Pages

Showing posts with label astro. Show all posts
Showing posts with label astro. Show all posts

8 December 2015

Amazing Race Season 27

Dah nak final pun dah.
Aku tgk pun dah separuh.
Tu pun tak sengaja tertekan canel 721 (eh, ye ke tu canel nya. Yg AXN tu lah).
Pastu tgk, pastu kena follow lah sbb best kan.
Dulu selalu gak follow, pastu cam tak tahu dah bila siarannya.
Tp aku tgk yg hari Jumaat punya.

Minggu ni nya siaran depa ke Hong Kong.
Tu hari kat India.
Best lah Hong Kong. Boleh tgk balik kawasan2 Hong Kong.
Rindu nak travel!

Semua peserta
Team mak-anak. Comel tau.
Tapi dah terkeluar last week.
Tapi, mak dia okay ja. Semangat!
Yang ni geram.
Asyik menang je. 7x dapat no. 1
Suka team ni. Depa ni macam underdog lah. Asik macam last gitu.
Tapi, dapat gak smpai final 4.


All photos credit [cbs.com]

7 December 2015

Lagu Minggu Akhir Gegarvaganza 2015

Finalis Gegarvaganza
kredit [mysumber.com]

Lagu

Siti Nurdiana - Putus Terpaksa (Ziana Zain)
Nasier Wahab - Gelombang Cinta (Heavy Machine)
Ezad Lazim - Nurnilam Sari (Search)
Acong - Seruan (Lefthanded)
Haiza - Puisi Cinta (Ilusi)
Faradhiya - Janji Manismu (Aisyah)


**
Alah, kakyan terkeluar pulak.
Wakil org gomen tu. Haha.
Kelakar jugak malam tadi punya.
Esp part Dato Vida tu.
Jihan kata risau dia bila Dato Vida pegang mic.
Jangan kata Jihan, aku pun naik risau.
Lagi kelakar tetiba Dato Vida kena nyanyi mashed up dengan Jihan n Nabil next week.

17 March 2015

Downgrade Pakej Astro

Superpack to Value Pack.
At last!
Lama dah berfikir fikir.
Ini kali kita tukar lah.

Lagipun, semenjak dua menjak ni selalu je Astro ni buka semua channel dia - bagi tgk free. Bebaru ni 2 bulan kot dia bagi free. Sebelum ni pun ada.
Aish. Kita bayar memahal nak tgk semua, tup tup selalu je ada free.
Pastu pulak setiap they so called 'rancangan realiti' semua pun hadiah ratus ratus ribu dan kalau dihimpunkan semua, nilainya mmg hampir jutaan. Ke mmg dah berjuta? Mana dapat duit tu? kita lah yang bagi. Heh.
Oh. No. No more. No more. No more.

Simply je kita bagi duit ke dia. Walhal kita bukan tgk pun semua channel. Beratus channel sampai tak tertengok. Yang abgcik aku la, dia siap cakap "takde citer best lah Asto ni". Ya hampun, dah ada beratus channel buleh kata takde citer best. Kalau camtu, mmg dah kena terminate je le. Tapi dia tak nak pulak terminate. Katanya anak2 dia nak tgk sport lah, korea la, cartoon lah.
Best, mmg la best, tekan dari no 101 smpai 999 - buleh katakan semua lah ada. Tapi, bukan tiap hari pun tgk. Lagi lah kita yang kerja sampai petang ni kan. Abis awal buka tv pukul 6ptg. Tapi, jarang. Pastu weekend, kadang takde kat rumah. So, sudah lah tu bayar seratus lebih tu. Cukup. Cukup. Cukup sudah.

Tapi, hampeh juga Astro ni. Orang nak downgrade pun kena caj juga.
Terhapa sangat. Switch fee katanya. RM10 (bahagian bawah skali dkt bil nih. Ni bil latest weols.


Dan satu lagi, if nak downgrade/tukar pakej, kita kena call dia lepas kita settle buat bayaran bulan tu.
Sbb biasanya bil dah keluar awal bulan.
Jadi, kalau awal bulan kita call kata nak downgrade, dia suruh tunggu jugak bulan depan. Sbb bil dah keluar. Bukan buleh jam jam tu kita nak downgrade, jam jam tu dia potong.

Now dah takde la SuperPack. Bermula 1 Mac tu hari. No more ESPN bagai, HBO bagai. Tengok je lah channel yang ada kat Nilai pack tu. Termasuk jugak Indon punya pelangi apa ntah tu. Yg tu taknak, tp dah termasuk dalam pakej. Lantak lah dia situ.
Kami downgrade ke Nilai Pack. Dalam RM83/month. [link : value pack]


Penjimatan dalam 40% tu. 
Kalau buleh nak je ambik yg family pack tu je. Yang RM39.95 tu.
Tapi, rugi plak takde HD punya siaran kan. Nak maintain HD, kena jugak la amik Nilai Pack tu.

Boleh la tu. Okay lah dari bayar dkt nak 2ratus.
Ini kang dah GST ni kang dia naik lagi.
Padahal last year 2x kot dia naik.
Dah melampau sampau dah astro ni.

Better lah kita review balik.
Kalau nak try2 beli ikut apa yg kita nak buleh tgk sini. Tapi, biasanya lagi mahal pulak jadinya. Huhu. [link : Astro Shop] Atau amik je Njoi tu.

Oh ya, sekarang ni kalau terminate Astro dia suruh antar balik dekoder eh?
Piring ni antar sekali ke?
Aku tu ari tak kena antar pun. Siap aku jual kat apek "suratkabar lama" tu. Dia beli lima hinggit. Muehehehe.

p/s : Katanya bulan Jun 2015 Astro dah ada pesaing yer. Bagus lah tu. Mesti ramai yang terminate nanti tu. Yang aku dah downgrade ni tak pasti pulak cemna nih. Ada kontrak semula ke cemna ntah. Apa pun, mmg aku dah lega banyak tak perlu bayar ratus2 dah.
Link [Saluran Digital RTM]

21 January 2015

Astro : Downgrade atau Terminate.

Lama dah aku pikir2 ni. Dari masa dapat surat yang kata bil bulanan naik 5hinggit tu
Sebulan 5hinggit, setahun 60hinggit.
Wah. Lepas tu Astro bagi pemenang rancangan dia ratus2 ribu.
Kan??

Tapi, tu lah, suppose Astro ni bukan lah "keperluan". Lebih kepada "kehendak". Bukan dia paksa pun kita guna. Ye, mungkin tv kita senget benget gambar nya if pakai arial biasa tu, tapi ada je option utk ambik paling murah kalau langgan Astro ni. Atau amik njoi. Kan? Tapi, takde nya nak. Nak jugak superpack segala. Macam yang viral orang call kutip hutang bil Astro tu. Dah sampai berhutang hutang, lambat bayar segala tu, aku rasa better lah di tamatkan je. Itu namanya dah bukan keperluan asasi dah tu.

Okay, now kami langgan superpack. Ni sejak pindah tu ari lah. Dah abis pun kontrak 2 tahun. Ambik sbb nak ambik PVR. Masa tu cam ada promosi PVR lah. Tapi, PVR ni pun hampeh jugak. Kadang rancangan kita tak record pun dia record. Yang kita record, entah pergi mana. Menyampah pulak. Cuma yang aku suka PVR ni dia buleh pause tu, so kalau tgk citer apa ke, nak gi toilet, pause lah dulu. Pastu kalau kita rekod tu, masa iklan buleh la laju kan. Itu je lah kelebihan yang aku suka.

Superpack dulu RM141.00 (eh, ke RM140.40 ah, aku biasa bayar maybank2u jadikan RM141.00 ja) . Now dah jadi RM146.30.  

Kalau ikutkan banyak tu. RM146.30 per month. Purata tengok tv kat rumah kalau weekday dari jam 6.00pm - 12.00am. Lebih kurang lah kan. Kadang ada balik lewat. Kadang tidur awal. Katalah 6jam per day. Kalau weekend tu lama sket lah tgk tv. Tapi, kalau weekend pulak jarang ada kat rumah. Biasanya weekend harus merambu ke mana mana. Dalam sebulan, purata takde kat rumah dalam 3 hari. So, 146.30 tak buleh bahagi dengan 30 hari, bahagikan dengan lebih kurang 27 hari saja. Jadi - dalam RM5.42 sehari. Ha. 5 ringgit lebih utk tengok tv saja. 
Aku bayar bil elektrik kat rumah pun tak sampai RM100 sebulan.


Lps tu kalau hujan pun mmg hazab lah kan. Tengah syok syok tgk citer hindustan, tetiba gelap.. konghajo sgt kan. Cis. Cis.

Harus kena review balik ni.
Nak tamatkan macam akak surirumah yang terminate lepas tu pakai Njoi yang citer dia dah viral tu, macam I can't pulak. Huhu. Ye lah, rugi lah tv HD ai khen... hiwhiwhiw.

Yang buat berkira kira nak tamatkan superpack ni adalah sbb Sukan n Movie. Hey, sukan tu myDH bukan tgk sangat pun sebenarnya. Lps tu movie. Tu ai lah punya feveret sbb kan kalau takde citer best, boleh la tgk channel tu. Tapi tu lah. Bukan hehari tengok pun. Lagi la yang beratus2 channel lain. Dalam learning / kids bagai tu mmg jarang amat lah tgk.

Jadi, rasanya nak downgrade ke Value Pack. Cumanya nyampah pula ada Indo Pek dalam tu. Tapi, lantak kan situ lah. Nak tgk, tgk, taknak sudah. Harga RM80. Termasuk tax segala - RM84.80. Ada HD. Tapi kat Mustika je lah tgk HD. Huhu
Kalau downgrade kan, penjimatan dalam RM65.90.
Wah. Lumayan. Boleh buat duit tabung ke Holland nih *tetiba*

Rasa, mmg have to lah.
Kena jugak sbb melampau lampau Astro ni.
Kerap sgt dia naikkan harga.
Lps tu iklan pun dah banyak. Qu puteh la, terlajak laris lah. Rimas.
Tp kalau lepas ni dia naikkan lagi, harus aku terpaksa ikut jejak akak surirumah tu. Guna njoi. Takde HD pun takde lah. Lantak. Huhuhu.

8 December 2014

Pencetus Ummah Musim Kedua

Ada sesapa follow?
Aku tak la follow sgt. Musim pertama pun tak tgk.
Tapi yang kedua ni cam best jugak lah utk di follow.
Cuma, biasanya aku follow after 10pm. Dia start 9pm - setiap Khamis. Oasis n Maya (ke Mustika) HD.
Hari Khamis ni dah minggu kelima.
kredit : Munsyeed

Tapi, walau aku tgk after 10 pun, aku tetap dpt tgk 2 p.u feveret. Selalunya derang ni mmg last last keluarnya.
Cea. Ada PU feveret la pulak. Haha.

PU feveret weols (asben ai pun suka juga)
PU Azman. Sedikit biodata beliau [link : PU Azman]


Apa yang menarik sbb dia gunakan loghat Negeri Sembilan (tp kat biodata dia, asal KL).
Tapi, masa minggu ke3 [link video : Mimbar minggu ke3 - PU Azman] dia kena tegur ngan ustazah Zawiah (kalau tak silap aku), yg jadi juri masa tu. Katanya jgn guna sgt perkataan cam omak kau, bapak kau, bunyi cam kasar katanya. Lepas tu dia cam nak menangis dah. Tapi, rasanya rata rata orang suka je. Masa tu dia jadi juga pilihan pendengar Sinar FM. Minggu sebelum tu pun dia dapat. Eh, okay pun. Dun worri PU Azman, weols suami isteri yakin uols buleh ke final. Insyallah.. ! "Moh deraih gi ngaji"

Second, yg weols suka adalah PU Faiz
Kelantan pekat ni [link : Biodata PU Faiz].
Tapi, sbb dia mmg ustaz kan, so, mmg ada tokoh la bila dia dibagi tugasan.

Best bila tgk derang ni jawab soalan spontan tu. Dari penonton, dari juri ke. Last week, ada sorang dapat soalan dari penonton (tp abang cameraman yg tanya), dia tanya kalau dia kena kerja dari jam 7mlm -9mlm, cemna dia nak solat Maghrib. Nak jama' ke cemna?
PU tu jawab - kalau buleh carik kerja lain. Aduyai. Yang murabbi depa dah geleng2 kepala ja. Masa tu ustaz Don jadi juri. Dia cakap "toksah la kata suruh dia carik gheja lain, sat gi dia pi gheja lain, sapa pulak nak amik gambaq hang?' Ustaz Don kata - kalau keadaan camtu, boleh je solat kat situ..cari tempat diyakini  bersih. Kan.. senang. Mula aku ingat jawapan dia boleh jama' (bukan jama' qasar yg utk musafir tu. Jama' sahaja). Tu lah. Bagus juga tgk rancangan agama cemni. Buleh refresh dan buleh tahu juga ilmu agama yg kita tak tahu atau kurang tahu tu. Tak salah pun kan.

Cuma kalau "berbulu mata" dengan Fizo, susah sket la kot. Sbb pengacara dia Fizo. Pastu every week pun si Mawar tu ada jadi penonton. Fareeda jadi penaja ke tatau lah pulak kan.

Tapi, sekarang ni Keluarga Iskandar dah tukar pulak hari Khamis pukul 10.30pm, jadi.... ter pesong juga tgk Keluarga Iskandar. Huhu. 

30 September 2014

Keluarga Iskandar 2


Sekarang dah ada Keluarga Iskandar 2.
Uols tgk?
Aiols tengok.
Dan suka tengok.
Kadang yg ulang pun tengok juga.
Hihi.

Best sbb dia buat style cam amik video je kan.
Yg last week episod pertama utk season 2 nih.
Mak and abg Long pindah rumah. Pakwe si Acu yg ringan tulang tolong itu ini smpai abg Teh derang annoyed. Rajin nau. Yang kelakar si Kak Ngah ingat dia pregnant, rupanya tak. Buat UPT - dapat satu line - dia kata pregnant. Hahahahaha. Bengong je. Lps tu 8 bln malu taknak pergi rumah mak dia.

Pastu aku suka sbb adik beradik dia sama cam aku.
3 lelaki, 2 perempuan. Eh. Tapi rasanya ada lagi sorang adik beradik derang ni kat luar negara.

Sekarang dah episod 2.
Dia setiap hari Isnin - 10.30pm - Maya HD (Prima pun ada kot.. entah, tak tahu).

Semalam punya lawak.
Hahaha.
Semua terkejut Alan dah cerai.
Mak dia lagi la.. cerai! cerai! cerai!
Yang si Alan buleh buat selamba je.

Tak sabar tggu next week punya.

2 September 2014

Drama Astro : Nostalgila



Uols dah tengok?
Drama masa hari raya tu hari. Kat Astro First. Kena beli maaa.....
Aiols je lah yg tengok selepas raya ni. Huhu.



Ingat nak beli kat Astro First lps tgk behind the scene dia. Sbb rasa cam best je nih. Pastu cam tak sempat je. Pastu apa lagi.. kita amik je la kat orang yg selalu meng-donlod citer nih. Huhuhu.

Best la wey.. klaka.
Walau cam rasa eley, citer cliche hari raya, asal hari raya mesti ada cerita orang tak dpt balik kampung, lepas tu tumpang sana, tumpang sini.
Tapi, ni walau mmg lebih kurang citer camtu gak, tapi best dan selamba.


Eh. Yang jadi Haq ni sapa eh?
Tak perasan citer apa dia pernah berlakon. Tp best.
Dan Cristina Suzanne dalam ni pun nampak comel. Sebelum ni aku kureng sker dak ni berlakon. Tp dalam citer ni napak best pulak.

Paling kelakar yg buat aku gelak sesangat adalah part derang kat BHP lepas tayar kereta kena curi tu.
Keluar Yasmin Yusoff, lps tu si Haq cakap "puan, tolong cakap 'Dang Wangi' "
Hahaha.
Yasmin Yusoff cakap sebijik sama macam style dalam LRT tu. Muahahaha. (eh, mmg guna suara dia ek dalam LRT tu. Hahaha)

Oke lah. Enjoy2 citer dia.
Selamba dan kelakar.
Punya la ramai pelakon dia.
Pulak tu pelakon yg best2 pulak tu.

Sapa tak tgk lagi, sila la tengok. Best kot.
Carik je kat memana, sure buleh tgk.

Jadi, kita bagi hashtag #puanstoberisuka

p/s : Ai is busy dengan waran jawatan yang baru sampai.

6 April 2014

Misteri Panggilan Telefon Dari 052205800

Ha. Misteri katanya.
Siapa pernah dpt call dari nombor ini?
Tiada?

Oke. As for me yg mmg selalu diganggu tele-marketer ni, mmg nombor ni naik call haku.

Itu adalah nombor Astro ya.
Yer. Mmg nombor Astro.
Aku tak tahu lah kejadah apa dia menggunakan nombor 05 yakni negeri kelahiran aku tu.

Pelik betul lah.
Dan bila google - ramai yg kena dengan nombor ni. Really Annoying.

Memula 2,3 kali dia call. Aku tak pick up. Ku biarkan je.
2 hari selepas tu dia call lagi.
Aku jawab.

Rupanya dia dari Astro dan nak cakap ngan abang aku.
Hawau tau Astro nih. Ha. Kan.
Dah berbuih mulut aku suruh update data.
Suruh delete nombor aku tu.
Nombor tu bukan atas nama abang aku. Itu nombor aku.
Kisahnya dia suspect nombor tu abang aku punya, sbb memula dulu, dulu la.. dulu... tahun 2004 camtu, abang aku masukkan Astro kat umah kampung. Nama dia. Pastu bila aku kerja KL, aku suh tukar nama n alamat utk mudah hantar bil. Tapi, aku dah terminate dah pun bil tu 2 tahun lepas.
Yer. 2 tahun lepas. 
And such a big company yang kebuluq sgt customer, dia punya modus operandi, dia tak delete no phone kita. Lantak lah kalau Astro menafikan hal ini. Tp aku amat yakin ini dia punya modus operandi. Walau dah terminate, dia akan terus menghantui kita. Hingga ke akhir hayat. Ini macam hantu kak limah pun yer ni. Mmg hantu betul Astro nih.

Awas la engkorang yg pernah register nombor phone korang ngan Astro.
Sesilap kita dah meninggalkan alam fana ni, dia masih carik kita. Percaya lah.

Tu hari, laki aku dah ugut2 orang Astro tu suruh delete. Dah takde terima call dari nombor yg tu. Setakat ini lah. Esok esok tak tahu lagi tu. Yg ini nombor dari Perak pulak. Punya nak nak jugak bercakap kita. Kita tak angkat pun telepon lagi. Ada aku baca, ada orang tu 29kali dia call sbb tak berjawab. Gigihnya Astro. Mungkin orang yang call ni dapat komisyen.

Aku siap cakap, Astro ni mmg mengganggu betul lah. Dah beratus kali saya suruh delete nombor ni, itu nama abang saya, kalau tak delete, atau dapat lagi call, saya saman Astro.
Ha. Kau. Limit. Geram.

Aku try nak hantar emel kat Astro.
Rupanya Astro tak pakai emel utk sebarang complaint.
Siap ada form. Yg mewajibkan isi no phone n nombor IC kita. Itu pun terhad 500 patah perkataan. Berlawak ya Astro. Aku dengan UMobile, siap berbalas balas emel - panjang2 pulak tu. Apa takut ke orang nak hantar emel?? Takut lew tew... 
Wah. Satu lagi modus operandi dia yg cantik sangat kan. Sesenang je mintak IC kita.
Mmg sorry lah aku nak bagi. Sesilap dijadikan butiran kita utk promote barang dia.
Jadi, ini sajalah medium yg paling sesuai digunakan.
Dan Astro yang budiman.
Tolong. Tolong. Dan tolong.
Jangan ganggu aku lagi.
Aku pun sekarang dah guna apa menda yg kau nak promote.
Beyond ke, HD ke, PVR ke apa mak nenek tu semua dah ada.
Dan aku tak kebuloq dan tak hadap IPTV ke apa menda ntah tu.
Tolong ya.

Sekali lagi kau call, aku sanggup mintak cuti dan terus pergi complaint kat pejabat Astro.
Sekian.


Yang benar,
Saya Yang Dah Sangat Muak Nak Terima Call Dari Astro

1 February 2014

Borak Borak Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta #2

Minggu ini drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta (BKATC) makin menarik.
Jebat pun dah nikah ngan Mastura.
Tapi nikah gantung. Atok Mastura suruh nikah tapi lepas 2 bulan baru kenduri.

Dan Mastura pun biasa la. Datang la gedik dia kan.
Tapi, intim betul derang yg adegan lepas nikah tu kan.
Yang dalam bilik Mastura tu.
Takut ai nengoknya.
Siap peluk ketat2..
Awwww....
sharnaz, jebat, mastura, drama bukan kerana aku tak cinta
Ni yang aku capture la kan.
Kalau tgk #bukankeranaakutakcinta kat instagram lagi byk yg orang buat screencap.
Mmg adegan tu ramai yg suka kot. Ke ramai menyampah?
Tapi oke la gedik dia. Takde la gedik yg menyampah tu. Gedik manja.
Pandai gak la Nelydia bawak watak tu. Aku takde masalah. Suka je. Hihi.

Mmg klaka pun part dlm bilik tu.
Seme tora ding dang masuk. Haha.

Next week punya pun bes.
Jebat teman Mastura gi dinner. Pastu nati dia jumpa kawan lama dia masa dia jahat dulu.
Ah. Panjang lagi ni wes... memacam onak ranjau duri derang kena tempuhi.
Apatah lagi bila Mastura tahu Jebat ada tatoo tu.

Nampaknya ramai dah terJEBAT nih. Hihi.
Dan ramai terus beli novel dia sbb dah tak sabar nak tunggu ending.
Haha.

Sebbek ai dah lama abiskan novel tu. Ngehehehe.

*Ariana Rose a.k.a Wedding Breaker pun tak berusik lagi novelnya. Aku tak berapa nak suka plak citer tu. Semua la pulak suka gile ke Ariana tu. Haih. Cliche..cliche..

23 January 2014

Borak Borak Drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta

Ah. Tgh sebok nih. Tgh wat final semakan candidates untuk interview next week and next month. But, nak gak borak2 jap.
Pasal drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta.
Being me yg tak suka cerita pompuan yang lemah asik menangis - gaduh lepas tu baik pastu gaduh balik - hero hensem nak mampus - kawen kerana terpaksa lepas tu jatuh cinta. Drama ni mmg kategori favourite aku lah. But... no.. itu tidak bermaksud aku suka plak perempuan yg gedik2 macam perigi cari timba.

Bila nonton drama ni aku jadi suka plak kat Sharnaz. Heeheeeheeeheee *gelak slow jeeeee*

Patut la Shila Amzah jadi tak tentu hala masa clash tu ari kan.
Aku rasa cam Sharnaz ni mmg bawak watak dia sendiri lah jadi Jebat tu. 
Dan Nelydia pun not bad (aku tak follow sgt drama Setia Hujung Nyawa).


Sweet lah semalam punya episod. Bestttt.. tak sabar nak tggu next week.
Oh. Bukan aku je hardcore fan drama ni. MyDH pun samo.. kihkihkih.

Yang episod sebelum tu pun bes. Yg kat spital tu, bila Mastura kata Jebat hensem. Pastu Jebat kata 'aku pun tak tahu la kejadah mana hensem tu' Hi.. ailoike tau.
Pastu semalam sweet masa dia bawakkan sup ubat utk Mastura. Sup oink, oink. Pastu napak derang cam nak gelak. Hahahaha.
Pastu yang masa dia nak ajak Mastura kawen tu.

Hoi! 
Aku suka lah pendek kata. Hahaha. Giler.


Tak mengapa. Mari kita tgk gegambar dari instagram Sharnaz. Mereka berlakon ni mmg agak intim. Patut la Qi jeles tu hari kan. Hihi.

sharnaz ahmad, jebat




Haih. Panjang lagi citer ni. Kalau ikut novel, belum half pun dari novel.
Memacam la onak ranjau duri yang mereka akan tempuhi walau dapat kawen.
Kalau tak sabar, sila la beli novel. Hihi.

Oraits. Tu je lah.

8 November 2013

Bil Astro Naik : Kita Tiada Pilihan

Tu hari seme dah heboh bil astro naik harga.
Tapi takde kesempatan nak buat entry lagi.
Mmg pening kepala memikirkan nya. Sakit hati pun ada.
Sbb pikir kenapa la buat kita cam ni.

Ada yg feedback. Taknak bayar, boleh terminate/downgrade/ etc etc.

Ye lah sangat tu. Sangat sangat yer.
Macam kan tak tahu semua menda berkaitan dengan telekomunikasi ni ada kontrak. Dan rata rata 2 tahun kontraknya. Be it la bil talipon ke broadband ke apa ke. Semua nak buat syarat paksa-rela. Ye lah. Konon je macam pengguna ada pilihan. Tp cakap boleh la. Dah mmg kita nak perkhidmatan dia. So, kita have to. And have to guna smpai 2 tahun, walau belum cukup 2 tahun kita dah tak hendak perkhidmatan tu.

Aku geram bukan takat Astro, tapi Umobile jugak. Ye, aku akui dulu aku satisfied dgn service dia. Bband laju (kalo kat KL lah..tpt lain I dunno). Skrg dah hampeh. Langsung tak boleh connect pun ada. Jadi, aku nak downgrade kan lah pakej dia. Utk line phone aku d.grade dari 5GB ke 1GB sahaja. Nak buat apa pun kalau data plan aku guna hanya utk insta / w.app sahaja. Jadi, d.grade. Bila dah d.grade, itu pun nak kedarah duit orang. Pakej lama (5GB) tu aku attach 2 tahun. Settle dah pun 2 tahun tu. Dah d.grade ni, patutnya tak perlu la kontrak 2 tahun lagi sbb dah retain customer. Takkkk.. dia buat juga 2 tahun. Maksudnya, dengan plan baru ni pun nak taknak ko kena amik jugak 2 tahun. Kata lah ko nak terminate sblm 2 tahun, mampuih la ko bayar balik total baki bil 2 tahun tu. Senang kan nak cepat kaya dengan mencekik darah orang. Tu aku kata - paksa rela utk terima term n condition mereka nih.. Bila cakap pasal ni aku rasa hangin je. Aku tak kesah pun nak d.grade sbb aku ada pakai satu lagi nombor. Tp bila dah jadi camni, aku rasa aku dah buat keputusan bodoh. Suppose aku terminate je. Ni satu hal nak tggu smpai 2015. Hiiii.... mmg rasa geram jeeee... 

Lps tu Astro pulak buat hal cemni. Orang kata, kita ada pilihan. Terminate, atau amik pakej lain.
Hoi! tak tahu ke Astro ni pun ada kontrak 2 tahun.
Haaaa... aku pasang masa rumah baru. Dan maksudnya kurang lebih setahun lah guna. Ada setahun lagi. Jadi, sila bagitahu celah mana aku buleh terminate?
kredit : Astro

Dengan antara alasan utk tambahan channel, dan boleh tgk 64 siaran langsung FIFA 2014 next year aku mmg rasa tak buleh nak terima. Tapi apa daya kita? Ada daya? Takde kan. So, telan... mamah je lah.. naik harga.. naik lah....



kredit : Astro

Orang kata lagi - dah kau tak mampu nak bayar, amik pakej sport buat pe?

Ooo.. gitu.. bukan masalah mampu tak mampu oi. Dah masa tu pun kononnya superpack tu dah cukup murah.. kalau tak amik sport pakej pun, pakej lain tu lebih kurang harganya, jadi diberi pilihan ambik je termasuk pakej sukan (masa ni pakej termasuk PVR).

Masalah nya sekarang, naik harga dekat nak RM10 dengan notis 1bulan (ala.. even takde notis pun, org yg masih ada kontrak cam aku ni, ada kuasa ke kata taknak bayar?). Suppose, kalau pengguna dah sign kontrak utk beberapa tahun, dah tak buleh simply2 naikkan harga. Tapi nak buat cemna, kat TnC mmg akan ada terma yg mengatakan harga mmg boleh naik. Takyah baca pun tahu. Patut tak buleh nak ada term camtu, tapi siapa kita nak kata tak boleh - konsep dia 'take it or leave it' kan. Ko taknak accept terma tu, kau berambus carik sykt lain..atau kau pakai lah arial tulang ikan tu. Yang kadang2 gmbr pun jadi bintik2 atau pun gambar yang senget2 muka orang berlakon ter tarik2 ke tepi.

Patutnya utk orang yg masih ada kontrak ni, bagi lah habiskan kontrak tu dulu. Sbb ni dah macam terpaksa. Nak terminate dah tak boleh. Katakan org tu amik pakej super pack pada Sept 2012. Maka, tak perlu lah kau tambahkan channel lain dalam pakej dia. Biarlah dia habiskan kontrak selama 2 tahun tu dengan harga yg dia install pada Sept 2012. Tak boleh ke gitu? Mmg la tak boleh kan. Kang cemna nak bayar gaji pekerja, duit setelit, duit nak beli rancangan, duit tambah channel, duit itu duit ini.... 

64 siaran langsung utk FIFA.. aku rasa 10 pun tak tentu laki aku tgk.
Skrg ni pun aku 'paksa' dia tgk sport tu sbb aku tahu, yg mahal mmg channel sport tu.
Rasa nak terminate je sport tu.. tggu lah habis kontrak nati (see.. kita mmg nak terminate tp kita takde pilihan. Sedih btul. Tapi mereka paksa pulak kita bayar sampai abis kontrak. Lantak kau lah situ ko menonton ke tidak.. itu kau punya pasal)

Jadi, utk Astro ni, apa daya kita? Akur je lah naik 8ringgit. Apa lagi nak buat? Nak doa solat hajat agar tak dinaikkan? Harapan laaa..... harapannn... tggu je la bila ujung bulan nih.  

Phewww... 8 ringgit yer.. bkn 8sen.. besar nilai tu.. takpe lah.. ada 1 year lagi, pasni kita review balik pakej apa nak. 

(keratan akhbar 6 Disember 2012 : Astro Untung 3.1 bilion)

19 June 2013

Time is Money, Time Is Power


Semlm tgk movie In Time. Org lain berkurun dah tgk kan. Citer tahun 2011 kot. Justin Bieber Timberlake berlakon.
Ya lorh... sejak2 m.c sebulan ni byk gak movie aku dpt tgk. Tak kat HBO, kat Fox. Tp kat Cinemax kureng. Sbb dia takde HD punya. Suka tgk yg HD punya ja. Hamboih..ckp macam berentam napak. Haha. Yang TV3, TV1 hatta TV9 yg gmbr cam kelabu2 tu tgk je kan. Hoho. Takde lah..kalau ada pilihan, pegi la tgk yg lagi clear. Kalo tk, bakpe guna pakej itu kan. 
Ala, kalau kerja mmg limited time tgk tv. Berapa jam je ada kat umah. Kalau ari kerja tu dingdongdingdong dkt 12 jam juga takde kat umah. Pastu ada la dlm 3,4 jam je masa utk menonton. Kadang myDH layan drama. Dah kul 10 baru tgk movie apa yg bes. Kadang tido lagi bes. Dah cuti cemni, tgk je lah. Aku igt nak la try follow citer2  kat 393. Ada yg kata byk drama bes. Hurm.. napaknya mmg aku tak minat citer Korea ni. Mahap la yea. Tk buleh nak follow. Huhu.

Tp Astro ni pun kadang, kalo prime time tu manade citer bes. Yg movie la biasanya. Dia tgh mlm, atau tetiba kul 11pg tetiba ada citer bes.


In Time ni pun menarik. Aku suka citer sains fiksyen. Tp tokleh pikir la pilem ni. Cam melawan kudrat alam pun yer. Segala dibayar dgn masa. Nak keja, gaji di bayar dgn masa. Kira mmg jadi masa itu emas lah. Nak beli barang pun beli ngan masa. Naik bas pun bayar dgn masa, Makna, kalo ko ada masa lg setgh jam, tp tambang bas 2 jam, mmg tak bule la naik bas. Lps tu ada orang yang duk zon kaya raya. Kaya ni pun bukan kaya duit, tp kaya dgn masa. Kira mereka lah berkuasa sbb ada byk masa. Semua tahap ada masa yg smpai ratus2 tahun punya. Gambling pun dgn masa. Dan org yang paling kaya ada simpan masa sebanyak 1juta tahun. Hohoi.
Lps tu dia sebut a decade, a century. Dah mula pikir 10 tahun satu dekad, 100 tahun satu abad. 


Tapi cerita ni sebenar bukan sekadar cerita. Walau kita pikir omputih ni cam ngarut je buat citer camni. Tapi betul pun kan. Kita ni macam memerlukan sgt masa, tp kadang kita buang camtu je. Asik la kata tak cukup masa, takde masa. Kalo di beri lebih sedekad pun tak cukup juga. Pastu pulak bila ada byk masa terus jadi tamak.  Tapi bila dah byk sgt masa dapat, last last kita sendiri rasa masa tu tak berguna. Tak dpt nk guna dgn bermanafaat.

Masa dengan kita ni dah mencukupi. Sepertimana yg ada dlm surah Al-Asr tu. Jadi, kita lah seharusnya yang bijak mengatur uruskan masa ni. Pastikan ia tak terbuang dengan sia sia.

Sapa nk tk penah tgk citer In Time ni bule baca sinopsis sini.

Adoiiii....sapa plak bertukang kat atas nih... pening kepala. Mujo cuti aku dah nak abis dah. Kalo tak makin sakit jadinya ni. Ni rasanya org renovate buang tiles nih.... hoih..org da sethn masuk, ko baru nk renovate! eiiii....!!!

8 May 2013

Edisi Movie @ Fox : The Odd Life Of Timothy Green


Terlupaaaa.....!
Geram btul.
Lenkali kena letak reminder lah kat tv tu.
Atau pun rekod terus.
(update : Movie ni kat Fox Movie - channel 413/433. Sbb tu kat atas tulis Movie @ Fox - maknanya kat channel Fox. Huhu)

Benci btol.
Isnin hari tu lah. Mmg nak tgk. Tp terlupaaaa.....!
Dah half baru ter tekan canel tu.
Dah separuh jalan. Sedeyh :(
MyDH kata nati ada la lagi. Betul. Ada lagi. Tp kang mesti dah half baru jumpa.
Cam Hunger Games tu lah.

Oke, sbb tak dpt tgk, tokleh nak review. Jadi, kita letak sinopsis je lah.

Dalam citer ini, pasangan ini juga mempunyai impian sebagaimana impian kami.
Tapi..mana plak aku nak tanam kotak ni. Aku takde backyard. Dry-yard ada lah. Rumah kampung buleh kot. Tapi kang kuar pokok durian plak. Huhuhu. 


The film is told from the perspective of Cindy (Jennifer Garner) and Jim Green (Joel Edgerton), as they explain their experience with Timothy (CJ Adams) in an effort to persuade an adoption agency to allow the couple to adopt a child.
Cindy, who works in the town's local museum, and Jim, who is employed at the town's historic pencil factory, reside in the drought-stricken town of Stanleyville, North Carolina. The Greens are informed by doctors that they are unable to conceive. Distraught by the news, Jim convinces Cindy to dream up their ideal child and write the child's characteristics and life events on slips of notepad paper.
The couple places the notes inside a box and buries it in the backyard garden. After a thunderstorm, which seemingly affects only their property, a ten-year-old arrives at their home claiming the Greens as his parents. After finding the box they buried smashed to pieces around a large hole in the ground where they originally buried it, and finding the boy inside their house, covered in mud, they realize that the boy, named Timothy, is actually a culmination of all their wishes of what their child would be. The Greens also discover that Timothy has a startling feature: he has leaves growing on his legs.
The next day, at a family picnic, Timothy is introduced to members of his family: Brenda Best (Rosemarie DeWitt), Cindy's pompous sister; James Green Sr. (David Morse), Jim's estranged father; and Mel (Lois Smith) and Bub (M. Emmet Walsh), Cindy's paternal aunt and uncle. The parents take Timothy to their friend and town botanist, Reggie (Lin-Manuel Miranda), where they learn that Timothy's leaves cannot be removed.
Timothy begins to attend school, where he meets Joni Jerome (Odeya Rush), a girl he meets during a bullying incident, with whom he begins a friendly relationship. Meanwhile, the town's pencil factory, the largest employer in Stanleyville, begins laying off its employees. Timothy convinces Cindy and Jim to design a prototype for a new pencil in an effort to keep the pencil-producing business viable.
Unbeknownst to the parents, one of Timothy's leaves falls off each time he fulfills one of the qualities listed on the original slips of paper. Timothy eventually reveals to Cindy and Jim that his time of existence is short and that he will eventually disappear.
The Greens' meeting with the adoption counselor concludes with Cindy presenting a letter that Timothy left them before leaving. In the letter, he explains to them what he did with each of his leaves that fell off, with a montage sequence showing each person whose life Timothy touched. After an unspecified amount of time, the adoption counselor is shown pulling up to the Greens' house in a car with the little girl who is to become the Greens' daughter.
Source : Wikipedia


30 April 2013

Edisi Movie @ Fox : Hunger Games

Uols mesti tau dah citer ni kan.
Thn lps lagi dah release kat wayang.
Aku je baru berkesempatan nak tgk. Kat Fox weekend tu hari. Katanya premier - mean baru tayang kat tv lah kan. Entah la. Kut dah pernah tayang. Tak kesah lah.

Tapi bes citer tu. Walo rasa cam eh..kenapa la buat citer camni.
Kenapa la buat citer yg kejam giler camni.

Sapa yg dah tgk mungkin dah tau movie tentang apa.
Dia mengisahkan sepasang anak muda (lelaki dan perempuan)  yg dipilih dari daerah memasing utk dijadikan peserta rancangan Realiti TV bertajuk Hunger Games.
Games ni giler sket lah. Hanya ada seorang pemenang. Yang lain kena mati!

Semuanya ada 24 peserta dari 12 daerah.
So,"anchor" cerita ni pasangan dari daerah 12. Katnis Everdeen n Peeta Mellark.
Yg Katniss ni sebenarnya bukan dia yg terpilih. Tp adik dia. Tp sbb dia sayang sgt kat adik dia, dia yg volunteer ganti adik dia. 

Sblm games ni bermula derang dikumpulkan kat satu tpt utk berlatih2 dulu.
Katnis ni handal memanah. Itu lah kelebihan dia.


Jadi, bila dah smpai masa games ni, peserta ni seme dihantar ke dalam hutan.
Awal2 lagi dah ramai yg terbunuh.
Dlm hutan ni - yg sebenarnya hutan tu diprogramkan oleh sepasukan apa err... cam programmer lah. Nak pokok, buat pokok... nak binatang buas, buat binatang. Nak api, bagi terbako buat api. Gitu lah. Kira nya cam teknologi masa depan lah.
Dan orang2 lain kat daerah derang buleh tgk live kat skrin cemna peserta yg mewakili daerah derang survive dlm hutan tu.

Sepanjang aku tgk citer ni, mmg cemas je. Nak lipat kain pun tak buleh. Kena tgk je. Kan Fox takde iklan kan. Nak gi toilet pun, sanggup tangguh. Yer, mmg la buleh pause, tp takpe... nak tgk jugak. Bes!

Last last tu, biasalah mesti la watak utama menang. Kononnya dkt2 nak last tu derang tukar peraturan. Dari seorang je pemenang, boleh ada 2  pemenang which is mesti couple dari daerah yg sama. So, Katnis carik la kawan dia Peeta tu. Mujo idup lagi Peeta tu. Dah macam bercinta plak derang ni walhal Katnis ni da ada boipren. Tup2 bila dah betul2 tinggal 2 orang, buleh lak penganjur batalkan peraturan utk menang 2 orang. Sorang je buleh menang. Dah tu cemana? Katniss kata dari kena berbunuh2 lebih baik dedua mati. Derang terus nak telan buah beracun, tp akhirnya penganjur kata takpe. Buleh ada 2 pemenang. So, mereka lah pemenang.



Mmg kita akan rasa ini giler punya movie. Mustahil ada games camtu. Kejam btul. Nak kena berbunuh2 plak pasal? Apa yg cuba disampaikan? 

Tapi, ko carik la maksud tersirat dia. Di tambah plak dengan keadaan negara kita yg tgh hangat nak ber PRU ni kan. Mmg sesuai sgt ditonton.

Macam dalam citer ni, ada 2 orang dari daerah yg sama, tp hanya ada satu pemenang. Walopun kita ni kawan, tp kita akan 'makan' juga kawan kita tu. Kita sanggup jadi cam pembelot utk menumbangkan kawan kita, walopun terpaksa bersekongkol dengan lawan kita!

Pastu sebenarnya peserta ni juga diperalatkan. Hanya dengan kebijaksanaan dan sikap tidak cepat mengalah kita je yg akan membuat kita menang. Biarpun diuji, biarpun diduga, sentiasa pikir positif. Sentiasa pikir kita boleh menempuh segala rintangan. Juga, kita ni kena ber perasaan jugak. Bukan sekadar nak menang je.

Jadi, citer ni mmg bukan citer ringan. Dan kalo nak tgk sekadar hiburan, mmg bukan cerita dia lah. Aku naik syok plak tgk. Rupanya dia novel yer. Mesti bes kan? Sapa dah baca? Nak beli sure mahal tuh. Dan nati ujung thn ni akan ada sequel dia - The Hunger Games : Catching Fire. Bulan 11. Mungkin masuk Msia dalam bulan 12 kot camtu. Nak tgk lah. Kalo ada 3D lagi bes nih kot.

Pastu tahun 2015 - Hunger Games : Mockingjay

p/s : Isnin-6 May-premiere The Odd Life Of Timothy Green. Yg ni pun nak tgk. Sbb tu ari ada kuar kat Astro Best, tp tak beli lah. Skang dah kuar pun (tp tak igt samada kat Fox ke HBO tah). Kena tgk. Kena. Wajib. Sbb dia mengenai childless couple. 

24 April 2013

Edisi MC Selebriti Malaysia : Bila Dapur Panas


Sapa tengok???
Huhu.
Aku tgk juga lah.

Tapi smlm tak tgk - sbb ter tido. Haha. Awal giler plak ter tido. Penat puasa kot.. Haha. Puasa pun penat. Cam tak relevan je kan.


Okeh.

Dengan tagline "Bila Dapur Jadi Panas, Watak Lain Jadi Jelas"
Ramai pun kata akan ada banyak drama. Huhu.
Itu mmg lah. Dah kata ramai yg masuk pun pelakon.
Jadi berlakon lah.

Retu yg Che Ta terluka jari kena pisau tu.
Lelaju je si Zain dari grup sebelah kata "yang...oke ke yang.."
Haha.

Sajew lew tew.

Tapi bes tgk Kenchana. Lawak.
Micheal Ang pun lawak.
Kesian nasik dia tak masak tu ari.

Skang da terkeluar 2 orang.

Yasin ngan sapa tu -Keroz.
Siapakah beliau ini? Smlm myDH yg tgk, so tanya dia sapa ter keluar.

Orang Kuala Lipis katanya.
Ye lah. Sbb kiterang tak kenal pun. Tp sbb dia ada tulis Kuala Lipis tu, aku cakap la itu mungkin sedara mara dia kat kampung sana. Haha. Padahal tak mungkin lah. Apa ingat satu K.Lipis tu sedara mara derang? Haha.

Oke lah. Layan je. Dari drama2 Melayu skrang yg terlalu cliche'. Yang asik ceritanya memasing ada pakwe/makwe lain - kena kawen paksa - sebab keluarga - memula tak suka - lepas tu jatuh cinta. Hurm. Tu  jelah modal dia. Sejak citer Vanila Coklat kot. Ke sblm2 tu pun camtu dah ada. Tp tak la kerap sgt kan. Skang ni byk btul citer camtu. Bowww....ring! Novel pun mostly camtu. Pun Boww.... ringgg! So, skrang aku dah ready nak baca sinopsis novel2. Mana yg aku tgk jalan citer camtu jugak mmg aku reject awal2. Takde idea dh kata asik nak buat citer kawen paksa pastu jatuh cinta.
Cliche... cliche.


Eh. Entry ni bkn pasal Masterchef ke?? OOT sudehhh... (T___T)

6 February 2013

RM64.60 Punya Hal

Igt nak buat WW je. Tapi hangin punya pasal. Langgar pantang. Ada entry gini. Utk reference aku gak masa depan. 
Apa yang RM64.60? Cam biasa dengar je kan. Haaa... itu lah dia nyer... Astro la.. Astro punya hal.

Skali lagi aku hamukan puaka ke Astro.
Kemain RM64.60 punya hal smpai ber surat2 lawyer yer.

Pelik kan. Dari bulan 9 tahun 2012, smpai bulan 1, 2013, tak buleh nak trace kita, tup2 sampai surat lawyer. Lps tu tahu pulak call carik kita di mana. Selama tu, smpai 3 bulan tu, tak reti2 nak trace pulak.

Kisahnya begini.
Masa rumah lama aku guna yg 64.60 tu. Akaun tu mmg pakai nama abang aku, cuma bil nya di alamat ke ofis aku. Lps tu aku terminate bila aku nak pindah bulan 9 (silapnya, aku tak trace rekod aku call Astro utk terminate tu berapa haribulan. Rasa ada aku tulis kat somewhere. Tkpe nati carik). So, aku jugak dah update alamat (rumah baru) kalo ada apa2 hal derang nak hantar bil ke hapa. Kami pindah bulan 9. Dalam 7hb. Maka, start dari situ lah Astro dah tak pakai. Oke lah situ. Settle bab itu.

Then, smpai la bulan lepas- Januari 2013. Sampai surat lawyer. Yang dialamatkan ke rumah baru aku. Katanya ada bil tertunggak berjumlah RM64.60, perlu bayar dlm masa 14 hari dari tarikh surat yakni sblm 31 Jan. MyDH call Astro pada 29 Jan. Bagitau itu ini. Dah terminate segala. Aku suh laki aku tanya juga no telefon yg ada dalam rekod Astro. Tp ye lah, bila bukan kita yg berhubung, jadi communication tu mungkin ada 'lari' sket. Tak tahu apa kesudahan yg laki aku simpulkan bila dia berhubung dgn Astro. Call no ofis lawyer yang kononnya sila hubungi sekiranya terdapat keraguan berhubung perkara ini, pun tak dapat.

Dalam pada dingdong dari hujung Januari tu, tetiba hari ni tadi, kak ipar aku call. Dia kata org Astro call bagitau ada akaun tertunggak RM64.60 atas nama abg aku. Phew... laki aku kata jgn bagitau abg aku dulu hal ni. Dalam pada taknak bagitahu derang call rumah. 

Woho! Ini mmg mendatangkan hangin. Mmg tak buleh harapkan suami ku yg lemah berlembut tu lah. Ha.. mari sini..... mmg nak kena nih.

Terus aku call. Aku terus je mintak cust service tu check no akaun. Aku tanya apa masalah nya ni. Selama ni  tak pandai pulak nak call, tup2 hari ni smpai trace ke no kampung apa kes? Aku tanya no apa yg ada. Siap dia kata tak buleh nak bagi tahu.. ini mmg confidential. Ada 2 no katanya. Rumah n ofis. Aku pun sebut la no rumah tu - betul no rumah yg kat kg. Satu lagi no ofis, aku sebut no ofis aku dia kata bukan. Oh. Aku mintak no tu jenuh2 dia tak bagi. Ya Allah hai... aku siap bagi no IC, nama penuh seme dah. Takkan la aku nak jual no tu. Mmg bebtul s.u.c.k! Oh. Kalo kita yang nak tahu nombor mmg payah nak bagi. Sulit la apa la. Tp kalo dia dapat no kita, tak kira la Astro ke Celcom ke Digi ke Umobile ke apa ke, ha.. merata no kita, org insurans tau la, org kad kredit lah apa lah. 

Tapi, lagi ko buat camtu, lagi la ko kena kan. Aku bukan masalah RM64.60 tu, yg aku masalah kan mengapa ko tak cuba trace utk bagitahu ada tertunggak tu. Dan knpa skrg baru tau nak call ke kampung hapa semua. Dan hari tu, laki aku ada call tu kenapa dia tak update no tipon laki aku. 

Dan aku nak tahu kenapa Astro tak buleh nak terminate service dia ikut mana yg kita tak pakai dah. Kira pro-rate. Tp mmg tak la kan. Mustahil lah dia nak rugi. Harus dia nak untung. Kira, walo aku tak pakai dah berkuatkuasa 7 Sept tu, tapi mmg kena bayar full hingga biling date iaitu pada 19hb. Maknanya dalam 12 hari aku tak pakai tu Astro dah untung RM25.84. Derang guna sistem. Suppose dia buleh detect kita dah tak guna service tu. Kata pakai smart card. Takkan sistem tak buleh detect kan. 

Jadi, dalam pada marah2 tu aku tanya jugak cemana cara sebenar nak terminate ni. Aku bagitahu akaun yg aku guna skrg ni. Jadi, dia pun cerita2. Panjang cerita pun tak guna, aku kata suppose 1 month notice la kan. Takk... dia citer pjg2 lagik. Sudahnya aku yg simple kan. Dan aku kata, mmg 1 month notice la. Yg dia g citer2 panjang buat apa. Katakan kita nak terminate bulan Mac, biling date 19hb. Jadi, jgn lah ko call 20hb Feb kata nak terminate bulan Mac (1 Mac ke apa) sbb biling bulan Mac tu dia dah buat. Maka, notis lah dia bulan Jan/awal Feb. Kalo kita dah buat, tapi dia kata masih ada tunggakan lagi, ha, boleh la kita pula hantar surat lawyer ke dia. Dia tau dia nyer surat lawyer je. Aku cakap aku pun buat keja hantar surat lawyer ni, tp biasa didahulukan dgn surat peringatan dulu dari sykt tu sendiri kalo ada orang tak bayar hutang. Misti dia ingat aku tipu la tu. Heh! Mari sini check. Dah mmg dulu uruskan hal sewaan, antara keja aku pun kutip hutang, deal legal matters bagai. Salunya sebelum kuar Letter of Demand (LOD) dari lawyer, kami akan kuarkan surat peringatan. Bagi tempoh 30 hari utk jelaskan. Ataupun call by phone. If not, baru la LOD kuar. Ini tau2 surat lawyer. 

Aku tanya jugak ni aku bayar terus ni apa jaminan dia takkan kacau, call, surat mahkamah, surat lawyer, hakim peguam segala. Dia kata takde dah. Aku kata, aku taknak call2 dah lps ni. Aku tau, aku bayar thro maybank2u hari ni, bil tu settle. Katanya amik masa 3 hari bekerja pulak. Pulak... Lantak kau lah, amik la berapa hari pun, tp kalo ko call lagi abang aku, call lagi rumah kampung aku, call lagi aku, kata aku ada tunggakan lagi, mmg aku terminate SuperPack skrg tu. Lantak la langgar kontrak pun. 

Sekarang ni aku berdoa agar ada syarikat yg jadi pesaing Astro ni supaya tidak sewenang-wenangnya buat customer camni. Oh. Aku nak emel pada CFM juga. 

Cuma, aku nak dpt kan balik rekod aku call utk terminate tu bila. Itu paling penting dalam setiap urusan.

Utk adik cust service yg nama Hamizah tu - akak minta maaf yer.. biasa lah.. kerja cust service mmg lah kena hadap dan telan cust yg hamukan puaka cam haku ni kan. Abis.. dah sykt ko telan dkt nak RM30 gitu ja.. harus la kena telan ni seme. Sabo yer.. kalo tak sabo juga pasni meh mintak keja kat ofis akak ni ha.. :P

Ho. Terima kasih pada yg membaca sehingga ke perenggan ini. Elok skip ja entry ni kerana ini hanya entry aku nak buat reference kemudian hari. Dan utk itu- disable comment :)

18 October 2011

Belum Bagi No. Akaun

Petang ni ala2 free sket. Ada peluang utk kemaskini inbox emel rasmi aku.
5S kan emel aku jap.
Walo aku salu je kemaskini emel tu, tp terselit gak emel2 yg tak guna.
Byg kan emel dari thn 2005 pun ada. Heh!

So, da 'ringan' sket emel tu.
Tgh aku duk delete2 emel tu naik satu no kat Cik Kobi. (baby baru tu nama beliau Cik Angel, sbb beliau pakai baju Angel. Haha - motip nak gitau?? saja poyosss).

Aku mmg malas nak angkat no tak kenal. Tp angkat gak la.

Elok je aku jawab trus dia kata "Badrol Hizam ada?"
Aku mula tu cam blur, nak je jawab takde, silap nombor ni.

Lps tu baru tingat. Tu nama abang aku lah.
Yelah, mana la ada org call ke aku utk cakap ngan abang aku.
Lps tu baru la tau budak Astro yg JJ retu.
Yg duk promo Astro Beyond tu.

Kesahnya sbb Astro tu nama abg aku. Tu yg jadi dia tnya nama abg aku.

Maka sempat la budak tu kena sembur ngan aku.

"La..kenapa la tak cakap dari mana, main terus je tanya nama org"
(kalo tak aku nak sambung lagi, awak ni tak belajar PR ke, sale assisstant apa ni? Astro - take note, sila ajar staff2 ke SA ke promoter awak ni PR dan adab2 membuat panggilan. Ni main terjah jer. Mujo aku tak letak je lagi).

So, masa sign up tu, tak bagi no. akaun Astro (mana igt oi..igt akaun Astro tu penting mcm nombor IC kah?? Choiii...) so dia kata SMS je.
Laki aku SMS ari Ahad tu. Tp idak la dia reply kata thanks ke apa ke. Senyap.
Smpai la reni dpt call.

Aku pun sembur la lagi. Kata tak check phone ke, suruh SMS. Mula tu asben aku siap call, tp dia suh SMS, bz nau la kononnnya. Aku rasa no manners sgt kut, kalo org dah call lps tu suh SMS je. Tak lama pun kut ko nak salin no akaun tu. Tulis la kat memana dulu, kang ko bubuh dalam borang tu. Org nak call tu kira da cukup bagus dah sbb kalo SMS tu, ha cemni la jadinya, kata tak dpt la hapa la. 
Again - Astro, sila take note ini - mmg PR staff awak ni di tahap rendah bagi satu sykt gergasi (kononnya) di Malaysia ni.
Sebelum call bleh check dulu tak? 

Bila aku bagitau no laki aku baru dia kata ada ada. Tp tu atas nama aku lak. 
Amenda la dia ni (aku pikir mungkin laki aku tulis no lps tu buh nama aku kut. Aku pun tak semak la SMS laki aku tu).

Tapi... heyyy... takkan ko takde sistem simpan no akaun pengguna. 
Tk perlu la dptkan pengesahan atas nama siapa dan siapa.
Astro - again... take note, jgn sbb nak kejar customer, staff ko tak buat kerja. Nak susahkan pelanggan je.
Lps tu dia tgk aku da naik2 suara (aku pun rasa cam eh, napa aku hangin lak ngan budak ni), dia pun kata oke oke.

2 minit kemudian.

No. dia naik lagi.
Dia tanya alamat plak. Sbb lain dari alamat yg aku buh piring Astro tu skang ni.
Aduhai nyer pun. Masalah sgt ke mendalah ni seme. 

Sudahnya satu je aku cakap ke dia.
"cemni lah, kalo susah sgt, tak perlu la buat. Byk sgt problem ni. Tak payah tukar. Sok saya pindah saya terminate je trus".

Ha. Bukan aku nak sgt pasang Beyond tu. Dia yg beria duk promo. Kalo dah susah sgt, takde no akaun, alamat lain la apa la, toksah tukar. Selama ni takde apa2 masalah pun. WTH nye pun. Haaa.. kann..

Astro ; ni secara ikhlas aku cakap ni, sila la bagi course ke sale assistant ke promoter ke wateva it's name tu. 

Satu, tolong la bagi Public Relation course ke, cara membuat panggilan ke apa ke. Teruk sgt tu call org tanpa memperkenalkan diri. Lain la ko tipon kawan2 ko, bleh la trus cakap - "Heloo..Salimon Majid ada?".

Kedua - sbg syarikat gergasi yg menyediakan siaran tv satelit berbayar (yg aku rasa abis canggih dah), tolong la bagi staff ko gunakan sistem. Takkan dia promoter, dia tak bleh access sistem. Aku tatau cara keja korang, tp takkan dgn no akaun tak leh detect nama pengguna. Kiterang keja kerajaan yg org salu duk kata lembap la apa la ni pun leh tau je data org hanya guna IC (contoh PTPTN). Orang salu sgt kutuk sistem kerajaan ni kan, dalam situasi ni apa kes?

Ketiga - sblm call org bleh tak semak dulu. Jgn main terjah je. Oke, ko dpt no akaun tu, ada tulis nama aku tp bleh tak ko call balik atau kalo da takde top up sbb nak claim pun lambat - SMS je la balik no tu. Ini simply2 accuse - tak bagi no akaun lagi la kak. Ehhh..

Oke tu je.

16 October 2011

Downgrade Package

Selalunya org duk upgrade. Hah! kali ni aku mao downgrade kan the package.

Pakej apa?
Ya. Pakej Astro.
Smlm ms gi JJ AU2, kat tgh2 tu (tpt umah kaca AF)  ada promo Astro n Celcom Cube.
Oke. Lupakan pasal Celcom. Kita citer pasal Astro.
So, budak promoter sudah panggil2. Suh tuko ini.
Katanya pree.
Dia kata skang Astro kan tak leh tgk kalo hari hujan (maknanya team dia sendiri pun ngaku yg Astro ada gangguan time hujan).
Lagi katanya kalo tukar Beyond ni takde masalah tu dah (wah.. pandai kan derang ni, suh pelanggan yg tanggung poblem derang ni).
Tukar skang for free dan tetiap bulan RM20 utk fee Beyond ni (see... kan btul, pelanggan kena tanggung).

Masa tu kami macam taknak. Lagipun buat ke hapa. Tibi pun takde HD. Org seme da tibi leper, kami je tibi obesiti tu. Mujur flat screen je. Kut tak mmg tahap dinasor nyer tibi lah.

Tp bila dia cakap satu ni - trus kami macam eh, ok la kut.
Sbb dia kata nati kalo pindah umah, kos bukak dan pasang semula ada pree. Kalo tak katanya RM250. Tatau la kalo dia 'kuntau' aku kan. Sbb aku tak penah la ada pengalaman cabut2 mendalah kuali tu. Dia dok situ sedari abang aku langgan tahun berapa tah dulu smpai la ni, tk penah di usik.

So, kami sign up utk Astro Beyond - nati dia dtg tukar kuali tu and dpt decoder baru segala.

Oleh kerana skang aku bayau RM60.95 sebulan (3 mini package), nati kalo tmbh RM20 lagi da jadi dkt RM100 which better aku pakai Super Pack oi (tp mmg kalo umah baru nati cadang nak tukar Super Pack).
Jadinya aku cadang mau downgrade. Pakej mini tu aku amik yg FUN - katon, LEARNING - Nat Geo segala tu, and VARIETY - MTV, AFC seme tu.  Kiterang mmg tak amik sukan segala sbb my dear kata nati dia sorang je tgk. Ok. No hal.


Mmg tak tgk pun 3mini pakej tu. Ada takde kadang tgk Learning tu. Tak byk masa pun utk tgk tibi kalo weekday kan. Anak pun tiada mau tgk katon2 tu. Abis2 basic channel tu la dihadapnya. Kut tak kerana muka org bergegar2, tertarik2  kalo tak pakai Astro, mmg tak amik la Astro ni. Buat pening kepala je. Tp macam terpaksa, nak tgk tibi clear kena la pakai.

Maka aku mau amik Astro Family without Mini Package tp nak plus Mustika. Haa.. begitu bleh kut. Ke tak bleh? Tkpe, kang call semula budak promoter Astro tu. Smlm dia kata kalo nak downgrade bayau RM10 (hii....asik bayau je Astro nieh...). Tkpe ar. Kalo bleh downgrade camtu, bayau je lah. Then nati sure dia bawak kad baru skali utk pakej aku amik tu. Dah. Abis citer.

Lagipun sbb takde tibi HD lagi kan, tk perlu la nak amik citer2 yg ada HD bebanyak. Sok2 da masuk umah baru, kita review balik. Pun nak tukar balik pakej ke apa senang dah.

Oke kut kan. 

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign