Pages

17 May 2013

Makanan Kering Dari Tanah Arab : Berkat Madinah

Hasil belian di Berkat Madinah.
Sebenarnya nak carik tpt jual kurma. Aku tatau kat mana nak beli. Penah tgk kat booth yg kat KLCC tu. Humangaii..rega dia berkali ganda. So, google. Ada jugak yg buat penghantaran. Cam kat web ini -mehr. Tp, cam tak sempat kot nak pos bagai.

So, google lagi. Skali eh..cam kenai ja.. huhu. Blog adik kita sorang ni lah. Yg dah buat bisnes coklat nih. Huhu. - msieda. Dia ada citer pasal dia g kedai yg jual makanan kering timur tengah ni.
So, google maps dan ooo..tau tau.

Lelaju msg myDH, waktu lunch terus pergi. Dkt je pun. Kat Ampang sanun. Kalo dari jln Ampang tu (dari jln Tun Razak), terus je smpai jumpa bangunan Risda. Tk payah nak naik flyover yg gi Ampang Point tu. Kat traffic light bawah flyover tu, masuk kanan. Pastu susur je ikut lane kiri. Nati napak flat ppr. Ada satu lorong, masuk ja lorong tu. Terus je. Carik arah Ampang Residency. Nati napaklah kedai tu. Sebelah kedai mamak.

Memacam ada. Nak gmbr, tgk kat blog dak eida nih. Aku rambang mata jap tgk kekacang yg ada. Dasar sgt kan. Kacang pun nak rambang mata. Tp rega murah la banding tpt lain. Takut2 aku nak amik kacang cerdik tu. Kan kacang tu mahal kalo siap pek tu. Tak amik byk pun. Skali baru 5inggit. Tkpe, nati gi lagi lah. Nak borong lagi kekacang.

Ramai jugak org borong memacam dlm tu. Mmg bes. Semua pun ada. Cuka epal ada. Olive oil ada. Pendek kata semua lah yg dari timur tengah tu buleh dpt kat sini.

Oke la. Dari nak beli kurma. Aku beli madu gak. Kekacang tu. Pastu jus Delima Gulsan (which tak pernah aku nak beli, tp skang kena beli sbb aku nak stop dah makan any supplemen. Takmo byk sgt bhn kimia dah dlm badan nih). Ada gak beli susu almond. Ha.. yg ni memula aku cam nak buat sendiri. Skali terjumpa kat kedai ni. Ini sudah bagus. Beli je. Nati aku share sesama khasiat susu almond tu ya. 

Kedai ni pun oke. Mmg orang arab pun yg punya. Siap bagi diskaun lagik. Hikhik. Bes. Bes. Buleh dtg lagi kan. 

Ni semua jajan yg sihat. So, marilah kita mulakan pemakanan yg sihat. Masih belum terlambat kan. Kenapa aku tetiba beli ni semua. Oke, nanti kita story juga ya. 

Official website Berkat Madinah : http://madinah.com.my/site/

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign