Pages

5 September 2014

Pembedahan Pintasan Jantung Ayah Mertua


Semalam cuti. Seharian di IJN.
Bapa mertua buat bypass operation.
Turut iring dari wad - masuk ke OT - tunggu - dan masuk tgk kat ICU lepas pembedahan selesai.

Mulanya aku tak plan nak cuti pun, sbb ingat operation awal pagi.
Tapi, ayah jadi patient kedua. Dalam jam 11.30pg baru masuk. Masa nak masuk dan iring ke bilik pembedahan mmg rasa lemah lutut. Dia bagi la masuk tp ada lah had2 dia kan. Takde la smpai depan muka pintu bilik OT tu. Masa nurse suruh salam tu, alahai... sebak rasanya.

Pukul 4.30ptg baru operation selesai. Hampir 5 jam tu. Fuh.... major operation kot.. bukan minor operation yg aku buat laparoskopi tu. Minor operation pun rasa takut, apa tah lagi yg ini kan.
Kami tggu kat ruang menunggu depan ICU nih.
Pembedahan buat kat block B. ICU ni kat block A. Waris yg tunggu, amik pas menunggu kat kaunter informasi (dia bagi 2, tapi buleh je menunggu 2,3 orang pun). So, kiterang terus tggu lah kat situ. At least, mesti ada salah sorang waris tunggu kat situ. Dalam t.hari kiterang balik solat, makan apa semua. Tp adik ipar aku ada lah tggu situ.

Kalau pembedahan dah selesai, patient dah bawak ke ICU, nanti ada lah guard carik kita. Boleh la masuk tgk - berdua. Then, lps tu kena lah tunggu waktu melawat.
(waktu melawat ICU : 12.30 - 1.30 ptg, 6.00 - 8.00mlm). Ini pun hanya 2 pass je dia bagi. Sekali masuk 2 orang.

Petang tu, dah waktu melawat, kami masuk sekali lagi lah tgk.
Masa tu ayah masih tak sedar.
Woho... lagi la lemah lutut den tgk segala peralatan yg ada sekeliling tu. Tapi, aku, walau lemah lutut, aku boleh la tengok darah yg masuk keluar tu, tgk itu ini. Takde hal. Aku berani je. 

Bila tengok keadaan wad icu tu.. mmg aku rasa keputusan kami adik beradik utk mak last year, 90% terbaik. Rasa cam tak sanggup nak tgk mak dalam keadaan lemah camtu lepas operation. Dan kita pun tak tahu apa condition seterusnya. Dan Alhamdulillah, after 1 year (thn lps appmt kat Serdang bulan 8, tahun ni bln 9 ni appmt seterusnya - setahun dah), mak masih sihat. Masih boleh bergerak ke sana ke mari. Dapat bawak ke Kelantan, Tganu hujung tahun lepas. (Mak bukan ada block kat jantung. Tapi, apa ke namanya.. lupa dah.. ada term dia, last year aku ingat.. ni dah setahun, lupa dah.. huhu).

Pagi ni, kami singgah IJN jap. Rasa tak puas hati ku sbb tak tau keadaan kan. Sbb kat ICU, waris tak perlu jaga. Sbb satu nurse, satu patient. So, tak perlu risau apa lah.
Guard mmg lah tak bagi masuk sbb belum waktu melawat.

Jadi, guard tolong call ke wad, cakap ngan nurse.
Alhamdullilah... ayah dah sedar.
Lega rasa hati. Sbb petang smlm, doktor ada cakap yg buah pinggang cam lemah sket. 

Oh.. ayah mertua sebenarnya takde la collapse ke apa. Dia tahu ada block bila buat regular check up kat Serdang hujung bulan lepas. Buat angio - then tahu ada block (3 tpt). So, terus ke IJN, decide nak buat, terus dapat date. Kiranya dalam 2 mggu je terus operate. Sekejap je pun dapat date. Tu kadang pelik kenapa orang kata kena queue apa semua kan. Ayah pun tidak la serious sgt sakit jantungnya. Cuma, kadang ada macam sesak nafas if cuaca sejuk sgt. Tapi, aku tahu ayah kuar semangat sbb dia yg mmg nak buat operation tu. Aku yg muda ni pun, rasa lemah2 lutut tgk semua, tp dia rilek je. Huhu.

Apa pun, jaga kesihatan, sayangi jantung kita oke. Huhu

Secara ringkasnya - by pass prosedur ni dia amik vein kat kaki then bawa ke jantung. Kira cam buat pintasan jalan baru lah dalam jantung tu supaya darah tak lalu pada tempat yg dah ter sumbat tu. 

Ambik sket dari Wikipedia
Coronary artery bypass surgery, also known as coronary artery bypass graft (CABG, pronounced "cabbage") surgery, and colloquially heart bypass or bypass surgery, is a surgical procedure performed to relieve angina and reduce the risk of death from coronary artery disease. Arteries or veins from elsewhere in the patient's body are grafted to the coronary arteries to bypass atherosclerotic narrowings and improve the blood supply to the myocardium (heart muscle). This surgery is usually performed with the heart stopped, necessitating the usage of cardiopulmonary bypass; techniques are available to perform CABG on a beating heart, so-called "off-pump" surgery.




Gambar juga dari wikipedia.

5 juta komen

Semoga Ayah mertua KekDa sembuh segera....penjagaan lepas buat bypass tu penting. Banyak yang kena pantang makan dan minum, semua untuk kesihatan juga....

Alhmdulillah..
Semua brjln lancar..
Semoga abh mertua ida trs sihat

Ayh mertua akak ade batuk teruk x selepas operation?bb ayh sy batuk die teruk la...almost a month da kluar dr ICU...doktor ckp normal batuk bb kahak...tp ney lme sgt da..risau jugak...die batuk smpai merah² muka...

Ayh mertua akak ade batuk teruk x selepas operation?bb ayh sy batuk die teruk la...almost a month da kluar dr ICU...doktor ckp normal batuk bb kahak...tp ney lme sgt da..risau jugak...die batuk smpai merah² muka...

LAILA AMIRA :

Takde pulak. Tapi biasanya kalau kita operation apa pun, mmg ada batuk2. Tu ari akak pas operation kecil pun ada batuk.

Sakit tu kalau batuk teruk sgt. Cuba nanti Laila tanya doktor balik. Or else tnya doc lain

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign