Hah! ko.. mengalahkan wedding aku sendiri kan, siap ada part part bagai. Haha. Kasik can la kan. Oke. Entry wedding my SIL akan ditulis part by part.
Oleh kerana sudah beberapa hari blog ku lemau, dan aku tak mahu semakin melemaukan dia, maka mlm ni walo aku mmg da lemau, tp aku tulis gak agar esuk reader2 akan baca entry baru dan tidak lah mereka merasakan blog aku cam lemau je. (ceaa.. perasan ada reader ramai beno la tu.. harusss... pagi Senin ni SR aku sure nak baca2 apa xtvt wiken aku kan. Haha. Asik statement cam nak mintak penampo je kan. Haha.)
Jadi dgn ini saya persembahkan xtvt wiken saya.
Jadi dgn ini saya persembahkan xtvt wiken saya.
Alhamdulillah...majlis berjalan lancar. My SIL;Nikah on 4 June 2011 jam 3.30ptg dan majlisnya on 5 June 2011. Penat mmg penat, tp bak kata my mom (my mom mmg ada kat sini sepanjang mggu lepas), bukan selalu. Okeeee.... sejak ari Khamis ulang alik ke umah MIL. Ada aku tulis retu yg aku tolong tacap2 hantaran my SIL. Tambah bunga sket2 je. Lagipun my SIL da siapkan da. Cuma aku je kompiden cam gud2 bagi cadangan suh tmbh bunga merah sbb taknak napak pucat sgt dng tone kaler black n white. Maka berpegian la mlm tu gak mencari bunga. Ngeeh.
Wah. Kompiden mak memintal bunga noks. Jgn jeles. Haha.
Asal dia black n white cam tu lah.
Siap2 sket balik umah semula sbb Jumaat tu ada seminar yg aku kena attend.
Ptg Jumaat amik mak kat umah akak then zass terus ke umah MIL. Kat sana kena gubah sirih junjung plak. Tak penah2 seumo idup aku buat mendalah ni. Masa aku kawen dulu pun aku suh kak ipar aku buat. Mmg tak kompiden. Tp kali ni org da harap, aku cuba berikan yg terbaik, yg aku mampu. Maka aku da kumpul2 gmbr sirih junjung, maka aku terai.
Ini gmbr fresh lepas siap. Masa nak buat step by step mmg tak amik gmbr la. Kuwasa la kan. Mak buat keja konsentret noksss.. no camera please. Haha. Poyo, padahal takde sapa nak suh amikkan. Tak berapa clear gmbr tu, tunggu siang baru napak jelas yea. Mula igt nak guna fresh flower, tp sbb nak gubah malam, n nak bawak hantaran masa nikah, yg waktunya petang, maka sepakat kami guna artificial flower jer. Mudah. Tak yah nak pening2.
Jadi ini lah dia hantaran dari pihak perempuan. Kalut. Sbb memula kata lelaki bawak 7, pompuan bawak 9, sekali pagi tu before nak nikah, pihak lelaki call kata derang bawak 9. Maka kena la top up lagi 2. Masa tu aku tak smpai lagi. Pengantin la pi beli kek buat tmbh. And 1 lagi ada cup cake jiran bagi, masuk je dlm kotak. Dah la tak berhias dedua hantaran tu sbb bunga seme da abis. Hoho.
Alamak, gmbr kasut lak lupa nak edit. Ah. Lantak la. Kasut is kasut. Takkan org tak kenal kan. Huhu.
Maka, jadilah tema hantaran ni, black, white n red. Buah tu pun aku pi beli pepagi Sabtu kat pasar Cokit. Pun aku pilih, kaler merah seme. Epal merah, buah plum n anggur.
Dan ini lah gmbr sirih junjung dalam terang. Terserlah la ketidakkemasannya kan. Tp derang kata oke je. (Ye lah takkan nak kata tak oke kan, ihikss). Tp mmg rasa tak puas ati gak la sbb macam tak dpt buat yg terbaik. Cuma aku mcm bes gak la sbb dpt gak buat sirih junjung yg agak tinggi.
Makanya itu je lah citer part gubahan ni. Diakhiri dengan gmbr hantara kedua2 belah pihak. Tp aku rasa cam sker tema hantaran black, white n red ni. Mcm menyerlah. Sebenarnya pengantin bersanding tak pakai baju itam putih, cuma hantaran n baju adik beradik sedondon je yg itam putih. Tp aku rasa not bad gak idea camni. Takde la kita tgk atas bawah depan belakang sama je kaler kan.
2 juta komen
awok tengok lawo je sirih junjong tu....... aseikan majelih selamat dan selesei udah le PNSTROBERI.....
YOB D08 :
Yepss.. da selesai majelih tu rasa bersyuko bebeno kan.
Tp peh ni ada sorang lagi. Adik ipo lelaki lak. Tu yg last.
Terima kasih atas komen anda :)