ICU : Intensive Care Unit
HDU : High Dependency Unit (HDUs are wards for people who need more intensive observation, treatment and nursing care than is possible in a general ward but slightly less than that given in intensive care.)
CCU : Coronary Care Unit (bkn critical care unit yea. CCU bukan lebih kritikal dari ICU. Selalu orang ingat bila masuk CCU dah lagi teruk dari ICU).
Alhamdulillah, ayah mertua dah dipindahkan dari ICU ke HDU. Memula ingat ke CCU, tapi rupanya terus ke HDU. HDU ni bawah sket lah dari ICU. Kira sebelum ward biasa, ke HDU dulu. Separa kritikal lah. Prosedur pembedahan di IJN : selepas pembedahan masuk ke ICU - bila stabil, bawa ke HDU - dah semakin stabil - wad biasa pula. (wad ICU dan HDU waris tak dibenarkan menunggu/teman bermalam. Hanya datang waktu melawat. Waktu lawatan - Tengahari : 12.30-1.30pm, petang : 6.00 - 8.00pm. Masuk secara bergilir berdua. Perlu ambil pass di kaunter informasi).
Ayah memang kuat semangat. Operation hari Khamis. Jumaat tu dah stabil di ICU. Dah boleh minum milo. Petang tu, dah boleh makan bubur pun. Sabtu petang pindah ke HDU. Dah mula boleh bergerak perlahan. Dapat duduk di kerusi.
Aku yang muda ni pun belum tentu dapat kuat semangat juang seperti itu.
Bukan tak pernah alami kan. Masa aku buat laps tu pun rasa cukup lah. Mmg takde selera langsung lah lepas operation tu. Nak abiskan minum milo pun susah. Apatah lagi bubur yg dibagi sebelum balik rumah. Tapi, mujur juga bila balik rumah tu dah oke. Cuma, tak lalu nak telan sup ikan haruan je.
So, wad HDU satu tempat dengan wad ICU kanak2.
Masa bergilir menunggu nak melawat ayah, sempat berbual dengan sorang akak ni. Anaknya operation utk kali kedua. Kali pertama ketika berumur 6 bulan. Kali kedua, sama tarikh dengan ayah (Khamis lepas). Umur 5 tahun. Anaknya perempuan - yg kelima. Aku lihat emaknya sungguh tabah. Bercerita seolah anaknya tak sakit yg serius pun.
Masa melawat ayah, sempat kami singgah.
Oh. Sungguh, aku tak sanggup nak tgk, kanak2 yg baru umur 5 tahun, penuh wayar bersambung kat badan. Mmg anak itu kuat. Mak dia pun cakap macam tu.
Kejap je aku tgk, sbb aku tahan air mata. Takut mak dia nampak. Segan pun yer jugak. Mak dia tak menangis bagai, aku pulak yg sebak kan.
Nampak juga anak2 lain yg sangat kecil (mungkin baru lahir).
Oh. Sedihnya.
Kata husband "Mak budak tu tabah sungguh la kan. Nampak biasa je"
Aku jawab "Allah bagi ujian sesuai dengan kemampuan hambaNya. Cuba tgk kita, kalau orang lain mesti kata tak sanggup nak hadapi 6 tahun tanpa anak kan. Tapi kita oke je..chill je.. hihi"
Kan. Benarlah janji Allah itu. Allah uji sesuai dengan kemampuan hambaNya. Tidak akan dibebani sekiranya hambaNya tak mampu untuk menanggung. Kalau kita diuji, jangan lah terlampau sedih. Sbb, pasti kita dapat harungi.
Ujian datang pelbagai bentuk. Orang yg riang gembira takde masalah pun sebenarnya ujian juga kan. Jangan sesekali 'padan muka' kan orang yg didatangi ujian dan mengandaikan kerana orang tu ada dosa besar sbb tu didatangkan pelbagai masalah. Hari kita, kita tak tahu. Dalam bersorak mengata orang diuji, esok lusa entah apa ujian kita pula (selalu kan orang cakap - tu lah..ada la tu sbb takde anak tu. Cam Siti Nurhaliza, aku pernah napak orang komen - tu lah, amik suami orang, kan dah takde anak sekarang. Tergamaknya hati cakap/menulis macam tu, seolah kita ini hidup selamanya senang lenang).
Apa pun, berulang alik ke hospital ni mmg menginsafkan.
Baik insaf dari segi menjaga kesihatan, mahu pun insaf dengan segala yang Allah tentukan untuk kita.
Dan membuatkan kita bersyukur dari setiap hal.
#puanstoberifeelingpositive
3 juta komen
KekDa....part mengata DCT tu, Yani salah seorangnyer la...i've to admit it. Maybe dulu sebab geram dia kawin dengan suami org....tapi bila kita sendiri dah berada dalam situasi dia, baru kita faham dan insaf....Yani dekat 4 tahun macam2 rasa ada dlm hati...DCT tu dah dekat 7-8 tahun, ntah apa lah yg dia tanggung dalam hati....
Rezeki ni pelbagai kan ida..
Dan bahagian masing2 la..
Ada org kaya raya banyak duit tp xbahagia..
Ada org mcm tu mcm ni..
lumrah dunia..yg pntg kita berusaha dan tawakal padaNya..
Smg ur FIL cepat sembuh...
Kadang tu, tgk kesusahan org lain, memang terasa la kesusahan kita tak seberapa kalau nk dibandingkan dgn dorang kan...
Terima kasih atas komen anda :)