Aku tak tahu la nak kata apa.
Tapi, aku mmg cukup menyampah kalau tele-marketer call aku.
Nombor talipon aku yg satu ni (019) mmg la jadi bahan utk tele-marketer call.
Kerap. Sangat kerap.
Boleh katakan seminggu tu paling kurang mesti ada satu call.
Tu paling kurang.
Kalau tidak seminggu 2,3kali pun ada.
Aku tak tahu kenapa.
Mungkin no tu dah tersebar ke merata ceruk alam hatta dunia pun.
Nak tukar nombor - tak boleh, selain aku sayang no tu, nombor tu dah ramai yg tahu, takkan nak tukar dek kerana kerenah tele-marketer nih.
Byk sangat no yang aku dah add dlm black list kt phone aku ni.
No astro, no orang suruh amik insurans, no bank.
Paling selalu call mmg insurans. Allianz ke apa ntah tu. Apa la buat kerja yg buat orang menyampah.
Yer, aku tahu, memang la tu kerja mereka. Carik orang. Itu sumber rezeki mereka.
Tapi, aku rasa sangat menggangu aku. Sangat.
Call waktu ofis hour yg mana kita tengah sebok bekerja.
Eh. Tak sebok pun aku tak suka la.
Senang citer, mmg aku tak suka lah tele-marketer ni call aku. Tak suka. Tak suka. Sangat tak suka. Kira cam kalau lepas aku pick up phone dan dgr dia sebut nama penuh tu, mula la jantung aku berdegup kencang sbb aku tahu itu tele-marketer dan aku sangattt marahhhh.
Minta maaf nak ambik masa sekejap lah apa lah.
Mana yg faham - oke lah kalau kita kata kita ada meeting.
Mana yg tak faham - dah kata nak pergi meeting, tanya lagi kerja apa - abis kerja pukul berapa. Huii..ini lagi menggelegak je dada aku nak maki tau. Ku tahannn je.
Dah bermacam aku buat.
Aku biar dia cakap sorang2.
Aku pasang CD Yasin, letak phone kat situ.
Memacam dah.
Aku bergaduh pun dah. Yang siap konon boss dia call balik semata nak terangkan produk tu lebih lanjut pastu maki aku balik. E eh.
Aku tak angkat kang, mana tahu call penting. Mana tahu ada orang call nak bagi cabutan bertuah 40ribu dari Shell tu ke. Ha.. mana tahu.. Hahahahahha. Gila mampuih berangan tak serupa bikin.
Hari ni pun dapat lagi. 2 hari lepas dapat dah. Tapi aku dalih nak meeting, oke lah. Ni pulak yg jenis tak paham bahasa!. Last2 tadi, bila aku kata aku nak meeting, pun dia tanya kerja cemana, ofis hour ke, bila kata balik malam, dia tanya OT ke apa. Eh. Kau ni dah melampau pompuan. Bengap ke apa. Orang dah dalih2 tu makna tak minat lah. Kau mmg keturunan makan cadbury ke. Aku terus off dan letak no tu dalam blacklist. Hiieeee... sakit pulak hati kite ni..... Mmg napak biadap off macam tu je, tapi menggangu masa orang lagi biadap. Orang dah cakap bebaik kata nak meeting (makna tak berminat la kan, tak... nak tanya lagi. Ha, biadap la jadinya)
Eh. Uols. Yang belum kerja atau tengah cari kerja. Tolong lah takyah jadi telemarketer lah. Tolong la sesangat. Aku merayu nih. Seriyes. Takyah la kerja call call orang nak promote produk nih. Ramai yg tak suka kita dari suka. Percaya lah aku cakap.
Pi la carik kerja lain. Banyak lagi kerja lain yg buat orang tak sakit hati.
Pi la carik kerja lain. Banyak lagi kerja lain yg buat orang tak sakit hati.
Kerja jual cup cake pun lagi lumayan. Takpun jual shawl ke tudung ke apa ke. Customer yg carik kita. Takyah hegeh2 nak carik orang. Menyampah lah.
5 juta komen
Kalau zaza akan terus cakap direct ja.. Saya tak berminat.. Payah la call2 ni..
selalu gak kena...pastu dah tak angkat...google mana list no telemarketer siap buat list eheheh..
Kalau rin mmg trs cakap not interested..haaaa..geram kan
saya selalunya cakap saya nak masuk meeting dalam 2 min lagi..
im chair the meeting...(ahahhaha padahal tipo)
bole ckp dlm masa 2 min?? kalo dia cakap x bole..saya ckp okla..call 5 ptg..pastu dia call 5 ptg..harammm den nak angkat..ahaha
ida salu tipu! HAHA cakap dalam meeting suruh call balik dlm sekian pukul .. pastu pukul tu hp bunyi nan hado ida angkat! HAHHAHHAHAHHA
Terima kasih atas komen anda :)