Pages

Showing posts with label majlis hari raya. Show all posts
Showing posts with label majlis hari raya. Show all posts

24 July 2018

Cerita Raya 2018

(ini sepatutnya dah lama publish. Terlupa la ni. Duk dalam draft ja. So, kira halal lah ya baru nak publish ni).

Syawal 1439H telah lama berlalu.
Jadi, mari kita rangkumkan cerita raya kita untuk tahun 2018 ni.

Mak Rizq beraya di KL tahun ni.
#teamrayaKL
Tahun 2016 - berpantang, pun raya di KL.
Tahun ni pun raya di KL. Sbb suppose tahun ni kami beraya di Raub. Tapi, sbb mak kt kg takde sapa balik, so, mak datang raya kt KL. Pastu kami bawa mak balik beraya di Raub sekali. Takde la bermalam.

So, hari raya punya cerita.
Hari Jumaat. Ada juga lah sedara datang berkunjung.
Tak masak apa pun.
Just nasi impit kuah kacang, ayam masak serai/bali, rendang daging, beli lemang.
Boleh la. Saja tak buat kuah lodeh sbb nak buat masa raya kedua.
Pastu petang, pegi rumah kak ipar. Rumah mak dia kat Kuang. Lama gak lepak sana.

Raya kedua.
Masak kuah lodeh. Makan ngan nasik impit. Sedap om nom nom.
Pastu bawa mak beraya kat rumah sepupu kat Ampang.
Ingat nak pi lagi rumah lain, tapi macam dah malas pulak.

Raya ketiga.
Balik Raub.
Masa ni da start jammed dah. Orang ramai dah nak balik ke KL.
Kiterang pun kira sama men-sesak kan highway pantai timur tu.
Huhu.
Balik hari je ke Raub ni. 


Raya keempat.
Abang dari Johor datang. Anak buah pun datang.
Kiterang buat laksa.

Raya kelima.
Abang pulak datang. Masak makaroni ja. Pastu masak tomyam n sekali lagi masak ayam bali. Adoi. Memang jadi signature dish juga ayam masak bali tu gamaknya.

Kali ni, ayam kiterang beli kat kedai Rosyam Noor tu. Hok duk orang viral tu lah. Sebenarnya nama kedai dia - ST Rosyam Mart. Okay la situ kalau nak beli ayam ka, ikan ka. Tapi cam sayur2 tu, TMG lagi best. Cam limited sket pilihan sayur2 dia.

Pastu raya di office pulak.
Cam biasa, melambak dah gambar dalam FB.
Antaranya ini lah.




Ni kiterang satu HR memang dah berpakat nak pakai hitam.
Ahkak punya idea la. Bukan la nak kata sbb ahkak nyer tema tahun ni hitam, pastu akak suh derang pun pakai hitam. Ahkak pun idak pakai baju raya ahkak. Saja lah nak buat kelainan kononnya. HR - hitam semua. Sekali ramai pulak pakai hitam. Sekali dgn catering catering pun pakai hitam (-_-"). Padan muko ekau. Haha. 
Pastu ada persembahan by dept gak.

Dan tak memasal jugak lah kami ber paksa rela menyanyi. Gasak kau lah situ. Memula nak miming karaoke version tu. Sekali kau.. depa sabotaj ka misscomm ka apa ntah, pi mute suara. Ah sudah. Suara keluar tak keluar lah jadinya.

Lelain, ada lah gak pergi beraya2 ke rumah orang yang menjemput open house.
Rumah jiran dan rakan blogger :)

Rumah nenek (nenek yang jaga Rizq). Dia buat memakan utk kiterang ja. Utk yg anak2 dia jaga. Tu semua geng Rizq la tu. Tp sekarang nenek jaga Rizq, pastu ada sorang kakak umo 4 tahun (anak jiran nenek) dan juga cucu nenek sendiri - abang Mamat. Yang lelain dah sekolah dah tu. Dulu nenek jaga. Yang sorang perempuan tu, cucu nenek. Dak Rizq suka ngan kakak tu. Kakak zulaika :)


Dan kiterang mulanya mmg plan nak buat open house jugak bersekali birthday Rizq.
Tapi, cam dah jauh sgt jarak birthday nya.
Tunggu next year lah. InsyaAllah. Kita buat siap kambing bako segala eh.
Hehe.

5 August 2015

Majlis Hari Raya Kraf 2015

31 Julai yang lepas.
Hari Jumaat.
Rasanya byk jabatan/office yang buat pada tarikh yang sama.
Sekolah pun sama agaknya. Sbb masa nak g kerja nampak bebudak siap pakai baju melayu/baju kurung.

Weols buat skala sederhana jah.
Staff, anak syarikat n penyewa yg ada sekitar kompleks nih saja.

Cam biasa gak, setiap bahagian ada booth sendiri dengan hidangan memasing.
Weols BKP - Yong Tau Foo. Sub dari staff BKP sendiri ja. Mak mertua dia mmg meniaga YTF nih.
Memang sodap bai tu.
Aku pun pernah beli sos YTF ni dari dia. Mmg derang buat sendiri.
So, kalau uols nak order pun boleh. Nak buat untuk open house ke. Nanti ai bagi contact number dia.

Kami buat petang. After solat Jumaat.
BKP ni sbb macam mewakili mgt. So, selain YTF, kita kena handle sate, kena handle buah buahan, kena handle air. 

Makanan memacam ada. Tapi aiols maleh nak jalan2. Ambik laksa je. Pastu makan makanan bhgn sendiri punya. YTF ja. Sate pun ada secucuk dua ja ambik.
Layan gambar2 sekitar je lah.

My adik2 unit Pemb. Organisasi. Tapi, lagi sorang takde.
Versi ipong6. Why kelam?? Why???
Wif our Pengarah n Timb Pengarah.
YTF. Member kat IG kata ini adalah rare sbb jarang org buat
YTF masa open house.
Dengan akak2 unit Admin (sama bahagian, tapi unit lain).

Owner tu yg tgh tgk kamera tu.
Nak contact number dia buleh la.
Team jaga buah. Boss suh ai pun jaga buah.
Pakat peluh tiak dibuat nya kan. Haha.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign