Pages

18 September 2014

Marilah Amalkan Gaya Hidup Secara Sihat

Tu dia.. cam iklan aih. Haha.
Takde la. Seminggu dua ni aku berhadapan secara direct dengan orang yg tak sihat secara serius. Huhu. Secara serius halanya.
Yelah. FIL baru bypass.
Pastu hari Malaysia tu hari, ziarah sepupu (perempuan) kat Hosp Pantai. Dia kena kanser tekak. Dah tahap 3. Aku mmg tak pernah dgr kanser tekak. Entah la. Now everything can cause cancer.

Tapi, kesihatan ini pun naseb kan.
Ada orang bersenam, jaga kesihatan pun masih sakit juga.
Ada sapa entah cerita kt aku, ke aku baca artikel kot. Ada orang tu, dia jaga makan, exercise semua, tp dapat sakit jantung kalau tak silap. Or penyakit yg serius jugak lah. Lps tu dia cam down giler, tak boleh terima yg dia tetap sakit walau dah jaga kesihatan bagai kan.

Itu lah. Keyword dia kesederhanaan. Be moderate.
Jangan itu tak boleh, ini tak boleh. Exercise bagai nak giler.
Moderate je. Islam pun mmg mementingkan kesederhanaan dalam hidup kita kan.

Baca succes story bagi peserta JK1M by Kevin tu, mmg best.
Salah satu tips yg peserta bagi.
Kredit : KevinZahri

10 Amalan Diet Untuk Kurangkan berat badan?
Amalkan makan bijiran, oat
Minum yogurt
Minum green tea
Makan mengikut jumlah kalori diperlukan selalu. (Untuk panduan dan belajar menyusun diet untuk keperluan kalori, dapatkan eBook Kevin Panduan Kurang 5kg 5 Minggu)
Membuat cardio tiap malam or menari
Makan buah-buahan segar .
Eat healthy foods only tapi ada seminggu sekali untuk cheat day.
Kena ingat kita makan bukan untuk kepuasan tetapi makan untuk sihat.
Bangun awal pagi dan jangan skip breakfast walaupun kita tak rasa lapar.
Satu tips yang saya amalkan sampai sekarang elakkan atau kurangkan makanan fast food. Baru saya sedar, bahawa fast food la pembawa kegemukkan saya.



Dan semalam aku beli majalah ISihat (keluaran Oktober). Sbb Yani Batikpink tag aku kt FB - katanya Kekda mesti suka sbb isu bulan ni pasal juicing. Thank you Yani kerana teringat akak. Hihi.
So, beli lah. Lps tu baca pasal Joe Cross. Who Joe Cross ?
Boleh tgk web ni - http://www.rebootwithjoe.com/

Bagus gak web Joe Cross tu tu. Contohnya, ada resepi juicing yg boleh kita follow - http://www.rebootwithjoe.com/wp-content/uploads/2014/03/RBWJ_FREE-3DAY-Quickstart-330.pdf

Kita pilih lah pemakanan secara sihat. At least, utk tingkatkan imuniti badan atau daya tahan badan. Tidak lah bila orang sekeliling batuk, selsema, kita pun cepat je berjangkit. Cakap besar tidak, tp setakat ni Alhamdulillah, daya tahan badan aku makin kuat biarpun ramai kat ofis yg sok sek selsema, batuk tak berhenti. Terima kasih Allah utk nikmat kesihatan ni biar pun aku masih belum ada rezeki utk nikmat lain. Sesungguhnya Allah tahu apa terbaik utk kita.

So, mari amalkan gaya hidup secara sihat. Cewah! Tetiba.

1 juta komen:

Hehu...memang masa beli dan tengok cover depan majalah ni terus teringat kat KekDa....balik rumah cepat2 snap dan upload dalam FB dan tag nama akak....

Neway, thanks bagi link Joe Cross tu...memang berinformatif sungguh web dia tu. Dah jadikan favourite link Yani dah....tq!

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign