Pages

18 September 2014

Drama : Astana Cinta Aleesa


Sapa follow citer ni?
Hihi.

Ter tgk iklan, eh cam best je.
Pastu last week baru start tgk.
Urm. Boleh la.. boleh tgk la.

Jarang tgk citer TV9 ni sebenarnya.
Sbb macam terlupa.. dia start awal. 8.30mlm.
Time tu kadang myDH tgk berita.
Lps tu mmg jarang je nak tekan 119.

Don't know citer ni adaptasi novel ke apa. Sbb skrg kan asyik adaptasi novel ja.. pastu citer macam sama je lebih kurang. 
Bow-rink!






Oke lah jugak citer ni. Pelakon mostly yg 'freshie'. Muka2 baru. Lead harus lah Emma Maembong. Pastu ada Amyra Rosli (dak ni pun dah byk berlakon, selalu juga kuar tv esp lps putus tunang tu - eh, pehal pulak aku mengikuti gossip artis nih.. tak seswaiii. Haha).

Kisah nya si Aleesa ni kematian anak no. 2 dia. Baby lagi lah. Tersedak susu. Masa tu Aleesa tgh tido, tak sedar anak dia dah mati. So, dia macam salahkan diri dia lah. Cam gile lah lps tu. Datang pulak Leha (Amyra Rosli) ke rumah Aleesa ni, konon nak jaga Aleesa yg sakit. Padahal sebenar dia ada misi nak rampas suami Aleesa, Zariff (Nazim Othman). Leha, Aleesa ni mmg sekampung, satu sekolah. So, dari sekolah mmg Leha ni minat si Zarif, tp Zarif kawen dengan Aleesa. Kat ofis pun Zarif ni ada jugak orang dengki (well, malay drama kan mmg begitu. Tak sah agaknya kalau takde orang dengki).
Skrg episod berapa entah. 8 kot. Baru lagi. So, boleh follow lagi lah. Yg episod terdahulu tu, buleh la tgk online (aku pun missed episod awal2).

Oke la, dari takde apa nak ditonton memalam tu kan.
Setiap Selasa dan Rabu. 8.30 - 9.30mlm (pastu 9.30 sambung ngan 30 minit ustaz Don kat 114 lak. Huhu)


Sedikit sinopsis dari Metro :

Kisah drama ini bermula dengan Aleesa mengandung anak kedua selepas penantian enam tahun. Pada tahun sama, suaminya, Zhariff turut dinaikkan pangkat.

Sahabat baiknya, Zaleha turut menumpang gembira atas kebahagiaan Aleesa yang dianggapnya sempurna kerana mempunyai suami tampan, berkerjaya dan anak-anak.

Malangnya, kebahagiaan Aleesa hanya sementara selepas anak keduanya meninggal dunia. Lebih teruk, Zhariff menyalahkannya atas kematian anak mereka.

Keadaan rumah tangga pasangan itu bertambah rumit apabila Aleesa dituduh mengalami masalah tekanan jiwa menyebabkan Zhariff terpaksa membawanya berjumpa pakar psikatri.

Zhariff kemudian mengambil keputusan untuk membawa Zaleha tinggal di rumahnya untuk menjaga Aleesa.

Namun, tanpa disedari, Zaleha menyimpan niat untuk menghancurkan hidup Aleesa dengan meyakinkan Zhariff isterinya sememangnya sakit jiwa.

Sebenarnya Zaleha menyimpan perasaan terhadap Zhariff dan ingin menghancurkan rumah tangga pasangan itu.

Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, Aleesa dilayan teruk oleh Zaleha apabila di belakang Zhariff.

Justeru, Aleesa merasakan dia perlu melakukan sesuatu untuk mengembalikan kepercayaan Zhariff terhadapnya.

Adakah perbuatan Zaleha akan terbongkar dan mampukah Aleesa mengembalikan kebahagiaan keluarganya seperti dulu? 

Untuk mengetahui kisah selanjutnya teruskan menonton Astana Cinta Aleesa pada setiap Selasa dan Rabu, jam 8.30 malam di TV9.

4 juta komen

me me me..eh layan pulak citer ni..gebu tul emma maembong

tertgk jugak malam td sbb skrg mmg lyn berita tv9 hihihi .. tp kejap jer .. lps tu tukar tv sana sini .. dah sdh habis huhuhuhu .. mmg x mengikuti lgsg.

memula cam folo gak
pastu rasa cam takbest
ni terasa mcm nak folo balik hikhik

Knp xthu nih..copp nti nk tgkk..830 ek..tv9 kan.ok..ok

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign