Pages

4 August 2015

Mesin Deposit Duit Syiling

1st time aiols guna mesin deposit syiling nih.
Hehe.
Padahal dah lama dah pun mesin deposit syiling ni ada. Sejak tahun 2014.
Aiols je ter lewat menggunakannya.

Simple je nak guna mesin nih. 
Carik la bank mana ada kemudahan mesin ni. Tapi, kita mesti ada akaun lah dengan bank tu. If takde pun buleh, gi tumpang akaun kawan. Tapi, kawan boleh dipercayai lah. Haha.
Cam aiols, aiols pilih Tabung Haji Jalan Tun Razak (HQ).
Memula tu cam eh, kena asing kan ke dulu syiling ni ikut nilai. Kita pun siap asing kan dah. Usung lah pi sana. Berat tu.

Cara dia :
- Tak perlu pun asingkan syiling 50sen, 20sen semua tu.
- Kalau rajin kiralah dulu. Kalau tak rajin, usung je semua.
- Ikut arahan kat mesin.
- Masukkan semua duit syiling. Memang la agak bising. Greng greng greng... tapi proses dia sekejap ja.
- Nanti ada syiling yang dia tak terima. Jatuh kat bahagian bawah. Ambik dan masukkan balik. 
- Tapi, tunggu dah habis semua baru kita tgk syiling tak diterima tu. Ai da tersilap. Pi ambik masa dia tengah jatuh tu. Mungkin ada syiling yang terjatuh ke dalam tu dan tak di kira. 
So proses sebenar dia - masuk kan syiling sampai habis - nanti kat skrin ada tulis, sila semak syiling tak diterima - pastu ambik - pastu cuba masukkan balik.
- syiling 1sen tak diterima (ni dedolu lah ni, lama dah aku simpan dalam tabung tu). Pastu ada termasuk syiling Thai besar dua posen. Sah sah dia tak terima kan. 
- Settle semua akan keluar resit.
- So, nanti bawak la resit tu ke kaunter dengan borang deposit duit ke dalam akaun kita.
- Terus di depositkan dalam akaun.

Mudah kan. Dulu kena tunggu beberapa hari lah apa lah. 
Ni aiols punya.

Genap genap tu. Hehe.
Sebenarnya aiols kira RM207.23
Tapi tu kira syiling 1 sen. 1 sen dah tolak. Pastu ada beberapa sen tertinggal. 
Pastu cam aiols cakap tu, mungkin tertolak masa aiols pi ambik syiling tak diterima tu.
Takpe lah. Kira halal lah.

Selain dari bank, kat pasaraya pun ada. Cara sama gak. Kita masukkan duit, then dapat resit. Instead of jumlah tu masukkan kat akaun, kat pasaraya dia tukarkan dengan baucar utk membeli belah. Kalau kt KL ni, dalam list tu ada kat Jusco Maluri n Tesco Ampang. Masih ada lagi ke tak ai tak tahu sbb ai jarang jarang pergi kedua dua mall tu.

Boleh tgk link ni untuk lokasi mesin deposit syiling.
link [mesin deposit syiling]

Mesin Deposit Duit Syiling bagi Memudahkan Proses Mendepositkan Duit Syiling
Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan bahawa Mesin Deposit Duit Syiling kini terdapat di seluruh negara bagi memudahkan proses mendepositkan duit syiling oleh perniagaan dan orang ramai. Sebanyak 236 Mesin Deposit Duit Syiling telah ditempatkan di institusi kewangan yang mengambil bahagian, pasar raya besar dan cawangan-cawangan Tabung Haji. 
Setiap tahun sejumlah besar duit syiling yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia tidak dikembalikan untuk edaran semula. Sehubungan dengan itu, orang ramai digalakkan untuk mengembalikan duit syiling mereka dan pada masa yang sama boleh memperoleh manfaat daripada pertambahan simpanan. Mesin Deposit Duit Syiling merupakan mesin duit syiling layan diri berautomasi yang membolehkan pelanggan institusi kewangan yang mengambil bahagian dan Tabung Haji mendepositkan duit syiling mereka tanpa dikenakan sebarang caj. 
Mesin Deposit Duit Syiling di institusi kewangan yang mengambil bahagian akan mengkreditkan akaun pendeposit pada hari yang sama untuk duit syiling yang didepositkan sebelum pukul 4 petang dan pada keesokan harinya bagi duit syiling yang didepositkan selepas pukul 4 petang. Bagi Mesin Deposit Duit Syiling yang ditempatkan di pasar raya besar yang mengambil bahagian, pelanggan akan menerima baucar membeli-belah yang sama nilainya dengan jumlah duit syiling yang didepositkan. Pelanggan boleh menggunakan baucar ini untuk membayar barangan yang dibeli di kedai-kedai yang mengambil bahagian.
Kredit : BNM

3 juta komen

rase macam lame beno tak jengok blog kak ida.. udah betuko wajah.. rase nak geget stoberi ateh tu..

Kira akak ok laa tau ada mesin ni. Ily baru tau pas baca entry akak ni. Bolehh?? Haha. Ketinggalan ketapi betul laa. Thanks for sharing. Pasni bole laa carik :)

EDA EJAI :
Sebelum puasa lagi dah tuko ni... huhu


ILY :
Hihi.. akk pun tahu sbb selalu pi Thaji tu kan. Nampak je orng buat tu, tpi tak pernah try lagi. Kali ni baru try :D

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign