

adoiii...naseb baik kak!
kita pon suke tinggal2 selalu kene marah heheheheh

ST :
Better jangan lah. Bahaya la biarkan semalaman

SERAA ROSE :
Better elakkan lah cas memalam tu.. takut juga kan jadi camni..

NAD :
Lepas ni elakkan lah. Bahaya lah. Risau tau.
Now, sebelum tido mmg kami dah hehati dah.

MISS KIROKUZA :
Lepas ni jangan buat lagi tauuu... Huhu :D

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign