Lama aku tak buat entry pasal novel kan.
Hurm.
Banyak lagi novel sebenarnya aku tak baca. Bukan busy ke apa pun. Cuma, aku lebih suka online. Layan instagram, forum, FB. Selebihnya tido. Haha. Orang takde anak kan.. apa je life dia kat rumah.. haha [sebelum orang cakap ayat cliche' (tak sempat baca novel sbb ada anak), better la empunya diri cakap].
Yang berlonggok kat luar tu lah belum baca.
Yang masih berbalut dgn plastik pun ada lagi.
Yang tebal.
Yang nipis.
Yang belah dalam pun ada tak baca lagi.
Bukan tak baca. Baca. Tapi tak abis.
Heh!
Sbb aku baca, baca, pastu tak masuk ngan jiwa, aku trus pick novel lain. Huhu.
Naseb arr..
Yang Acik Lana tu - pinjam dengan kakak kepada kak ipar. Bertahun dah kot. Tak baca. Haha. Baru nak baca yg Maaf Jika Aku Tak Sempurna tu sbb drama Akasia skrg kan adaptasi citer tu.
Tak boleh jadi, kalau tak baca, aku tak boleh beli novel lain [ye ke..? baru last week sampai lagi satu novel. haha]. Jadi, last week masa cuti hari Merdeka, aku start baca balik novel2 nih.
So, My Indo Chick
Why Marissa?
Sbb aku suka style dia menulis untuk novel Teduhan Kasih. Jadi, aku rasa aku boleh "in" dgn gaya penulisan dia. Jadi beli. Entah bila aku beli nih. Rasa lama dah. Bukan masa PBAKL pun kot.
Oke lah citer dia.
Cinta dari alam kolej, sampai la bekerja.
Si boyfriend - Ray, jejaka hensem idaman semua gadis, ber couple dengan gadis yg digambarkan 'biasa-biasa' - Indah. (tpi aku duk terbayang Indah Harlina pulak. Cisss). Indah pergi praktikal kat syarikat rakaman. Ada orang minat dia pulak. Tpi Indah setia dengan Ray nya.
Masa tu ada la memacam yang terjadi.
Kawan sendiri tikam belakang. Yang dengki Indah jadi kekasih dgn Ray. Rupanya dia yg nak test market. Sudahnya kawan tu eksiden dan meninggal.
Cuma, masa Indah nak kawen dengan Ray tu macam laju pulak citer nya.
Kalau dipanjangkan sket mungkin lagi best.
Kenapa tajuk My Indo Chick? Sbb lelaki yg minat Indah kat syarikat rakaman tu memula ingat Indah tu orang Indonesia. Orang tu mmg suka lagu2 Indon, maid yg dia sayang pun orang Indon. So, kejiwaan dia macam lebih kepada orang Indon. Gitu lah. Huhu.
Sebab dia tak tebal, dalam satu hari aku langsaikan. Huhu.
Sinopsis boleh baca sini : Goodreads
Then,
Asam Pedas Untuk Dia by Nureen Mirza. Mmg aku tak pernah baca lagi buku penulisan author ni. Tapi, tajuk tu macam catchy, so, aku rasa aku suka. Beli kat kedai buku ni kalau tak silap. Tahun lepas kot. Huhu. Baca skit, lps tu aku malas. Haha.
Pastu minggu lepas, sambung balik. Sehari je aku perabiskan.
Ini macam citer biasa jugak.
Cuma bukan dipaksa kawen. Tapi terpaksa kawen. Ala, bila paksa2 ni, biasa lah, harus lah suka juga kan akhirnya.
Cuma, yg berbeza - jarang orang buat citer pasal balu/janda kan. Ha, ni citer balu muda beranak satu. Yang hidup susah. Tanggung mak, anak n adik dia. Keja jadi orang gaji rumah orang. Pastu terpaksa kawen secara rahsia dengan anak majikan dia. Syaratnya - dia tak boleh mengandung. Tapi, biasa lah..novel kan.. ter mengandung juga. Dah orang ingat anak luar nikah.
Masa tu pulak suami rahsia dia dah nak kawen dengan orang lain.
So, dentung dentang begitu begini, happy ending jugak akhirnya.
Best. Aku suka je.
Sinopsis : Goodreads
Apa pun,
untuk kedua dua novel nih, saya tetap bagi hashtag #puanstoberisuka.
1 juta komen:
ishhh geram nengok novel2 kekda..ggrrr
Terima kasih atas komen anda :)