Pages

Showing posts with label Matta Fair. Show all posts
Showing posts with label Matta Fair. Show all posts

11 September 2019

Matta Fair September 2019

Ahahah.

Tiap kali Matta Fair aku pi mencemar duli, kan?
Cemna lah buleh pergi tempat2 yg orang ramai tu.
Bawak toddler pulak tu.
Idak la temannnn..
Kata dek deme la.

Hehe.
Aiols okay ja.
Apa nak rengsa pula.
Kali ni aiols pi hari Sabtu. Ha. Lagi lah.
Hahah.
Sbb petang Jumaat tu lapau sampau dah.
Tak lunch kat ofis.
Eih. Tk bleh. Kena singgah di pasar malam beli makanan jugak.

So, postponed ke hari Sabtu.
Tapi Sabtu pun idak la pagi2 dan tghari.
Pegi lepas Asar. Dlm kui 6 baru sampai pwtc.
Hehe. Rilek la. Umah dekat ja.
Naik LRT. Sbb dak Rizq nak naik choo choo train.
Tapi, sebenarnya dia pun rimas.
Petang orang tak ramai sgt. But, still la kan.
Pegi 2,3 booth ja.
Lepas tu dia tak bagi singgah2 dah.
Balik..balik katanya.
Hahahah.
Nasib baik abang acap dia belanja eskrem.

Kali ni ajak anak buah skali. Dia baru nak belaja2 travel.
Kami lak sempat beli tiket zoo negara kali ni.
Haha.

Tapi, pakej all in ke Korea not bad lah.
Semua bawah 3k. All in ya. Bkn pakej ground.
Bulan 12, waktu main salji pulak tu.
Hampir2 lah aku terpikat. Tak memasal. Padahal tak pernah plan pun Korea.
Lps tu tgk booth Labuan.
Yup. Kami nak ke Labuan sebenarnya.

Area Borneo kami sudah ke Sabah bawa Rizq. Sudah ke Sarawak. Jadi, perlu ke Labuan pula. Labuan ni bukan je Rizq tak pernah pegi. Kami dua pun tak pernah.
So, rasa nak pergi.
Utk next year.

Korea tu. Kalau loan rumah tak approved. Boleh lah.
Kalau approved. Memang tak kemana lah.
Loan utk 2nd house memang tak dpt 100%. Kena ada 10% utk bayar ke developer.
So, mana buleh berjimba2 kalau loan approved.
Kali ni aiols try dgn bank lah pula.
Sbb 1st house dah dgn LPPSA.
Cuba lah.
Dapat, dapat lah.
Tak dapat pun, takpe.

Buleh pergi jalan2.
Pergi Santorini ka.
Ahahahah :D

20 March 2019

Pergi Matta Fair PWTC : Mac 2019




Ada sesapa pegi?
Mustahil takde.
Tapi ada je cam eh, taknak lah pegi tempat berhimpit2 tu.. biar lah beli mahal asal selesa.
Up to you lah.

Kiterang cam biasa.
Pergi petang Jumaat. Lepas balik kerja, ambik dak Rizq, terus ke PWTC.
Dalam kul 6 la sampai.
Parking kat bawah basemen ja.
Memang kalau pegi petang Jumaat ni, boleh ja dapat parking kt bawah tu.
Tapi jangan lewat. Kalau dalam kul 7pm tu orang dah mula ramai juga datang. Berebut parking. Tu ari pun ada orang tu duk menunggu dalam keta. Pastu nampak kiterang dah nak balik, dia tanya kat mana parking. Tapi, sbb ada orang lain dah masuk ikut simpang tu, maka orang lain lah yang masuk. Kesian juga, but, what to do. Orang tu lagi dekat. Rezeki dia lah.

Macam biasa, mak Rizq da ada plan nak pergi booth mana.
Tgk dulu kat web dia, kat mana booth ini, booth itu.
Nak cepat macam tu lah.
Antara Lexis and Avillion.
Ingat nak ambik Lexis Penang.
Sbb memang plan nak pergi Penang. Lama giler tak pergi area sana. Tapi tak byk hotelier area Penang yg masuk. 
Lps tu tgk plak booth Avillion. PD memang bukan dalam list lah. Kau dah kenapa kan, dah macam takde tempat lain. Asik nak ke PD je. So, skip. Pastu ternampak, eh, Avillion Cameron. Ha.. memang pernah masuk dalam plan nak pergi.
So, ayuh lah booking.

Itu pun lelaju je. Dak Rizq tu. MashaAllah. "Jom keluar..keluar.." katanya.
Dia dah pandai rimas orang reramai tu.
Jadi, takde la dapat nak tgk yg lain.
Pastu masuk hall lagi satu. Beli KL Bird Park.
Yang ni memang harga murah kalau masa MF ni.
Macam dulu kiterang penah beli Aquaria, Farm in The City. Time ni memang tiket2 ni murah. Nak carik zoo negara. Eh. Takde pulak. Ada pun, macam travel agent. 

Dalam sejam je duk situ. Pastu balik lah. Before maghrib sampai rumah dah :)
Sebab tu kiterang okay je nak pergi.
Dia kalau bawak anak ni, kau tak buleh nak lengah2.
Kena tahu dah nak pergi hall mana.
Kata kalau nak pergi booth oversea, terus tuju tempat2 tu.
Mengkalau lah nak pusing2, nak pikir2, memang tak boleh dah la bila bawak anak nih.
Dulu buleh la.

Nak pergi jenguk booth Star Cruise pun tak sempat. Lalu je.

31 January 2019

Matta Fair Mac 2019

Woot. Woot.
Matta Fair datang lagi (bulan Mac nanti la. Haha. Giler awal promo)
Kakak is suka.
Uols tak suka takpe.
Hehe.

Kali ni kakak rasa macam ada aim nak beli something.
Think. Think.
Puasa bulan 5, raya bulan 6.
Biasanya utk MF bulan 3 ni, tempoh expired dia dalam hujung thn paling lewat.
Tapi, mostly sebelum bulan 6 tu dah kena redeem.

Last year kiterang beli utk pakej ke Legoland n Thomas Town.
Berbaloi u harga dia.

Skrg ni kakak dah tukar strategi - pegi lepas kerja ptg Jumaat.
Lps amik dak kecik tu dari rumah pengasuh, terus pegi.
Kan dokek yo. Office - rumah pengasuh - pwtc. Semua tu within minit2 ja. Tapi yelah, kadang jem jugak. Jumaat kan. 
Tenang sket la kalau pepetang. Siap dapat parking kt basemen parking. 

Okeh.
Save the date.
Nah!


Kan kakak dah buat tips n trick ke Matta Fair kt sini <Tips ke Matta Fair>

30 August 2018

Matta Fair September 2018

Matta Fair datang lagi!

Kali ni kami tak dapat join. Hajat di hati tu memang nak pergi.
Ni kan feverent event kami. Dan juga event wajib kunjung utk kiterang.
Kesah pulak orang kata tak sesuai lah bawa anak apa semua.
Kiterang tahu lah cemna.
Kan makRizq da bagi tips kat sini [tips matta fair]
Haha.
Poyo aih ber-tips bagai. Pegi Matta Fair je pun. Hahah.

Adeh.
Takpe lah. Buleh tgk online juga nanti. Tapinya, weols berada di luar kawasan time tu. Smpai 12hb kot nya. Biasanya depa ni buat promo pun dalam 1week gitu ja. Harap2 sempat lah.

Best la Matta Fair ni.
Bleh beli tiket zoo ka. Hotel memana yang tak mampu milik, tapi masa MF ni dapat murah.
Ingat nak tgk cruise lah. Teringin nak bawa si kecik tu.
Oh ya. Superstar Libra da takde tau.
Naseb weols sempat menikmatinya. Hihi.
Sekarang dia tukar dgn Gemini pulak.
Nanti nk try lah.
Gemini ni rasanya lebih besar dari Libra.
Jom. Kita cruise cruise pulak.

19 March 2018

Matta Fair Mac 2018

Uols pegi tak Matta Fair tu hari?
Aiols pegi.
Haha.
Selain Pesta Buku, MF ni pun cam event wajib pegi utk kiterang.
Aiols siap ada bagi tips ke Matta Fair lagi tau.
Bleh klik sini [tips Matta Fair]
Datang bawak anak yong, harus lah ada tips and trick.
Kalau tak.. merana lah uols berkuak lentang dgn anak dalam tu.
Tetambah anak yg tgh meligat macam Rizq Iskandar tu.

Kali ni kami tukar strategy.
Biasa pergi hari Sabtu, kan.
Kali ni kami pergi petang Jumaat lepas balik keja.
Dalam kul 6pm camtu sampai PWTC. Dapat parking bawah PWTC ja. Alhamdulillah. Pastu terus la naik. Beli tiket - masuk tempat nak dituju ja.
Oleh kerana kita takde nak riki2 oversea ke hapa, kami terus pergi tempat domestic ja.
Sebelum tu, tgk dulu map dia. Kat mana booth yang kita nak pergi tgk.
Kena ada strategy camni.
Dulu boleh la nak berlengah lengah.
Sekarang cannot lah.
Dah la dak Rizq tu kadang dia nak jalan sendiri.
Awak tu dah lah haluih, kang orang terlanggar ja.

So, kemana kita kali ni?
Kiterang pilih ke Selatan pula.
Asyik ke PD je kan.
Pastu sepanjang dak Rizq ada ni, dah 3x kami pergi area Pahang (Cherating - Kuantan).
Udah udah la tu.
Selatan pulak lah.
Next nanti Utagha.
Lama gak tak pergi Penang ni. Jalan2.

Kiterang dok dalam sejam ja pun kat situ.
Zus zas zus zas.. settled.
Dah jom balik.

Snap gambau ni ja. Masa ni ayah Rizq tgh beli voucher hotel. Dak Rizq da mula melentik2 badan tetengah orang. Bawak dia lari jap.
Yang best MF ni sbb dia ada tmpt lapang.
Biasanya orang2 akan duk kumpul situ, fikir2 mana nak beli, atau call famili ke apa. Kiterang pun selalu je buat camtu dulu. 
Ni dak Rizq main belon. Dapat belon Aquaria, ngan Bayou Lagoon. Kemain Rizq sepak sepak belon tu. Sekali belon Aquaria tu meletop pom pom.. Tanjat jap semua orang. Haha.
Oh. Kami beli tiket Aquaria gak. Dapat RM39/adult. Rizq free lagi.
Sekarang ni tiket masuk (mykad) RM49 dah rupanya. Sokay lah kan. Jimat doploh hinggit.
Hujung bln ni bleh pergi tgk fish :D


30 August 2017

Matta Fair September 2017 Dan Tips Ke Matta Fair


Matta Fair.
Event favourite selain Pesta Buku.
Orang mesti kata, "sanggup eh pergi bersesak sesak tu? "
Terpulang. Hehe.
Macam MF ni biasanya tempat dia besar. So, sesak tu memang lah sesak. Tapi boleh consider lagi. Takde la padat macam event2 peniaga online/bazar apa tu. Tu mmg tak kuasa aih.
Pulak tu, dia mesti ada ruang utk kita lepak2.

So, this coming MF.
8-10 September 2017.
InsyaAllah nak pergi.

Sbb nak carik pakej ke Sabah.
Kena compare dulu dgn quotation yg dah dapat.

Kat MF ni kalau jadi, kita kena letak deposit sesiap.
Itu kalau kita beli pakej. Pakej tu maksudnya utk penginapan, kenderaan etc etc. Masa kiterang pergi Langkawi tahun 2015, beli pakej dari MF. Dpt harga yang berbaloi gitu...


Tapi, kalau kita nak beli voucher hotel, contohnya beli voucher penginapan hotel di Grand Lexis lah kan. Ha, yg tu kena fully paid ya. No deposit2.. bayar full. Tak dapat pergi kalau..kita jual lah pada orang lain. Takpe je kalau orang lain yang pergi.
Yang ni pun aku biasa juga beli. 
Harga hotel memang murah2 kalau MF ni. Murah sgt tu tak la. Tapi, boleh la. Murah lah dari harga Agoda kadang tu. Dan biasanya valid utk 6 bulan.

Oh. Kami dah ada cadangan utk famili trip bulan 3 tahun depan.
Boleh la kot carik terus.
Utk ini, ahkak lah sebagai ketua rombongan lantik sendiri yg akan buat pendahuluan duit.

Okay.
Meh ahkak bagi tips sket kalau nak pergi MF ni.

Orang kata pergi pagi pagi.
Ye. Betul. Tapi kau duk situ bukan takat sejam. Harus berjam jam. Melainkan kau memang takde tujuan, saja saja nak pergi. Tapi, harus diingatkan, MF ni berbayar. Rugi lah kalau saja saja nak tengok. Kalau pergi pagi pun, still kita dok smpai tghari dan orang makin ramai makin ramai.

Jadi, tips sebaiknya - pergi kalau memang nak beli pakej/voucher.
Lepas tu, kalau ada anak kecik tu, pergi lah ikut time anak kecik tu. Kadang, pagi pun kita tak dapat nak pergi sbb anak belum bangun tido apa semua. Nak bagi dia makan lagi apa kan. So, bagi anak kecik tu tido, makan kenyang2, susu kan sesiap, then pergi. MF ni dari pagi sampai ke petang pun memang ramai. So, siap sedia utk itu. Sbb tu, ada plan nak membeli baru pergi. Takde plan - memang buang masa (dan buang duit bayar tiket masuk juga).

Seterusnya utk anak kecik, better guna carrier. Takyah la stroller bagai. Buat tergilis kaki orang je. Dan susah kau nak gerak pun. Orang ramai, kan? Pastu pulak tak hygiene lah duk dalam stroller orang lalu lalang tu. Kot orang batuk ke bersin ke. So, better much - carrier. Melekap dakap lah dia dalam dakapan kita. Selamat. Dan juga selesa. Tapi, kalau anak uols bukan carrier type - itu ahkak tak dapek nak nolong. Carrier ni sebenarnya apply pada memana event / expo. Bkn je MF. Pesta buku ke, baby expo ke, sebaiknya elaklah bawa stroller ni.

Seterusnya - sesiap buat plan. Sebelum pergi pun dah tahu nak pergi booth mana. Jadi, sampai je terus tgk maps/guide kat pamphlet yang dpt lepas bayar tiket masuk tu. Atau tgk kat hall bawah tu. Jadi, terus tuju pergi situ dulu.  Kalau local, biasanya dia akan bukak ikut negeri. Dekat booth negeri tu akan ada byk agent yg offer pelbagai pakej dengan pelbagai harga. So, katakan nak pergi Sabah, kita tgk kat maps/guide sesiap kat hall mana ada booth negeri Sabah ni - so, terus lah pergi situ. Ambik2 semua pakej tu - then pergi lepak satu tepat lapang (memang ada biasanya), bersila lah situ, then antar lah w.app pada grup famili members (aku lah tu). Sementara derang nak reply2 bagi keputusan tu, boleh kita gi tempat lain.

Next - sediakan duit yang mencukupi. Mean, bila kita dah tau nak pergi mana, amik pakej mana, then kita kena sediakan deposit / bayaran voucher. Jadi, bawa lah debit card atau card credit. Cash boleh juga tapi tu lah. Kau tahu saja lah tempat sesak2 ni kan. So, better beringat lebih kalau bawa cash.

Selain tu, makan kenyang2. Nanti susah nak carik makan2 kat situ. Bukan lah susah. Ada memang lah ada, tapi kau tau lah harga cemana. Pastu duk bertebeng2. Ada bersila lah hapa lah. Tah, tak minat lah camtu. Better pergi situ dah kenyang. Perut kenyang, senang hati.

Tips lain - utk oversea - aku tak pernah amik pakej oversea lagi di MF. Tak tahu mahal ke murah. Tapi pernah tgk utk Perth, rasa cam berbaloi kita buat sendiri (DIY). Sebelum ni kiterang kalau pergi oversea mmg DIY, tapi local yang amik pakej. Hihi. Sbb local tu ngan famili. Reramai better pakej ja. Takde pening kepala. Tp sekarang dah ada boss kecik, maybe kiterang pun akan amik pakej kalau gi oversea. Tapi, aku pernah amik voucher utk Star Cruise di MF. And harga memang berbaloi amat.

Parking sekarang dah susah sbb hentian bas tu dah roboh. Jadi parking limited di PWTC and Sunway Putra Mall tu je. Otherwise kena parking area2 jalan Ipoh tu. Nak senang - naik tren saja. Skrg ada MRT apa bagai yg bleh link2 kan, so naik tren. Takyah pening2 nak fikir parking. Bukan pergi pesta buku nak beli dan usung buku berat2, kan?.

So, tu lah nya.
Sapa nak pergi, boleh je pergi. Best je.
Biasanya chinese memang ramai. Sbb derang suka grab offer masa ni.
So, apa lagi. Jom lah meramaikan majlis. Huhu. 
Kiterang pergi naik tren je :D

5 April 2017

Ke Matta Fair

Ni last month.
18.3.2017.

Mak kan memang gedik2 suka gi MF nih.
Thn lepas tak pergi sbb pregnant.
Thn ni acu cuba naseb tgk.
Sebab nak survey gi USS. Pastu famili trip.
Depa nak ke Sabah (semula).
Last 2 year kan dah plan.
Tup tup bulan 6 gempa bumi, terus tak jadi.
Then skrg plan semula.
Tapi, tak beli la skrg, tunggu MF bulan 9 punya utk bulan 12 punya trip.

Kami bawak si kecik tu.
Naseb behave dia.
Dah la ujan petus plak ptg tu.
Ha. Kami gi petang.
Diam je dak kapten tu.
Ayahnya buh dia dalam carrier.
Sblm tu kami gi Sogo dulu. Pastu baru gi PWTC.
Dia tertido dari Sogo tu. Naik tren smpai PWTC pun masih tido.
Lps dia bangun baru masukkan dalam carrier.
Orang ramai. Tapi dia tak resah.
Cuma, dia takmo feeding kalau ramai2 tu.
Hilang fokus gamaknya.

So, apa kami dapat?
Tak beli apa pun.
Ingat hari Ahad tu nak repeat.
Tapi malas!
Haha.

Ingat kot USS ada la murah.
Sama je kot. Beli online pun blh.
Pastu ingat nak beli voucher Avani, Sepang.
Dah dapat harga murah. 400 camtu lah.
Dah nak beli ni. Tapi bila fikir2 balik - Avani ni atas laut n ngadap laut. Bawak pulak baby kan. Dah la pernah baca review kat mana ntah, dia kata dia bawak baby gi Avani, balik dari situ baby dia tak henti2 menangis smpai kena pi berubat. Whohoho. Better elak lah, kan?

Pastu tgk Lexis.
Pun cam best.
Dalam pertimbangan.
Tapi sbb tak pergi semula, tak beli la Lexis tu kat MF.
Tapi, mak beli online. Hihihiw.
Dia smpai 31.12.17. Okay lah kan. Beli je dulu.

Weyyyy... I need holiday lah.
Serius.

Bulan 4 ni tak boleh ke mana sbb anak buah nikah.
And kenduri belah dia juga.
So, mmg berjalan ke rumah pengantin perempuan je lah kiranya.
Depa sewa homestay.

Aduh. Lama gila kot tak holiday/travel.
Bintatttt !!!!!!


11 February 2016

Matta Fair Dan Pesta Buku 2016

Coming event yang mmg aku tak missed.
Tapi, tahun ni pesta buku mmg kena "missed out" la gak nya.
Sbb buatnya jauh nau.
Ai is sadddd...

Matta Fair


Cuti sekolah masa ni.
Rasa macam nak pergi. Umm.. nak pergi ke tak?
Orang mesti ramai. Tapi ai is suka ja. Best per. Senang nak gi. Naik tren. Gi awal2 atau lps asar.
Nak carik apa lagi?
Haha.
Nak tgk promo murah2 utk bln 4. Kat PD ke, kat Sepang ke. 
MyDH ajak makan ketam kat Sepang. Tp dia nak bermalam. Katanya Hotel Seri Malaysia cukup lah. Haha. Eh. Dapat Avani pun best kan. Tak pernah pegi situ.. siannya ai.. huhu :P
Keterangan lanjut Matta Fair - [link]

Seterusnya.. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur - PBAKL.
KL apa nya. Dah tukar tempat kat Maeps. Selangor tu bukan KL lagi dah.
Bila baca kat FB, ada orang komen - dia tukar tempat sbb kos sewaan PWTC dah naik.
Hurm. Ye lah kot. Macam event lain tu pendek masanya. Pastu ada yg berbayar nak masuknya.
Kalau dari dulu buat Pesta Buku ni berbayar pun orang tak kesah kot. Contoh, yg budak sekolah beruniform atau yg bawah 18 tahun kena kan lah singgit ja. Student U - dua ringgit. Public - 3 ringgit. Okay ja kot. Alangkan Matta Fair tu pun orang boleh je bayar kan. Sorang RM4.  Ada yg tak kesah pergi hehari (weols lah tu - last year. Dah RM16 kesitu ja).
Entah la. Maybe kalau tetiba berbayar harus orang bising kan.
Takpe lah. Buat lah mana yg patut. Kekadang kita harus juga berubah kan?


Tarikh Pesta Buku tahun ni : 29 April - 9 Mei 2016
Save the date utk peminat2 buku 

8 September 2015

Ke Matta Fair Kita

Dah jadi salah satu event wajib pergi setiap tahun lak.
Sama macam Pesta Buku.
Setgh orang tak suka pergi. Katanya tak suka lah tempat sesak2. 
Takpe. Memasing lah.

Rasa nya semua  manusia pun tak suka tempat sesak.
Sapa yang suka, kan?
Tapi, sesekali. Takde lah kesah nau. Lagipun pergi mmg ada tujuan. So, takde masalah. Lain lah bertema kan "saja, cuci cuci mata".
Ha, tu mmg tak kuasa lah. Baik duk umah - tido.

Matta Fair 2015. Kali ni pergi dua hari berturut2.
Hari Sabtu. Dan Ahad.
Ha..kau. Kemain. Habis RM16 ke situ ja. Sekali masuk RM4. 2 orang dah RM8. 2 hari pergi RM16 lah jadinya.
Tak pelah. Aiols suka ja.

Perancangannya kali ni nak ke Matta Fair sbb nak carik tiket/trip best ke Holland. 
Untuk bulan Mac atau April next year. Sbb  masa tu musim tulips. Memang berangan habis dah dari awal tahun tu ari. Nak pergi. Nak pergi. Siap buat tabungan dah.
Tapi, tu lah. Berangan je lah. Next year ada misi lain. Settle kan lah misi tu dulu. Dah lama nau tertangguhnya dek non. So, takyah la asyik nak travel jauh jauh. Dekat dekat sudehhhh...

So, tujuan pergi kali ni sbb nak carik utk family trip December nanti. Perancangan sedari awal adalah nak ke Sabah. Tapi kan tu hari dah gempa bumi bagai. Depa pun dah takmo. Sbb kami mmg nak gi area Kundasang. Nyaris2 je tu ari nak beli tiket dah. Siap deal apa seme dah ngan agen kat sana (pergi ramai2 harus kena guna agen, kalau 2 orang kami je, mmg redah saja konsepnya).
So, ai selaku ketua rombongan (lantik sendiri), harus lah kena cari beberapa quotation dan buat suggestion.

1st day tu pergi dah lewat. Dalam kul 2pm camtu.
Pergi sekali ngan DikYani n asben dia.
Sebenarnya sebelum tu kiterang ada attend seminar. 
Tu nenati lah citer. Tak citer kat blog ni pun kot. Blog sebelah. Huhu.

Pergi naik tren ke PWTC. Tinggal keta kat stesen LRT. 
Janji dalam sejam setgh jumpa balik ngan Yani.
Rupanya kami yg terlajak lajak.
Heh!

Memula tgk kat booth Sarawak.
Wah. Cam best tau ada trip Miri + Brunei. Urgh. Kalau takde apa2 harus ai grab. Best.


Pastu tu tgk cruise. Oh. Superstar Libra dah takde. Dah cruise ke China.
Rezeki kami lah dapat naik awal tahun ni dulu. Yang tu pun beli masa Matta Fair lah.
Now, dah cruise lain. Costa apa ntah. Dari Italy. Mahal sket dari Superstar. Plus, Superstar restoran dia ada pengesahan halal. Yang ni entah lah. Bila tanya kat orang yg buat pakej islamic cruise tu katanya depa samak tempat makan tu. Err..apakah? Entah. Ai is tak tanya banyak sbb macam.. err.. takpe lah.

Pastu pergi booth Indonesia - Acheh, Lombok. Acheh pun cam best. Murah. Lombok pun. Bali tak tengok. MyDH mmg tak minat Bali. 

Ini kat booth Ripley's (Genting kot). Seme macam eh, ni orang betul
ke robot? Sbb dia pusing2 macam robot. Cara dia tgk macam orang.

Balik tu bincang2 ngan abang2. Then abang kata depa takmo yg bajet tinggi.
Carik murah2 ja. Domestik. Acheh takmo katanya sbb pergi bulan 12. Dulu tsunami bulan 12. Okay.. wateva. Kalau weols je nih dah on ni. Lombok tu pun best jugak.


So, esuknya (Ahad), kami kena carik lagi destinasi percutian yang lain. Cea.. destinasi halanya. Haha.
Terus tuju tempat yang berkenaan saja.. Ambik beberapa quotation. Pastu carik tempat duduk (mmg ramai je akan melepak kat tepi2 utk diskas, sbb mmg kena beli on dat day jugak kan).
Anta w.apps kat siblings tanya mana nak. Bila dah setuju, proceed ja.
Takyah nak tangguh2 dah.

Ada gold coast baru kat Melaka.
Macam best. Siap ada ombak rindu kata promoter tu.

Then beli gak satu tempat lain. Sbb buleh guna smpai bulan 4 tahun depan.
Itu kalau adik badik lain tak pi, kami je pun no hal. 
Walau dah ada plan nak pergi mana, itu pun dah ambik masa 3 jam duk situ!
Dari kul 11 sampai 2 ptg. Aje nyer giler
Hoih. Lenguh lutuit. Lembik kaki seme ada.
Tapi sempat lagi nyinggah kat Sunway Putra Mall tu. 1st masuk lepas depa refurbish. Wah.. dah lawa yer. Ada kaison bagai. TGV pun ada. Okeh. Nanti nak tgk wayang sini lah.

Ha..ingat senang jadi ketua rombongan che kiah.
Dua tahun lepas dah jadi ketua rombongan family trip ke Terengganu.
Agak failed sbb nak carik homestay tmpt sewa tu sesat melarat macam hapa. Haha.

Pergi masa cuti sekolah ni sebenarnya agak mencabar sbb kami jarang sgt bercuti waktu cuti sekolah biarpun anniversary perkahwinan mmg kompom akan jatuh masa cuti sekolah. Orang ramai.
Biasanya kami akan extend percutian anniversary ke bulan Januari.

Tapi, tahun ni.. percutian anniversary kira sekali lah ngan percutian family.
Sbb mungkin tak la kot pergi bercuti bulan 1.
Dan rasanya mmg takde trip oversea untuk next year or maybe next 2 year.

Next trip - Holland - tahun 2018. Haha. Tak padam lagi angan2 tu. Harusss.. nak tgk tulip..
Atau kot mana tahu, diizinkan Allah - buat umrah sekali lagi. InsyaAllah. Amin... :)

18 August 2015

Matta Fair September 2015


Okeyh.
Yang ditunggu dah tiba.
Matta Fair September 2015. PWTC, Kuala Lumpur.
Jom uols kita serbu.
Ai nak carik pakej utk percutian famili bulan 12 nih.
Tu ari plan nak ke Kundasang dah tak jadi kan.
Jadik, aiols nak pi carik tempat lain plak.
Nak ke Vietnam lah, nak naik cruise lah.
Tak tahu mana satu nih.

Entrance tiket RM4.
Boleh beli online lagi.
Gi kat website Matta Fair nih.
Takpe lah. Takyah la online bagai. Beli je lah kat sana nanti.

5hb tu ada program something tu. Atau buleh pergi petang lps Asar tu.
Lagipun dia sampai malam kan.


13 March 2015

Weekend Activities

Happy weekend uols.
Weekend ni kat KL ada memacam jenis xtvt.

Ada Matta Fair kat PWTC



Ada Hot Air Balloon kat Putrajaya


Ada Festival Kasut kat KL Convention Centre (KLCC)
Yang ni memula aku ingat kat PWTC. Sbb biasanya mmg Festival Kasut ni kat PWTC. Rupanya tahun ni dia buat kat KLCC.



Nak pergi yang mana?
Ai tak pergi semua. Banyak urusan nak di settle kan nih.
Nak hantar tempah baju raya, nak beli barang keperluan, nak pergi jemputan wedding, nak balik rumah mertua. Eh. Mmg penuh lah weekend nih.

Matta Fair tu mmg best. Ini lah masa nak carik tiket dan penginapan murah2. Domestic dan juga luar negara. Nak carik pakej cruise pun ini lah masanya. Tp ai nak tggu Matta Fair yang September nanti. Tungguuuu.... Hihi.

9 September 2014

Matta Fair Sept 2014


Ada yang pergi?
Aiols pergi lah.
Curik2 masa sket walau sebok pergi balik ke IJN.
Mula ingatkan nak pergi hari Sabtu. Tapi, hari Sabtu tu, family belah f.i.l datang singgah rumah. So, masak utk lunch semua, tak dapat lah pergi.

Jadi, pergi hari Ahad.
Naik tren sajork.
Mudah.

Tapi, tak dapat pun apa di cari.
Hurm.
Tahun ni nampak byk promotion yang domestic punya.
Ye lah, Tahun Melawat Malaysia kan.
Last year, aku pergi, masuk2 je terus international punya booth.
Ni masuk je terus domestic - bawah pun domestic. 
Pergi seberang sungai baru ada international.
Pulak tu kan, dah la nak carik exit berpusing2. Nyampah!

Ingat kan banyak la tourism board negara luar.
Sbb bila ada tourism board ni, dia akan ada cam boleh beli tiket2 murah utk masuk tempat2 menarik kat situ.
Cam Hongkong ada tourism board. So, ada la booth Disneyland, Ngong Ping, Madame Tassaud semua tu. Kat situ aku amik gambar dan dia print time tu jugak. Dah suruh2 sgt.. kita pun tangkap je le.

Yang banyak - promo Korea. Agaknya mmg ramai orang Msia suka pergi Korea kot. Bagi aku... belum terbuka hati lagi nak ke Korea (aku bukan peminat Running Man mahupun cerita Korea). Then, promo cruise pun banyak. Cuma, aku rasa macam takde sykt Star Cruise sendiri. Semua travel agent punya promo lah. Cam aku dulu, aku beli direct dengan SC. So, takde la pakej itu ini bertambah. Just, naik kapal sahaja.

Takpe lah. Amik flyers je lah. Bila balik tu, tanya myDH - gi Bali nak? Pastu dia kata "boleh jugak!" E eh... dulu kata tak suka pergi area2 sana, ni nak pulak. Kalau tak, takyah lah susah payah nak pergi jejauh ni. Takpe..nxt year punya plan lah. Sebelum tu nak pergi Taiwan dulu. Melawat Che Su, member aku kat sana. Hihi. 

Sebenar oke Matta Fair ni. Chinese mmg byk amik kesempatan masa ni. Sbb kalau ikutkan mmg murah. Cuma, kena bayar time2 tu jugak la kan. Bukan utk oversea je. Pakej hotel kat Malaysia pun oke. Masa ni lah buleh booking hotel2 yg best. Cam Grand Lexis, Avani Sepang. Pastu aku tgk balik flyers, ada yg best utk sefamili kat Melaka, tapi time tu macam tak berapa nak tgk sgt yg domestic ni, jadi, tak la tanya lanjut. Frust pulak sbb murah kot. Nanti akhir tahun boleh pergi dengan famili kan. Tapi, dah tak beli..tak buleh wat pa la.... huhu.

Lps tu, kalau cam tak suka pergi travel by own, kat sini boleh la carik pakej2. Mmg senang dan murah. Kalau dah ada tiket, boleh je carik ground pakej sahaja. Biasa derang dah pakej sekali hotel. Tu aku payah sket la nak carik ground pakej sbb aku dah ada penginapan. Jadi, nampaknya, kena lah buat itinerary sendiri jugak. Huhu.

6 August 2014

Matta Fair : September 2014



Pic credit : http://blog.malaysia-asia.my/2014/06/matta-fair-september-2014.html

Save d date!
5 - 7 September 2014 @ PWTC
Last March tak pergi sbb takde apa yg nak dicari.
Kali ni, InsyaAllah pergi sbb ada menda yang nak dicari.

Jom uols. Reramai gi Matta Fair.
Yang nak carik tiket cruise ke apa ke, ini lah masa nya.
Berbaloi baloi.
Last year pun weols beli tiket cruise masa MF bulan Sept ni lah.
Beli bulan 9, pergi bulan Januari.

Ticket masuk : RM4
Utk info lain buleh tgk web Matta Fair.

Pergi lepas ofis hari Jumaat tu pun best jugak kan.
Orang pun tak ramai.
Tengok la cemna.

11 March 2014

Star Cruises & Matta Fair 2014

Alah, cam tak clear plak.
Takpe, klik sini - Star Cruises utk lebih clear.


Matta Fair this weekend.
So, apa lagi.... cecepat grab.
Rega masih lagi macam aku beli last year.

Kalau yg macam aku pergi tu dia tulis RM1,600 (2 person), bila plus plus dalam 2k camtu (tak lebih pun). Pastu kalau nak beli masa Matta Fair, kita kena ada date sesiap, bayar booking dalam RM100 sorang, then within one week settle kan semua. Senang je ngan derang ni, Maybank2U saja. Dah bayar tu takpe, nati kalau tak jadi kita buleh claim. Tp ada la t n c dia, makin lambat bagitahu cancel, makin byk la yg dia potong.

Aku tu ari mmg beli direct dengan syarikat Star Cruises, bukan travel agent lelain. Kalau ngan travel agent mungkin derang akan sediakan pengangkutan dari KL - Penang. Naik bas. Tp kami g sendiri je. Lagi mudah. Naik kereta, parking tpt disediakan. Oke ja.

Aku pun macam nak pegi je Matta Fair nih. Macam la... macam je.. hihi. Nak carik hotel2 yg bes bes. Dalam Msia lah.. 

19 February 2014

Matta Fair 2014


Haa..... nin dia.. nin dia.
Matta Fair 2014
14 hingga 16 Mac 2014.
PWTC.

Untuk sesapa yg nak carik percutian bes bes, dan berbaloi baloi. Jom g Matta Fair nih.
Yang mana tengah takde apa nak buat lah kan, yg mana cuti bersalin ke apa tu, tggu la next next nanti. Ada lagi. Jangan gusar. Sebab mendalah ni setahun ada 2x (sbb harus ada yg kata tgh berkain batik la, tgh dalam pantang la etc etc).

Dan kalau nak carik tiket cruise dengan harga buy 1 free 1 pun ini lah masanya.
Memang berbaloi.
Kiterang pun rasa cam nak je pergi lagi naik cruising (tp kapal lain la, Virgo ke, Aquarius ke) Tapi nya.. agak2 la kan. Dah kenapa kau.

Oleh kerana orang memang ramai giler dan sesak. Dan tak mahu kita jadi tension dalam tu.
Tips nya (cea..siap tips, padahal semua orang pun dah tahu)
Pergi awal. Parking pun senang. Kiterang biasanya parking kat parking bertingkat hentian putra tu atau kalau dah lewat kiterang naik tren je.
Lepas tu nak beratur beli tiket masuk lagi kan. Tp biasanya laju je beli tiket ni. Jangan gusar.
Then dari awal lagi kita dah plan mana destinasi pilihan. Sbb dalam tu sesak. Tak sempat nak pikir. Kang lagi lama pikir, lagi la padat dgn orang. Buat la beberapa pilihan, then kita terus tuju booth kita nak tu. Contohnya : nak carik tiket cruise : terus carik starcruise/travel agent yg ada offer cruise ni e.g : Huajin. Boleh gak compare kan. Kiterang tu hari terus beli kat starcruise, lps tu turun bawah baru jumpa travel agent ni. Dia ada offer bas dari KL ke Port skali dalam promo dia.

Rasa cam nak pergi gak Matta Fair ni.
Ada satu dua destinasi pilihan.
Tapi tu lah. Rasa tahun ni nak buat something yang lagi 'besar'.
Hold dulu pergi jalan-jalan boleh?
Rasa cam tak boleh je.. hahahah.
Just wait n see je lah.

Utk info lanjut, klik : Matta Fair


p/s : Dun forget jugak, Pesta Buku Antarabangsa KL - 24 April hingga 4 Mei 2014, PWTC. Yang ni pun event wajib hadir gak ni.
p/s/s : Eh. Tak patut, tak patut. Event orang lain aku promo, event ofis sendiri terabai plak. Jangan lupa Hari Kraf Kebangsaan bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur - 26 Feb hingga 10 Mac 201. Oke, yang ni nanti buat promo khas lah.

9 September 2013

Edisi Matta Fair Sept 2013


Saja pegi. Jalan2 meramaikan umat dalam pwtc tu. Aku g ari Sabtu. 
Huimakkk... ramai bebeno kome.. ingat kot dah bising2 kat FB rega minyak naik... rega barang naik.. takde la ramai orang dah. Idak juga... sama je cam yg sebelum2 ni. Malah lagi ramaiiii... pfttt...
Oh. Lupa. Yg bebising kat FB tu bising bagi pihak orang lain yer. Bagi pihak derang, derang mampu. Kuikuikui *gelak tutup mulut*

Biasa kalo ada event kat pwtc kiterang parking kat hentian putra tu.
Tp kali ni da agak lewat. Kul 11 (sbb sblm tu g joging kat TTwangsa. Hikhik).
Mmg tau takkan hado nyer parking.
Jadi, mari lah kita naik tren. Alah, 2 stesen je pun. Tapi kalo ikut kos, better bawa kereta je. Sbb kalo naik tren : kos parking - 3 ringgit. Kos tren sorang pergi balik : RM2.80 x 2 = RM5.60. Jadi total cost kalo naik tren RM8.60. Kalo naik kereta, parking situ..berapa ah.. 3ringgit ke. Tah. Tak ingat, tp kurang la 8 ringgit tu. Amboi..berkira. Eh. Harus lah..kata rega minyak naik, harus kira every single cent. Kuikuikui *sekali lagi gelak tutup mulut*

Tapi, naik tren mudah. Trus je jalan guna laluan flyover atas tu. Trus masuk pwtc. Register. 4 hinggit sorang. Dapat beg kaler itam.
Aku sebenanya nak dtg sbb nak carik pakej umrah kalo ada yg bes bes. Ada plan la nak gi ngan mak kalo mak sihat. Lps tu plan saja nak tgk kot2 ada hotel murah2 utk 5th anniversary. Dalam pala ni pikir Philea Melaka and Avilion, PD (Grand Lexis dah pegi, takyah tgk). Takpun Pangkor.

Aku tak pergi Matta Fair yg bulan 3 sbb kalo bln 3 punya dia tak smpai ke date anniversary aku. Biasa kiterang celebrate anniversary bulan Januari walo exact date is on 13 December. Cuti skola bhaiii.. tak sanggup aku nak bersesak nak join orang ada anak bercuti. Lets derang yg have fun dulu, takyah menambahkan sesak. Pastu bulan 1, dah reda..da seme orang g skolah, baru kita celebrate. Lagi bes gitew. Jadi, yg bulan 9 punya Matta Fair ni mmg sesuai la sbb due date utk booking rata2 until March,2014.

Sbb dia punya jalan kena masuk tpt international dulu, pastu turun domestik, pastu tpt travel agent jadi, cam kena pegi la seme tmpt tu dulu. Dah kena pegi 2 round. 1st round tgk tgk dulu. Pastu naik balik, kali kedua baru cam aaa.. mari carik. Tgk Malindo Air. Eh. Cam bes. Tiket g Langkawi RM49 cuma (one way). Kalo return, 2 pax dalam 200 gitu. Murah. Siap carik date dah nih. Duk tepi, diskas ngan myDH. Tiket 2ratus, otel pun dalam 2ratus, makan minum dan shopping. Sbb nak g Langkawi ni mmg nak duk 1nite utk beli pinggan je. Haha. Jadi, kena ready dalam 1k tp dpt soping dlm 6ratus saja. Baik beli sini ja. Huhu.

Jalan2 lagi. Tersinggah satu booth.
Eh. Macam bes. Tanya tanya.
Pastu carik tpt utk berpikir.
Smbil berpikir tu dtg la orang duk propose vacation club la apa la.
Haih..org tgh kira untung rugi ni, dia seboookkk la plakkk.. Biar laki aku layan, aku duk pikir kalau gini, oke tak?..kalo gitu oke tak?
So, dalam tempoh singkat. Tak smpai 15minit pun kot. Kiterang wat decision.
Giler ah. Ye lah.. kalo masuk free tak pe gak esuknya datang lagi cam pesta buku tu.
Ini, masuk bayo wey. Kang sekali lagi aku kira segala kos tu kang. Haha.

Ingat senang nak buat keputusan?
Takut jadi cam yg burnt tiket ke Vietnam bulan Januari tu hari.
Sudah la melibatkan jumlah yg besar (pd kategori kami ni lah). Tapi ni boleh refund. Ada la TnC dia. At least, dpt gak dari burnt semua. Tapi harap2 jadi lah. Aku doa mak sihat. Itu yg utama.

Jadi, bila dah closed deal yg tu, mmg tak akan tgk lah deal yg lelain.
No. Never. Ever. Haha.
Mmg Philea dapat murah. RM399 saja.
Avilion tak tgk. Grand Lexis cam sama je yg aku pegi tu ari. Avilion, entah, tak napak booth.
Pangkor ke apa ke tak tgk dah. Cukup cukup sudah.

Pakej umrah.
Ingat kot ada byk la. Sbb ada Islamic Matta Fair skali kan.
Tp takda apa pun. Tah hapa hapa je.
Kali lain ku carik lah. Tgk kat internet je nanti.

So, skrg, saving. No tupperware until da date. No online shopping. No itu no ini.
Lama lagi tu. Sempat la google dulu habis habisan. Lagipun yg ini sebenar mmg tiada dalam perancangan.
Aku mmg camtu. Tetiba terus beli. Cam g Hongkong dulu. Tetiba terus beli tiket. Lps tu baru survey dan oke ja..smooth je Alhamdulillah. Alah, cam HK ke Krabi ke seme tu kita boleh g sendiri. Free n easy. Takyah guna travel agent. Boleh je.

Tahun ni mmg tiada cuti cuti sangat.
So, oke kut ditunda seme tu ke tahun dpn.
Hihi.
Yg aku beli tu ada dalam salah satu brochure atas ni.
Hiwhiwhiw.

30 August 2013

Matta Fair September 2013

Rasa macam nak pegi.
Saja.
Kut2 ada yg berkenan ke.
Boleh pergi masa anniversary bln doblas.
Eh.
Bukan ada plan nak ke pantai timur ke bln seblas?
Takpe.

Mari kita redah. Naik tren pun boleh. 2 hentian je pun dari rumah.
Kalau rajin la. Dan jika incik osmet pun rajin (-_-")

Segala info klik :
Matta fair

9 March 2012

Perihal Matta Fair Mac 2012


Seharusnya, org yg suka cuti cuti cinta cam aku ni mmg tak lepaskan peluang la menda2 camni.
Tp aku tak penah pegi pun. Sekali pun tak penah lagi merasa 'nikmat-pakej-hebat' dari Matta Fair nih.

Taktau la naper, tp cam, ah, takyah la pegi. Ramai org la kut, rimas la itu la ini la.
Tp kalo Pesta Buku tu bleh je plak kan.

So, igt kali ni nak terai lah pegi.
Sbb masa tu blum Hari Kraf lagi.
Da ajak Dee Harlinda. Suh dia paking keta kat umah, pehtu suh my dear anta kiterang. Alahai. PWTC ni mmg sekentut je dari umah aku tu. Kalo tak jem apa, 5 minit smpai. Haha.
Tu la tu, rasa sesudah subuh kena pegi.
Org ramai kan.

Rasa2 ada tak pakej menarik gi Golkos??
Eh...?? Teheheheee...
Alah, tak dpt Golkos tu, gi The Philea Resort pun cukup lah kan. Tp nak selitkan bila lagi tu?
Bln 5 da ada program. Bulan 6 tak perlu la kot. Bln 7,8 puasa-raya.
Bulan 9 ada plan dah (tp blum ada confirmation, mungkin leh carik2 pakej kat sini). Bulan 10 pun blum ada. Bulan 11, 12, cuti sekolah - bagi peluang pada yg ada anak. Tp nyer igt tahun ni nak celebrate anniversary pada date yg bebtul time anniversary tu di tpt 1st honeymoon kami. Oke, gud idea then. Bleh carik tpt yg bes2.

Oh. Sapa yg nak gi Grand Lexis pun ada yg bes ni ha.
Grab uols grab...murah ni.. mustahil leh dpt serendah RM350 tu. *tatau la kot kat Agoda leh dpt, tu pun kena booking 2 or 3 mths before. Alah, beli je yg ni. Toksah pikir2 dah. Tp yg aku duk tu ari - Exec Pool Villa takde. Fuhh...mujo... Hahahaha.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign