Pages

30 September 2014

Keluarga Iskandar 2


Sekarang dah ada Keluarga Iskandar 2.
Uols tgk?
Aiols tengok.
Dan suka tengok.
Kadang yg ulang pun tengok juga.
Hihi.

Best sbb dia buat style cam amik video je kan.
Yg last week episod pertama utk season 2 nih.
Mak and abg Long pindah rumah. Pakwe si Acu yg ringan tulang tolong itu ini smpai abg Teh derang annoyed. Rajin nau. Yang kelakar si Kak Ngah ingat dia pregnant, rupanya tak. Buat UPT - dapat satu line - dia kata pregnant. Hahahahaha. Bengong je. Lps tu 8 bln malu taknak pergi rumah mak dia.

Pastu aku suka sbb adik beradik dia sama cam aku.
3 lelaki, 2 perempuan. Eh. Tapi rasanya ada lagi sorang adik beradik derang ni kat luar negara.

Sekarang dah episod 2.
Dia setiap hari Isnin - 10.30pm - Maya HD (Prima pun ada kot.. entah, tak tahu).

Semalam punya lawak.
Hahaha.
Semua terkejut Alan dah cerai.
Mak dia lagi la.. cerai! cerai! cerai!
Yang si Alan buleh buat selamba je.

Tak sabar tggu next week punya.

29 September 2014

Don't Judge People


Betul tak?
Kadang kita ni judge orang cam kan kita kenal orang tu luar dalam. Yang laki bini pun tak tentu lagi kenal luar dalam, apatah lagi orang yg jumpa hanya di waktu pejabat.





Orang buat sesuatu, sure dia dah pikir panjang pendek. Pikir masak masak.
Yang kita pi sebok, asyik tak puas hati dengan apa keputusan dia amik apahal pulak kan.

Aku teringat satu situasi ni. Lama dah pun. Tapi, ada kaitan la pasal judge2 nih.
Masa tu memang aku terlibat secara langsung jugak lah dalam situasi tu.
Ada orang tu kata "kita ni selalu terlebih belanja kan. Perbelanjaan melebihi pendapatan. Ikut2 orang. Tukar kereta besar, pakai TV besar, rumah besar"
Aku sentap oke masa tu. Walau aku tak pakai kereta besar, TV besar hatta rumah besar. Sbb orang tu cakap masa aku bebetul baru 2,3 minggu tukar kereta. Mungkin dia tak cakap untuk aku. Tapi, mungkin juga dia perli aku. Apa pun mmg aku rasa annoying dan sentap dengan statement orang tu. Like, dah kenapa kau nak buat contoh tukar kereta bagai tu kan. Eh. Aku tak tukar kereta lah. Aku "tambah" kereta je. Haha.

Sebenarnya macam ni lah.
Kita tukar kereta ke, beli TV beso panggung wayang ke, apa semua tu, ada ke kita meminta minta, mengemis?
Ada ke menyusahkan semua orang. 
Ada ke sampai nak bergolok gadai minjam sana sini, buat personal loan bagai.
Kalau rasa takde, jangan nak perli perli lah. Jaga je periuk nasi sendiri.

Aku tahu, orang pandang serong dgn 'kesenangan' kami becoz of position my husband lebih rendah dari aku.
So, they wonder lah - how come that 'laki bini' boleh pakai kereta baru (mujo Preve je uols, if Honda Accord, aku tak tahu langit ketujuh mana derang nak jaki kan), how come they can pergi jalan2 every year. Siap naik cruise bagai. Siap buleh buat operation kt klinik swasta guna duit sendiri. Gaji laki dia bukan besar pun. Cemna nih? Cemna? Ha.. begitu runsing agaknya.





Tu lah. "Don't judge people before you truly know them"
Kengkadang, apa yg orang ada, dan kita takde, ada lah satu hikmah juga untuk kita (mana yg faham, faham lah).
Aturan Allah itu cantik. Dah cantik sangat.
Dia tahu apa terbaik utk kita.

Tapi, tu lah. Orang lain pula risau bebeno. Takut sungguh dia kalau kita berbelanja lebih dari gaji diterima. Eleh, macam lah kita nak mintak duit dia beli beras kalau gaji tak cukup. Takyah risau la. Kita tau la nak manage. Takde lah aku sampai tak makan, takde duit nak beli beras, lauk segala.

Aku ni pun, kadang tgk majalah DAPUR ke Apartment ke apa tu, ada le terdetik, eh, apa le kerja orang ni, muda muda lagi dapat buat dapur smpai 50k semua kan. Dapur aku 5k je. Rumah pulak tahap banglo setengah juta kan. Aku ni dapat rumah tepi highway je pun. 
Tapi, muhasabah sket. Memasing ada rezeki memasing. Entah2 orang tu mak pak dia bagi tanah ke, kebun kelapa sawit berhektar2 ke, rumah sewa berlonggok ke. Tetiap bulan kutip hasil je. Tak usik pun gaji. Ha. Kita tahu ke tu semua tu?. Tak kan. Tapi, kita je takut sendiri. Eh, tgk..dia tu, tukar kereta, pergi oversea, mesti bergolok gadai minjam. Rela gaji abis. Me mannnn daiiii je tau.

Kalau ikutkan, nak aje aku "hek ele" kan orang yg risau tak memasal pasal hal rumah tangga orang nih.





Dah kenapa? Aku taknak la judge dia kata jeles ke apa. Sbb aku pun takde "truly know them" (in fact, tak kuasa aih nak truly know - buang masa kot).
Sbb kalau kata jeles, aku tgk rezeki dia lagi 'besar' dari aku.
Ke, masa time umur aku ni orang tu tak dapat camtu.

Takyah pertikai la pasal gaji orang ni.
Aku ni ha, tetiap hari kot sign pengesahan majikan utk orang nak buat personal loan.
Kadang tu sampai paras hidung pun ada, tetap gak nak buat loan. Walau yg buleh potong singgit setengah je (oke, ni aku exaggerate je. Haha). 
Kadang cam risau juga, kenapa la nak buat loan ni. Apa nak makan, apa nak bayar rumah semua kan.
Tapi, takkan kita nak rengsa dan resah sangat.
Eh. Tak kuasa lah nak resah. Biar dia lah.
Dia tahu la nak manage kewangan dia.

Selagi tak menyalahi undang-undang, biarkan.
Kalau dia berhutang along ke apa tu, ha..tu ye lah. Majikan pun kena masuk campur dah.
Ni, takat dia pakai Preve, takat umah dia yg bersaiz 877kps tu, takat dia pi bercuti sekali sekala, usah la dok risau perbelanjaan melebihi pendapatan.
Tau la orang tu manage. Tetiap bulan kita mana tahu orang tu potong berapa kat Tabung Haji, potong berapa ASB, apa target dia ada. Bukan kita tahu pun jumlah dalam akaun orang tu ada berapa kan.

So, jangan lah resah.
Jangan lah simply judge kata boros ke apa.
Aku pun, kalau boleh by umur 45 aku mmg target utk financial freedom.
Takde nak bayar loan2 lagi dah (kecuali rumah la kan. Itu smpai pencen). Now pun dah lega amat bila PTPTN dah settled 2 tahun lepas.
And by umur 50 boleh dah nak pencen awal ke apa.
Itu lah rough plan lah. Plan saja saja kata orang tu.

Oh aku lupa.
Kalau nak perbelanjaan melebihi pendapatan, tapi pendapatan sentiasa mencukupi, jaga lah keberkatan pendapatan tu.
Setiap bulan sucikan lah pendapatan. Ada beberapa % dari gaji tu bukan milik kita, maka ketepikan lah sesiap. Akhir tahun, laksanakan lah yg sepatutnya pada pendapatan tu.
Makanya, walau nampak perbelanjaan melebihi pendapatan, tetapi hakikatnya pendapatan melebihi perbelanjaan. Rezeki dari Allah, kan...
Cuba lah. Dan jangan buruk sangka.

Peace.

Makanan Sunah : Susu Kambing

Last year.
Eh. Bukan. 
Last 2 year kot.
Aku ada consume susu kambing nih.
Masa tu order, pastu orang tu hantar direct terus ke ofis.

Orang tu dari Sg Buluh kalau tak silap.
Lps tu, cam biasa lah aku. Buat sekali, berhenti. Tak istiqamah.

Bebaru ni lah baru nak buat balik semula.
Jumpa susu kambing kat kedai arab Berkat Madinah tu.
Ada botol sederhana, ada botol besar 1 liter.
1 liter RM24.
Ini pun susu kambing local je. Bukan dari arab ke hapa.

Tapi ya hampun... rasa dia - pekat, melekat kat tekak.
Terngiang rasanya. 

Yang dulu aku beli tu, rasa jugak, tp takde rasa camni sangat.

Susu kambing ni, sebagaimana 'dipetuakan', aku blend dgn kurma.
Pun, tak jalan. Tetap lah terasa 'kekambingan'
Dia takde bau tau, tapi bila dah minum, baru lah ada rasa tu. Errr...






Lps tu, masa balik kampung, aku try tgk kat Ladang Infoternak kat kampung aku.
Ha. Situ ada jual.
Harga pun reasonable. Sangat.

Beli 10 botol.

Dan rasa dia - best lah. Mild je. Not so 'kekambingan'. Huhu.
Oke lah. Mungkin sbb kambing infoternak. Kambing kerajaan.
Hahaha.

Takde lah kan. Ladang infoternak ni kan depa wat kajian itu ini.
Mungkin rumput yg kambing makan tu lain kot. Tu yg tak rasa sangat.

Aku suspect, daging dia pun tak bau sgt cam lelain kot.

Boleh minum lah. Nanti buleh beli lagi.
Beli banyak2 - kalau beku kan buleh tahan 3 bulan.

Aku takde masalah makan daging kambing, tapi yg BBQ je lah. Apa pulak tak buleh nya, ce try rasa. Rasa dia unik. Lagipun sunah nabi kan. Kalau pening segala tu, ye lah kot tak buleh makan. Tapi, takat ni Alhamdulillah, aku boleh je makan.

Jadi, utk susu ni. Pun, boleh je lah aku telan. Cuma ter agak2 je nak menelan tu. Huhu.






***Disclaimer : Aku mmg sengaja tak minum yg bancuh/sachet tu sbb nanti aku lagi malas dan tak displin. Sbb tu aku sanggup je telan yg ni. Huhu.

26 September 2014

Selamat Datang Bulan Zulhijjah


Peluang rebut kelebihan Zulhijjah

Bagi umat Islam yang tidak menunaikan ibadah haji, kita masih berpeluang mendapat kelebihan pada sepuluh hari awal Zulhijjah. Selain ibadah korban yang dilaksanakan pada 10 Zulhijjah dan harihari Tasyrik, kita disunatkan berpuasa pada 9 Zulhijjah.

Barangkali segelintir kita tidak mengetahui pada 9 Zulhijjah umat Islam yang tidak menunaikan ibadah haji disunatkan berpuasa iaitu puasa sunat hari Arafah.

Direkodkan oleh Imam Muslim, Nabi SAW bersabda: "Ketika puasa pada hari Arafah, aku berharap Allah SWT akan mengampunkan dosa-dosa setahun yang lepas dan dosa-dosa setahun yang akan datang." Inilah peluang yang dihadiahkan oleh Allah SWT kepada hambaNya yang beriman dengan disediakan peluang bernilai iaitu pengampunan dosa-dosa lepas dan akan datang bagi mereka yang berpuasa penuh keikhlasan dan mengikut sunnah Nabi SAW pada 9 Zulhijjah.

Selain ibadah puasa hari Arafah kita juga disunatkan memperbanyakkan zikir dan doa. Jemaah haji yang berada di Arafah pada 9 Zulhijjah disunatkan memperbanyakkan zikir, tahlil, tasbih, takbir dan berdoa kepada Allah SWT memohon kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

Direkodkan oleh Imam al-Tirmidhi, Nabi SAW bersabda: "Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah, dan sebaik-baik ucapan yang diucapkan olehku dan nabi-nabi sebelumku adalah: Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa dan tiada sebarang syirik (sekutu) bagiNya, bagiNya segala penguasaan dan bagiNya segala pujian, dan Dialah yang berkuasa bagi setiap sesuatu."

Dapatlah dirumuskan sekurang-kurangnya tiga pengajaran iaitu doa pada hari Arafah adalah bersifat umum iaitu disunatkan kepada jemaah haji yang berwukuf di Arafah mahupun mereka yang tidak menunaikan ibadah haji.

Doa yang sangat mustajab

Doa pada hari Arafah adalah antara waktu yang amat mustajab kerana ia sebaikbaik waktu untuk memohon permintaan dan pengampunan daripada Allah SWT. Kita disunatkan meminta doa pada hari Arafah kepada Allah SWT dengan penuh keikhlasan dan pengharapan seperti ditunjukkan Nabi SAW.

Ketika tibanya hari Arafah, Nabi SAW bersungguh-sungguh berdoa kepada Allah SWT. Sunan alNasai, Usamah bin Zaid meriwayatkan, ketika beliau menunggang bersama Nabi SAW pada hari Arafah beliau melihat Nabi SAW mengangkat keduadua belah tangannya memohon doa kepada Allah SWT, sehinggakan apabila unta Baginda duduk dan terjatuh tali unta Nabi terus mencapainya dengan sebelah tangan, manakala tangan sebelah lagi masih tetap diangkat (untuk berdoa)."

Apabila tergelincir matahari di Arafah, Nabi SAW akan memendekkan khutbah dan kemudian menunaikan solat Zuhur dan Asar secara jamak qasar.

(artikel penuh : http://anizyn.blogspot.com/2012/10/hari-arafah-dan-keistimewaan-hari-arafah.html )

25 September 2014

Basuh Mesin Basuh

Pernah cuci mesin basuh?
Aku 1st time cuci sejak beli washing machine ni 2 tahun lepas.
Ye lah. Ni washing machine baru beli lepas pindah dulu (dah 2 years aku pindah. Huhu).

Kalau yg dulu punya washing machine langsung la tak pernah cuci.
Dah jual pun kat officemate aku yg menyewa rumah sewa lama aku tu (sewa rumah kak ipar aku actually. Huhu).

So, cuci guna drum wash by Cosway nih.

Lama dah dgr cerita orang kata guna ni mmg berkesan.
Abis semua segala habuk2 dari dalam mesin tu keluar.
Baru nak berkesempatan try.
Dlm kotak tu ada 2 pack 'garam pembersih'. Guna satu pack utk sekali cucian.

Masuk je dalam mesin basuh semua (dia tulis, if rendam 5 jam lagi berkesan).
Aku tak rendam. Trus je basuh guna mode 'drum cleaner' ke apa ntah namanya tu.
Basuh2 dalam sejam.

Keluar lah macam ni.
Ada serbuk2 coklat tu.
Tapi, susah jugak nak ilangkan habuk2 tu.
Kena pusing2 banyak kali gak lah mesin.
Last last aku kaut je bagi dia keluar.
Tu pun, lps basuh baju masih ada melekat2 keluar lagi habuk2 tu.

Bersih dah la kot lepas ni. Hihi.
Nanti tahun depan boleh buat lagi. 
Uols dah try?
Try lah. Beli kat cosway. Tapi, lupa berapa ringgit. Hihi.

Cosway ni byk jugak menda2 unik kan.

24 September 2014

AirAsia : Urgent! Flight Cancelled.

2 hari cuti.
Masuk ofis, bukak emel, tetengok ada emel dari AirAsia.
Dah la tulis "URGENT ! AirAsia X Flight ......... on  ...... October 2014 is Cancelled"

Hey..hey..! Mau tak tanjat gegel jap. 
Like, "What..! Cancelled..?" Gitew..kononnya. Haha.
Tapi, memula ingat scam ke apa nih. 
Baca emel dia, katanya :
"the above flight has been cancelled and we have moved you to the next available flight "

Hey ko ni AA, buat aku urut dada je tau.
Hihi. Takut juga kan..kansel pasal apa pulak.
Tapi, tukar masa je.
Reason nya ini :
This cancellation is due to commercial reasons.

Pastu aku terpikir nak tgk booking aku. Log in kat web AA.
Tup2, rupanya flight balik ke KL pun kena jugak. Bukan je tukar masa, tukar date terus. Ha. Ambik kau.
Wah. Ini sudah lebih ni.

Carik no phone AA.
Wah.. kemahin mahal yer call AA ni. Siap dia tulis situ - RM1.95/minit. Ini utk AAX punya number. Mmg la kena kan. AA, kau tahu saja lah. Everything need single cent. 

Bila call, dia confirmed mmg tukar masa. Supposed flight aku tgh malam - dia tukar to pagi (kira masih hari yang sama).
Dan balik tu, supposed aku balik petang - dia tukar to pagi esoknya (sbb tu date bertukar).

Kalau kena macam ni, kita boleh tukar date lain yang kita nak tanpa dikenakan sebarang caj.
Dan kalau nak cancel anda request refund pun boleh.
Ini lah masanya. Aha!

Tapi, nak kansel ke? Dah berbunga2 hati nak pergi. Takkan kansel. Huhu.
On other side - kira oke jugak la tukar flight pagi instead of tgh malam kan, sbb takde la kelam kabut carik tmpt solat Subuh bila dah landing tu. Cumanya... aku kena ada kt airport sesubuh buta lah. Dan bila balik sini pun kena berkelana tido kat airport sana lah nampak gayanya. 
Kalau ikut date asal, aku smpai KL malam.. pun sebenarnya a lil bit renyah juga lah kan. Bila dah tukar ni, smpai KL tengahari which boleh la senang lenang naik bas je.. ada juga bagusnya.

Cuma, aku wonder gak lah. Dia tukar ni sbb mmg dah takde flight time tu ke. Atau mmg dia sengaja tukar. Memang lah  dia tulis commercial reasons kan, tp kalau masih ada lagi penerbangan masa tu, kenapa tukar plak. Kalau mmg dah takde, faham lah kan.

Entah. Ini 1st experience aku kena tukar date n time nih. Sebelum ni tak pernah pulak. Kita tgk dan lihat je lah. Aku belum beli seat, luggage and meal nih. Since flight pagi - dah kena makan pulak dalam flight. Pergi je lah kot. Balik kita makan kat KL je. Haha.

Itinerary kena ubah lah ni since smpai lewat dan balik pulak masa pjg lagi selepas check out tu. Ini baru bebetul backpack traveller nih namanya. Haha. Aduyai. Ada ada je lah. 

23 September 2014

Amalan Pemakanan Pencegah Kanser

Artikel penuh : Utusan

SEBELUM saya telah menerangkan kaedah mengubati kanser dari perspektif moden dan al-Quran. Kali ini saya akan berbicara mengenai kaedah mencegah kanser melalui pemakanan. Dalam pengalaman saya mengubati pesakit kanser di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, ini adalah salah satu soalan yang selalu ditanya pesakit terutama yang telah menjalani pembedahan dan rawatan kemoterapi atau radioterapi. Mereka telah sihat tetapi tidak mahu kanser datang kembali (cancer relapse atau cancer recurrence.)

Nabi Muhammad SAW bersungguh-sungguh menyeru prinsip "mencegah lebih baik daripada mengubati".

Dalam mencegah penyakit kanser, ada tiga faktor yang kita perlu fokus iaitu gaya hidup sihat, diet seimbang dan stres minimum.

Tidak dinafikan, antara punca utama kanser adalah gaya hidup tidak sihat seperti merokok, mengambil minuman keras, tekanan emosi atau stres berterusan manakala faktor utama adalah pemakanan tidak teratur dan seimbang. Ini pendorong kuat kepada kanser membarah di dalam tubuh.

Justeru, dengan mengambil berat kepada tiga faktor ini, insya-Allah kanser dapat dielakkan.

Makanan mengandungi pH alkali tinggi dapat mengelakkan serangan kanser, malah mampu membantu menyembuhkan seseorang yang menghidap kanser. Malangnya, kebanyakan rakyat Malaysia, gemar memilih diet dengan pH berasid.

Apa itu diet beralkali? Diet berakali melibatkan pengambilan minimum makanan seperti daging merah (lembu dan kambing), daging ayam, ikan, makanan laut, makanan berasaskan susu seperti mentega, keju, ais krim; tepung, teh, kopi, makanan segera, minuman soda dan gula.

Kebanyakannya adalah makanan asasi dan kesukaan rakyat Malaysia. Makanan ini meningkatkan kandungan asid dalam badan seseorang.

Diet berakali tinggi adalah makanan berunsur sayur-sayuran dan buah-buahan, biji-bijian, kurma, habatus-sauda, madu, jus buah-buahan, teh hijau dan makanan berunsur soya seperti tempe dan tau fu faa.

Makanan ini meninggalkan alkaline ash atau persekitaran tubuh berakali.

Bagaimana diet beralkali pengaruhi sel kanser?Kajian makmal membuktikan, sel kanser dalam tabung uji lebih cepat membiak dalam persekitaran berasid.

Apabila tahap asid dikurangkan maka didapati ketumbuhan kanser lebih lambat.

Dengan memilih diet yang menjadikan pH di dalam tubuh seseorang lebih berakali, maka potensi untuk kanser tumbuh dan membiak adalah berkurang.

Makanan berakali tinggi menghasilkan persekitaran sukar untuk kanser membiak dan merebak.

Sel kanser tidak boleh membiak dalam persekitaran yang tinggi kandungan oksigen. Apabila kandungan oksigen rendah, ia menggalakkan pembiakan kanser.

Apabila sel tisu dalam badan mempunyai kandungan alkali tinggi, ia berupaya menampung kandungan oksigen tinggi berbanding sel tisu berasid tinggi.

Dengan memastikan kandungan pH alkali di dalam badan tinggi, ia dapat melindungi sel di dalam badan daripada diserang kanser.

Kesimpulannya, semakin tinggi tahap alkali dalam badan, semakin banyak kandungan oksigen dapat ditampung dalam badan, maka semakin nipis peluang sel kanser membiak.

Adalah digalakkan memakan banyak makanan berasaskan buah-buahan dan sayur-sayuran, makanan mengandungi kandungan serat tinggi, jus buah-buahan terutama sekali jus lobak merah.

Ini bukan bermakna pesakit kanser tidak boleh mengambil diet berasid tinggi, tetapi dinasihatkan mengurangkan pengambilannya.

Makanan yang perlu dikurang atau dielakkan 

1. Daging merah

Sel kanser tumbuh dengan cepat pada persekitaran berasid, diet daging bersifat asid sangat tinggi.

Daging mengandungi antibiotik ternak yang menumbuhkan hormon dan parasit berbahaya, terutama kepada pesakit kanser.

Diet lebih baik adalah memakan ikan dan ayam kerana walaupun bersifat asidik tetapi tahap kandungan asid tidak setinggi daging merah.

2. Gula

Gula adalah 'hayat kanser'. Dengan mengurangkan pengambilan gula, bererti kita mengurangkan hayat atau potensi sel kanser.

Gula terbaik adalah gula semulajadi seperti madu. Madu tergolong di dalam makanan bersifat alkali.

Hari ini kita melihat banyak produk pengganti gula di pasaran, namun kita harus menyiasat terlebih dahulu adakah produk itu berkesan atau lebih buruk daripada gula.

3. Garam

Garam yang digunakan dalam masakan mempunyai tambahan kimia untuk membuat warna putih dan tahan lama, garam yang lebih baik adalah garam laut.

4. Makanan laut cengkerang

Kebanyakan makanan laut cengkerang seperti kerang, ketam dan kepah mengandungi banyak kimia dan toksik yang boleh menggalakkan pembiakan kanser.

5. Kopi, teh, coklat

Ketiga-tiga diet ini mempunyai kandungan kafein tinggi. Kafein mengandungi kandungan asid tinggi.

Teh hijau adalah alternatif terbaik melawan kanser. Amalan meminum air bersih ditapis adalah baik bagi menghindari racun atau bahan kimia di dalam air memasuki tubuh.

6. Makanan cuka tinggi

Elakkan memakan makanan dijeruk seperti jeruk buah-buahan.

7. Makanan berminyak

Elakkan memakan makanan berminyak seperti makanan goreng. Utamakan makanan kukus atau disediakan menggunakan ketuhar.

8. Hindari alkohol

Minuman mengandungi kandungan alkohol tinggi, menyumbang kepada tahap asid tinggi. Kerana itu, Islam melarang umatnya meminum minuman yang mengandungi alkohol dan memabukkan.

9. Makanan kandungan lemak tinggi

Kanser melemahkan sistem imunisasi seseorang. Pemakanan seimbang boleh menguatkan sistem pertahanan tubuh dan melawan semula jangkitan penyakit.

22 September 2014

Nasi Kerabu

Uols suka?
Aiols dulu cukup la pantang kalau depa ni jamu nasik kerabu.
Like dah kenapa asyik nak makan nasik kerabu.
Tak best okey! Tak suka!
Gitew. Marah nau rasanya. Tp kau sapa orang nak ikut selera kau yg pepelik tu kan.

Sbb apa ai tak suka?
Sbb nasi kerabu kan kena makan dgn sayur dia tu. 
Ai kan tak makan sayur. Lagi lah kalau orang dah gaul skali. Lagi la cam jenuh nak kuis2 sayur tu. Eh. Itu nasik ulam ek. Haha. 

Ofis ni mmg boleh katakan kerap lah jamu nasik kerabu.

Tapi tu lah.
Orang kata, kalau suka, jgn suka sgt, nanti timbul benci.
Kalau benci pulak, jangan benci sangat, nati suka pula.

Jadi, ni lah yg terjadi.

Tak pernah2 dalam sejarah, isteri incik Ruslan ajak "bang, jom carik nasik kerabu"
Ha. Gitu.

Sebenarnya, aku makan nasi kerabu ni macam ikut step.
Bila dah selalu orang menjamu, maka nak taknak aku kena makan. Tak kuasa pula nak turun kafe beli makanan lain kan. So, aku makan nasi, dengan serunding kelapa (betul kan serunding kelapa?), sambal dia n keropok. Tu pun amik sket je. Mmg tak la aku nak amik ikan ke daging ke apatah lagi sayur. Lps tu upgrade sket. Makan dgn daging dia pulak.
Pastu upgrade makan semua!
Haha. 1st time aku makan abis sebungkus adalah beli di pasar tani Danau Kota. Ha. Best nasi kerabu situ. Letak limau.. ada rasa masam2 sket.

Lps tu bulan puasa pun ada beli sekali dua kat bazar (carik tmpt orang beratur ramai - sbb pikir sure sedap kot. Huhu).

Dan, gambar atas tu bebaru nih saja. Masa FIL kat IJN. Makan kat Kampung Baru. Ala, Kg Baru kan byk kedai makan Kelantan. Selama ni duk Kg Baru tak pernah try pun. Biasalah gitu kan. Dah duk jauh baru terhegeh nak pergi. Makan kat kedai yg dkt selekoh, bebetul depan flat 17 tgkt tu. Not bad jugak lah. RM6 utk atas tu. Tp nasik sebantal. Pitam nak abiskan -_-"

Lps tu, ms abang aku dtg tu ari, bawak beliau makan kat House OF Nasi Kerabu.
Kat Prima Sri Gombak. Dekat je aih ngan umah ai.
Memacam jenis nasi kerabu ada. Yg ni entah apa namanya. Nasi kerabu Naratiwat kot. RM8.50.
Banyak juga. Tak habis juga.
Tauge dia nampak rangup kan. Mmg segar.

Tu hari bila aku up gmbr ni kat i.g, ada kawan instagram dari Brunei tanya apa kah namanya makanan ni. Dan katanya nanti nak try. Yati, if u nak try, kakak bawak kedai HONK ni yerp. Selesa sket. [Ye lah uols, takkan nak bawak kat Kg Baru tu yang sesak mesak tu khen... huhu]

Jadi, begitu lah. Dari tak suka dah jadi buleh makan (takde la suka.. boleh makan saja). 

21 September 2014

Don't Give Up!


20 September 2014

Bestnya Google Maps!

Haha.
Jakun jap.
Lama dah kot mendalah ni.
Aku je kot baru discover. Hahaha.
Kalau dah tau, dendiam..jangan cerca aiols hoke. Biarkan aiols terus jakun. Kihkihkih.

Aku kalau nak kemana-mana (negara luar esp), aku memang harap kat google maps je. Jadi, senang boleh tahu berapa jarak apa seme kan.

Macam biasa, aku duk dapatkan arah dari sini ke sinun, sinun ke sini.
Tup tup entah cemna klik klik, skali aku 'dah berada kat situ'.
Hahahaha. Bes weh. Cam 3D pulak.

Mana yg tahu, tahu lah kan.
Kalau tak tahu, dia camni lah.

Katakan kita pergi Hongkong. Cemna nak pergi Ocean Park dari The Peak.

So, tekan get direction. Dapat lah map ni. Samaada yg satelite map atau map biasa nih (aku sker lagi map biasa ni, tp nak tgk building ke buleh la tgk satelite tu kan.

Tapi, yang tetiba 'aku dah berada di situ' tu, aku klik yg gmbr orang tu.
Aku pun tak tahu dulu ada ke tak menda tu berfungsi camtu. Tak pernah pulak aku tekan, dan tup2 aku dah "berada" kat tempat tu.
Serius mudah. Kita boleh gerakkan 360 darjah. Ke utara, barat, timur, selatan bagai lah.
Ni contoh masa aku gerakkan 'orang' tu kat Admiral Station. Tetiba dah ada kat area Admiral. Wah.. 


Aku rasa app ni sgt bagus utk sesuatu tmpt kita nak pergi sbb kita buleh 'kenal' bangunan tu dulu.

Aku try KL punya, tp tak detail sgt camni.Try get direction dari opis aku ni ke KLCC, dan gerakkan orang tu kat ofis aku. Tp, dia tak boleh pun 'tetiba dah berada' kat ofis aku nih. Ofis aku pun tempat tumpuan pelancongan apa. Cuma kat KLCC tu dia terus masuk kedai makan apa entah. 

Paling seronok sbb tmpt aku nak pergi next month mmg boleh buat cara camni. Jadi, senang lah. Tadi dah nampak ... oh, ni la tempat penginapan nati (tapi tak update.. tpt tu masih nama lama. Tp tak pe lah. At least, dah ada idea tempat tu cemna, kan...) 

Sekian dari saya yg jakun teruja





Edited 1 Okt 2014 :
Instant street view namanya ya. Baru ada yg Malaysia punya.. dan bebudak opis ni cam jakun dah.. nak carik rumah sendiri lah. Nak carik white house lah. Lulz (-_-")
Lepas tu semua cam takut la, bahaya la.. hurm.. itu lah zaman teknologi. Ada buruk, ada baik. Utk traveller cam aku, aku suka menda ni sbb aku buleh agak kat mana menda2 tu.

19 September 2014

Pindaan Cuti Deepavali dan Cuti Am Tahun 2015

Uols tahu cuti Deepavali next month ada lah pada 22hb Oktober? (smlm ada kuar kat FB Metro dah).
Bukan 23 Oktober as stated dalam kalendar kita. Dipinda dari 23hb to 22hb.
Maknanya bukan cuti terkapit lah. Hihi. Uols mmg suka kan cuti kapit kapit ni. Hihi.

Telah diwar warkan melalui warta kerajaan last year lagi dah sebenarnya.
Bersama dengan Warta Kerajaan tentang cuti Nuzul Al Quran utk KL, dan cuti Wilayah tahun 2014 tu.


Utk info lanjut, tgk sini - Warta Kerajaan dari website http://www.kabinet.gov.my/

Seterusnya, kabinet pun dah keluarkan cuti am tahun 2015. Sebelum ni aku dah buat entry pasal cuti kan. Tp bukan dari sumber rasmi lah kan. Yg ni rasmi lah kiranya (tertakluk kepada pindaan juga).

Buleh tgk kat sini secara lanjut utk negeri punya jugak.

Amboii... kemain suka kau puanstoberi kan cerita pasal cuti.
Haha.
Yang Deepavali tu aku alert sbb aku cuti masa tu.
Dari Isnin smpai Khamis lah cuti. Walau pinda hari apa pun, tetap lah ai cuti 3 hari.
Hari Jumaat baru masuk ofis.
Berdebar uols nak cuti..
Hah! Menyampahhhhh.......

18 September 2014

Marilah Amalkan Gaya Hidup Secara Sihat

Tu dia.. cam iklan aih. Haha.
Takde la. Seminggu dua ni aku berhadapan secara direct dengan orang yg tak sihat secara serius. Huhu. Secara serius halanya.
Yelah. FIL baru bypass.
Pastu hari Malaysia tu hari, ziarah sepupu (perempuan) kat Hosp Pantai. Dia kena kanser tekak. Dah tahap 3. Aku mmg tak pernah dgr kanser tekak. Entah la. Now everything can cause cancer.

Tapi, kesihatan ini pun naseb kan.
Ada orang bersenam, jaga kesihatan pun masih sakit juga.
Ada sapa entah cerita kt aku, ke aku baca artikel kot. Ada orang tu, dia jaga makan, exercise semua, tp dapat sakit jantung kalau tak silap. Or penyakit yg serius jugak lah. Lps tu dia cam down giler, tak boleh terima yg dia tetap sakit walau dah jaga kesihatan bagai kan.

Itu lah. Keyword dia kesederhanaan. Be moderate.
Jangan itu tak boleh, ini tak boleh. Exercise bagai nak giler.
Moderate je. Islam pun mmg mementingkan kesederhanaan dalam hidup kita kan.

Baca succes story bagi peserta JK1M by Kevin tu, mmg best.
Salah satu tips yg peserta bagi.
Kredit : KevinZahri

10 Amalan Diet Untuk Kurangkan berat badan?
Amalkan makan bijiran, oat
Minum yogurt
Minum green tea
Makan mengikut jumlah kalori diperlukan selalu. (Untuk panduan dan belajar menyusun diet untuk keperluan kalori, dapatkan eBook Kevin Panduan Kurang 5kg 5 Minggu)
Membuat cardio tiap malam or menari
Makan buah-buahan segar .
Eat healthy foods only tapi ada seminggu sekali untuk cheat day.
Kena ingat kita makan bukan untuk kepuasan tetapi makan untuk sihat.
Bangun awal pagi dan jangan skip breakfast walaupun kita tak rasa lapar.
Satu tips yang saya amalkan sampai sekarang elakkan atau kurangkan makanan fast food. Baru saya sedar, bahawa fast food la pembawa kegemukkan saya.



Dan semalam aku beli majalah ISihat (keluaran Oktober). Sbb Yani Batikpink tag aku kt FB - katanya Kekda mesti suka sbb isu bulan ni pasal juicing. Thank you Yani kerana teringat akak. Hihi.
So, beli lah. Lps tu baca pasal Joe Cross. Who Joe Cross ?
Boleh tgk web ni - http://www.rebootwithjoe.com/

Bagus gak web Joe Cross tu tu. Contohnya, ada resepi juicing yg boleh kita follow - http://www.rebootwithjoe.com/wp-content/uploads/2014/03/RBWJ_FREE-3DAY-Quickstart-330.pdf

Kita pilih lah pemakanan secara sihat. At least, utk tingkatkan imuniti badan atau daya tahan badan. Tidak lah bila orang sekeliling batuk, selsema, kita pun cepat je berjangkit. Cakap besar tidak, tp setakat ni Alhamdulillah, daya tahan badan aku makin kuat biarpun ramai kat ofis yg sok sek selsema, batuk tak berhenti. Terima kasih Allah utk nikmat kesihatan ni biar pun aku masih belum ada rezeki utk nikmat lain. Sesungguhnya Allah tahu apa terbaik utk kita.

So, mari amalkan gaya hidup secara sihat. Cewah! Tetiba.

Drama : Astana Cinta Aleesa


Sapa follow citer ni?
Hihi.

Ter tgk iklan, eh cam best je.
Pastu last week baru start tgk.
Urm. Boleh la.. boleh tgk la.

Jarang tgk citer TV9 ni sebenarnya.
Sbb macam terlupa.. dia start awal. 8.30mlm.
Time tu kadang myDH tgk berita.
Lps tu mmg jarang je nak tekan 119.

Don't know citer ni adaptasi novel ke apa. Sbb skrg kan asyik adaptasi novel ja.. pastu citer macam sama je lebih kurang. 
Bow-rink!






Oke lah jugak citer ni. Pelakon mostly yg 'freshie'. Muka2 baru. Lead harus lah Emma Maembong. Pastu ada Amyra Rosli (dak ni pun dah byk berlakon, selalu juga kuar tv esp lps putus tunang tu - eh, pehal pulak aku mengikuti gossip artis nih.. tak seswaiii. Haha).

Kisah nya si Aleesa ni kematian anak no. 2 dia. Baby lagi lah. Tersedak susu. Masa tu Aleesa tgh tido, tak sedar anak dia dah mati. So, dia macam salahkan diri dia lah. Cam gile lah lps tu. Datang pulak Leha (Amyra Rosli) ke rumah Aleesa ni, konon nak jaga Aleesa yg sakit. Padahal sebenar dia ada misi nak rampas suami Aleesa, Zariff (Nazim Othman). Leha, Aleesa ni mmg sekampung, satu sekolah. So, dari sekolah mmg Leha ni minat si Zarif, tp Zarif kawen dengan Aleesa. Kat ofis pun Zarif ni ada jugak orang dengki (well, malay drama kan mmg begitu. Tak sah agaknya kalau takde orang dengki).
Skrg episod berapa entah. 8 kot. Baru lagi. So, boleh follow lagi lah. Yg episod terdahulu tu, buleh la tgk online (aku pun missed episod awal2).

Oke la, dari takde apa nak ditonton memalam tu kan.
Setiap Selasa dan Rabu. 8.30 - 9.30mlm (pastu 9.30 sambung ngan 30 minit ustaz Don kat 114 lak. Huhu)


Sedikit sinopsis dari Metro :

Kisah drama ini bermula dengan Aleesa mengandung anak kedua selepas penantian enam tahun. Pada tahun sama, suaminya, Zhariff turut dinaikkan pangkat.

Sahabat baiknya, Zaleha turut menumpang gembira atas kebahagiaan Aleesa yang dianggapnya sempurna kerana mempunyai suami tampan, berkerjaya dan anak-anak.

Malangnya, kebahagiaan Aleesa hanya sementara selepas anak keduanya meninggal dunia. Lebih teruk, Zhariff menyalahkannya atas kematian anak mereka.

Keadaan rumah tangga pasangan itu bertambah rumit apabila Aleesa dituduh mengalami masalah tekanan jiwa menyebabkan Zhariff terpaksa membawanya berjumpa pakar psikatri.

Zhariff kemudian mengambil keputusan untuk membawa Zaleha tinggal di rumahnya untuk menjaga Aleesa.

Namun, tanpa disedari, Zaleha menyimpan niat untuk menghancurkan hidup Aleesa dengan meyakinkan Zhariff isterinya sememangnya sakit jiwa.

Sebenarnya Zaleha menyimpan perasaan terhadap Zhariff dan ingin menghancurkan rumah tangga pasangan itu.

Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, Aleesa dilayan teruk oleh Zaleha apabila di belakang Zhariff.

Justeru, Aleesa merasakan dia perlu melakukan sesuatu untuk mengembalikan kepercayaan Zhariff terhadapnya.

Adakah perbuatan Zaleha akan terbongkar dan mampukah Aleesa mengembalikan kebahagiaan keluarganya seperti dulu? 

Untuk mengetahui kisah selanjutnya teruskan menonton Astana Cinta Aleesa pada setiap Selasa dan Rabu, jam 8.30 malam di TV9.

17 September 2014

WW : Tulip






Cantik!
Tapi sayangnya, next month dah tak musim.
Bertabah lah. Huwaa.....

kredit pic :
Here

WW : What Country Am I Going To Next?

Sebagaimana pernah di post kat IG.
Sedih oke jadi orang childless cam aku ni.

Orang sebok menambah baby.
While us...
What country am I going to next?
Sebok pula nak pikir kemana nak pergi selepas selepas ini kan.
Hurm.
Apa nak buat. Ini je lah yg dapat dibuat tatkala orang lain bergembira dengan berita mengandung, bersalin dan menjaga anak.....
Doa ku, moga Allah terus beri ketabahan dengan ujian yg diberikanNya ini :)

p/s : Tengah berangan utk ke sini. Berangan je lah tapi.. moga jadi kenyataan.  Tengok lah ni.. Ya Allah hai.. meleleh ailiyo.. oke. Mari saving lepas balik Oz nanti.

kredit : Here


p/s/s : Saya rasa tak perlu drop komen suruh sabar..sabar ya.. unless u're TTC'ian more than me (6 years above). Thank you for co-operation





Edit : luahan kami seakan sama hari ni.. so, kalau nak baca luahan saya version panjang, klik sini ya - sini sini sini. Hihi (maaf, mungkin mengguris hati sesetengah pihak, tapi, untuk memahami bagaimana perasaan tu, orang tu memang perlu berada dalam 'kasut' yang sama, bukan hanya memerhati dari jauh)

15 September 2014

Selamat Hari Malaysia [and let's countdown]

kredit : Parlimen
Esok.
16 September 2014.
Hari Malaysia.
Selamat Hari Malaysia, Malaysia.
Cuti lah.
Uols sure ada yg cuti hari ni kan.
Parking area kat ofis ni pun kosong je walau da jam 7.45pg.

Aiols tak cuti.
Next week baru cuti.
Bawa mak f.up check up di Hosp Serdang.
Buat CT Scan lagi ni rasanya. Sbb dah setahun.
Buat CT Scan tu sejuk kan.
This year kena bawak sweater.

Oh ya!
Buleh countdown dah nih.

Wiii...
Eh. Nop. Nop.
Don't be seronok seronok sgt.
Seronok sket je dulu okeh.
Byk lagi tak buat sebenarnya.
Insurans belum buat (dia kata 2 weeks before pun buleh).
Duit pun belum tukau. Patut tukau sesket dulu sbb tu hari ringgit agak kukuh. So, masa tu duit luar rate rendah.
Meals, seat n luggage pun belum beli lagi sebenarnya.
Itinerary belum final (ini sehari sebelum baru lah buleh final).  Rasa macam nak pergi semua tempat, tp jangan tamak haloba. 
Nak beli travel beg baru. Tak pergi carik lagi. Dah survey. Tapi, belum beli lagi. Skrg beg kecik - cabin saiz. Nak beli yg sederhana besar - sumbat baju kedua-dua - myDH tarik, then aku bule bawak beg kecik, utk barang2 shopping. Tu hari pergi H.Kong pun buat camtu. Satu sorang bawak beg tarik. Tapi rasa nak tercabut tangan dan tunggang langgang naik turun tangga bila usung naik tren ke airport tu. (Begitu lah bila travel secara 'beg-tarik' nih)

Bermacam lagi sebenarnya.
Eh. Go Pro pun belum survey.
Eh. Eh. Eh.
Haha. Gilos.
Takde la. Kalau bawak cikNik kena usung tripod juga which aku nyampah sbb nati kena masuk luggage.
Tapi, tapi, tapi.... rugi woh pergi sana, tempat yg cantik heaven gedabom vass tu tak amik gambar guna go pro. Rugi.rugi.rugi.
So, survey Go Pro pun kena masuk list dalam preparation lah. Hihi.

Oke lah uols.
Merepek merepak je nih.
Dah la.
Selamat bercuti sok!

p/s : Mana yg tau, tau lah ai gi mana. Nak kirim barang boleh - tapi bagi duit sana terus lah..buleh??Hohoho. Tapi, corelle cannot la.. weols pun amik luggage kecik je. Sbb kedekut taknak beli luggage berat2. Hahahaha.

p/s/s : Sebenarnya aku tgh jeles tgk abang2 aku bawak family depa p bercuti. Semua pakat antar gmbr kat grup w.app family. Sorang p Legoland, sorang kat Melaka (aaaa... i want Coconut Shake.. Ya hampun.. aku peminat betul C.S nih).  Takpe..takpe.. satu bulan 3 hari je lagi.. takpe....

12 September 2014

Detox, BMI dan JK1M

Hai uols. Salam hari Jumaat. Esuk Sabtu. Ahad. Isnin. Pastu Selasa cuti. Uols cuti eh Isnin? Aiols tak. Sbb 22hb tu mother ai nak pergi check up di Hosp Serdang. So, cuti masa tu lah.

Lama kan saya tak bercerita perihal raw juicing@detox drinks saya. [eh, ber saya saya pulak. Sbb baru baca blog Mya ni.. tu yg ber saya saya jadi nya.. hehe. Hai Mya ]. Ni pun ada idea nak buat entry lps baca entry dia pasal detox.

Saya pun dah tak buat detox every day. Dulu kan siap buat challenge bagai kan. Now.. kegigihan dah merudum. Sket. Sket je la tapi. Takuit uols... sbb aiols amalkan raw juicing ni, memacam perubahan yg weols (#lakibini) alami. Berat badan weols maintain, kulit glowing, jerawat kurang (ni utk myDH.. dulu muka dia mmg la jerawat bagai. Skrg dah oke uols. Kulit pun tak berminyak dah. Ai buat dia je testimoni.. sbb aiols muka takde masalah sgt. Cewah!)

Tapi, tu lah.. kalau tak buat, sure rasa bersalah.
Sbb tu saya advise pada orang yg nak beli slow juicer tu, kalau berjaya buat non stop selama 30hari - then u can buy that thing. If not.. toksah dulu lah. Sbb mahal kot. Bagi saya mahal lah. RM700 utk juicer sahaja kan. Saya beli pun dulu guna duit bonus (thanks PM bagi bonus, tahun ni...?? Cea.. sebokk.... nanti mula dapat cemuhan dari org keja swasta.. gomen ni asyik mintak bonus je.. ala.. takat 5,6 ratus bonus nya setahun..uols tu lagi la.. bonus 13bulan gaji khennn.... hikhikhik)
Takyah pakai slow juicer pun takpe.. tgk org jual2 kat MBO MBG tu takde pun pakai slow juicer nih. Tu pun mujo aiols beli juicer ratus2 je, if aiols datang giler beli HUROM yg 2k tu lagi lah rasa menebal bersalahnya if jarang ber juicing. Hampir2 aiols buat gile nak beli HUROM punya tu ari tu. 

Latest saya buat juicing pada 4 Sept tu hari. See..more than a week tak buat. Apa nihhh....

Saya kalau juicing mmg buah2 "selamat" ja. Haha.
Dah lama jugak tak buat jus sayur. Sbb blender jus saya tertinggal kat kg masa raya tu ari. Alah, kalau tak tertinggal pun tak buat juga. Utk sayur, biasa nya sy pakai blender yg siap bertapis tu. Sbb slow juicer tak buleh masukkan sayur. Sayur ni kita kena tambah air sket baru buleh dia menghasilkan jus.

Saya paling suka jus oren+carrot+tomato. Sedap. Kalau nak lagi sedap, buleh tambahkan asam boi (tak berapa sihat la jadinya).

Tu hari masa ayah sakit kt IJN tu, sempat beli jus kat MBG. Err.. RM6.50 se cup (juice mangga + carrot + pear). Sbb tu saya jarang2 beli jus kat booth jual juicing ni. Sbb rasa cam err... 6ringgit tu kalau tambah sket jadi RM10 dapat stok buah 2,3x juicing jugak. Huhu. Berkiranya kan. Haha. Sesekali buleh la. Kalau hehari.. parah namanya.
MBG ni oke jugak. Kalau jadi ahli dia (RM10-lifetime), dapat la beli barang dia murah sket. Dia ada jual makanan kesihatan. Cam Virgin Coconut Oil, Chia Seed. Rasa nak jadi ahli. Nanti lah. Pergi yg Festival City punya.

Oh. Perubahan semenjak saya amalkan berjuicing lebih setahun ni. Paling nampak - berat badan maintain. Tp kalau niat nak turunkan berat, mmg kena istiqamah gegila. Kalau tidak, maintain je lah. Mmg berat badan ai dalam kelompok normal weigt. dah.
BMI saya - 22.2
Cuma, saya nak turun kan dalam 1 ke 2kg lagi supaya BMI jadi 20++ camtu. Huhu.
Ce uols check kat sini - calculate BMI
Kalau normal, usah risau lah kan.

Now, saya nak try early dinner pulak.
Tukar sket jadual makan. Kalau tak amik heavy breakfast, saya lunch nasi, malam makan roti. Kalau amik heavy breakfast, lunch makan buah ja, petang makan berat pulak lps balik kerja. Gitu lah. Nak cuba.

Exercise je kurang sekarang nih. Ingat nak join JK1M by Kevin Zahri tu. Tapi takde member pulak. Huhu. Ah, jangan kecam pulak kata dah berat ideal, sebok nak kurus..no, bukan nak kurus, just nak tau cara pemakanan yg betul dan exercise nya. Sbb suka KZ punya style yg tak "mengikat" dan takde ikut diet tertentu.

11 September 2014

Thoughtful Thursday : Allah Lebih Kenal


Teruskan rasa bersyukur.

Kerana Allah akan beri bila sampai masanya.
Allah lebih kenal kita.


Belum ada anak, belum bertemu jodoh, belum ada kerja tetap, belum ada rumah sendiri dan segalanya Allah belum bagi, sbb Dia tahu kemampuan kita.

Positif.
Banyak lagi nikmat Allah dah bagi. Satu pintu tertutup bukan bererti semua pintu lain tertutup sama.

#feelpositive 

Dari HDU ke Wad Biasa

Alhamdulillah.
Bapa mertua dah ke wad biasa.
Hari Selasa dah masuk wad biasa.
Bila wad biasa ni, dah boleh orang tunggu / jaga malam.
So, myDH take turn ngan adik lelaki dia.

Nampak my FIL makin sihat. Dalam one week dah masuk wad biasa dan mungkin esuk lusa dah balik rumah.
Ai suspect beliau dapat darah orang muda masa blood transfusion tu. Hihi.
[Blood transfusions are used to replace blood lost during surgery or a serious injury. A transfusion also might be done if your body can't make blood properly because of an illness. - kredit Here ]

But, ada sedikit simptom lah selepas pembedahan ni.
Sblm buat operation ni, aku dah google juga berkaitan bypass surgery ni.
So, ada lah simptom2 yg kekadang buat kita risau.
Tapi, bila dah tahu tu takde la risau sgt.
Antaranya - macam blur dan feel confused.

Dkt ICU, HDU tak nampak sangat tau. Bila masuk wad biasa ni dah nampak.
Sbb kesan bius ke apa, aku belum tanya doktor (mmg susah nak jumpa doktor pun kan kalau melawat petang), tapi bila baca, ia adalah normal.

Dari apa yg di google - aku jumpa yg simple ni.
Kredit : Here
After surgery, it takes 4 to 6 weeks to completely heal and start feeling better. It is normal to:

*Have pain in your chest area around your incision
*Have a poor appetite for 2 - 4 weeks
*Have mood swings and feel depressed (ayah tetiba menangis bila sedara dia datang melawat)
*Have swelling in the leg that the vein graft was taken from
*Feel itchy, numb, or tingly around your incisions on your chest and leg for 6 months or more
*Have trouble sleeping at night
*Be constipated from pain medicines
*Have trouble with short-term memory or feel confused ("fuzzy-headed") - (ayah ada tanya cemna cara nak makan kurma - sebak betul aku rasa time tu..)
*Be tired or not have much energy
*Have some shortness of breath. This may be worse if you also have lung problems. Some patients may use oxygen when they go home.
*Have weakness in your arms for the first month (ayah tak buleh nak pegang sudu nak suap makan - dia rasa macam nak jatuh)

Dalam web [clevelandclinic] pun ada beritahu secara panjang lebar tentang penjagaan selepas keluar. Ayah pun nampak tak selesa bila dia macam 'confuse' - tapi, kami cakap itu normal lepas bedah. Dan aku pun terpaksa mengaku kengkonon lepas aku operation tu ari pun macam tu.

Memang perlu penjagaan yang teliti dan emosi pesakit pun kena jaga.
Moga semuanya dipermudahkan lah. Amin.....

10 September 2014

WW : Makanan Yang Sedap

Aiskrim Magnum.
MyDH belikan. Mujo dia beli yang ni.
Tapi, nak try yg kuning tu. Karamel eh tu?
Sedap beno nampaknya kat iklan tv tu. Krakk.. bunyi nya

Bubur nasi.
Tatau sejak bila buleh telan bubur.
Dulu sgt tak suka dan sgt tak boleh telan.
Sejak dari operation tu hari rasanya.
Dan rasa akak ipar aku buat sedap.
Atau mungkin juga faktor umur yg makin nak melepasi Zohor.
Haha.
Ni beli kat kafe ofis. RM4. Sedap!

Kedai makan feveret.
Rest Ton Phai Kg Baru.
Kat sini servis cepat, order je berdesup smpai.
Tak kira kau order sket ke, byk ke.
Tu ari kami pergi sefamili ngan abg kakak mak semua.
Order pun bagai2.
Tanjat abang aku sbb desup smpai atas meja kejap je.
Tak sempat abiskan kopok pun.
Recommended. Bukan area pintu gerbang.
Tapi, masuk dari Petronas Kg Baru yg dkt kedai arab tu.
Jumpa la kedai ni.
Oh. Dekat dgn Skumvit Kg Baru.


Heh!
Tak jadi wordless jugak. Wordmore lagi. Haha.

Eh. Uols yg follow IG puanstoberi sure nyampah kan sbb gmbr ni macam ulang tayang.
Yang berbeza cuma caption. Huhu.
Aiols dah takde bahan nak buat entry lah.

Wordless : Photobook


Lama kot dah tak ber photobook.
Satu sebab malas nak design.
Satu - manade gi jalan mana dah. Sedih kan. Rupanya last year takde ke mana. This year pun. Eh. Ye ke. Cam tipu je..cam tipu je..









Setelah sekian lama, maka merajinkan diri gak la buat satu photobook. Beli - redeem - design terus. If not, mmg burnt nanti. Biasalah, beli saja dari Groupon (Pixajoy punya).
Malas sangat nak design. Mmg ku design biasa biasa je.
Ingat nak guna template dia je. Ku godek2, tak mahu pulak di donlod. Entah. Salah donlod kut.

Jadi lah tu. Asal ada gambar kenangan cruise nih.

Eh. Kata wordless. Dah jadi wordmore jugak. Haha.

p/s : Beli dua terus photobook nih. Satu lagi utk cuti2 next month. Ngeee..ngeee..ngeee... 

9 September 2014

Edisi Menyampah : Gangguan Dari Telemarketer


Aku tak tahu la nak kata apa.
Tapi, aku mmg cukup menyampah kalau tele-marketer call aku.
Nombor talipon aku yg satu ni (019) mmg la jadi bahan utk tele-marketer call.
Kerap. Sangat kerap.
Boleh katakan seminggu tu paling kurang mesti ada satu call.
Tu paling kurang.
Kalau tidak seminggu 2,3kali pun ada.

Aku tak tahu kenapa.
Mungkin no tu dah tersebar ke merata ceruk alam hatta dunia pun.
Nak tukar nombor - tak boleh, selain aku sayang no tu, nombor tu dah ramai yg tahu, takkan nak tukar dek kerana kerenah tele-marketer nih.

Byk sangat no yang aku dah add dlm black list kt phone aku ni.
No astro, no orang suruh amik insurans, no bank.
Paling selalu call mmg insurans. Allianz ke apa ntah tu. Apa la buat kerja yg buat orang menyampah.

Yer, aku tahu, memang la tu kerja mereka. Carik orang. Itu sumber rezeki mereka.
Tapi, aku rasa sangat menggangu aku. Sangat.
Call waktu ofis hour yg mana kita tengah sebok bekerja.
Eh. Tak sebok pun aku tak suka la.
Senang citer, mmg aku tak suka lah tele-marketer ni call aku. Tak suka. Tak suka. Sangat tak suka. Kira cam kalau lepas aku pick up phone dan dgr dia sebut nama penuh tu, mula la jantung aku berdegup kencang sbb aku tahu itu tele-marketer dan aku sangattt marahhhh.

Minta maaf nak ambik masa sekejap lah apa lah.
Mana yg faham - oke lah kalau kita kata kita ada meeting.
Mana yg tak faham - dah kata nak pergi meeting, tanya lagi kerja apa - abis kerja pukul berapa. Huii..ini lagi menggelegak je dada aku nak maki tau. Ku tahannn je. 

Dah bermacam aku buat.
Aku biar dia cakap sorang2.
Aku pasang CD Yasin, letak phone kat situ.
Memacam dah.
Aku bergaduh pun dah. Yang siap konon boss dia call balik semata nak terangkan produk tu lebih lanjut pastu maki aku balik. E eh. 
Aku tak angkat kang, mana tahu call penting. Mana tahu ada orang call nak bagi cabutan bertuah 40ribu dari Shell tu ke. Ha.. mana tahu.. Hahahahahha. Gila mampuih berangan tak serupa bikin.

Hari ni pun dapat lagi. 2 hari lepas dapat dah. Tapi aku dalih nak meeting, oke lah. Ni pulak yg jenis tak paham bahasa!. Last2 tadi, bila aku kata aku nak meeting, pun dia tanya kerja cemana, ofis hour ke, bila kata balik malam, dia tanya OT ke apa. Eh. Kau ni dah melampau pompuan. Bengap ke apa. Orang dah dalih2 tu makna tak minat lah. Kau mmg keturunan makan cadbury ke. Aku terus off dan letak no tu dalam blacklist. Hiieeee... sakit pulak hati kite ni..... Mmg napak biadap off macam tu je, tapi menggangu masa orang lagi biadap. Orang dah cakap bebaik kata nak meeting (makna tak berminat la kan, tak... nak tanya lagi. Ha, biadap la jadinya)

Eh. Uols. Yang belum kerja atau tengah cari kerja. Tolong lah takyah jadi telemarketer lah. Tolong la sesangat. Aku merayu nih. Seriyes. Takyah la kerja call call orang nak promote produk nih. Ramai yg tak suka kita dari suka. Percaya lah aku cakap.
Pi la carik kerja lain. Banyak lagi kerja lain yg buat orang tak sakit hati.
Kerja jual cup cake pun lagi lumayan. Takpun jual shawl ke tudung ke apa ke. Customer yg carik kita. Takyah hegeh2 nak carik orang. Menyampah lah.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign