Pages

13 June 2011

~Pasal Anissa~

Kredit : here
Di saat semua bercerita ttg Seth Tan dan Nora Elena, aku lak tetiba nak citer pasal Annisa. Drama di Slot Samarinda TV3.
Da start dari 31 Mei retu. Arahan Amy Maziah n skrip Sharifah Abu Salem (kedua-duanya org sama utk drama Trilogi Cinta). Memula aku igt citer kakak Dato' K sbb mcm ala-ala citer Spa-Q tu je kan.

Memula aku mcm tak layan. Sbb aku jarang layan slot Samarinda. Selain dari da kul 10 lebih, citer dia kadang2 seme pasal citer2 korporat keparat org Melayu ni je.Yg aku full follow yg bulan puasa tu ari je. Syurgamu Ramadhan tu.

Skali aku ter layan sbb aku ter tengok part yg ada sorang tu jumpa doktor dan doktor sahkan dia tak buleh mengandung, pehtu dia sedih. Pehtu suami dia pujuk. Ha. Begitu. Jadi harus aku tertarik kan.

Annissa ni short form dari nama 4 sahabat iaitu Anna (Fiza Elite), Balkis (Rozita Che Wan), Sara (Aida Aris) dan Shila (Faradhiya) berkongsi minat yang sama iaitu masing-masing berminat dalam dunia fesyen dan mahu memulakan perniagaan sendiri, Maka, mereka telah membina empayar perniagaan, Annissa Corporation (dia berlakon kat Jakel. huhu).

Lepas tu cam biasa la. Harus ada konflik org makan duit syarikat juta-juta. (tp leh rilek lagi walo yg ilang tu 5 juta. 5 juta hokeh. Bkn 5 inggit, 5 ratus atau pun 5 ribu).
Dan yg menyebabkan aku lebih tertarik nak follow ialah bila ada part kawan makan kawan. Dlm 4 org shbt ni, Anna je da kawen. Lps tu tak bleh beranak. Yg asben dia sudah buat hal. Kawen plak secara senyap ngan Balkis (ni aku tatau sejak bila derang kawen, samada pas tau bini dia tak leh pregnant atau awal dari tu. Sbb aku kan lambat folo). Tp derang pandai simpan rahsia dengan mengkambing hitam kan sorang lelaki - Kamal (Eizlan Yusof). Konon mcm Kamal ni boipren Balkis la. Bagi pinjam kereta la apa la. Bongok kan?. Geram je rasa. Lps tu siap kata 'kita perlukan Kamal tu utk cover hubungan kita ni'. Hah! ye.. nak tgk sampai bila dia leh kambing hitamkan kawan tu. Ye lah. Sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua nati.

Hidup ni kita mmg tak sangka. Yg Anna mmg tak suspect langsung la si Balkis. Malah dia ingat Sara plak yg ada affair ngan asben dia. Sbb Sara salu takde. Rupanya org tu sakit barah otak. Yg curi duit 5 juta tu lak, Shila.
Terlalu percaya dan baik sgt dgn shbt pun ye gak. Kalo balik lambat tu kadang2 suh asben antar si Balkis tu. Mana la tak lelaki tu jatuh chinta (Rozita Che Wan pun kan..sapa tak ndak. Eh???Hihi.) Si Anna ni punya trade mark bila Balkis kata 'pinjam suami ko yer', dia akan jawab 'pinjam boleh, rampas jangan'.

Skali sudah kena rampas maa.. Aku pun pelik cemna la hati seorang perempuan yg sanggup nak rampas kebahagian kawan baik sendiri. Bukan tak tau suami org tu, tapi cena leh tergamak nak kawen. Sahabat sendiri plak tu. Mungkin yg merampas tak kata merampas, dia cuma kata 'nak berkongsi'. Tah. Aku pelik kalo ada pompuan sanggup buat camni. Aku tetiba mcm emo sbb ye lah.. keadaan aku skang kan. Aku pun takde anak lagi. Tp takkan itu dijadikan alasan, ke lelaki ni pantang napak dahi licin dan pompan lak pantang tgk yg 'poket penuh' sket. Tp dlm cite ni, Balkis tu sendiri da kaya. Tp dah jodoh kan, nak wat cena?? Ya Allah..moga2 itu semata2 skrip saja. Takde berlaku di alam realiti ni.

Lelaki ni kalo dari 1 ke 2 memang agak sukar, tp jgn ko lupa dari 2 akan ke 3 dan seterusnya ke 4 tu mudah. Haha. What u gives, u get back, jgn lupa tu.

Jadi begitu. Nak tau sinopsis leh tgk kat web ini.

Oh. Nati pecah gak tembelang Balkis sbb dia pregnant. Ha. Padan muka.

Episod last week, yg last laki si Anna ni bebuat tetido dlm keta masa nak amik Anna. Padahal sblm tu dia da bermadu asmara ngan Balkis kat umah Balkis. Bila Anna call, tak pick up phone. Konghajooo.. my dear kata 'ha, gitu la lelaki'. eiii.... coi..coi..coi...

Tetiba aku jadi takut tgk citer ne. Oh.

13 juta komen

sabo je la..mmg truk la balqis tu..rela lg shila yg curi 5 juta dr curi laki kawan..huhu...tp best cte ni.sye layan gak kt tv!

kita pun tengok cerita ni kakReen. suka dorang punya konflik tu, ini barula realiti lelaki. hahaha. nak tau endingnya jadi apa.

seram jek cerita gini
dulu da la aku pernah mimpi bakal dimadukan dgn org yg rapat ngan aku
coiiiiii

eyza sejak hubby outstation mmg layan citer ni... isk..mintak simpang la dapat kawan cam Balqis tu.. Takut!

eerrrr...PUANSTROBERI...awok clueless bukan sebab awok malu...tapi sebab awok tak tengok ceghite ni.....heheheh

haaa.ada sekali tgk cite nih...dia kawen bff wife dia..huhu

x sempat den nk layan cite ni... coz den kan baby... tido sharp kul 10 mlm... heeee

FARAH :

Mlm ni kita tgk yew smbgn dia. Mmg bes.

CHA :

Ha, btol. Tu la sebenarnya lelaki. Tp ramai yg mendambakan lelaki sbgaimana Seth Tan. Hahaha.
MLm ni kita tgk sesama ya. hihi

SYANA :

Mmg seramm.. lelaki ni bkn boleh disangka2. Bahaya oh.

EYZA :

Err.. call asben 24kali sehari lps ni. tehehehhee.
Insyallah, takde, tp tu la, kadang tak sangka kan.

YOB D08 :

Terai la tgk. Geram je lelaki pandai cover nih. hampagas. Dan pompuan yg sampai ati nak sakitkan kawan baik sendiri

ET :
a'ah. nak tgk ending dia cena nati bila semenya terbongkar

MBB :

A;ah..ai know u mmg baby.. hihi

dahsyat gak citer ni....

AZEUL :

Tgk la. Mmg bes. Itu baru realiti, idak la cam citer Seth Tan yg lelaki camtu hanya ada beberapa kerat je. Hahaha

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign