Pages

2 September 2014

Drama Astro : Nostalgila



Uols dah tengok?
Drama masa hari raya tu hari. Kat Astro First. Kena beli maaa.....
Aiols je lah yg tengok selepas raya ni. Huhu.



Ingat nak beli kat Astro First lps tgk behind the scene dia. Sbb rasa cam best je nih. Pastu cam tak sempat je. Pastu apa lagi.. kita amik je la kat orang yg selalu meng-donlod citer nih. Huhuhu.

Best la wey.. klaka.
Walau cam rasa eley, citer cliche hari raya, asal hari raya mesti ada cerita orang tak dpt balik kampung, lepas tu tumpang sana, tumpang sini.
Tapi, ni walau mmg lebih kurang citer camtu gak, tapi best dan selamba.


Eh. Yang jadi Haq ni sapa eh?
Tak perasan citer apa dia pernah berlakon. Tp best.
Dan Cristina Suzanne dalam ni pun nampak comel. Sebelum ni aku kureng sker dak ni berlakon. Tp dalam citer ni napak best pulak.

Paling kelakar yg buat aku gelak sesangat adalah part derang kat BHP lepas tayar kereta kena curi tu.
Keluar Yasmin Yusoff, lps tu si Haq cakap "puan, tolong cakap 'Dang Wangi' "
Hahaha.
Yasmin Yusoff cakap sebijik sama macam style dalam LRT tu. Muahahaha. (eh, mmg guna suara dia ek dalam LRT tu. Hahaha)

Oke lah. Enjoy2 citer dia.
Selamba dan kelakar.
Punya la ramai pelakon dia.
Pulak tu pelakon yg best2 pulak tu.

Sapa tak tgk lagi, sila la tengok. Best kot.
Carik je kat memana, sure buleh tgk.

Jadi, kita bagi hashtag #puanstoberisuka

p/s : Ai is busy dengan waran jawatan yang baru sampai.

3 juta komen

Blm pnh tgk.tp nk tgokla.hehe

tak pernah tgk haha.. maknanya sy lg ketinggalan ... mlm merdeka lyn tanda putera.. sudahnya tertdo .. aptb haru btl mata ni .. cepat ngantuk..

Saya buat sikit ulasan...
http://bualseni.blogspot.com/2015/08/nostalgila-meneroka-falsafah-hari-raya.html

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign