Pages

6 April 2013

Edisi Mission On Weekend

Asal weekend je ada mission.
Ada ada je.
Kalo takde pun kena gak carik mission tu kan.
Heh!
Oke. Mggu ni byk mission nya.
Nak g tempah baju yg tertangguh mggu lepas tu.
Gi Perfect Living - carik sesuatu.
Pastu carik kasut kerja myDH. Oh yg ni susah. Kaki comei nau. Acena?

So, pepagi lps basuh baju segala, trus kuar.
Ke Perfect Living dulu.
Hurm. Tgk org da q panjang. Tp ai tak perlu. Ai da buat pre-reg secara online. So, trus je gi kaunter. Trus dapat beg beserta adiah bekas air. Wiii.... Hihi.

Tapi tak berapa bes lah kali ni.
Asik kitchen cabinet je. Hurm. Malas ah. Aku nak carik menda lain.
Jadi - mission is not accomplish!
Sedey. Lalu trus ke The Mall tu. Oh. Rupanya nak tutup da The Mall tu yer. Derang nak 'regeneration' (mmg dia tulis camtu kat situ. Bkn renovation). Tutup bermula bulan Mei hingga quarter 2014 katanya. Seme kedai pun takde dah. Tp McD masih ada. Tatau la derang pun tutup gak nati ke tak. 
Makan ini. 


Hihi. Lama dah nak makan. Asik tak berkesempatan ja.


Settle situ terus ke Maju Junction. Parking situ. Bukan ada mission situ. Tp terbeli tudung bawal AJ plak situ. Haih.... ni bkn dlm list mission, tp ter tengok lalu ter beli. Haha. Aku pun baru tahu last week kiosk AJ ada kat Maju Junction ni rupanya. Bagus. Takyah susah2 nak ke CM apatah lagi The Curve kan.

Gi Medan Mara. Antar baju dulu. Punya la ramai org nempah baju kat kedai aku nak tempah tu. Aku tempah situ sbb mmg baju2 rasmi ofis utk event pun mostly tempah situ. Jadi, aku da biasa pakai baju kedai tu. Cam baju team protokol  masa HKK. Mmg situ la buat pun. In fact, baju tunang aku pun tempah situ. Tp agaknya mmg kedai tu rega affordable n dia buat 'sedap'. Ramai sungguh orang. Siap kena q hokey nak ukur baju pun. Punya la ramai org. Mmg kedai tu je aku percaya pun. Aku pernah tempah kat kedai2 kat dalam yg nama dia Pasar Rakyat tu - tp mmg hasilnya agak 'kureng'. So, kalo tak antar situ, aku antar kat kg ja nati. Bkn kat kg la pun. Kat Kuala Kangsar. Ada satu kedai cina tu jahit mmg bes. Situ je aku antar dari arwah ayah aku ada dulu, smpai skang. Mmg sedap dan selesa aku pakai ngan dia. Pun, dia pandai nak 'bega' baju. Kalo batik tu kan ada design, dia tau la mana nak letak kat tangan, kat kaki baju. Mmg bes!

Masa tempah tu aku dgr akak tu kata dia tutup tempahan raya ujung April. Waaa... jadi korang2, cpt2 antar baju raya ya. Kut tak kang.. jenuh nak carik. Rasa org lain pun sama la tu.
So, mission tempah baju raya accomplish. Haha. Cam melampau kan. Ganti puasa pun tak abis, sudah antar baju raya. Takpe. Aku amik baju tu bln 6, jadi, kena settle ganti puasa b4 amik baju ya. Kalo tak.. mmg melampau!
Baju myDH pun antar skali. Senang. Thn lps dia pun terlewat jugak antar. Mujo ada org nak buatkan. Kalo tak..mau tak berbaju raya. Kali ni raya kat kg aku. Theme kami sekeluarga adalah... tggu dah siap kang. Haha.

Lps tu mission carik kasut. Pun accomplish. Jumpa kat Pertama. Haiyo... seksa sungguh mau carik kasut itu olang. Haha. Mujur jumpa.

So, 2 mission accomplish, satu tak. Hurm. Kena tukar plan nih. Takpe. Kita accomplishkan dgn mencari kedai2 sekitar rumah ni ja. Oh. Dalam pada tak accomplish tu, masa kat Perfect Living ada plak menda yg teringin. Tp takpe. Kena pikir dulu. Lps ni ada lagi Homedec kat KLCC. Derang ni org yg sama je pun. Smpai kiterang jalan2 situ pun kenal 2,3 orang salesman kat tpt yg kiterang penah beli menda kat derang. Cam Coway, 3D Board. Tu mujo tak jumpa org Fujihome, Sweet Dream. Eh. Byk plak aku beli barang rumah kat tpt camni eh. Hahah.

Oke lah. Tu je nak bebel ari minggu ni.
Selamat hari weekend.

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign