Pages

22 September 2014

Nasi Kerabu

Uols suka?
Aiols dulu cukup la pantang kalau depa ni jamu nasik kerabu.
Like dah kenapa asyik nak makan nasik kerabu.
Tak best okey! Tak suka!
Gitew. Marah nau rasanya. Tp kau sapa orang nak ikut selera kau yg pepelik tu kan.

Sbb apa ai tak suka?
Sbb nasi kerabu kan kena makan dgn sayur dia tu. 
Ai kan tak makan sayur. Lagi lah kalau orang dah gaul skali. Lagi la cam jenuh nak kuis2 sayur tu. Eh. Itu nasik ulam ek. Haha. 

Ofis ni mmg boleh katakan kerap lah jamu nasik kerabu.

Tapi tu lah.
Orang kata, kalau suka, jgn suka sgt, nanti timbul benci.
Kalau benci pulak, jangan benci sangat, nati suka pula.

Jadi, ni lah yg terjadi.

Tak pernah2 dalam sejarah, isteri incik Ruslan ajak "bang, jom carik nasik kerabu"
Ha. Gitu.

Sebenarnya, aku makan nasi kerabu ni macam ikut step.
Bila dah selalu orang menjamu, maka nak taknak aku kena makan. Tak kuasa pula nak turun kafe beli makanan lain kan. So, aku makan nasi, dengan serunding kelapa (betul kan serunding kelapa?), sambal dia n keropok. Tu pun amik sket je. Mmg tak la aku nak amik ikan ke daging ke apatah lagi sayur. Lps tu upgrade sket. Makan dgn daging dia pulak.
Pastu upgrade makan semua!
Haha. 1st time aku makan abis sebungkus adalah beli di pasar tani Danau Kota. Ha. Best nasi kerabu situ. Letak limau.. ada rasa masam2 sket.

Lps tu bulan puasa pun ada beli sekali dua kat bazar (carik tmpt orang beratur ramai - sbb pikir sure sedap kot. Huhu).

Dan, gambar atas tu bebaru nih saja. Masa FIL kat IJN. Makan kat Kampung Baru. Ala, Kg Baru kan byk kedai makan Kelantan. Selama ni duk Kg Baru tak pernah try pun. Biasalah gitu kan. Dah duk jauh baru terhegeh nak pergi. Makan kat kedai yg dkt selekoh, bebetul depan flat 17 tgkt tu. Not bad jugak lah. RM6 utk atas tu. Tp nasik sebantal. Pitam nak abiskan -_-"

Lps tu, ms abang aku dtg tu ari, bawak beliau makan kat House OF Nasi Kerabu.
Kat Prima Sri Gombak. Dekat je aih ngan umah ai.
Memacam jenis nasi kerabu ada. Yg ni entah apa namanya. Nasi kerabu Naratiwat kot. RM8.50.
Banyak juga. Tak habis juga.
Tauge dia nampak rangup kan. Mmg segar.

Tu hari bila aku up gmbr ni kat i.g, ada kawan instagram dari Brunei tanya apa kah namanya makanan ni. Dan katanya nanti nak try. Yati, if u nak try, kakak bawak kedai HONK ni yerp. Selesa sket. [Ye lah uols, takkan nak bawak kat Kg Baru tu yang sesak mesak tu khen... huhu]

Jadi, begitu lah. Dari tak suka dah jadi buleh makan (takde la suka.. boleh makan saja). 

4 juta komen

hubs baru setahun ni giler makan nasi kerabu..hahahha

dulu tak makan langsung makanan kelate..uhuk

first time jumpa nasi kerabu, masa darjah 6, rombongan skolah ke kelantan. pelik gila tengok nasi color biru.x makan pon. dah besar ni, bila keje pantai timur, baru la try makan...memang sodap! hehehe....

Eyza suka sangat Nasi Kerabu..tapi tak nak letak budu.. sebab tak pandai makan.. :)

owhhh..nasi kerabu yang best kat Ipoh...kat gerai makcik kelantan kat stadium perak....nasi dagang dia pun sangat yummy... mmg terbaik.... hehehee...

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign